Halatuju PendidikanπŸ”°
8.28K subscribers
3.09K photos
25 videos
459 files
2K links
Anda lepasan SPM! STPM! STAM! Matrikulasi! Diploma! Asasi! Setaraf!? Kemana halatuju anda? Nanti nak sambung belajar apa?
🌹mobile.twitter.com/twtpendidik
🌹any questions? Join our Group Telegram @halatujuselepasspm
πŸ”°Since 2017
Download Telegram
Forwarded from Tcer.my
9 PERUBAHAN DALAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

#terkini Yang nak apply IPG tahun ni, bolehla baca: https://www.tcer.my/9-perubahan-dalam-ipg/

Sertai kami di t.me/tcerdotmy untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa.
Forwarded from Deleted Account
ADA BEZA DI ANTARA PSIKOLOGI FORENSIK, KRIMINOLOGI DAN SAINS FORENSIK

Ramai yang keliru antara tiga bidang di atas. Semasa saya mengajar subjek ini di tempat kerja lama saya IIUM, masih ada beberapa pelajar pada awal semester yang menyangka ahli psikologi forensik adaah seperti watak-watak dalam siri TV CSI, atau lebih teruk lagi, boleh membuat pembedahan autopsi!

Secara ringkas, menurut Dr. David Canter (ahli psikologi forensik terawal di UK), perbezaannya adalah seperti berikut

KRIMINOLOGI

1. Ahli kriminologi pakar mengenai perubahan corak jenayah selama beberapa kurun, atau mengenai perbezaan corak jenayah antara negara-negara yang berlainan. Ahli psikologi forensik tidak.

2. Ahli kriminologi pakar mengenai kesan perbezaan pelbagai jenis hukuman terhadap peningkatan/penurunan kadar jenayah. Ahli psikologi forensik tidak.

3. Kriminologi biasanya di bawah jabatan sosiologi.

SAINS FORENSIK

1. Saintis forensik mengaplikasi prinsip-prinsip sains tabi'i dalam penyiasatan dan perundangan e.g. hukum kimia tentang racun, hukum fizik berkaitan peluru, menentukan waktu kematian, atau bagaimana mangsa terbunuh. Ahli psikologi forensik tidak.

2. Sains forensik di bawah sains tulen.

PSIKIATRI FORENSIK

1. Sebelum itu, sila rujuk hantaran saya terdahulu tentang beza psikologi dan psikiatri dalam bentuk bidang umum.

2. Dari segi sub-bidang spesifik, ada beberapa pertindihan antara psikologi forensik dan psikiatri forensik terutamanya yang melibatkan saksi pakar, menilai keupayaan intelektual tertuduh, mangsa dan saksi, serta menilai kesihatan mental tertuduh, mangsa dan saksi.

3. Dari segi rawatan, ahli psikiatri forensik boleh memberi psikoterapi dan ubat-ubatan. Ahli psikologi klinikal boleh memberi psikoterapi tapi tidak ubat-ubatan. Ahli psikologi forensik pula hanya boleh beri psikoterapi yang agak terhad bergantung kepada latihan profesional yang diterimanya. Tetapi, ada juga sesetengah universiti menawarkan program berkembar atau hibrid psikologi klinikal-forensik dan graduannya adalah pakar dalam dua-dua bidang psikologi forensik dan psikologi klinikal, tetapi masih tidak boleh memberi preskripsi ubat.

PSIKOLOGI FORENSIK

Untuk pengetahuan anda, Psikologi Forensik turut dikenali dengan Psikologi Jenayah dan juga Psikologi Undang-Undang. Ada beberapa sub-bidang yang terkenal seperti Psikologi Polis, Psikologi Penjara, dan Psikologi Penyiasatan. Harap tidak keliru.

Antara tajuk-tajuk yang dipelajari oleh seorang ahli psikologi forensik ialah:

1. Jenayah dalam konteks sosial
2. Jenayah dan psikologi orang awam
3. Psikologi mangsa jenayah
4. Teori psikologi jenayah
5. Psikologi penjenayah kanak-kanak (dan penerusannya hingga remaja dan dewasa)
6. Psikologi kecurian dan jenayah harta
7. Psikologi jenayah ganas (violence)
8. Psikologi jenayah seks
9. Psikologi polis
10. Psikologi keganasan (terorisme) dan pengambilan tebusan (hostage-taking)
11. Psikologi saksi (kanak-kanak, remaja dan dewasa)
12. Psikologi analisis profil
13. Psikologi kesilapan dalam membuat tuduhan
14. Psikologi kesilapan dalam membuat pengakuan salah
15. Psikologi menipu dan cara mengenalpasti penipuan
16. Psikologi jenayah dan penyakit mental
17. Psikologi permasalahan mental, personaliti, dan intelek dalam prosiding mahkamah
18. Psikologi hakim dan peguam
19. Psikologi juri dan pembuatan keputusan
20. Psikologi penjara (dan hukuman-hukuman lain)
21. Psikologi penilaian risiko, kebahayaan, dan pengulangan jenayah setelah melalui hukuman.

Sumber: Introduction to Forensic and Criminal Psychology tulisan Dennis Howitt.

Kesimpulannya, ahli psikologi forensik:

1. TIDAK belajar corak umum jenayah
2. TIDAK belajar bagaimana sistem perundangan berfungsi
3. TIDAK menyelesaikan kes jenayah secara langsung.

Tapi ahli psikologi pakar dalam TINGKAHLAKU dan PROSES MENTAL mereka yang terlibat/terkesan dengan kes jenayah, proses penyiasatan, dan prosedur perundangan,

Sebenarnya mudah sahaja untuk mengenali ahli psikologi forensik. Dalam hantaran-hantaran saya terdahulu, saya selalu menyebut yang ahli psikologi secara umumnya mesti
Forwarded from Deleted Account
ada ijazah sarjanamuda dalam bidang psikologi, dan kemudian ijazah sarjanamuda dalam bidang psikologi yang spesifik. Sekurang-kurangnya di Malaysia. Sebab di US mesti ada PhD dalam psikologi spesifik. Manakala di UK sama ada perlu praktis terselia selama beberapa tahun pasca-sarjana, atau practitioner doctorate dalam bidang psikologi spesifik selama beberapa tahun.

Setakat ini saya tidak jumpa lagi ahli forensik yang betul-betul dilatih secara akademik di Malaysia ie sarjanamuda psikologi dan sarjana psikologi forensik.. Kalau ada, mohon maklumkan kepada saya untuk tujuan networking. Sebab saya suka untuk promosi semua sub-bidang psikologi supaya orang ramai lebih memahami apa itu psikologi yang sebenar dan potensi sumbangannya ke arah negara maju dan rahmah.

Tapi saya selalu dapati ada pihak mendakwa ada ahli psikologi forensik di Malaysia, tapi apabila disemak, sebenarnya mereka adalah ahli krimonologi ataupun ahli sains forensik. Ataupun mereka adalah graduan psikologi yang belajar sarjana/PhD dalam bidang kriminologi. Ataupun mereka adalah ahli psikologi yang hanya buat kajian (bukan dilatih secara akademik) di latar forensik/jenayah.

Saya bagi contoh:

Saya seorang ahli psikologi organisasi dengan kepakaran-kepakaran tertentu.

Saya boleh sahaja [ini contoh hipotetikal] aplikasi kepakaran psikologi organisasi untuk mengkaji proses seleksi, penilaian prestasi, latihan, motivasi kerja, kepuasan kerja, stres kerja, pembuatan keputusan berkumpulan, dan kepemimpinan berkaitan polis, pegawai mahkamah, dan pegawai penjara. Tapi, ia tidak menjadikan saya ahli psikologi forensik secara profesional. Paling tinggi pun saya mungkin diiktiraf sebagai ahli psikologi organisasi yang ada membuat kajian di latar forensik. Saya masih tidak pakar dalam pelbagai lagi aspek lain psikologi forensik seperti dalam senarai tajuk-tajuk di atas, walaupun saya telah mengajar subjek ini beberapa kali untuk pelajar-pelajar sarjamamuda, dan walaupun saya juga telah belajar fiqh jenayah semasa saya major Pengajian Islam di peringkat sarjanamuda.

Mengetahui limitasi kepakaran sendiri dan tidak campur-tangan kepakaran orang adalah sangat penting dalam profesion psikologi.

Moga lebih ramai lagi graduan psikologi yang mampu dan berminat untuk menjadi ahli psikologi forensik ke arah aplikasi pelbagai bidang psikologi di Malaysia.
Forwarded from Jom Belajar Luar Negara
Peringatan Mesra: Pendaftaran Peperiksaan STAM, SPM, SPMU dan PT3 untuk Calon Persendirian Tahun 2020 telah dibuka bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2020.

Sila layari pautan berikut untuk maklumat lanjut:

http://lp.moe.gov.my/index.php/ss-kv/864-tarikh-pendaftaran-peperiksaan-awam-dan-pentaksiran-pusat-tahun-2020
Forwarded from Syazwani Fauzee
Forwarded from πŸŒΊ
Forwarded from πŸŒΊ
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Assalamualaikum W.B.T
Salam dari Kampus Tanah Serendah Sekebun Bunga
Kampus Cantik Budaya Berkualiti
"Leading in Entrepreneurship & Community Engagement"
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

πŸ“£ *PROGRAM EKSPO SELANGKAH KE UITM (ESKU) 2020 KINI KEMBALIβ€Όβ€Ό*

πŸ“£ *BERITA BAIK UNTUK SEMUA ANAK- ANAK LEPASAN SPM/STPM/STAM β€Όβ€Ό*

UiTM AKAN MENGANJURKAN PROGRAM *EKSPO SELANGKAH KE UITM (ESKU)* IAITU EKSPO PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK LEPASAN SPM, STPM & STAM, YANG BARU MEMPEROLEH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN.

BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

🏒 *TEMPAT*: UiTM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG

πŸ“… *TARIKH*: 6 & 7 MAC 2020 (JUMAAT & SABTU)

⏰ *MASA*: 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG


*ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG MENARIK YANG AKAN DIJALANKAN SEPANJANG ESKU:*

βœ… PAMERAN AKADEMIK πŸ“πŸ‘©πŸ»β€πŸŽ“πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“
βœ… SEMAKAN ONLINE πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»πŸ–¨
βœ… RUNDINGAN AKADEMIK πŸ‘¨πŸ»β€πŸ«πŸ’»
βœ… PAMERAN BOOTH FAKULTI πŸ“‹πŸ§‘πŸ»β€πŸ’»
βœ… FOOD TRUCK πŸššπŸ”πŸŒ­πŸ¦πŸ—πŸ₯€
βœ… PERSEMBAHAN BACAAN AL QURAN πŸ§•πŸ»πŸ•‹
βœ… PERSEMBAHAN PENTAS πŸŽŽπŸŽ‰
βœ… PERMAINAN KANAK-KANAK πŸŽ‘πŸ€ΉπŸ»β€β™‚

DAN BANYAK LAGIβ€Ό

β€ΌSILA BAWA BERSAMA SALINAN:
βœ… SLIP SPM/STPM/ STAM/DIPLOMA

🌸 *BAKAL MAHASISWA DAN ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR*🌸

*AYUH REBUT PELUANG INI* πŸ₯³πŸ₯³
Forwarded from Liza
Sarjana Muda Teknologi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

#uthm
Forwarded from Liza
PENGAMBILAN PELAJAR UNTUK INTAKE SEPTEMBER 2020

Anda lepasan DVM/DKM/ DLKM.....

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM membuat pengambilan pelajar bagi Intake September 2020 ke Ijazah Sarjana Muda Teknologi yang telah dibuka dari 24 Februari(12pm) hingga 7 April 2020(11.59pm)

Permohonan melalui UPU Online.

Pastikan pilihan pertama dan kedua di FPTV, UTHM.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 07-456 4028/4113/4115 atau dalam inbox fb promosi fptv.

" FPTV PRODUCE PROFESSIONALS"

#JomMasukFPTVUTHM
#intakeSeptember2020
#B.Tech
#7program
#DVM
#DKM
Untuk pelajar lepasan SPM 2019 ,luangkanlah msa anda hanya 2 minit membaca ini sambil berdoa. sementara mnunggu hari keputusan SPM esok hari.. Hari yg dinanti2 telah tiba...

Bismillahirrahmannirahim,
"Ya Allah ,aku memohon kepada-Mu,permudahkanlah urusan ku ketika aku mengambil keputusan SPM nanti.Ya Allah,berikanlah aku khabar yg baik2 dan hindarilah aku dari mendapat khabar yg buruk2 .Ya Allah ,aku berdoa semoga aku dan rakan seperjuangan SPM ku yang lain memperolehi kputusan SPM yang lulus dan cemerlang serta mendapat sijil SPM. Kami berharap dapat mencapai kejayaan bersama dan melanjutkan pelajaran utk mencapai cita2 msing2 .Ya Allah ,berkatilah ilmu yg telah guru2 ku beri kepadaku dan rahmatilah kehidupan penyemak2 kertas kami yg telah bersungguh2 dan tabah menyemak kertas kami . Ya Allah ,aku ingin menangis air mata kegembiraan semasa hariku mengambil keputusan bersama ibubapaku ,rakan2ku dan guru2ku .Lindungilah mereka ini kerana mereka telah byk membantuku sepanjang peperiksaan berlangsung .Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi ,makbulkanlah doa kami ini." Ameen..

kongsikan doa ini dengan rakan2 sperjuangan SPM anda

ikhlas dari kami pelajar Islam lepasan SPM 2019.

doa yg baik2, semuanya akan baik2

Tinggal bbrpa jam lagi utk mlgkah Hari esom yg mana hari yg penuh keramat dan bermakna bagi calon SPM.. Walauapapom result Jangan lupa untk bersyukur dan berterima kasih kepada Ibubapa, Para Guru dan Sahabat2 yg sntiasa bersama dlam medan perjuangan.. perbanyakkan solat hajat dan solat taubat ,Insha Allah semuanya akan dipermudahkan. "Sesungguhnya Allah akan memberi yang lebih baik berbanding yang engkau minta dari-Nya"
Semoga semua pelajar SPM 2019 mendapat keputusan yg cemerlang dengan Jayanya.❀
Aamiin.....😊

@halatujuspm
@halatujuselepasspm

ameerul_hazeieq
Forwarded from Halatuju PendidikanπŸ”° (Ameerul Haziq)
KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019 (SPM)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hebahan Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Di Universiti Awam Tahun 2020
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/hebahan-tawaran-biasiswa-perguruan-persekutuan-program-ijazah-sarjana-muda-pendidikan-ismp-di-universiti-awam-tahun-2020

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2.            Seperti mana YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan sedia maklum, Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BBP, KPM) menawarkan program penajaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua dalam bidang yang telah ditetapkan di Universiti Awam bagi tahun 2020. 
3.            Untuk makluman, permohonan biasiswa bagi Program ISMP ini akan dibuka secara dalam talian (online) melalui sistem ePenawaran https://epenawaran.moe.gov.my (https://epenawaran.moe.gov.my/) mulai 6 Mac 2020 (Jumaat) sehingga 31 Mac 2020 (Selasa).
4.            Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan adalah dipohon untuk membuat hebahan berkenaan program ini kepada calon-calon yang berminat untuk memohon seterusnya membuat pengesahan sama ada permohonan yang diterima adalah benar-benar pelajar yang masih berdaftar dan meneruskan pengajian di institusi YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan. Bersama-sama ini disertakan surat hebahan (https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2020/03_Mac/SURAT_HEBAHAN_BIASISWA_ISMP_2020_.pdf) yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan jua.

5.            Sekiranya YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, pihak YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai seperti yang berikut: 

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Encik Fizry Azmier bin Salehuddin / Puan Jamilah binti Yahya / Encik Asri bin Asmuni / Encik Wan Saleadzan Adlizan bin Wan Sharbini)

No. Telefon


:


03-8888 1616 / 03-8870 6362 / 03-8870 6442 / 03-8870 6369 / 03-8870 6000 samb. 4416 / 4950


Faks


:


03-8870 6839


E-mel


:


penawaran.bb@moe.gov.my (mailto:penawaran.bb@moe.gov.my)

Untuk masalah teknikal permohonan, sila hubungi :

No. Telefon


:


03-8321 7147 / 03-8321 7034 03-8870 6317 / 03-8870 6319


E-mel


:


tm.bbp@moe.gov.my (mailto:tm.bbp@moe.gov.my)

6.            Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 
Sekian.
CAWANGAN PENAWARAN
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
03-8888 1639 (Hotline)
Pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Jepun Ambilan Jun 2020
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/pengambilan-program-diploma-pascasiswazah-pendidikan-pdpp-bahasa-jepun-ambilan-jun-2020

Iklan Pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Jepun Ambilan Jun 2020  
Muat Turun (https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2020/03_Mac/IKLAN_PENGAMBILAN_GURU_BAHASA_JEPUN_2020.pdf