InfoEmasPerak | KAB oleh AnF
232 subscribers
3.25K photos
50 videos
4 files
2.38K links
Channel ini adalah platform untuk menimba ilmu emas, perak, & KAB Gold

MENU UTAMA
https://t.me/infoEmasPerakKAB/77

Daftar percuma di
www.anfemas.com

Azim Naufal (KAB10877)
Fathiyah (KAB10885)
Download Telegram
Channel name was changed to ยซInfo Emas, Perak & KABยป
๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†

Selamat datang ke channel Info Emas, Perak | KAB Gold oleh AnF Bullion.

Kami, Azim Naufal dan Fathiyah merupakan Executive Partner sah KAB Gold sejak Jun 2021.

Di channel ini, kami akan berkongsi informasi terkini yang berkaitan dengan ilmu emas, ilmu perak, dan juga info terkini dari KAB Gold.

Kami berazam untuk mengajak orang ramai terutamanya rakyat marhaen untuk menyimpan emas 999 dan perak 999.

Kami bimbing sebaiknya untuk anda menjadi penyimpan emas/perak yang berilmu dan berdikari dengan cara yang betul, selamat dan telus.
InsyaAllah~

Jika ada sebarang pertanyaan atau bantuan, boleh WhatsApp kami.

Anda boleh bermula untuk Kenali KAB Gold di Pinned Message atau klik link di bawah sebagai panduan:

๐Ÿ“– [ MENU UTAMA ]

"๐ธ๐‘š๐‘Ž๐‘  ๐‘๐‘ข๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘˜๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘ ๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘—๐‘Ž, ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘  ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘Ž ๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘”."

Azim Naufal Ashri (Azim)
KAB10877
https://tiny.one/ContactAzimKAB

Fathiyah Shamsudin (Tiya)
KAB10885
https://tiny.one/ContactTiyaKAB
๐€๐ƒ๐€ ๐€๐๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐Š๐€๐ ๐†๐Ž๐‹๐ƒ?

๐Ÿ) ๐“๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐Š๐€๐ ๐†๐จ๐ฅ๐

โœ… Nama berdaftar ialah KAB Goldynamics Sdn. Bhd.

โœ… Nombor pendaftaran SSM ialah 1240458-V.

โœ… Didaftarkan pada 27 Julai 2017 dengan nama Goldynamics Marketing Resources Sdn. Bhd.

โœ… Pemilikan 100% bumiputera Islam.

โœ… Pengarah dan Pengerusi, Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar.

โœ… Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri.

โœ… Setiausaha Syarikat, CSQ Corporate Services Sdn. Bhd. ~ Puan Wan Sarimah Wan Husain.

โœ… Assayer Emas, KL Assay Office (M) Sdn. Bhd ~ Encik Abdul Shukor Anuar.

โœ… KAB Gold juga sedang mengenal pasti beberapa calon individu berkelayakan untuk dilantik sebagai penasihat syariah KAB Gold. (Berkuatkuasa 1 Mac 2021, KAB Gold telah melantik Penasihat Syariah Rasmi. https://t.me/infoEmasPerakKAB/13)

#KABgold
๐€๐ƒ๐€ ๐€๐๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐Š๐€๐ ๐†๐Ž๐‹๐ƒ?

๐Ÿ) ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐€๐ ๐†๐Ž๐‹๐ƒ ๐๐š๐ค๐š๐ฅ ๐“๐š๐ฐ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง

KAB Gold berhasrat untuk mewujudkan โ€˜one stop centreโ€™ untuk urusan berkaitan emas di bawah 1 bumbung.

โœ… Jualan dan belian balik jongkong emas.

โœ… Jualan dan belian balik jongkong perak.

โœ… Jualan dan belian balik barang kemas.

โœ… Belian balik emas skrap.

โœ… Ar-Rahnu.

โœ… Pengiraan dan pembayaran zakat emas dan perak.

โœ… Pendidikan tentang emas secara formal dan tidak formal.

โœ… Pembangunan modal insan berasaskan logam bermutu tinggi.

โœ… Program melahirkan usahawan emas dan perak secara sistematik.

โœ… Tempahan emas dan perak.

โœ… Dan lain-lain.

#KABgold
๐€๐ƒ๐€ ๐€๐๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐Š๐€๐ ๐†๐Ž๐‹๐ƒ?

๐Ÿ‘) ๐Œ๐จ๐๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ง๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐Š๐€๐ ๐†๐จ๐ฅ๐

โœ… KAB Gold akan memaksimakan sebaik mungkin kebolehan pelanggan dan wakil jualan untuk memperkenalkan KAB Gold kepada masyarakat.

โœ… Para pelanggan dan wakil jualan tidak perlu menyimpan stok, menjual stok atau menerima pembayaran daripada pembeli.

โœ… Apa yang perlu dilakukan oleh para pelanggan dan wakil jualan ialah memperkenalkan seramai mungkin pelanggan kepada KAB Gold melalui kaedah introducer.

โœ… Siapa saja yang berdaftar dengan KAB Gold akan memiliki kod KAB. Kongsikan kod KAB masing-masing agar orang lain boleh berdaftar dengan menggunakan kod KAB anda sebagai introducer.

โœ… Semua pelanggan berdaftar KAB Gold akan membeli emas dan perak secara terus dengan KAB Gold dan membuat bayaran terus kepada akaun KAB Gold.

โœ… Buat masa sekarang, hanya terdapat sebuah sahaja cawangan KAB Gold iaitu di Gombak, Selangor.

โœ… Stok emas boleh diambil di cawangan Gombak, diposkan terus ke rumah pembeli atau terus disimpan oleh KAB Gold tanpa sebarang upah simpan sehinggalah ianya diambil.

โœ… InsyaAllah KAB Gold merancang untuk memiliki cawangan di sebanyak mungkin kawasan di seluruh Malaysia agar lebih memudahkan para pelanggan dan wakil jualan.

#KABgold
๐€๐ƒ๐€ ๐€๐๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐Š๐€๐ ๐†๐Ž๐‹๐ƒ?

๐Ÿ’) ๐’๐ญ๐ซ๐ฎ๐ค๐ญ๐ฎ๐ซ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐Ÿ ๐Š๐€๐ ๐†๐จ๐ฅ๐

โœ… Setiap pelanggan KAB Gold akan memiliki kod KAB masing-masing. Ia adalah tanda bahawa anda adalah pelanggan berdaftar KAB Gold.

โœ… Semua pelanggan boleh menggunakan kod KAB masing-masing sebagai introducer. Tetapi hanya introducer bertaraf wakil jualan sahaja yang akan menikmati insentif belian dan jualan balik.

โœ… Gold Advisor atau GA akan menerima insentif 1% daripada jumlah beliannya sendiri dan belian para pelanggan yang didaftarkan menggunakan kod KABnya sebagai introducer.

โœ… Gold Manager atau GM akan menerima insentif 1.5% daripada jumlah beliannya sendiri dan belian para pelanggan yang didaftarkan menggunakan kod KABnya sebagai introducer.

โœ… Group Gold Manager atau GGM akan menerima insentif 2% daripada jumlah beliannya sendiri dan belian para pelanggan yang didaftarkan menggunakan kod KABnya sebagai introducer.

โœ… Semua wakil jualan akan menerima insentif 0.3% untuk jualan balik emasnya kepada KAB Gold.

โœ… Nilai insentif akan dijumlahkan selama sebulan dan akan dibayar pada 1 tarikh pada bulan berikutnya. Tetapi untuk peringkat awal ini, segala insentif bagi aktiviti belian dan jualan balik emas bagi bulan Februari di KAB Gold akan dibayar pada 10 April.

InsyaAllah, KAB Gold akan mengeluarkan grafik struktur insentif ini tidak lama lagi sebagai panduan bagi semua wakil jualan.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEKARANG?

โœ… Besarkan empayar perniagaan KAB Gold anda secepat mungkin mulai sekarang. Ini akan berguna suatu hari nanti sebagai salah satu daripada sumber pendapatan pasif anda di bawah KAB Gold.

โœ… Setiap introducer mestilah daripada sekarang mempersiapkan diri untuk menjadi introducer yang berilmu dan bertanggungjawab. Dengan insentif yang bakal diterima nanti, ia mestilah selari dengan keupayaan membimbing dan memberi bantuan kepada setiap orang yang berada dalam empayar perniagaan masing-masing.

โœ… Pendaftaran adalah percuma. Tiada pembelian minimum perlu dibuat. Kod KAB juga tidak akan tamat tempoh walau tanpa apa-apa belian.

โœ… Setiap pembelian boleh dibuat melalui laman web www.kabgold.my sehingga selesai pembayaran.

โœ… Order tanpa bayaran akan terbatal dengan sendiri jika tidak disertakan dengan pembayaran selepas daripada pukul 12 tengah malam pada setiap hari.

โœ… Tiada caj penalti yang dikenakan untuk order yang terbatal. Tetapi, pelanggan tidak boleh menambah order lain sehinggalah selesai pembayaran dibuat sebelum daripada order itu terbatal dengan sendiri.

โœ… KAB Gold akan mengadakan seminar secara atas talian (sepanjang tempoh PKP) dari masa ke semasa untuk memberi tunjuk ajar kepada para pelanggan dan juga wakil jualan.

โœ… KAB Gold juga akan menghasilkan video-video pendek berkenaan cara-cara mendaftarkan pelanggan baru, membuat belian, membuat bayaran dan sebagainya untuk panduan umum.

โœ… KAB Gold juga akan mewujudkan saluran telegram untuk semua pelanggan dan wakil jualan mendapatkan maklumat dan promosi terkini KAB Gold.

#KABgold
๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐†
(9 Feb 2011)

โœ… Setakat ini hanya ada 6 produk yang ditawarkan iaitu gold bar 0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram, 1/2 dinar dan 1 dinar.

โœ… InsyaAllah jenis produk akan ditambah dari masa ke semasa seiring dengan kemajuan syarikat.

โœ… Program Uncang Emas (pembelian gram emas menggunakan platform online) akan dilancarkan sepenuhnya mulai 1 Mac 2021 InsyaAllah.

โœ… Uncang Emas ialah suatu kaedah untuk pelanggan membeli gram emas serendah 0.25 gram pada setiap masa. Gram emas ini boleh dikumpul dan dikeluarkan fizikalnya jika mahu.

โœ… Ketelusan adalah prinsip asas KAB Gold. Setiap item yang dijual di laman web akan disertai dengan baki bilangan stok yang tinggal.

โœ… Jika terpaksa ditempah sekalipun, KAB Gold akan menetapkan tempoh menunggu maksimum yang standard bagi setiap item.

Ingat emas, semuanya di KAB Gold.

Mohon untuk semua like dan follow official page KAB Gold:

โžก๏ธ Page : Fb.com/kabgoldynamics

โžก๏ธ Instagram : @kabgoldynamics

โžก๏ธ Website : www.kabgold.my

Sebarang masalah berkaitan pendaftaran, pembelian dan sebagainya, boleh klik link whatsapp :

โœ… Admin : wasap.my/60103233341

โœ… Admin : wasap.my/60124222949

#pengumumanKAB
Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar
Pengerusi
KAB Goldynamics Sdn. Bhd.

#VVIPkabgold
๐’๐ˆ๐€๐๐€ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ, ๐Š๐€๐ ๐†๐Ž๐‹๐ƒ๐˜๐๐€๐Œ๐ˆ๐‚๐’ ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ?

Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Amanie Advisors, salah sebuah syarikat utama Kumpulan Amanie kini menabur khidmat di beberapa bandar utama dunia.

Tan Sri Dr. Daud juga menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad .

Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York).

Dalam dunia korporat pula, beliau berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan PNB selain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8.

Sebelum ini, beliau pernah diberi kepercayaan menganggotai Lembaga Pengarah Sime Darby Property Berhad, dan bertindak sebagai bekas Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Beliau juga bekas penyandang ketiga Kerusi Perbankan dan Kewangan Islam Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI) PNB di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Di samping itu, beliau juga adalah pengasas bersama (co-founder) Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinB, Pengerusi Berry Pay, KAB Gold Dynamic, Bio Fluid Sdn Bhd, dan Amanie-Afra Halal Capital Co (Bangkok).

Pada 2016, beliau dianugerahi โ€œAnugerah Kecemerlangan bagi Sumbangan Ulung bagi Kepimpinan dan Khidmat Nasihat Syariahโ€ di Majlis Anugerah Sidang Kemuncak Sukuk London dan โ€œAnugerah Penasihat Syariahโ€ di Majlis Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A.

Sebelum itu, pada 2014, beliau dianugerahkan gelaran โ€œTokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2014โ€ oleh Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.

Di bawah terajunya, Amanie Advisors membuktikan keunggulan sebagai penerima โ€œAnugerah Prasarana Ilmu Ekonomi Islamโ€ semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global di Dubai pada 2015 daripada Raja Dubai, Sheikh Mohamed Rashid Al-Maktoum.

Sebelum itu, beliau pernah menyumbang bakti sebagai Timbalan Naib Canselor di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988 dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari University of St Andrews, United Kingdom pada 1993.

Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.

Permata inteleknya terus menerima pengiktirafan apabila buku pertamanya, โ€œShariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholarโ€ (Minda Syariah Kewangan Islam: Kisah Balik Tabir Perspektif Cendekiawan Syariah) muncul sebagai penerima anugerah โ€œIslamic Finance Book of the Year 2016โ€ oleh Majlis Anugerah Kewangan Islam Global [the Global Islamic Finance Award (GIFA) 2016].

Buku beliau yang seterusnya โ€œAn Insightful Journey Into Emirates Airline Sukuk : Pushing The Boundaries of Islamic Financeโ€ juga menerima penganugerahan daripada GIFA 2017 iaitu โ€œBest Islamic Finance Case 2017โ€.

Hasil nukilan karya Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang lain :

โœ… Kembara Ilmu Dari Sg Korok ke St Andrews (2021).

โœ… The Theory of Wealth Circulation and The Risk Sharing In Islamic Finance (2020).

โœ… Covid 25 : Kapsul Kehidupan dan Makhluk Mistik (2020).

โœ… Dhuha : Cahaya Pagi Yang Terang (2020).

โœ… Emas & Syariah โ€“ Ilmu Tersurat dan Tersirat (2019).

โœ… Dukun Kegagalan (2019).

โœ… Engsel Kehidupan (2019), Sosialisasi Fekah Dalam Struktur Masyarakat (2019).

โœ… Mindset Is Everything (2019), The Hard Truth Of Islamic Finance (2019), Ratiocination In Islamic Legal Theory (2019).

โœ… Corporate Matrimony (2019).

โœ… I Have 25 Hours A Day : The Smart Way to Create More Time (2016).
โœ… Mainstreaming Islamic Finance: Unveiling The Critical Success and Failure Factors An Insider And Global Perspective (2018).

โœ… Saya Ada 25 Jam Sehari (2016).

โœ… Be The Eagle Amongst The Birds (2018).

โœ… Shariah is Life (2018).

โœ… PULUN (2018).

โœ… Anak Desa ke Persada Antarabangsa (2018).

โœ… Membumikan Syariah : Menjelajahi Dimensi Syariah Secara 360 Darjah (2018).
Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
Penasihat Syariah
KAB Goldynamics Sdn. Bhd

#VVIPkabgold
๐’๐ˆ๐€๐๐€ ๐๐„๐๐€๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐€๐ ๐†๐Ž๐‹๐ƒ๐˜๐๐€๐Œ๐ˆ๐‚๐’ ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ?

InsyaAllah berkuatkuasa 1 Mac 2021, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. secara rasminya akan melantik Penasihat Syariah rasmi.

Ini adalah sebahagian daripada komitmen KAB Gold bermula daripada Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan juga para pelanggan untuk menjadikan KAB Gold sebagai peneraju syarikat emas patuh Syariah di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.

Antara tugasan utama Penasihat Syariah ialah menasihati, memantau dan memastikan produk, perkhidmatan dan operasi KAB Gold patuh Syariah secara keseluruhan.

Nak tahu siapa orangnya?

Jom kita telusuri biodata beliau.

Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Wakaf Bharu, kemudian di Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan seterusnya di Maahad Muhammad Lelaki Kota Bharu, Kelantan.

Beliau kemudian memperolehi Sarjana Muda Syariah & Pengurusan di Universiti Malaya, dan Sarjana Syariah dengan pengkhususan dalam Kewangan Islam (Fiqh Kewangan), juga dari Universiti Malaya, masing-masing pada tahun 2003 dan 2008.

Pada tahun 2015, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam dari Universiti Yarmouk, Jordan.

Beliau memulakan kerjayanya di Universiti Malaya pada tahun 2005 sebagai Fellow. Kini beliau adalah pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawataankuasa Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Ahli Jawatankuasa Syariah CIMB Islamic Berhad, Ahli Badan Penasihat Syariah Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Ahli Jawatankuasa Syariah Kenanga Investment Bank Berhad (2015โ€“30 Oktober 2019), Ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM (2016-2018) dan Ahli Jawatankuasa UM Awqaf (2017-2019).

Beliau juga adalah Ahli Penasihat Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (2015 - 2021), Panel Penilaian Akademik, Kolej Yayasan Pahang (2016 - 2019), Panel Penasihat Akademik, Kolej UNITI, Perunding Pertubuhan Multaqa Asatizah (MURSHID) (2019 - 2020) serta Ahli Jawatankuasa Unit Wakaf Majlis Agama Islam Kelantan (2019 -2021).

Antara buku yang pernah beliau hasilkan ialah berkenaan Usul Fiqh iaitu Kaedah Interpretasi Teks Hukum Islam, Perspektif Industri Halal: Perkembangan dan Isu-isu, Ringkasan Terminologi Hadis, Keusahawan Islam, Keseimbangan Ekonomi Halal: Analisis dalam Konteks Kesan Sektor Zakat, Menangani Isu-isu Kontemporari Perniagaan Islam Berasaskan Fiqh al-Tijarah dan lain-lain.

Beliau juga merupakan pengasas dan pentadbir kepada โ€œmuamalat.myโ€, sebuah platform media sosial yang berusaha menjadi medium pendidikan dalam meningkatkan kesedaran awam dalam Kewangan Islam dan Takaful sejak tahun 2013.