Galeri Aura Islam Official Channel
168 subscribers
908 photos
70 videos
339 links
--
Galeri Aura Islam

Official Telegram Channel

https://www.galeriauraislam.com

--

Galeri Aura Islam Collection (GAICLO)

Official Merchandise Brand

https://www.gaiclo.com
--
Download Telegram
“Pada awalnya, masa nak masuk tu memang sebak. selama ini kami hanya mendengar sahaja tetapi harini kami dapat menyaksikan dengan mata kami sendiri”.

hari ini Galeri Aura Islam menerima kunjungan dari:
Kelas Tajwid Helwa Pulai Perdana.
Rombongan ini terdiri daripada 35 orang termasuk seorang tenaga pengajar. Bertemakan pakaian berwarna kesukaan Rasulullah SAW iaitu hijau, kehadiran mereka di sini sedikit sebanyak telah warnai ruang Galeri Aura Islam.

https://www.facebook.com/share/p/e6UwXJGpTvqNbmue/?mibextid=WC7FNe

Jom bantu kami untuk sama-sama sebarkan kebaikan.
“First time masuk ke galeri melangkah je kaki kanan saya terus rasa sebak dan tidak percaya yang saya sudah berada di sini..”

Begitulah luahan dari Cikgu Farhan atau lebih mahu dikenali sebagai Cikgu Paan , guru pengiring Tadika Cahaya Ayunie cawangan Kulai & Ulu Tiram. Alhamdulillah, suasana Galeri Aura Islam menjadi meriah dengan kehadiran anak-anak ini. Mereka begitu teruja apabila mendengar penjelasan dan melihat artifak-artifak tamadun Islam terdahulu.

https://www.facebook.com/share/p/ToNwDXZrNYfAsTdu/?mibextid=WC7FNe

Jom bantu kami, kita sama-sama sebarkan kebaikan supaya lebih ramai lagi pengujung yang datang ke Galeri Aura Islam.
“Terpanggil kami untuk datang ke sini kerana kami selalu menghidupkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, jadi kami datang ke sini untuk mendapat rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW”

Subhanallah begitulah ucapan daripada Ustazah Nur Asyiqin Binti Haji Jaafar, ketua rombongan Kuliah Fadhilat Amal,Kluang. Kehadiran mereka seramai 40 orang pada hari ini adalah bertujuan untuk menambahkan lagi rasa cinta akan baginda Rasulullah SAW. Alhamdulillah dengan penerangan yang jelas dari mutawwif dan kedudukan artifak yang tersusun, jelas terlihat di wajah mereka keseronokan yang tidak terhingga apabila masuk sahaja ke dalam Galeri Aura Islam.

https://www.facebook.com/share/p/fwoUpqtDmCeZF3zD/?mibextid=WC7FNe

Jom bantu kami sebarkan kebaikan untuk meramaikan lagi pengunjung hadir ke Galeri Aura Islam.
“Barang-barang Rasulullah ni ada “AURA” yang tersendiri, keseronokan yang tak terkata bila sampai ke sini”

Alhamdulillah kali ini Galeri Aura Islam menerima kunjungan dari rombongan Helwa Surau At-Taqwa,Taman Daya seramai 34 orang. Mengenakan pakaian berwarna merah hati iaitu warna kesukaan Baginda Nabi Muhammad SAW, rombongan ini hadir ke sini untuk melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana hebat dan indahnya artifak-artifak peninggalan tamadun Islam terdahulu.

https://www.facebook.com/share/p/DS9e65Ln1iEBaFyw/?mibextid=WC7FNe

Ayuh bantu kami untuk mengajak lebih ramai pengunjung hadir ke Galeri Aura Islam.
“Saya teruja bila masuk je saya dapat rasakan “AURA” yang berbeza sebab saya belum pernah jejakkn kaki ke Mekah, jadi bila masuk je galeri ni ibarat macam saya berada di sana”

Itulah luahan seorang wakil dari rombongan Kelas Pembangunan Insan KEMAS, Renggam. Mereka begitu teruja kerana ini merupakan kali pertama mereka hadir ke Galeri Aura Islam. Mereka juga dapat melihat dan menghayati pelbagai artifak tamadun Islam terdahulu yang terdapat disini. Mereka juga tidak menyangka bahawa artifak-artifak ini terdapat di negeri Johor kerana mereka beranggapan artifak-artifak ini hanya boleh di jumpai hanya ni luar negara sahaja.

https://www.facebook.com/share/p/Y2H8wqZHadJgm1te/?mibextid=WC7FNe

Jom bantu kami untuk mempromosikan Galeri Aura Islam supaya lebih ramai dapat menambahkan cinta terhadap Rasulullah SAW.
[Tahukah anda?]🔥Diatas ini adalah gambar yang mungkin anda pernah lihat sebelum ini.
Ya benar! Ianya ada Capal milik Rasulullah SAW dan pernah viral seluruh dunia hingga mendapat reaksi PULUHAN JUTA Likes di Fb luar negara !!

Namun tahukah anda? Artifak asli Rasulullah SAW ini sebenarnya diperlihara dan disimpan oleh Galeri AURA ISLAM Iskandar Puteri Johor.

Pada tahun 2022, Capal ini dan beberapa artifak Rasulullah yang lain kami bawa untuk pameran di Kanada. Yang menariknya disana, sehinggakan ada yang masuk Islam setelah melihat pameran artifak-artifak ini.

Kami mohon doa semua semoga perjalanan pulang sandal Rasulullah SAW ke Galeri Aura Islam berjalan dengan lancar.

Insya-Allah pada 23hb Februari ini akan bersemayam di dalam Galeri Aura Islam untuk tatapan semua pengunjung !!

👇👇👇👇👇👇👇👇
https://www.facebook.com/share/p/X8njRKhRuYQzLECa/?mibextid=NOb6eG
"Saya rasa sangat seronok,bagi saya tempat ini sangat bagus untuk kita semua dan layanan Pihak Galeri Aura Islam sangat baik! " - Ucapan ketua rombongan.

Alhamdulillah terima kasih kami ucapkan keatas kunjungan Rombongan Aqrab Al-Istiqamah dari Melaka atas kehadirannya walaupun menimpuhi ratusan kilometer. Namun demi cinta Rasulullah SAW, kami tahu ianya tak jadi masalah buat mereka.

Lihat gambar mereka disini :
https://www.facebook.com/share/p/4ibgY26A4sJjcRGd/?mibextid=qi2Omg

Bantu kami Like, Komen Dan Share kepada semua Sahabat-sahabat yang lain !
https://vt.tiktok.com/ZSFroUauL/

Setelah dua tahun, akhirnya ia kembali!!!

Alhamdulillah, setelah dua tahun berada di bumi Kanada, kini capal milik Baginda Rasulullah SAW telah kembali ke Galeri Aura Islam,Iskandar Puteri, Johor.

Ayuh seluruh umat Islam, kami menyeru anda semua sama-sama hadir ke Galeri Aura Islam untuk melihat sendiri artifak istimewa ini sebagai tanda cinta dan rindu kita kepada baginda Rasulullah SAW.

Bantu kami untuk mengajak lebih ramai pengunjung hadir ke Galeri Aura Islam ini.
Jom masuk sekarang ! Kami sedang bersiaran langsung di Facebook rombongan Kumpulan Yassin Desa Melor,Muadzam Shah,Pahang !

https://www.facebook.com/share/v/JogumRgQrcHATHg8/?mibextid=qi2Omg

Bantu kami Like n Share!
Lihat cerita mereka disini: https://www.facebook.com/share/p/mD8auv3L19usGZUi/?mibextid=qi2Omg

"Kenangan ketika pergi ke Mekah dan Madinah terserlah apabila datang kesini, rugi sangat kalau tak datang kesini."

Masha Allah, begitulah luahan dari salah seorang ahli rombongan Kumpulan Yassin Desa Melor, Muadzam Shah, Pahang. Menempuhi perjalanan selama 4 jam tidak menghalang niat mereka mengambil peluang untuk melihat dan menghayati sendiri keindahan dan keagungan sejarah tamadun Islam terdahulu. Kerinduan dan kecintaan mereka terhadap Rasulullah SAW tidak dapat dibendung lagi apabila melihat artifak-artifak milik baginda Rasulullah SAW yang dipamerkan di Galeri Aura Islam, Iskandar Puteri, Johor.

Jom bantu kami untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Galeri Aura Islam !!!
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban.

Hari malam Nisfu Syaaban adalah bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Sempena hari yang baik ini, Jom beramai-ramai hadir ke Galeri Aura Islam di Iskandar Puteri Johor melihat lebih 200 artifak asli Sejarah Islam terutamanya Artifak Rasulullah SAW !

Antara artifak yang dipamerkan

1) Capal milik Rasulullah SAW
2) Pedang para sahabat
3) Koleksi kain kiswah Kerajaan Uthmaniyah dan Kerajaan Saudi
4) Kunci Ashabul Kahfi !!
https://www.facebook.com/share/p/XdtfGCa9wfN99JFT/?mibextid=WC7FNe

"Ini kali ketiga saya hadir ke Galeri Aura Islam. Antara sebabnya adalah saya rindu kepada baginda Rasulullah SAW. Bila sampai disini kita dapat mempelajari mengenai pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam."

Itu kata-kata salah seorang ahli rombongan dari Helwa Parit Haji Karim, Ayer Baloi, Pontian. Seramai lebih kurang 44 orang yang hadir ke Galeri Aura Islam dengan mengenakan tudung serba hijau, kehadiran mereka di sini adalah untuk melihat keindahan dan keagungan artifak-artifak tamadun Islam terdahulu. Terima kasih kami ucapkan kepada semua ahli rombongan ini di atas kesudian mereka mengunjungi galeri ini.

Jom sama-sama bantu kami untuk mengajak lebih ramai pengunjung untuk datang ke sini.❤️
https://www.facebook.com/share/p/GZNsNEnG8GjiyQLp/?mibextid=WC7FNe

Mereka hadir ke Galeri Aura Islam pada pagi ini dengan membawa 1000 kerinduan kepada baginda Rasulullah SAW. Alhamdulillah, akhirnya pada hari ini mereka dapat melepaskan kerinduan mereka kepada Nabi Muhammad SAW. Kegembiraan mereka jelas kelihatan apabila melihat dengan mata sediri artifak-artifak milik baginda. Puan Rosnah juga pernah membawa rombongan-rombongan lain dengan menggunakan nama kumpulan yang sama, ahli yang berbeza melawat galeri ini. Ini bermakna Puan Rosnah menjadikan Galeri Aura Islam sebagai destinasi utama di dalam tentatif rombongan yang dikendalikan olehnya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rosnah kerana membawa orang-orang Muar berkunjung ke sini.

Jom bantu kami mengimarahkan lagi Galeri Aura Islam,Iskandar Puteri,Johor!!
https://www.facebook.com/share/p/7ikh3g8ZX8EYD4P2/?mibextid=WC7FNe

Merah sedondon pakaian mereka membuktikan kesepakatan mereka untuk bersama-sama hadir ke sini untuk melihat artifak-artifak tamadun Islam yang terdapat di Galeri Aura Islam. Alhamdulillah, Galeri Aura Islam menerima kunjungan dari rombongan Jemaah Mesjid Perpat Timbul Serkat, Pontian.

Keterujaan mereka jelas terlihat apabila ada di antara mereka yang terpukau melihat koleksi kain kiswah Kaabah yng terdapat di setiap dinding galeri. Kerinduan mereka terhadap Mekah dan Madinah dapat mereka lepaskan bila menjejakkan kaki buat pertama kali ke sini.

Jom bantu kami untuk mengajak lebih ramai pengunjung untuk hadir ke Galeri Aura Islam, Iskandar Puteri, Johor!!
https://www.facebook.com/share/p/N1jJbxrpA8cW3g3j/?mibextid=WC7FNe

"Sebelum ini kami cuma mengetahui dari penceritaan-penceritaan sejarah, tetapi hari ini saya bersama-sama ahli PUSPANITA KEDA berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat artifak-artifak peninggalan Islam terdahulu. Sungguh perasaan gembira yang tidak boleh di gambarkan." ucap Puan Hajah Afifah Binti Omar.

Mereka datang dari negeri Kedah Darul Aman, menempuhi perjalanan hampir 10 jam semata-mata untuk menuai kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW. Peluang yang mereka peroleh untuk hadir ke Galeri Aura Islam ini tidak di sia-siakan apabila mereka benar-benar mentelaah satu persatu artifak-artifak yang terdapat di sini. Kegembiraan dan ketenangan jelas terpancar di wajah mereka ketika mula-mula menjejakkan kaki ke dalam galeri ini. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak PUSPANITA KEDA kerana hadir dari jauh untuk mengimarahkan Galeri Aura Islam, Iskandar Puteri, Johor.

Jom bantu kami untuk mengajak lebih ramai hadir ke Galeri Aura Islam!!
https://www.facebook.com/share/p/2nspcW8FRk68hwVm/?mibextid=WC7FNe

"Saya memang ada cita-cita untuk menziarah muzium atau galeri yang seperti ini, dan hari ini di izinkan Allah SWT untuk saya bersama rakan-rakan untuk hadir ke sini. Dalam banyak-banyak artifak, yang paling membekas dalam hati saya adalah rambut dan janggut baginda Rasulullah SAW." ujar Datin Sri Norliah Binti Othman, Pengerusi PERKEP Jabatan Integriti & Pematuhan Standard PDRM Bukit Aman.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kami menerima kunjungan istimewa dari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Bukit Aman. Perjalanan mereka ke sini untuk menyemai kerinduan dan kecintaan mereka kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Apabila masuk sahaja ke dalam galeri ini, jelas terlihat diwajah mereka kegembiraan dan keterujaan apabila melihat artifak-artifak yang terdapat di sini.

Jom bantu kami untuk ajak lebih ramai pengunjung berkunjung ke Galeri Aura Islam, Iskandar Puteri, Johor!!!
https://www.facebook.com/share/p/2VUgSeNZrJirxipX/?mibextid=WC7FNe

"Kegembiraan yang tidak dapat dibayangkan, orang yang kita semua rindui yang jauh disana, hari ini kita dapat melihat lebih dekat dengan mata kita sendiri khazanah-khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Siapa yang datang ke sini ambillah peluang ini sebagai pengubat rindu kepada baginda." kata Puan Hajah Uminah Binti Isnin.

Rombongan kali ini hadir dari Berbaju putih dan bertudung merah hati sebagai bukti kesungguhan mereka ingin menghidupkan suasana di dalam Galeri Aura Islam ini dengan warna kesukaan Rasulullah SAW. Masya Allah, melihat raut wajah mereka jelas terpancar kegembiraan dan ketenangan apabila melangkahkan kaki ke dalam galeri ini dengan iringan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jom bantu kami untuk mengajak lebih ramai pengunjung untuk hadir ke Galeri Aura Islam, Iskandar Puteri, Johor!!!
Kami dari Galeri Aura Islam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua..

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, Jika hati seputih awan, jangan mendungkan.

Raihkan kemenangan dengan kita saling bermaafan.

Jumpa lepas raya di Galeri Aura Islam !