Parent Kem Akil Baligh
4.39K subscribers
350 photos
90 videos
9 files
401 links
Download Telegram
VID-20251121-WA0004 (1).mp4
342.9 KB
Insyaallah program terbaru kami sempena cuti sekolah. Akan dilancarkan pada 25 Nov 2025, Selasa jam 9 malam di FB dan TikTok.

Menggabungkan elemen-elemen
1. Addin
2. Teen
3. Energatic + Happening
4. Adventure
5. Solat

= *AdDeenVenture Solat Camp*

Membentuk remaja muslim sejati.

Doakan ya.
INI BUKAN SEKADAR KEM SOLAT BIASA. INI TEMPAT ANAK UPGRADE IMAN, SOLAT, DAN JUMPA KAWAN BARU

Alhamdulillah program terbaru kami AdDeenVenture Solat Camp telah dilancarkan. Program yg mengandungi elemen

1. Addeen (Penghayatan agama)
2. Energatic (Fun & Happening)
3. Adventure (Mencabar minda, emosi & fizikal)
4. Solat (Pengukuhan solat)

Terdapat di 6 lokasi

1. 22, 23, 24 Dis 2025, Online, RM30
2. 23 Dis 2025, Bangi, RM50
3. 29, 30 Dis 2025, Melaka, RM80
4. 31 Dis 2025, Cheras, KL, RM50
5. 3 & 4 Jan 2025, Rantau N9, RM120
6. 6 & 7 Jan 2025, Putrajaya, RM80

Sesuai untuk anak remaja berusia 10 ke 15 tahun.

Klik sini untuk info lanjut dan mendaftar : https://tapowa.onpay.my/order/form/acs2025
Antara Soalan Popular Pelajar Tentang Solat.
.
1. Kalau saya baca fatihah dalam hati sah ke solat saya? Tak sah. Sebab surah fatihah rukun qauli. Wajib baca di mulut sekadar dengar di telinga sendiri.
.
2. Apa hukum kalau saya terlupa baca surah selepas Alfatihah? Solat masih sah. Kerana baca surah selepas fatihah adalah sunat.
.
3. Apa hukum kalau saya terlupa baca doa qunut? Solat sah. Hanya perlu sujud sahwi sebelum bagi salam.
.
4. Apa hukum kalau saya terlupa rakaat dalam solat? Jika terlupa antara sudah 2 atau 3 rakaat, maka ambil yang sedikit. Kerana yang sedikit itu lebih yakin.
.
5. Apa hukum kalau saya sujud, dahi saya terkena pada telekung sendiri? Tak sah solat. Sebab telekung itu adalah kain yang sekali dgn tuan badan. Jika tersujud atas kain yang terpisah dari badan macam langsir atau telekung jemaah sebelah maka solat masih sah.
.
.
Semoga membantu anak anda mendirikan solat.
.
.
.
Jika mahu mereka mendalami lebih banyak, bawa ke ADDEENVENTURE SOLAT CAMP (ONLINE). Tiada paksaan untuk sertai. Namun jika mahu lihat anak buat perubahan terutama bab solat, ini adalah program terbaik buat mereka.
.
.
22, 23, 24 Dis 2025
Isnin, Selasa, Rabu
9-11 pagi
2 jam setiap sesi
Yuran Promosi : RM30/sekeluarga
Online Zoom Meeting
.
.
Daftar sekarang sebelum pendaftaran tutup.
https://tapowa.onpay.my/order/form/acs2025/250
.
.
Kalau ada soalan lanjut, boleh wasap kami ya
www.wasap.my/601155885513/TanyaSolatCamp
.
.
Anda rasa bermanfaat konten ini? Sila share.
"Tahniah dan terima kasih Che Mat hasilkan buku ini. Anak saya leka baca. Senang baca, senang faham, senang amalkan"

Pembeli buku Komik 100 Teladan Rasulullah Setiap Hari

https://tapowa.onpay.my/order/form/buku100teladanrasulullahedisikomik
"Terima kasih Alaf dan Che Mat, Alhamdulillah, anak anak dah tunjuk perubahan positif harini, tak payah suruh2 solat dah, dengar azan terus stop tengok tv dan solat, syukur sangat tengok, Alhamdulillah" - Puan Rashidah.

P/s : Sertai AdDeenVenture Solat Camp. 3-4 Jan 2026, Kem Cahaya Bulan, Rantau N9. Yuran cuma RM120 dua hari 1 malam termasuk makan minum, buku, sijil dan penginapan berkhemah.

Tengok sini : https://tapowa.onpay.my/order/form/acs2025
Perlawanan Amal Village Soccer (U12)

Peluang untuk anak anda menyertai pertandingan bola sepak 3 sebelah.

🗓️ 10 Jan 2026, Sabtu
📍 Surau Riadhul Falihin Kg.Pasir, Rantau N9
🕛 8pg - 5ptg
🧑‍🤝‍🧑 Umur 10-12 thn
🔷 3 pemain + 1 simpanan + 1 coach
Game 3 vs 3
💰 RM150/pasukan

Jom sertai VillageSoccer 3 Sebelah. Keistimewaan
Cungkil bakat
Asah skil
Bina pasukan
Pingat setiap pasukan
Sijil penyertaan
Lunch Box
Yuran akan disalurkan kepada surau untuk dana pembangunan

Terbuka untuk 10 pasukan sahaja. Daftar sekarang
https://tapowa.onpay.my/order/form/villagesoccer
TUJUH TANDA ANAK SUDAH KRITIKAL & PERLU KEM SOLAT

1️⃣ Solat jadi opsyen, bukan kewajipan. Bila lapang dia solat. Bila sibuk dia tinggal. Ini bukan masalah anak :

⚠️ Ini tanda ada masalah kefahaman tauhid.

2️⃣ Bangun pagi untuk sekolah boleh, bangun Subuh tak mampu. Tenaga untuk dunia ada. Tenaga untuk Allah tiada.

⚠️ Ini tanda keutamaan sudah songsang.

3️⃣ Mulut pandai jawab, hati kosong. “Solat itu wajib” Dia tahu.
“Tinggal solat berdosa” Ini pun dia tahu. Tapi tetap tinggal.

⚠️ Ilmu tak masuk hati, cuma singgah di kepala.

4️⃣ Cepat marah, cepat melawan, keras hati. Solat sepatutnya melembutkan. Tapi kalau makin biadab :

⚠️ Itu tanda solat dia tak membentuk jiwa.

5️⃣ Malu solat, tapi bangga buat dosa kecil. Tak malu buka aurat. Tak malu tinggal solat. Tapi malu angkat tangan berdoa depan orang.

⚠️ Ini tanda iman masih mentah.

6️⃣ Hidup tanpa hala tuju. Tak tahu kenapa belajar. Tak tahu kenapa hidup. Tak tahu ke mana nak pergi.

⚠️ Anak yang tak kenal Tuhan, memang akan hilang arah.

7️⃣ Kita sebagai ibu ayah sudah tak didengari. Nasihat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tegur makin menjauh.

⚠️ Ini tanda anak dah besar, bukan dia tak perlukan suara ibu ayah cuma dia perlukan orang lain. Perlukan orang ketiga untuk sentuh dan nasihatkan dia.
.
.
.
Hantar anak anda ke AdDeenVenture Solat Camp sempena cuti sekolah.

3-4 Jan 2026, Kem Cahaya Bulan Rantau N9, RM120/pax

6 Jan 2026, Masjid Proton, Tanjong Malim, RM15/pax

6-7 Jan 2026, Surau Jannatul Firdaus, PPAM Seruling Presint 5 Putrajaya, RM80/pax

https://tapowa.onpay.my/order/form/acs2025/248
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Di antara nama lain bagi Bulan Ramadan adalah Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan).


Rasulullah bersabda : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu”.

Riwayat Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban & Baihaqi.

Mahu anak-anak hayati makna puasa yang sebenar?
Mahu anak-anak Seronok berpuasa & amalkan amalan sunat?

Jom daftarkan anak kesayangan anda ke Akademi Remaja Ramadan Online

Tarikh : 17 Feb - 18 Mac (11hari)
Medium : Zoom (Online)
Yuran : RM10 sekeluarga

Daftar Sekarang : https://tapowa.onpay.my/order/form/akram2026/255
RAYA ATAU ANIAYA?

Baju baru
Kuih penuh meja
Gambar cantik

Tapi sunnah Nabi?
Mandi sunat?
Takbir raya?
Makan sebelum solat?
Solat raya?
Jalan pergi balik berbeza?

Semua kita tahu…
tapi kita tak buat.

Kita sibuk sambut Raya,
tapi lupa siapa yang bagi Raya.

Kalau Raya tak dekatkan kita pada Allah, itu bukan KEMENANGAN itu KELALAIAN. Itu bukan RAYA. Itu ANIAYA.

Tahun ni, ubah.
Jangan sekadar raya,
tapi raya dengan sunnah.

👉 Jom join kelas CARA SUNNAH SAMBUT RAYA

RABU, 18 MAC, 5-6 PETANG, RM10
Klik sini
https://tapowa.onpay.my/order/form/akram2026
Ada orang anaknya hafal semua lagu raya,

Tapi tak kenal teladan Rasulullah.

Anaknya tahu main game berjam-jam.

Tapi tak tahu bagaimana akhlak Rasulullah pada keluarga.

Raya ni ada yg sibuk beli baju baru, kuih raya,

Tapi dia lupa nak “isi jiwa” anak-anak.

Komik 100 Teladan Rasulullah
➡️ Mudah faham
➡️ Bergambar (anak suka baca)
➡️ Penuh nilai akhlak & kehidupan

Ini bukan sekadar buku.
Ini bekalan hidup dunia dan akhirat.

Harga Asal
Harga
RM35 + RM8 Post = RM43/1pcs

Promo Khas Raya
RM30/1pcs (FREE POSTAGE)
RM30/1pcs (FREE POSTAGE)
Kalau bukan kita yang kenalkan Nabi pada anak kita, siapa lagi.

https://tapowa.onpay.my/order/form/buku100teladanrasulullahedisikomik
JOM ULANGKAJI SUNNAH NABI KETIKA RAYA

1. Banyakkan bertakbir dan tasbih
2. Mandi sunat raya
3. Memakai baju baru/terbaik
4. Makan dahulu sebelum ke solat raya
5. Membawa seisi keluarga ke solat raya
6. Menggunakan jalan berbeza pergi dan balik
7. Mengucapkan Taqaballah Minna waminkum setiap kali bertemu orang
8. Dibenarkan berhibur tapi tidak berlebihan
9. Menyembelih binatang korban (Raya Aidiladha)

Info : Mahu anak anda belajar lebih banyak sunnah Nabi? Dapatkan Komik 100 Teladan Rasulullah
➡️ Mudah faham
➡️ Bergambar
➡️ Full colour
➡️ Penuh nilai akhlak

Harga Asal
Harga RM35 + RM8 Post = RM43/1pcs

Promo Khas Raya
RM30/1pcs (FREE POSTAGE)
RM30/1pcs (FREE POSTAGE)
Klik sini : https://tapowa.onpay.my/order/form/buku100teladanrasulullahedisikomik
Anak kecil berlari riang,
Bermain mercun di laman rumah,
Hari Raya eratkan kasih sayang,
Keluarga berkumpul penuh ramah.

Pagi Syawal berseri-seri
Bersalam-salaman penuh rasa,
Walau jauh tetap di hati,
Keluarga itulah harta berharga.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Ingatan ikhlas dari

Che Mat, Asri, Hazirah, Muhsin, Zahirah

Alaf Leadership Training Sdn Bhd
SUNNAH NABI DALAM PERGAULAN ANAK-ANAK DAN IBU BAPA

1. Bercakap dengan lembut penuh hormat
2. Mendahulukan mereka dalam layanan
3. Taat selagi tak melanggar syariat
4. Mendoakan ibu bapa setiap hari tanpa henti
5. Berbuat baik pada kenalan mereka setelah mereka tiada

Info : Mahu anak anda belajar lebih banyak sunnah Nabi? Dapatkan Komik 100 Teladan Rasulullah
➡️ Mudah faham
➡️ Bergambar
➡️ Full colour
➡️ Penuh nilai akhlak

*Harga Asal*
Harga RM35 + RM8 Post = RM43/1pcs

*Promo Khas Raya*
RM30/1pcs (FREE POSTAGE)
RM30/1pcs (FREE POSTAGE)
Jimat RM13
Klik sini : https://tapowa.onpay.my/order/form/buku100teladanrasulullahedisikomik
Ini bukan cerita dongeng… ini peringatan Nabi.

Hari ini, tanah Arab yang dulu kering, mula menghijau.

Apa maksudnya?
Kita semakin hampir, tapi anak kita masih leka.

Ibu ayah, kita sibuk kejar dunia, tapi lupa nak siapkan anak hadapi akhir zaman.

Bila fitnah datang, bukan IQ yang selamatkan mereka, tapi IMAN.

Jangan tunggu anak rosak baru nak bertindak.

👉 Sertai Seminar Persediaan Remaja Akhir Zaman (Online), 1 Mei 2026, Jumaat, RM20 saja, didik anak anda faham realiti, kuatkan jati diri, dan bersedia sebelum terlambat.
https://tapowa.onpay.my/order/form/sepraz
Suatu petang, seorang remaja datang jumpa saya. Mata dia sayu, suara perlahan.

“Che Mat… saya takut sebenarnya… Saya tengok dunia sekarang… macam tak betul.
Kawan-kawan saya makin jauh dari agama… Saya pun kadang-kadang hanyut…”

Saya diam sekejap… tengok tepat ke mata dia.

“Baguslah kalau kamu takut. Itu tandanya hati kamu masih hidup. Itu petanda baik.”

Remaja itu tunduk. Saya sambung,

“Zaman ini memang bukan biasa. Nabi dah pesan… akan datang zaman fitnah, yang pegang agama rasa macam pegang bara api.”
Remaja itu angkat kepala, mula fokus.

“Masalahnya bukan dunia makin rosak… Masalahnya kita tak bersedia.”

Sunyi.

“Kalau kita tak kuatkan iman sekarang, dunia akan bentuk kita semua ikut cara dia. Dan masa tu, saya dan kamu semua dah tak sedar dan hilang.”

Remaja itu tarik nafas panjang.

“Jadi Che mat… apa saya kena buat?”

Saya pun senyum sedikit. Islam agama penyelesaian. Bukan agama menakutkan.

“Kamu kena faham dulu apa yang sedang berlaku, baru kamu boleh selamat. Bagaimana hakikat dunia ini? Selepas ini ke mana arah tuju kita? Kiamat nanti bagaimana? Bagaimana nak selamatkan diri? Siapa yang jahat? Siapa yang baik?"

Sejak hari itu, adik remaja ini mula berubah. Selalu bertanya soalan. Terutama bab ibadah. Akhlak pun makin baik. Bukan sebab dipaksa… Tapi sebab dia nampak jelas arah dunia ini pergi. Dan itu yang ramai anak kita belum nampak.

Sedikit jentikan kesedaran hari kiamat, rupanya menjadi titik perubahan buat mereka.

🔥 Seminar Persediaan Remaja Akhir Zaman (10–18 tahun), 1 Mei 2026, Jumaat, Cuti Hari Pekerja, RM20. Bantu anak faham, sebelum mereka hanyut.

https://tapowa.onpay.my/order/form/sepraz

Sehingga kini pun, kalau ke mana mana menyampaikan ceramah, pasti akan ada anak remaja ajak bersembang tentang kiamat, dajjal, Yakjuj Makjuj, nabi Isa, imam Mahdi.

Mereka pernah dengar.

Mereka selalu dengar.

Rupanya mereka tak muak dengar. Biarlah dengar banyak kali sekali pun, selagi ia adalah khabar sahih dari sumber yang sahih.

Che Mat
Penceramah Seminar Persediaan Remaja Akhir Zaman,
Pengarah Urusan
Alaf Training Sdn Bhd