Healthy Baby Food Notes
962 members
75 photos
3 files
14 links
Homemade Baby Food Notes
Download Telegram
to view and join the conversation
PENGAT PISANG (Ekin Mustapha)

Bahan-bahan:

- santan
- pisang di potong serong
- 1 sudu kecik madu
- sagu (rendam sat)
- daun pandan

Cara buat:

- masukkan santan. Masak dulu. Bagi mendidih skit bleh masuk kan pisang dan sagu pasai kita tak masak lama dah nnt hancuq pisang dengan sagu tu.

- buh daun pandan tu sekali sebagai pengharum pengat tu.

- pastu apa lagi. Tutup api. Mudahkan.

Rasa pengat ni manis-manis buah pasai pisang memang sedia maklum dah manis.
Apom Lenggang
-----------------
.
2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
3/4 cawan madu (bole kurangkan)
1 cwn air
1 cwn santan pekat
1 biji telur ayam
.
Masukkan semua bahan yang dinyatakan di atas kecuali santan dan telur di dalam satu bekas .Perap dalam 1-3jam. (Mama Imani perap 30 minit je πŸ˜†) Bila dah nak masak masukkan santan dan telur dan kacau rata . Gunakan non stick pan untuk dapatkan hasil yang cantik dan tak perlu digris dengan minyak. Panaskan api dengan api kecil , ambil satu senduk adunan apom lenggang dan lenggangkan pada non stick pan seperti kuih ketayap . Ala bermula dari tengah dan lenggangkan secara membulat bagi besarkan saiz .
.
Bila dah nampak keperangan , dah masak la apom lenggang tu , bolehlah digulung atau dilipat seperti tosai kedai mamak tu . Ikut citarasa anda.
.
Ps:Kami makan satu family ni ,so klu nak buat sket je buat separuh adunan.Cicah sambal bilis atau kari sedap wei haha ada jugak resepi letak nasi,terpulang k hihi

#solidfoodforimanisyifa
Yogurt apa yang sesuai untuk baby ye? Lets cikedout!

βœ”Kriteria Yogurt yang SESUAI untuk baby:
1. Full fat
2. Plain yogurt
3. Natural yogurt

Contoh Brand:
1. Farm Fresh Natural Yogurt
2. Sunglo Greek Yogurt Natural, Full Cream
3. Farmers Union Greek Style Natural Yogurt
Dan lain-lain brand yang ada kriteria Full Fat.

✘Yogurt yang TAK sesuai untuk baby:
1. Low fat

Contoh Brand:
1. Semua Nestle sebab semua Low Fat
2. Farm Fresh Skinny Low Fat
3. Sunglo Low Fat All Natural
4. Dutch lady Natural 0% fat
Dan lain-lain brand yang ada kriteria Low Fat.

🍦Bila baby boleh start makan yogurt?
Boleh start bagi bila baby 8 bulan. Tapi disebabkan rasanya yang masam, disarankan intro bila umur baby 10 bulan ke atas.

❔Macam mana nak makan yogurt ni?
Yogurt boleh dicampurkan ke dalam masakan seperti dessert (yogurt + buah, yogurt + cookies), lempeng, cucur. Yogurt juga sesuai sebagai pengganti santan. Bolehla ibu gorges cuba masak lemak labu dengan yogurt nanti.

🍧Ada contoh resipi tak?
Ni resipi Fruits Barley Dessert

Bahan-bahan :
a) Serbuk barli (by Izliyah Kitchen)
b) 1/2 atau 1 biji epal
c) 1/2 biji kiwi (atau 1/2 biji pisang masak)
d) 1 sudu besar yogurt asli (natural)

Cara-cara:
1) Kisar kiwi dan epal untuk dijadikan puri
2) Campurkan 2 sudu serbuk barli dengan air panas dan kacau rata.
3) Letakkan 2 sudu barli yang siap dibancuh dalam bekas lain.
4) Campurkan 1 sudu yogurt asli
5) Tambahkan 2 sudu puri epal+kiwi
6) Dessert siap diberikan pada si manja!

Selamat mencuba 😊

#BabyBambamBoutiqueInfo #resipiizliyahkitchen #yogurtuntukbayi #yogurtforbaby #homemadebabyfood #organicbarley #organiccereal #puree
Puding Roti
------------

Bahan-bahan untuk puding roti:
4 keping roti
1 cawan susu segar
1 sudu besar madu (nak manis bole tambah)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar mentega (cairkan)
Kismis secukup rasa

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 cawan susu segar
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar madu
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara buat:-
1-Masukkan susu segar, madu, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati semuanya.
2-Carikkan roti kecik2, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan mentega yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit.
3- Sapukan sedikit mentega dalam loyang untuk membakar.Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah la minit lagi.

Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.Petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati,dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.masak sampai pekat.kepekatan sos terpulang pada selera.dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya.

Dah siap Masak semua tuang sos kastard atas puding roti dan makan 🀀

#solidfoodforimanisyifa
Menu afrinaMarissa8m2d
Menu Akid Muqri 2y4m
*BARLEY VEGES SOUP with BEEF STEAMED*

1. Saute bg naik bau Ghee;Bwg putih;Bwg holland;Lekio
2. Masukkan Beetroot;Potato;Carrot bg lembik sikit
3. Masukkan
BabyCorn;Sweet Peas; Oyster Mushroom, Button Mushroom
4. Masukkan homemade CBB 2 ketul
5. Masukkan Pearl Barley (dah rebus/steam/rendam)
6. Tabur sedikit lada hitam tumbuk (bg yg da pass)
7. Reneh

8. Daging stim kosong.

9. Ambil sup gabung daging stim blend halus.

*Tok baby*: bahan blend hidang dgn sup sayur kosong. fina makan dkt 3oz.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

*Tok famili*: campur lada sulah dan lada hitam tumbuk bg kaw2 pedas pada sup baby tadi. Letak garam dan cukup rasa. Reneh sekejap. Siap...

*Tok toddler* (yg xreti mkn sayur & daging) ambil bahan blend yg sama tadi dan sup shj & barley famili (kalau da pass pedas, kalau belum ambil sup & barli baby). Akid makan banyak. Pedas sup cmpur bahan blend jd separa pedas dan manis daging.
Healthy Baby Food Notes pinned Β«PASTA BERKEJU ----------------- Didihkan air letak sedikit olive oil.Rebus pasta kemudian toskan ketepikan. . Rebus dada ayam sampai masak dengan sedikit bawang putih dan merah,bila dah masak carik2 kan isi ayam. . Gabungkan pasta dan air rebusan ayam tadi…»
*resepi lompat tikam@takir*

Utk bby n bby tua pon boleh..

Takde sukatan tepat..main agakΒ² jer..

*BahanΒ²*

Labu manis....basuh bersih..potongΒ²..bersihkan..pastu..potong saiz kecik spya cepat masak..stimkan..
( Kulit jgn buang..stimkan sekali...biji pon jgn buang..sangaikan..jdkn kuaci..atau..taburkan dlm bekas..tunggu bercamvah..kira kuarkn 2 helai daun..boleh cabut..buat sayur..😊😊)..

Dah masak labu..asingkan kulit n isinya..isinya di lenyek...ketepikan..kulit tu..taburkn gula perang n letak parutan cis..bg bby tua mkn..sedap woooo..πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ˜¬..

Kita buat kuahnye..
*Kuahnye*
Kurma..kismis hitam..plum ranum..masakn hingga empuk dgn kulit kayu manis..bunga lawang n cengkih..dah empuk..keluarkn balik kulit kayu manis..lawang n cengkih..masih panas tu...blendkan sampai hancur..pastu..masakkan balik utk jd pekat..ketika ini..boleh adjjust kadar kelikatan yg kita nak..dan boleh di jadikan jem...boleh campur tepung jagung kalo nak..taknaj...tak payah..
Masukan dlm loyang...

Panaskan kukusan..masukn loyang berisi jem tadi..dah 5 min...masukkan labu lenyek..labu tu..tambhkn tepung ckit..sbb..kalo takde tepung..ia lembek..gunakn tepung beras...
Kukus sampi masak..

Pastu..kita sediakan lapisan atasnye..

Didihkan santan tp jgn sampai pecah minyak..dah suam...masukn tuangkan kedlm tepung beras..adunan tu..tuangkn ke atas labu tadi..kukus kn..

Lapisan terakhir..pecahkan telur..mixkan dgn pati santan....tuangkan atas adunan tadi...kukuskan sampi masak...

Siapppp...simple kan?..selmt mencuba..
Nuget Nasi+Sayur
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Imani kurang makan nasi 2hari ni.So mama TIPU dia buat NUGET NASI.Ramai dah buat cakap sedap Mama Imani pon nak cuba la jugak hihi
.
Senang je masak nasi macam biasa bagi sedikit lembik mudah sket untuk nak bentuk nanti.Cincang sayuran yang bersesuaian.Mama Imani guna karot,bawang besar,leek,serbuk bilis sebagai pelengkap rasa.(guna apa dalam peti je ni hihi)Bole jugak kalau nak guna ayam atau daging ikut la citarasa masing2.Gaul semua tadi kepal2 bagi padat ikut bentuk yang disukai.Celup dalam telur.Celup dalam serbuk roti.Kemudian goreng sehingga kuning keemasan.(Mama Imani guna air fryer untuk Imani kurangkan minyak hihi) SELAMAT MENCUBA .
.
*rasa macam nuget tau.Tak rasa nasi pon haha
.
#solidfoodforimanisyifa
Mee Goreng/Kotiaw Goreng Baby
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Tumis bawang putih+merah masukkan tomato paste.letak tauhu potong kiub isi ayam atau seafood letak cbb sket letak mee goreng kilas pastu letak telur tadaa mee grg mamak siap.pastu perah limau nipis sket.
Tabur bawang grg homemade 🀀🀀
Tabur daun bawang+daun sup.

#solidfoodforimanisyifa
ROTI JALA & KARI AYAM
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”-
.
ROTI JALA
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit susu segar)
Sedikit pewarna kuning(saya guna serbuk kunyit je,sebab Imani kecik lagi)
.
Cara-cara buat roti jala:
1. Blend tepung gandum, telur, susu segar, garam, dan pewarna kuning hingga sebati.
2. Cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan, kalau tidak putus-putus sudah boleh jala di atas kuali.
4. Gunakan kuali non stick (kalau guna kuali biasa, mesti yang tak melekat).Kuali biasa kena oles minyak sedikit atas permukaan kuali.
6. Tambahkan sedikit air kalau pekat sangat.
7. Selepas jala di atas kuali, biarkan beberapa saat hingga masak.
8. Kalau dah masak, tidak payah dibalik, angkat dan gulung/lipat.
.
KARI AYAM
.
BAHAN PENUMIS:
* 1 batang Daun kari
* 2 Biji Bunga cengkih
* 2 batang Kayu manis
* 3-4 Biji pelaga
* 1 inci Halia
* 1 biji Bawang besar
* 2 biji Bawang putih
* Santan/susu segar/yogurt
* Air asam jawa
* Cbb (chicken bone broth)
* Pes kari daging/ayam
* Kentang/Tomato (optional)
* Ayam potong kecik (kuantiti terpulang)

1-Mayang halus bawang2 & halia (nak tumbuk pon bole).Kemudian tumis bersama rempah ratus dan dan daun kari sampai harum dan sedikit layu.
2-Masukan pes kari daging/ayam tumis sampai pecah minyak.Masukkan air asam jawa kalau guna yogurt tak payah letak pon takpe.(taknak letak asam jawa pon takpe hihi ikut selera masing2).Kemudian letak stok ayam (cbb).
3-Masukkan ayam dan kentang reneh sekejap bagi rempah sebati.Masukkan santan dan sedikit air.Kemudian kalau nk masukkan tomato masukkan masa kari nak hampir masak elak tomato lembikhihi
.
Tips:
Kalau guna santan -kuah manis sket
Kalau guna susu segar-rasa ala2 β€œhealthy curry”
Kalau guna yogurt-kari rasa masam2 sket berlemak.
.
Ps:- Guna la apa pon janji makan kenyang πŸ˜‚
.
#solidfoodforimanisyifa
Ayam Masak Lada Hitam +Cendawan
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Tumis bawang putih+halia+bawang holand sampai bau harum.Masukkan ayam yang dipotong kecil.Goreng kilas sampai ayam sedikit perang,masukkan cendawan (guna la cendawan yang bersesuaian).Masukkan sedikit stok ayam.Jika ada lada benggala bole jugak masukkan.Letak sedikit air reneh seketika.Masukkan sedikit lada hitam dan air bancuhan tepung jagung.Reneh sekejap sampai sekata dan sedikit pekat.Siap.
.
Sup Bebola Daging
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Tumis bawang putih+halia+bawang merah yang ditumbuk kasar.Bila sudah sedikit garing masukkan air dan stok ayam.Bila dah air mendidih masukkan bebola daging (homemade) & sayuran (karot,saderi,kentang,tomato).Reneh sampai empuk.Bila sudah siap bole tabur hirisan daun bawang,daun sup dan bawang goreng homemade dan juga sedikit perahan linau nipis.
.
Ps:-Resepi bebola daging bole rujuk resepi bebola ayam yang pernah mama Imani post sebelum ni,bezanya guna daging lembu je hihi

#solidfoodforimanisyifa
Avocado +Pisang +Madu Smoothie
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Smootie avocado pisang ni lemak berkrim.Bagus untuk anak2 yang kurang berat badan.Lemak yang bagus untuk otak anak.
.
Cara buat mudah je,campurkan avocado,pisang,sedikit madu untuk naikkan lemak manis dan susu untuk lebih berkrim.Kisar halus dan sedia untuk dihidang.
.
Ps:-Malam ni buat lebih untuk nenek Imani secawan dan mama secawan.Buat 2 pack letak dalam easysqueeze untuk Imani.😊
.
#solidfoodforimanisyifa
Mini Burger Ayam
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Untuk daging burger, kisar isi ayam,bawang besar dan putih.Gaul sebati bersama sedikit,mix herb,serbuk cili,lada hitam,telur dan serbuk roti.Kepal2 dan bentukan ikut ketebalan yang disukai kemudian bekukan atau sejukkan 1-2jam sebelum panggang atau goreng.
.
Untuk roti pula, sapu mentega dan bakar sekejap sehingga sedikit keperangan.
.
Untuk sayuran sampingan mama imani guna karot,bunga kobis dan brokoli kukus dan celur air sejuk kemudian tabur lada hitam.
.
Untuk tambahan rasa Mama Imani guna yogurt untuk gantikan mayonis
.
Gabungkan semua dan sedia untuk dihidang.

*untuk anak lebih dewasa 2tahun ke atas bole la makan bersama sos atau mayonis.

#solidfoodforimanisyifa
Laksa Utara (khas untuk kanak2)
β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Celur laksa yang siap beli tu ataupon jika guna laksa kering rendam sekejap kemudian rebus sampai masak kenyal elok.
.
Untuk kuah mudah je.Rebus ikan kembung atau sardin dengan asam keping.Asingkan isi dan tulang kemudian kisar.Macam mama Imani guna pengisar tahap halus punya πŸ™ˆ Mama Imani campur semua bahan dalam pengisar (ikan,bunga kantan,bawang putih,bawang besar,daun kesom).Bila dah halus masa masak atas dpur letak la sedikit hirisan bunga kantan dan daun kesom lg untuk aroma.
.
Bila siap kuah laksa.Hidang kan laksa bersama kuah kemudian tabur hirisan timun,bawang besar dan daun salad bersama telur rebus.Untuk naikkan rasa bole perah sedikit limau nipis atau limau kasturi.Sedia untuk dimakan.Selamat mencuba ☺️

#solidfoodforimanisyifa
Kerepek Ngaku
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Buah ngaku di buang kulit,basuh dan disagat nipis.Ketepikan.Mama Imani sambil goreng sambil susun ngaku yang siap sagat dekat tisu dapur (buang lebihan air ngaku) senang campak dalam kuali hihi Sapa lagi terer sagat je dalam kuali terus hihi
.
Panaskan minyak masak di dalam kuali.
Bila minyak sudah panas, gorengkan ngaku tadi.Goreng sehingga ianya kuning keemasan dan garing.SELAMAT MENCUBA ☺️
.
Tips
*jangan buang tangkai ngaku tu,untuk memudahkan proses sagat buah ngaku,senang pegang.
*rasa dia dah sedap lagi manis dari kerepek kentang,tapi untuk lebih rasa bole la nak letak serbuk bawang putih,lada hitam atau goreng bersama daun kari.
*untuk lebih anak lebih dewasa bole tabur serbuk kari atau serbuk cili.
*buah ngaku ni banyak pada musim CNY.

#solidfoodforimanisyifa
Bulgogi & Kimbap
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Bulgogi
Bahan-bahan:
- daging batang pinang
- 1/4 cawan buah pir Korea/pir biasa
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1/2 sudu besar halia (dikisar)
- lada hitam (ikut kesesuaian anak)
- 1/2 biji bawang besar/holand (dihiris)
- Bijan (sangai sekejap)
- Daun bawang atau leek
-hirisan karot

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, masukkan daging, buah pir kisar, bawang putih, halia kisar, lada hitam, dan bawang besar/holand. Perapkan 2-3 jam atau semalaman.(mama imani buat sejam je haha)
2. Panaskan kuali. Kemudian, masukkan daging yang sudah diperap.
3. Masak hingga kuahnya menjadi pekat.Kemudian tabur hirisan karot dan daun bawang /leek.
4. Taburkan bijan (sangai terlebih dahulu)
5. Siap untuk dihidang!

Kimbap
β€”β€”β€”β€”
Potong panjang2 macam mancis sayur karot dan timun.Kemudian panggang sekejap untuk keringkan air.Telur dadar potong panjang2 juga.
.
Untuk gulung jadikan kimbap amik nasi lembik letak sayur tadi dan telur gulung bagi padat dan hidang bersama bulgogi.

Tips
*untuk anak yang lebih dewasa contohnya 2TAHUN KETAS bole olah letak sedikit kicap dan gula perang untuk lebih rasa.
*bulgogi sesuai makan ratah makan bersama daun salad dan dimakan bersama kimchi dan nasi panas.
*untuk kimbap untuk anak dah bole makan seaweed bole letak ye hihi
*kesesuaian menu bergantung kepada umur anak 😊

#solidfoodforimanisyifa
Nasi Mentega
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Panaskan kuali masukkan mentega dan tumis hirisan bawang putih,bawang merah,halia serta kulit kayu manis dan bunga lawang.Masukkan beras kacau rata masukkan sedikit stok ayam (cbb) dan tambah air secukupnya.Letak 1 helai daun pandan untuk lebih aroma.(semasa nasi dah kering taburkan potongan dadu lobak merah bersama kismis)
.
Ayam Bakar
β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Perap 1-2jam ayam dengan bahan2 yang dikisar (bawang besar,bawang putih,halia,serbuk lada hitam,sedikit madu,minyak zaitun) Kemudian bakar sampai masak .(mama imani masak guna periuk tekanan tinggi 12minit dan letak sedikit mentega kemudian bakar sekejap atas pan selama 5minit). Baki bahan perapan bole buat sos untuk ayam.
.
Kentang Wedges Goreng
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Kupas kulit kentang dan basuh bersih dan potong β€œwedges”.Kukus sampai separuh empuk.Buat bancuhan (tepung gandum+air+serbuk cili+”mixherbs”).Celup β€œwedges” tadi dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.
.
Sayur Stim
β€”β€”β€”β€”β€”
.
Kukus hirisan karot,brokoli dan bunga kobis sehingga empuk dan tabur sedikit lada hitam sebelum makan.
.

Tips:
Untuk anak yang lebih dewasa bole tambah sos yang bersesuaian.

#solidfoodimanisyifa
Lasagna Roti
β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
Tumis bawang holand dan putih cincang dengan sedikit mentega/minyak hingga kekuningan.Masukkan daging kisar dan renehkan seketika sehingga sedikit keperangan.Kemudian masukkan tomato paste, tomato cincang,lada benggala cincang & karot cincang.Didihkan sehingga masak dan agak pekat.Bole tabur sedikit lada hitam untuk lebih rasa.
.
Loyang disapu mentega.Lenyeknya roti dan rendam seketika dalam telur yang dicampur susu.Susun dalam loyang.Kemudian lapiskan dengan inti daging tadi dan seterusnya parut keju.Ulang langkah tersebut hingga abis bahan.Paling ok buat 3 lapis ye,akhir sekali bahagian atas selepas letak inti daging, taburkan mozarella cheese yummy.
.
Bakar pada suhu 160 darjah selama 30 minit.
5minit terakhir buka api atas je bagi garing cheese sket πŸ˜‹
.
SELAMAT MENCUBA ☺️

*untuk bahan bole tukar ikut kesesuaian anak.

#solidfoodforimanisyifa
Sup Ketam
β€”β€”β€”β€”β€”
.
Tumbuk kasar bawang merah,bawang putih, halia & lada putih biji .Tumis sampai bau wangi masukkan air dan masukkan ketam.Reneh sampai masak dan masukkan hirisan daun bawang & daun sup.Selamat mencuba 😊
.
*bole jugak kalau nak masukkan sayuran lain contoh seperti kentang atau karot.
*bole jugak letak serai jika tak suka bau ketam.
*sup ketam bagus untuk anak kurang sihat dan naikkan selera anak.
.
#solidfoodforimanisyifa
Sup Tomato
β€”β€”β€”β€”β€”β€”
.
3biji tomato -belah 4 dan reneh dengan air sampai masak.
2-3ulas bawang putih hiris nipis
1/2 biji bawang holand potong mayang halus
Mentega.
Whiping cream (optional)
.
Cara buat:-
.
Panaskan kuali masukan mentega.Tumis bawang putih & holand sampai layu masukkan tomato yg dh rebus tadi.Reneh sampai sedikit pekat dan masukkan whipping cream 1sudu.Kacau rata sampai sebati kemudian kisar sampai halus.Bole tabur daun parsley segar ataupon pasrley kering + lada hitam.Selamat mencuba ☺️
.
Tips:-
-Ikut blender masing2 jika jenis kisar kurang halus sila guna penapis untuk asingkan yang kasar2.
-sesuai makan bersama roti bakar ataupon pasta.
-sesuai untuk anak 10bulan keatas.(tomato berasid untuk baby bawah 10bulan)
-untuk sedikit manis bole tambah madu.(setahun keatas).
-sesuai untuk naikkan selera anak.

#solidfoodforimanisyifa