Tips Kewangan & Emas By Azam Amiri
2.76K subscribers
1.72K photos
49 videos
17 files
980 links
Channel Telegram rasmi Info Emas bagi mendapat perkongsian mengenai panduan, motivasi dan info terkini pasal emas dan kewangan.

Nak mula simpan emas serendah RM100 boleh pm saya terus di www.wasap.my/60179600278/SimpanEmasSerendahRM100
Download Telegram
3 POSISI PELABURAN EMAS

Hari ini, penyimpan emas yang berilmu tersenyum lebar sebab emas cuma RM240/gram. Yang dah beli pada harga RM304/gram haritu pun tak rugi kalau tahu posisi masing-masing dalam pelaburan emas samada sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga.

Apa beza penyimpan, pelabur dan peniaga emas ni?

1. PENYIMPAN EMAS

Simpan emas untuk jangka masa panjang dengan matlamat yang jelas. Contohnya simpan untuk deposit rumah, belanja kahwin atau tabung anak-anak. Tak kisah pun harga emas turun naik asalkan setiap bulan jumlah gram yang disimpan bertambah.

Bila harga turun macam hari ini lagi la suka sebab masa ni lah nak tambah banyak-banyak jumlah simpanan emas.

2. PELABUR EMAS

Kalau simpan 1 gram sebulan belum sampai tahap pelabur emas lagi. Pelabur emas kena tahu ilmu analisis teknikal harga emas supaya boleh memaksimakan keuntungan jangka masa pendek.

Pelabur emas akan membeli item yang besar seperti 250g atau 1000g. Walau naik RM1 saja pun dah untung RM250-RM1000.
Buy Low Sell High.

3. PENIAGA EMAS

Posisi ni untung tak kira harga emas rendah ke tinggi. Belum ada lagi kedai emas yang tutup sebab tak ada orang tak beli emas walaupun waktu harga musim covid-19 ni lagi berpusu-pusu beli sebab faham nilai emas waktu ekonomi merosot lagi ramai simpan emas...emas adalah insurans kekayaan...

Jadi, sahabat di posisi mana satu?

1.Penyimpan?
2.Pelabur?
3.Peniaga emas?

Andai pun esok hari harga emas turun @ naik, saya tetap senyum sebab saya tahu mana posisi saya.

Nak mula simpan emas dengan cara yang betul dan berilmu wasap saya terus di www.wasap.my/60179600278/NakMuaSimpanEmas

Azam Amiri
Founder Master Dealer Public Gold
Jika anda nak tahu ilmu yang lebih mendalam tentang emas dan kewangan, saya sarankan beli dua buku ini. Memang sangat sesuai untuk kita baca dan fahamkan tentang cara pengurusan kewangan yang betul dan tentang emas secara lebih mendalam.

Sekarang ada promosi di PG Mall, belilah jangan sayangkan duit untuk labur dalam ilmu daripada kita labur duit tanpa ilmu yang pasti akan merugikan kita nanti.

Sesungguhnya pelaburan yang paling menguntungkan adalah pelaburan dalam ilmu. Ada ilmu insyaAllah selamat dunia akhirat.

Nak beli buku ni klik link disini:

https://pgmall.my/PRE-ORDERWang-Emas-Bertahan-Ketika-Gawat--Misi-Bebas-Hutang-BUKU-FIZIKAL-KOMBO-1PLUS16531252878116?referralPgCode=azamamiri.az@gmail.com
Promosi malam ini untuk jadi dealer emas Public Gold, takda apa-apa yuran pendaftaran pun, hanya buat belian emas sahaja dalam satu kuantiti yang telah ditetapkan seperti dalam gambar dibawah.

Beli emas dapat emas, itu ja. Nak mula simpan emas dulu ke, nak belajar sampai faham tentang emas dulu?

Mana-mana pun boleh lah.

Tapi pengalaman saya, orang yang pilih nak belajar dulu sampai faham baru nak simpan emas, tak akan simpan emas sampai bila-bila.

Dengan emas fizikal ni, takde apa yang kita nak takut. Emas di tangan kita. Apa-apa jadi, emas di tangan kita.

Harga emas naik, kita boleh fikir nak jual. Kita happy.

Harga emas turun, kalau nak pakai duit, kita boleh fikir nak gadai. Kita happy.

Beli emas, tak macam beli barang pakai-habis-buang yang lain. Beli emas, kita hanya tukar duit kita jadi emas.

Duit tak habis, harta pun bertambah. Sebab emas adalah harta juga kan?

Bila kita dah bermula, kita ada benchmark harga emas kita sendiri. Baru kita faham apa itu harga rendah, apa itu harga tinggi.

Kejayaan bermula dengan langkah pertama.

Kejayaan dengan emas, bermula dengan pembelian pertama.

Orang yang dah mula simpan emas, dia akan lebih cepat faham.

Jangan takut, jangan bimbang. Yallah! Bismillah.... Nak rebut promosi ini wasap saya terus di www.wasap.my/60179600278/PromoDealer

Azam Amiri
Founder Master Dealer Public Gold

=======================

10 KELEBIHAN MENJADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD

https://azamamiri.com/kelebihan-menjadi-dealer-emas-public-gold
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengubati sifat boros berbelanja adalah dengan mengalihkan duit kita kepada emas.

Inilah yang saya amalkan sejak tahun 2015 sehinggalah hari ini. Alhamdulillah simpanan saya susah untuk bocor dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Seronok simpan duit dalam bentuk emas ini hanya orang yang mula dan konsisten simpan emas ja tahu.

Nak simpan emas tak perlu tunggu ada duit ribu-raban, serendah RM100 pun dah boleh mula simpan emas.

3 PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBELI DAN MEMULAKAN SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS- https://azamamiri.com/asas-sebelum-mula-simpan-melabur-emas-publicgold-wajibtahu-simpananemas-pelaburanemas

Azam Amiri
Star Founder Master Dealer Public Gold
Nak mula simpan emas tak perlu tunggu ada bajet ribu raban, mula dulu RM100 pastu cuba untuk konsisten, insyaallah akan nampak hasil
simpanan kita.

Mula simpan emas serendah RM100 melalui akaun emas GAP boleh wasap saya terus di www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas

Azam Amiri
Star Founder Master Dealer Public Gold
BEZA ORANG TUA-TUA DULU DENGAN BUDAK ZAMAN SEKARANG

Orang tua-tua kita dulu suka simpan emas, ada ja duit lebih mereka akan beli emas.

Apabila tiba ja masa untuk anak-anak nak sambung belajar mereka akan jual seketul, apabila tibanya masa untuk anak-anak nak kahwin mereka akan jual seketul. Begitulah orang tua-tua kita dulu.

Betul tak? tak percaya try lah tanya mak kita, nenek kita, moyang kita. Mereka ada tak pakai emas? mereka ada tak simpanan emas?

Nak beli dan simpan emas ni tak perlu belajar lama, tak perlu kaji lama, tak perlu faham pun takpa simpan emas ni. Beli dan simpan ja dah untung. Sebab beli emas bukan habiskan duit, tapi kita selamatkan duit.

Kita generasi muda tak nak ikut orang tua-tua dulu simpan emas. Suka sangat join bisnes mengarut skim cepat kayap tu, pastu tersontot barulah menyesal.

Faham tak??

P/s: #SHARE jika setuju dan semoga ianya dapat memberi kesedaran kepada generasi kita untuk turut jejak langkah orang tua-tua kita dulu.

https://azamamiri.com/simpanan-kecemasan
#TabungPinjaman

PINJAM DUIT SIKIT

1. Salah satu fenomena sifat pemurah yang merosakkan diri adalah memberi pinjaman.

2. Kita belum mampu jadi sebuah bank, tapi dengan murah hati beri pinjaman pada rakan dan taulan.

3. Kita tidak boleh kenakan sebarang keuntungan dari pinjaman yang diberikan.

4. Lebih malang lagi ada yang buat Pinjaman Peribadi untuk beri pada abang sendiri dan abang pun beli kereta baru yang terkini.

5. Ada yang buat pinjaman peribadi untuk diberikan pada suami, katanya pinjam untuk mulakan perniagaan sendiri.

6. Memberi orang lain meminjam wang anda adalah langkah kebelakang dalam pengurusan kewangan

7. Kaedah yang tepat adalah sedekahkan sahaja, jika dia datang mintak RM50k. Katakan saja saya hanya mampu beri RM50 saja, dengan niat ia sedekah dari kita.

8. Belajar bercakap MAAF SAYA TIDAK DAPAT MEMBANTU, dan ini sumbangan yang saya mampu.

Jika gegadis yang datang nak pinjam hati kita, katakan "Silakan saja, saya rela" :-p

Azizul Azli Ahmad

#Share lelaju agar kengkawan faham
Apakah faktor yang menyebabkan harga emas jatuh banyak malam ini?

Jawapannya: kenaikan kadar faedah untuk bon perbendaharaan US 10 tahun.

Bon perbendaharaan US adalah salah satu instrumen pelaburan di US. Is dikategorikan dalam kategori pelaburan paling selamat kerana risikonya yang rendah.

Apabila kadar faedah meningkat, ia bermaksud pelabur bon akan mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Memandangkan emas dan perak tidak memberikan interest manakala pasaran saham lebih berisiko, kenaikan kadar faedah bon dilihat menarik perhatian pelabur.

Pelabur-pelabur akan menjual saham, emas dan perak dan duit tersebut masuk ke dalam pasaran bon.

Saham akan jatuh, emas dan perak akan jatuh.

Jadi, itulah sebab kenapa harga emas jatuh pada malam ini (18/3/2021)

#NotaEmasSyukorHashim
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sudi support dan follow saya di TikTok.

InsyaAllah doakan semoga saya terus konsisten berkongsi video-video menarik untuk manfaat bersama. Yang belum follow lagi TikTok saya, jemput follow ya, https://vt.tiktok.com/ZSJJj5ESJ/

Azam Amiri
Star Founder Master Dealer Public Gold
Nak simpan duit, memang kena paksa.

Paksa diri sendiri.

Kalau ikutkan apa yang kita suka, berbelanja lebih kita suka berbanding menyimpan. Sebab tu tak pelik orang yang bergaji besar pun tak ada simpanan.

Bila tak dipaksa, memang tak akan menyimpan.

#bukuzerohutang #tipsimpanwang