FMKK UIS STUDENTS
429 subscribers
553 photos
19 videos
53 files
293 links
Download Telegram
*Pemenang pertama* Pertandingan TikTok UIS 2023: saudara *Amirul Ashraf Zulkifli* dari FSU.

Beliau memenangi *1 unit Realme 10 Pro Plus, 5G, 12GB RAM, 256GB ROM, 108MP camera, 5000mAh*.

*JOM* kita naikkan lagi viewers video TikTok beliau dengan *like, comment*, *share*, *repost*. 💫

↪️ *KLIK sekarang* https://vt.tiktok.com/ZS8nKJM6w/

_#softsell_
_#1jutaviewers_
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

❗️❗️PERHATIAN❗️❗️

*HEBAHAN PROGRAM AGIHAN PERANTI SISWA KELUARGA MALAYSIA FASA 3 (FASA TERAKHIR)*

Kepada pelajar yang *LAYAK* sepertimana di Lampiran, pelajar *DIWAJIBKAN* mengambil peranti siswa mengikut ketetapan berikut:

📌 *Tarikh/Hari : 14 April 2023 (Jumaat)*
📌 *Masa agihan : 9.30 pagi – 12.00 tengahari*
📌 *Tempat : Dewan Kuliah Tengku Mahmud Zuhdi, Aras Bawah, Blok Pentadbiran*

*Link Senarai Nama* : https://bit.ly/PerantiSiswaFasa3

Pelajar perlu membawa bersama *Kad Pengenalan Diri dan Kad Matrik* semasa hadir mengambil peranti tersebut. Pelajar diminta untuk mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, *TIADA LAGI AGIHAN PERANTI SISWA SELEPAS FASA TERAKHIR* ini. Pihak BHEP tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan pelajar untuk hadir mengambil peranti mengikut masa yang ditetapkan.

Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Sekian terima kasih.


Informasi:
*Bahagian Hal Ehwal Pelajar*
*11 April 2023*
*UCAPAN AIDILFITRI FMKK 2023*

Ramadan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas penuh kemaafan, semoga segala salah dan silap dapat dimaafkan.

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

*Ikhlas dari:*
Seluruh warga Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran
Universiti Islam Selangor (UIS)

*Link video raya:*

https://www.facebook.com/watch/?v=315406430812641&mibextid=5mf8j4

https://drive.google.com/file/d/1xCbZuDbOaJO8gwL2qsovCjsWOL-WrvIN/view?usp=share_link

-----------------------------

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan UIS, sila hubungi:

📲 wasap.my/60192260746/NakMasukUIS
📲 wasap.my/60193896937/NakMasukUIS

Untuk pendaftaran, sila layari:
http://study.kuis.edu.my/permohonan-kemasukan-pelajar-baharu

#jommasukUIS
#fmkkUIS
#aidilfitri2023
Senarai pelajar FMKK yang masih belum check out asrama. mohon ambil tindakan segera anak2. Nanti kena extra charge
Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP)

>>> Garis Panduan Permohonan
https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/05/GARIS-PANDUAN-TESP-2023.pdf

>>> Syarat Kelayakan Program
https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/05/Syarat-Kelayakan-TESP.pdf

>>> Soalan Lazim
https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/05/FAQ-TESP-2023.pdf

>>> Panduan Permohonan
https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/05/4.-PANDUAN-PERMOHONAN.pdf

>>> Permohonan Atas Talian
https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login

>>> Panduan Pengguna Sistem
https://online.anyflip.com/shdgj/smwv/mobile/index.html

*Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 5 Mei sehingga 18 Mei 2023*
Assalamualaikum wrt wbt

KUIS akan menyertai karnival *Jom Masuk U di UMS, Sabah* pada 27 dan 28 Mei 2023.

Bagi *pelajar/Alumni yang berkelapangan*, bolehlah hadir di booth KUIS untuk memeriahkan lagi keadaan. 😊

Jumpa anda di sana. 💫

En. Azri
017-9840-848
Ketua Bahagian Pemasaran UIS
Temui kami di *Booth 40* pada 27 & 28 Mei ini di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah. Jumpa anda di sana!

*Jom Masuk UIS* (Universiti Islam Selangor).

_#Booth40_
_#JomMasukUIS_
_#UISPilihanUtama_
*IKLAN PERMOHONAN TAJAAN BIASISWA/ PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI YAYASAN SABAH 2023*

Pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi untuk mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2023.

Kriteria pemohon adalah seperti berikut:
(i) Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah; atau
(ii) Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah; atau
(iii) Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah.
*Keutamaan diberikan kepada mereka yang berasal dan menetap di negeri Sabah*.

*Nota :

Bagi pemohon lepasan SPM 2022, sila pastikan maklumat keputusan SPM adalah keputusan rasmi.

Sekiranya pemohon telah mendaftar tetapi tidak menerima e-mel, sila hubungi pejabat Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian 088 - 326402 / 326385 / 326390 / 326392 / 326393 / 326395 / 326396 / 326397 / 326399 / 326603 / 434195 atau e-mel bppysinfo@ysnet.org.my

4. PERHATIAN:

4.1 Tarikh tutup permohonan ialah pada *5 Julai 2023*.

4.2 Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.

4.3 Sila cetak SENARAI SEMAK dan BORANG PERMOHONAN yang telah dilengkapkan berserta dokumen sokongan yang telah disahkan untuk diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah selewat-lewatnya sebelum atau pada tarikh tutup permohonan seperti yang dinyatakan.

4.4 Permohonan dianggap *TIDAK BERJAYA* sekiranya tidak mendapat jawapan selepas *30 September 2023*.

Infomasi :
Seksyen Tajaan dan Kebajikan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
02 Jun 2023