FoodGenius-Kesihatan
187 subscribers
79 photos
23 videos
48 links
Bahagian kesihatan, IF dan diet keto. Get yourself healthy to be fit. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Download Telegram
PREPARATION TO START INTERMITTENT FASTING (IF) & KETO

Alhamdulillah, dapat cari kesempatan waktu untuk berkongsi harini.

Harini selesai minggu ke 7 At selesai IF Keto. Total weight lose 9.4 kg (from 68.3 to 58.9 kg). Namun, kehilangan berat hampir 10 kg ni merupakan bonus besar sahaja bagi saya sebab aim utama saya untuk turunkan FBS (fasting blood sugar) kepada bawah 5 mmol/L dari 9.6 tu & Alhamdulillah week 7 ni, a consistent 4.7-5.0 mmol/L telah dicapai.

Don't lose weight to get healthy, BUT get healthy to lose weight.

Ayat inilah maksud At, objektif untuk sihat & bonus lain datang such as losing weight, healthy skin, clean thinking.
Jadi, here are the list of preparation untuk At start IF & Keto.

1. BUKU
Catitan sangat penting supaya kita sentiasa dalam track yang betul. Kalau tak bercatat mudah sangat give up. Of course akan ada episod cheating, pseudo hypo (my case), hari non-IF dll. Thus, catitan berfungsi untuk membantu diri sendiri untuk lihat pattern (it could be penurunan berat dan fbs) dan apa perlu troubleshoot kembali. Oleh sebab memang saya sedang monitor FBS, maka sangat penting untuk saya melihat patter FBS vs weight loss vs food intake. Boleh rujuk 1a untuk lihat apa pecahan catitan.

2. Glucometer
Glucometer berfungsi untuk monitor bacaan gula dalam darah. Ni item wajib untuk yang memang nak reverse pre/diabetes. Kalau takde glucometer macamana nak monitor patter naik turun BSP (blood sugar profiling) kan 😅.
Ada harga yang mahal & murah. Saya sarankan untuk ke farmasi & tanya apa brand yang diiktiraf supaya bacaan kita been approved by docs. Alangkan berbeza jari pun boleh dapat bacaan yang berbeza, apa lagi brand device itu sendiri.
Brand yang saya gunakan ni on-call vivid dan didatangkan khas dengan control fake blood, means kalau saya rasa bacaan kurang tepat saya ada control luquid untuk measure kembali.

3. Calculator
Yang ini option sebetulnya sebab boleh guna handphone. Tapi saya selesa guna calculator. Apa saya buat dengan calculator ialah untuk tahu bacaan total weight loss setiap 3 minggu & median bacaan gula saya setiap 3 minggu seperti yg dicatat pada buku (setiap page buku ini untuk monitor 3 minggu).

4. Botol air
Adequate water intake sangat penting supaya badan ada fluid yg cukup untuk proses lain seperti perkumuhan. Oleh sebab saya bekerja di rumah, At cuma perlu botol air 600mL ni saja. Jadi akan repeat 3-4 kali per day untuk cukupkan intake 1.8-2.1L. Excessive water intake sebenarnya tak perlu pun contohnya semakin berat semakin banyak air yg perlu diminum. Ini mitos yang ditanam lama dulu. insya-Allah posting lain saya kongsikan.
Tapi bagi yg bekerja, boleh la bawa botol air 2L terus. Nak repeat isi renyah pula kan. Ikut kesesuaian daily life routine anda.

5. Penimbang digital
Sama kes dengan glucometer, penimbang digital adalah device wajib dalam perjalanan IF keto ni untuk monitor penurunan berat badan. Saya sarankan untuk dapatkan penimbang yang mempunyai 2 digit perpuluhan & haram ya gunakan penimbang manual jarum sebab nanti asyik berduka je tengok jarum tak turun-turun walaupun hakikatnya adalah penurunan dalam 2 digit kecil tu 😅.

6. Supplements kesihatan
Ingat lagi my advice? Supplements tak dapat bekerja dengan optimum kalau badan kita clogged with debris & interference especially sugar. Ini adalah supplements yang saya ambil supaya badan saya yang sedang keep repairing, renewing & reenergized cells ni dapat membantu penyerapan supplements yang baik ni pada kadar optimum.

A balanced of omega 3 & 6, vitamin C, multivitamins which have chromium & others dan juga daun senna dan herbs yang bantu pelawasan. Its a must sangat-sangat sebab analogi yang selalu digunakan, rumah yg asalnya kotor dibasuh hanya dengan air berbanding dibasuh dengan sabun (supplement) sudah tentu latter option is the better choice.

---
Itu sahaja preparation saya untuk memulakan IF dan diet keto ni. Saya tak pernah membayangkan dapat kembali berat pada umur 17 tahun pada usia akan selak tabir 40 ini. Tapi Alhamdulillah Allah izin with the triggered of diagnosed with prediabetes.
I'll break the record of my older self, biiznillah! 💪🏼

Kalau ada yang tak pasti, boleh bertanya

Feel free to share the knowledge 🏋️‍♀️

Nur Athirah Hashim (At)

Jemput subscribe,

Perjalanan kurus hilang 11kg dalam 3 bulan: https://t.me/FoodGeniusHealth

Supplements yang baik untuk vital health kita: https://t.me/FoodGeniusSupplements
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Since I'm not doing 22:2, having 16:8 IF today. Thus I've a plenty of extra energy.

Let's do this.
1 Tips buat kenalan saya yang nak buat IF keto namun ada kekangan bekerja & menyediakan makanan, you can still achieved your health & weight dreams.

During lunch hour @ break hrs, boleh beli lauk pauk dan sayuran (lazy keto - makan diluar) dengan masakan apa saja, tapi elak untuk enjoying the gravy (kuah) too much. Sebabnya, kita tak pasti bagaimana cara pekedai masak, lebih-lebih lagi dalam penggunaan gula, msg dan jenis garam nya.

Contoh, order tomyam ayam. Makan ayam & sayuran tapi minimal untuk hirup kuah nya.


Jemput subscribe,

Perjalanan kurus hilang 11kg dalam 3 bulan: https://t.me/FoodGeniusHealth

Supplements yang baik untuk vital health kita: https://t.me/FoodGeniusSupplements
"Apa 5 perkara utama, bila dah capai berat idaman & hilang 10kg?"

Syukur, being present as always. Tapi 5 perkara utama yang tentunya At akan istiqomah lakukan:

1. Buang lagi 5kg. Sebab setiap 15kg berat badan yang dibuang, kita akan losses 0.5kg lemak di pankreas. Dan as you know, pankreas vital organ untuk fungsi rembesan insulin. Kajian dari Prof. Dr. Roy Taylor.

2. Jaga value BSP, HbA1c pada normal range sentiasa dengan teruskan lifestyle IF dan keto ini.

3. Kekalkan attire menutup aurat sempurna atau menjadi lebih baik lagi. Pagi tadi terbaca, ramai wanita yang dah dapat bodigol jadi badigol. Insya-Allah tidak lah daku ke badigol itu.

4. Help more people yang punyai same stories like me to achieve their health and weight dreams. insya-Allah.

5. Rahsia.

Jemput subscribe,

Perjalanan kurus hilang 11kg dalam 3 bulan: https://t.me/FoodGeniusHealth

Supplements yang baik untuk vital health kita: https://t.me/FoodGeniusSupplements
Yay, dah sampai my ACV with the mother ni. Beli dengan Mega Kulim Pharmacy , penghantaran super cepat 📦.

Siapa yang nak reverse diabetes/predibetes dan obese, boleh simpan ACV jenis ini di rumah ye. Pilih jenis 'with mother'. Kenapa?

ACV with mother bermaksud cuka nya tidak ditapis, tidak ditulenkan disuling sebab itulah ia berwarna cloudy gini. Kalau jenama tanpa ditulis 'with mother', normally memang crystal clear.

Kenapa pilih dengan emak? Sebabnya, keadaan ni yang terwujudnya bakteria, yis dan protein yang baik untuk badan kita.

Namun, kalau ACV tanpa mak yang clear transparent tu, bermakna bakteria yang dikultur dah mati / asing sewaktu proses penulenan. Sebetulnya, healing properties ACV tu pada asetik asid & juga sebatian/compounds yang hadir dalam 'emak' nya juga.

Amalan ACV biasanya At ambil pada waktu malam selepas makan dengan:
600mL air kosong suam
1/2 teaspoon garam himalaya
1/2 tablespoon ACV

Untuk geng reset pre/diabetes, ACV membantu improve insulin sensitivity. Yang mana bantu cegah blood sugar spikes selepas makan.

Kalau Ummar demam/ selsema pun, At akan beri dia minuman 'salt loading' ni untuk elektrolit badan. Yup, resepi minuman tanpa karbohidrat semestinya.

Cubalah!
Nur Athirah Hashim (At)

Jemput subscribe,

Perjalanan kurus hilang 11kg dalam 3 bulan: https://t.me/FoodGeniusHealth

Supplements yang baik untuk vital health kita: https://t.me/FoodGeniusSupplements
Semalam petang, waktu buat keto brownies ni, dalam keadaan berpuasa. Waktu ni monk, lakanto, erythritol apatah lagi stevia semua belum sampai. Shoppee lah ni lambat 🫣

Jadinya, tawakkal lah gigih buat brownies tanpa gula pakai noxxa PC.

Waktu baking kemain wangi bau butter dan vanilla tu menusuk hidung.

Bila siap, kita tanya lah Ummar minta dia rasa dan bagi rating 1-10. Dijawabnya 5/10 sebab tawar dan masin saja. Dalam hati At ni, eleh tak kena selera lah tu sebab tak manis.

Masuk je waktu berbuka, daku rasa lah air tangan superpower brownies pestime ni, meskipun tak lembut pun. Tapi let me correct Ummar's rating ye, supposedly 3/10 🤣🤣🤣. Sebab memang tawar, masin sikit dan kering 🤣.

Takpelah takpe At, insya-Allah monk sampai harini, kita cairkan 99% dark chocolate dengan butter & monk, kita buat dip dip je brownies ni. Takpun, kalau kau masih gigih, ceroi ceroi kan brownies ni, jadikan based untuk buat unbaked chocolate cheesecake keto.

Baru At tahu perasaan Boboiboy & si Gopal tu bila kena makan biskut asam pedas Yaya dan dipaksa bagi rating sedap. Tengkiu Ummar amik hati Mak awak ni 🤣

Jemput subscribe,

Perjalanan kurus hilang 11kg dalam 3 bulan: https://t.me/FoodGeniusHealth

Supplements yang baik untuk vital health kita: https://t.me/FoodGeniusSupplements
Mana yang dah boring hari-hari minum green tea, jasmine tea, lemon tea tu, boleh lah bertukar angin ke https://ahmadtea.my/
untuk cuba black tea with fruits pieces sensations. Tengah promotion tu, saya terlepas promo dapat mug Ahmad Tea 🥺. Semua dah sold out.


Normally, lemon & green tea memang digemari geng-geng IF keto sebab dia lagi cepatkan process ketosis & capai autophagy.

Tapi sesekali ayuh enjoy dis type of tea, lagipun no carb.

Saya biasanya 1 sachet 1 type tu, bancuh dalam air panas botol shaklee 600mL yang cantik tu, pastu bawak gi mana-mana. Sekejap je habis, tapi selalu topup air sekali lagi. Its soooo refreshing tau.

*But with no sugar tau 😉

Thanks Ahmad Tea for providing super healthy choice for us.

Nur Athirah Hashim (At)
Anak tolong apa harini? 🥳

Harini Hambali & At bantu uolls untuk masak jenis sambal yang tak menyumbang pada blood sugar spike. Kebiasaannya, orang kita kalau masak sambal ke masak merah ke mesti gunakan gula dan sos untuk perasa manis & pemekat kuah kan.

Berpuluh tahun amalkan begitu, sampai lah At belajar tukar kepada pilihan lebih baik untuk nilai kesihatan.

Sekarang ni, bila masak sambal At akan pakai monk untuk rasa manis (dalam video). Tapi, normally saya pakai 3 biji kurma untuk kira-kira 500gram ayam gitu pun dah memadai. Tapi cili kering yang saya pakai tu, dari jenis gemuk bambam, bukannya tangkai halus. Tangkai halus tu memang pedas, jadi nak maniskan kuah effort agak besar untuk guna pemanis.

Ha, cara memasak macam ni memang lulus diet pemakanan keto.
Tidak menggunakan pemanis yang mengganggu metabolik tubuh
Tidak menggunakan pemekat kuah seperti sos cili & tomato
Menggunakan 2-3 biji kurma ajwa untuk memekat/manis kuah
Pemanis monk, erythritol atau stevia

Bayangkan, kalau dari dalam rumah pun kita tak mampu nak ubah, apa lagi harapkan dari makanan luar kan? Yang baru-baru nak belajar takpe, gradually. Saya pun macam tu 💪🏼

Nur Athirah Hashim (At)

Jemput subscribe,

Perjalanan kurus hilang 11kg dalam 3 bulan: https://t.me/FoodGeniusHealth

Supplements yang baik untuk vital health kita: https://t.me/FoodGeniusSupplements