Hijrahsista.id🌸
151 subscribers
192 photos
69 videos
481 links
Selamat datang ke channel kami Hijrahsista.id ✨
..................................................................

Ig : hijrahsista.id / https://www.instagram.com/hijrahsista.id/

Tele : Hijrahsista.id / t.me/Hijrahsista
Download Telegram
to view and join the conversation
🌿 Setelah Islam dikejut dengan serangan yang mendadak mereka terperangkap dalam kepungan musyrikin

🌿 Masing-masing ingin menyelamatkan diri masing-masing. Ada berlari hingga ke Madinah dan meninggalkan medan perang

🌿 Ada juga yang lari itu berpatah balik untuk berperang

🌿 Berlaku kecelaruan , tentera muslimin dan musyrikin bercampur sehingga tidak dpt mengecam antara satu sama lain.

🌿 Malah terjadi pembunuhan antara tentera islam.

#seerah
🌿 Ada yang tentera islam telah lari berpatah balik menyebabkan mereka membunuh sesama mereka

🌿 Kumpulam ini lah yang menimbulkan kekcauan di dalam saf tentera Islam.

🌿 Tiba-tiba ade yg terdengar laungan β€œ Nabi Muhammad sudah terbunuh”

🌿 Orang Islam menjadi panik kebingungan , ada yang tidak berperang lagi dan membuang senjata

🌿 Ada yang memikirkan untuk berhubung dengan Abdullah bin Ubai kepala munafiqin bertujuan mendapat perlindungan dari serangan Abu Sufian.

#seerah
🌿 Anas bin al-Nadr berlalu dihadapan mereka yang telah lemah semangat dan meneyeru kepada mereka β€œ Apa yang kamu tunggukan ini?”

🌿 Mereka berkata Rasulullah telah terbunuh

🌿 Anas berkata:” Kalau demikian , tak ada erti hidup selelas baginda. Kalau demikian matilah kamu selerti mana Rasulullah SAW mati. Ya Allah, Ya tuhanku sesungguhnya daku memohon maaf akan tindakan golongan ini, yakni kaum muslimin. Dan daku menjauhkan diri dari angkara apa yang dilakukan okeh golongan musyrikin.”

🌿 Beliau terus mara dengan perjuangannya hingga jatuh syahid

🌿 Tidak dikenali beliau di akhir peperangan, kecuali saudara perempuannya yang cam jari jemarinya kerana terdapat 80 tetakan di jasadnya.


#seerah
Alhamdulilah

Sambungan untuk tajuk ini akan dikongsikan esok hari ☺️ InshaAllah jom kita tunggu untuk next sharing ukey😊

Jazakillah khair semua🌸
http://t.me/Hijrahsista

بِسۑمِ ٱللهِ Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ϋ‘Ω…ΩŽΩ€Ω°Ω†Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ω

ASSALAMUALAIKUM SEMUAπŸ§•πŸ»πŸŒΈ

Sihat ke tu? Hee 🌼

InsyaaAllah, harini kita akan teruskan lagi dengan perkongsian yang seterusnya di bawah tajuk yang sama iaitu Tentera Islam Berkecamuk di Tengah-Tengah Suasana Yang Gawat.

Jadi, stay tuned! πŸ™†πŸ»β€β™€οΈ

#seerah
http://t.me/Hijrahsista

β€’ Di sini, Thabit bin Dahdah menyeru kaumnya dengan berkata:

"Wahai kalian Ansar, kiranya Muhammad sudah terbunuh dan mati, maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak mati. Ayuh! berperanglah kamu kerana agama kamu, sesungguhnya Allah membantu dan memenangkan kamu".

β€’ Dengan itu, maka berkumpullah sebahagian dari orang-orang Ansar terus menerkam ke kelompok tentera berkuda Khalid, bergelut hinggalah Khalid menikamnya dengan tombak dan membunuh sahabat-sahabatnya yang lain.

β€’ Juga berlaku di mana seorang lelaki muhajirin menghampiri seorang Ansar yang berlumur darah, terus beliau bertanya:

"Saudara! Kau sedar tak di mana Muhammad yang sudah pun terbunuh?"

Jawab al- Ansar:

"Sekiranya Muhammad telahpun terbunuh maka Baginda sudah pun mencapai tujuannya, sedang kamu pula hendaklah berperang mempertahankan agama kamu ini.”

#seerah
http://t.me/Hijrahsista

β€’ Kini tentera Islam sudah mengetahui bahawa berita kematian Rasulullah itu semata-mata dongeng dan dusta, dengan itu mereka semakin kukuh dan bersemangat.

β€’ Akhirnya mereka dapat memecah kepungan Quraisy dan berjaya berhimpun semula di sekeliling markas.

β€’ Terdapat kumpulan yang ketiga, tugas mereka hanya mengawal Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah terutamanya Abu Bakr, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan lain-lain.

β€’ Sebelum ini mereka adalah penyerang di saf hadapan, namun setelah merasai Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah.

#seerah
Alhamdulillah, moga bermanfaat. Jangan lupa nantikan perkongsian yang seterusnya πŸ₯°β€οΈ
Assalamualaikum semuaπŸ¦‹.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana kita masih diberi peluang untuk teruskan dengan tajuk kecil PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)

Bismillah.
http://t.me/Hijrahsista

βš”PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)

[] _ _ [] _ _ [] _ πŸ•ŒπŸ•‹πŸ•Œ _ _ [] _ _ [] _ _ [] _

🐎Ketika tentera Islam sedang dikepung dan tersepit dicelah asakan tentera musuh, pertempuran terus memuncak di sekitar Rasulullah.
βš” semasa kaum musyrikin
memulakan kepungan, tentera Islam yang ada bersama-sama
Rasulullah hanya sembilan orang sahaja.
🀺Tetapi apabila Rasulullah
menyeru kaum muslimin:

"Ayuh di sampingku! Aku Rasulullah!
πŸ‡Seruan itu telah didengar terlebih dahulu oleh kaum musyrikin.
🀼Mereka pun terus menerkam ke arah Rasulullah beramai-ramai.
🀾Sebelum sempat tentera Islam berkumpul semula
βš” maka berlakulah
pertarungan hebat di antara mereka dan tentera Islam yang sembilan orang itu.

πŸ’ͺPadanya terpamer satu segmen kepahlawanan, keberanian, dedikasi dan kecintaan 🀍terhadap diri Rasulullah.

#seerah
http://t.me/Hijrahsista

βš”PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)

[] _ _ [] _ _ [] _ πŸ•ŒπŸ•‹πŸ•Œ _ _ [] _ _ [] _ _ [] _

🀍Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersendirian di dalam peristiwa Uhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan dua orang Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampir
mengancam Rasulullah,
Baginda pun merangsangkan mereka Dengan sabdanya:
"Siapa yang dapat mengundurkan mereka Itu dari kita, maka balasannya Syurga. Atau ianya temanku di Syurga".

βš”Maka Terdapat sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng Baginda.
πŸ‘¨β€πŸ‘¨β€πŸ‘¦β€πŸ‘¦Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan lain-lain.
βš”Sebelum ini mereka adalah penyerang di saf hadapan.
🐎Namun setelah dirasai
Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf hadapan.

#seerah
Assalam semua🌞 insyaa Allah Hari ini, sya Akan berkongsi tajuk seterusnya.😍
πŸ“±Okay seperti yg semua πŸ€” tahu tajuk sebelum ini ialah Petempuran Sengit di sekeliling Rasuluallah Saw jadi untuk Kali ini sambungan topik ialah Detik cemas Di dlam Kehidupan rasuluallah Saw.
Disini Saya sertakan poster infographic bagi menerangkan topic ini.

#seerah
Oleh itu, konklusi topic ini😍
Itu sahaja drpd sya🌸 diharap dapat membantu semua🌺. Assalamualaikum