FMKK UIS STUDENTS
424 subscribers
553 photos
19 videos
53 files
293 links
Download Telegram
[ ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π π“π€π‘πˆπŠπ‡ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπŽππ•πŽπŠπ„π’π˜π„π πŠπ”πˆπ’ πŠπ€π‹πˆ πŠπ„ πŸπŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐 ]

Assalamualaikum wbt.

Berdasarkan kenyataan rasmi Rektor pada 8 Jun 2022, Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kali ke 25 akan berlangsung pada *14 hingga 18 Ogos 2022* di Pusat Konvensyen KUIS setelah mendapat persetujuan Ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan KUIS.

Majlis Konvokesyen ini akan dilaksanakan secara fizikal dan buat pertama kalinya selepas Pandemik Covid-19, Majlis Konvokesyen kali ini membenarkan kehadiran ibubapa atau dua orang wakil ahli keluarga.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Majlis Konvokesyen KUIS boleh keportal e-konvo http://ekonvo.kuis.edu.my/ atau layari laman sesawang www.kuis.edu.my

"BERSAMA MEMBINA KESATUAN"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

#MPPKUIS
#KampusSejahtera
*[ PEMAKLUMAN KAEDAH REGISTER COURSE ]*

Kaedah Register Course
1. Portal
2. Course
3. Register Course
4. Tekan REGISTER

Pastikan status pelajar masing-masing bertukar kepada *REGISTER* dan ada button *print slip*.

Kalau sudah ada, kiranya pelajar sudah selsesai register course. Boleh print atau screenshot untuk simpanan pelajar.

Sebarang permasalahan boleh hubungi Siti Nuraini Exco Akademik Dan Intelektual melalui link Whatsapp ni :
http://www.wassap.my/0173489106

"BERSAMA MEMBINA KESATUAN"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

#MPPKUIS
#KampusSejahtera
[ HEBAHAN KOD KOKURIKULUM]

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Perhatian kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (kecuali Fakulti Pendidikan dan Pusat Matrikulasi) , sila pastikan anda mendaftar kod kursus kokurikulum yag betul dan tepat bagi mengelakkan kesulitan pada masa akan datang.

i) Bagi pelajar semester lazim pastikan kod yang didaftarkan sama senarai kursus yang ditawarkan.

ii) Bagi pelajar ulangan (repeat) / belum ambil / gagal / pemindahan kredit (tranfer credit) pastikan kod kursus adalah betul dan tepat. Sila isi borang tambah gugur kokurikulum : https://bit.ly/Borangtambahgugurkokurikulum

iii) Bagi pelajar semester akhir / akan tamat pengajian / sebelum menjalani latihan industri, sila pastikan semua kod kokurikulum mengikut pengajian Diploma @ Ijazah Sarjana Muda telah lengkap dan lulus.

Jika terdapat masalah dan persoalan berkaitan Kokurikulum boleh menghubungi kami di Facebook: Kokurikulum KUIS atau emel: sask@kuis.edu.my

"BERSAMA MEMBINA KESATUAN"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

#MPPKUIS
#KampusSejahtera
[PEMAKLUMAN E-JADUAL (JADUAL WAKTU KULIAH) KEPADA PELAJAR DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA SESI I TAHUN AKADEMIK 2022/2023 VERSI 1.0 (SIANG DAN MALAM)]

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa dan Separuh Masa,

Adalah dimaklumkan, E-jadual (Jadual Waktu Kuliah) Sesi I Tahun Akademik 2022/2023 Versi 1.0 (Siang dan Malam) boleh diakses di pautan berikut : http://e-jadual.kuis.edu.my:8080/.

Sekian, harap maklum.

"BERSAMA MEMBINA KESATUAN"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

#MPPKUIS
#KampusSejahtera
*MEMO JOM BAYAR YURAN PENGAJIAN KUIS*

Tarikh : 3 Oktober 2022

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kami dari Majlis Perwakilan Pelajar menyeru mahasiswa untuk menunaikan tanggungjawab melunaskan yuran pengajian sebelum bermula peperiksaan akhir semester yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kelewatan pembayaran yuran akan mengakibatkan kepada perkara-perkara berikut:

1. Mahasiswa akan dihalang menduduki peperiksaan akhir semester.
2. Mahasiswa akan mengalami kegagalan menyemak keputusan peperiksaan akhir semester.
3. Mahasiswa tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester akan datang.

Mahasiswa boleh merujuk kaedah pembayaran yuran di pautan berikut :
https://drive.google.com/file/d/1N-1ADeUrXLDFwNJcD1RrMCqxpIIq3Huv/view?usp=drivesdk

Di sini kami sertakan tutorial untuk membayar yuran :

1. Online Banking:
https://youtu.be/d1MEP2d7E2k

2. ATM:
https://youtu.be/QR5dFVUoktc

Kami sedia membantu sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkenaan cara pembayaran yuran dan lain-lain perkara.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

*"BERSAMA MEMBINA KESATUAN"*

JABATAN BENDAHARI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2021/2022
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

#MPPKUIS
#KampusSejahtera
[PENYIMPANAN BARANG DI STOR MPP ]

Assalamualaikum wbt.

Sempena cuti semester yang akan datang, MPP telah menyediakan kemudahan buat mahasiswa untuk menyimpan barangan di stor yang telah disediakan sepanjang cuti semester ini. Oleh itu, mahasiswa perlu mengikuti prosedur dan SOP yang telah ditetapkan.

PROSEDUR PENYIMPANAN BARANG SEPANJANG SESI 1 2022/2023

1. Memaklumkan tarikh penyimpanan barang selewat-lewatnya 3 hari sebelum menyimpan barang.
2. Terhad kepada maksimum 3 barang sahaja.
3. Mengimbas QR Code ketika menyimpan barang.
4. Mengisi maklumat Google Form secara terperinci.
5. Menampal Borang Penyimpanan Barang di barang yang disimpan.
6. Susun di tempat yang telah ditetapkan dalam keadaan teratur.

Butiran pembukaan stor adalah seperti berikut

β–ͺ️TARIKH : 5,6,10 NOVEMBER 2022
β–ͺ️HARI : SABTU, AHAD, KHAMIS
β–ͺ️TEMPAT :-
πŸ‘³πŸ»β€β™€οΈStor Lelaki : QARYAH D 104, 105
πŸ§•πŸ»Stor Perempuan : Aras 1 P8 & P10

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh menghubungi:
πŸ§•πŸ» Aqilah (Exco Kediaman): wa.link/7hp41h
πŸ§‘πŸ»β€πŸ’Ό Afiq (Exco Kebajikan): wa.link/g5xz34

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MEMBINA KESATUAN"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

#MPPKUIS
#KampusSejahtera
‼️FB LIVE MPP KUIS PARLIMEN MAHASISWA ‼️

Jemput tengok fb live mpp

https://fb.watch/i13PctfZA6/?mibextid=RUbZ1f

#MPPKUIS
#KampusSejahtera
*MEMO JOM BAYAR YURAN PENGAJIAN KUIS*

Tarikh : 10 Mac 2023

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kami dari Majlis Perwakilan Pelajar (Caretaker) menyeru mahasiswa untuk menunaikan tanggungjawab melunaskan yuran pengajian sebelum bermula peperiksaan akhir semester yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kelewatan pembayaran yuran akan mengakibatkan kepada perkara-perkara berikut:

1. Mahasiswa akan dihalang menduduki peperiksaan akhir semester.
2. Mahasiswa akan mengalami kegagalan menyemak keputusan peperiksaan akhir semester.
3. Mahasiswa tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester akan datang.

Mahasiswa boleh merujuk kaedah pembayaran yuran di pautan berikut :
https://drive.google.com/file/d/1N-1ADeUrXLDFwNJcD1RrMCqxpIIq3Huv/view?usp=drivesdk

Di sini kami sertakan tutorial untuk membayar yuran :

1. Online Banking:
https://youtu.be/d1MEP2d7E2k

2. ATM:
https://youtu.be/QR5dFVUoktc

Kami sedia membantu sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkenaan cara pembayaran yuran dan lain-lain perkara.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

*"BERSAMA MEMBINA KESATUAN"*

JABATAN BENDAHARI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2022/2023 (CARETAKER)
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

#MPPKUIS
#KampusSejahtera