Iddin Ramli Quotes πŸ–‹οΈ
59K subscribers
631 photos
245 videos
16 files
264 links
100% manage by Iddin Ramli
Download Telegram
Takpelah aku cakap, korang dengar jela
Aku ada terbaca tweet tau yang orang cakap lepas tengok cerita makmum tu jadi seram nakk solat sendiri dekat gelap sbb takut hantu follow dekat belakang
Aku belum lg tgok cerita tu. Tapi aku nak tengok juga. Taktau lg bila nak g tengok huhu
Tahu tak kenapa kita jadi takut? Tahu tak tahu tak?
Sebab first, bila kita solat kan. Tumpuan kita dah bukan pada Tuhan. Hantu lagi besar atau Tuhan lagi besar?

β€œEleh iddin ni cakap besar”

Tak bukan cakap besar. Bila kita rasa takut pada selain dari Tuhan, Tuhan akan buat makhluk lain akan jadi sumber ketakutan kita. Bila kita takut hanya pada Tuhan. Tuhan akan jadikan kita sebagai ketakutan pada makhluk lain.

Mereka yang solat beri sepenuh tumpuan pada Tuhan, tak akan terkesan dengan persekitaran dia. Sama macam kita dok scroll instagram tahu tahu dah 2 jam kita main tak sedar pun. Sbb tumpuan kita dekat phone. Sama juga macam solat. Bila tumpuan kita hanya pada solat, persekitaran tak akan mampu buat kita terganggu melainkan kita lalai dalam solat. Kalau dah dok terfikir hantu, memang langsung tak khusyuk dah. Dah solat dalam keadaan takut kat belakang ada hantu. Bukan takut Tuhan dah.

Dari kecik kita diajar asal gelap je hantu. Asal gelap je hantu. Kita tak dibiasakan dengan Tuhan tu sentiasa ada walaupun gelap, terang.

Waktu kecik lagi kita dah menangis kerana takutkan hantu. Tapi kita tak menangis takut kan Tuhan.

Majoriti yang takutkan, bila ditanya.. takut hantu tapi pernah nampak hantu ke? Jawapan dia tak pernah.

Bayang2 hantu pernah nampak? Pernah. Tapi yakin ke tu hantu? Pun tak yakin juga.

Apa yang aku tanam dalam hati kan. Ye makhluk tu memang wujud. Dia tak ganggu kita pun. Biarlah dia. Bukan dia datang sergah kita pun. Kalau nampak pun buat taktahu je. Lagi kita takut, lagi lah dia suka. Kalau macam pagi-pagi kan nak pergi solat subuh. Bila jalan kaki pergi masjid tu aku tak takut pun kalau aku nampak hantu. Aku takut,risau kalau jalan aku lalu tu ada babi hutan, atau anjing liar hshshsh. Tapi so far kalau sebelum nak pergi masjid tu aku dengar bunyi lain macam je aku ikut jalan jauh sikit so selamat ah. Takde lah jumpa dengan binatang yang sering dipersalahkan dalam apa jua kesalahan manusia hshshs.

Cuak juga. Kot kot viral nak ke masjid disondol babi hutan.
So kesimpulannya, if kau dah tahu kau lemah semangat. Jangan tengok cerita tu.
Dan belajar lah untuk takutkan Tuhan dalam segala hal.
Kita tak baik. Aku pun tak baik. Tapi akhirnya kita akan jumpa Tuhan juga nanti kan? Sebab tu nak taknak kena juga usaha.
Kita tak baik? Tak tak. Korang baik. Aku yang tak baik.
Dan banyakan baca doa perlindung diri. Ya jin jahat tu memang ada.
Doa minta pada Tuhan. Doa perlindungan diri dari syaitan dari kalangan jin dan manusia
Dah dah tidur esok kerja kan? Aku cuti seminggu rasa macam sehari je cuti. Aduhhhh
Yang sekolah esok, haa tidur esok sekolah. Report mak kang tidur lewat
Yang ada kelas esok ada quiz ke ada test ke. Aku doakan korang berjaya
Yang tengah cuti sem aku selamat bercuti. Nikmati lah cuti anda dengan aktivit berfaedah. Jangan tidur je kerja hahahah
*aku ucapkan
Yang bekerja semogaa happy selalu. Tak stress, tak serabut.
Yang masih tak bekerja dan mencari kerja aku doakan semoga cpt dpt kerja yang baik. Dpt bantu family.
Good night! Uwu