FMKK UIS STUDENTS
422 subscribers
553 photos
19 videos
53 files
293 links
Download Telegram
OPENING CEREMONY OF 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON INFORMATION TECHNOLOGY AND SOCIETY (ICITS 2022) FSTM KUIS

https://fb.watch/g0AG27A1KK/

8th October 2022
Saturday
11.00 am
KLCC Convention Centre

Program Book:
https://bit.ly/ICITS2022ProgramBook
[SALAM MAULIDUR RASUL 1444H]

Tarikh : 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiulawal 1444H

Bersempena dengan tarikh kelahiran Baginda Nabi SAW. Kami dari Persatuan Mahasiswa Teknologi Maklumat (INTECH) ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia.

Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat keatas baginda dan mengamalkan sunnah.

Semoga kita dikurniakan syafaat di hari akhirat kelak nanti.

"Future Support Of Technology Matter"

PERSATUAN MAHASISWA TEKNOLOGI MAKLUMAT (INTECH)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Sesi 2022/2023
[WORLD MENTAL HEALTH DAY]

10 OKTOBER 2022

Sempena Hari Kesihatan Mental sedunia, Persatuan Mahasiswa Teknologi Maklumat dan Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat berharap agar semua Mahasiswa sama-sama menjaga kesihatan fizikal dan mental apatah pagi sudah hampir dengan musim peperiksaan ini.

Jangan lupa amati nasihat yang ada di posting diatas untuk sama-sama kita amalkan dan menjaga orang di sekeliling kita.

Santuni orang sekeliling kita dan ambik peduli. Ada yang penat, kita bagi sokongan moral dan apa yang kita boleh bantu.

Jangan lupa banyakkan minum air kosong untuk badan kita sentiasa Hydrated dan kekal efisyen dan berfungsi dengan betul.

Kalau ada yang memerlukan bantuan, boleh maklumkan kepada kawan-kawan yang prihatin atau hubungi pimpinan-pimpinan yang ada. Insyallah kita jaga kita.

Kesihatan mental keprihatinan bersama

"Future Support of Technology Matter"

PERSATUAN MAHASISWA TEKNOLOGI MAKLUMAT KUIS (INTECH)
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR(KUIS)
SESI 2022/2023
Assalamualaikum wrt wbt.

Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

HEBAHAN PEMAKLUMAN PERMOHONAN PRA PENDAFTARAN BAGI PELAJAR (EX-DIPLOMA, LOMPAT SEMESTER & SEMESTER LEBIH) SESI II 2022/2023

Perhatian kepada Pelajar Lompat Semester (FPPI & FSU), Ex-Diploma (FPM,FP & FSTM) & Pelajar Lebih Semester, mohon lengkapkan Borang Pra Pendaftaran Sesi Pengajian II 2022/2023 seperti dilampiran.

Tarikh penyerahan Borang Pra Pendaftaran bermula pada 15 September 2022 sehingga 21 Oktober 2022 (tanpa caj denda lewat mendaftar).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai di Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar (SPPP), BPA di talian 03 8911 7000 sambungan 2238/3560/1206/3318.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh Saudara/Saudari amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar (SPPP)

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)

14 September 2022
HEBAHAN PROGRAM AGIHAN PERANTI SISWA KELUARGA MALAYSIA

Untuk makluman YBrs PM Dr./ Dr./ Tuan/ Puan, pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia telah meluluskan seramai 552 orang pelajar KUIS bagi permohonan peranti siswa Keluarga Malaysia Fasa 1.

Sehubungan dengan itu, pihak BHEP telah menerima data yang telah lengkap pada 14 Oktober 2022, untuk diagihkan. Agihan adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 17 Oktober 2022 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi sehingga 5.00 petang
Tempat: Pusat Konvensyen KUIS (PKK)

Justeru itu, mohon kerjasama daripada pihak Fakulti untuk mewar-warkan kepada pelajar seperti senarai nama dilampiran.

Untuk makluman juga, kegagalan pelajar untuk hadir pada masa dan hari yang telah ditetapkan, tiada agihan yang akan dibuat dalam tempoh terdekat dan agihan seterusnya hanya akan dibuat pada bulan Disember 2022 bergantung pada ketetapan pihak vendor.

Segala perhatian dan kerjasama daripada YBrs PM Dr./ Dr./ Tuan/ Puan amat dihargai.

Sekian terima kasih.

BHEP
[TAHNIAH KEPADA KUIS ATAS PENAIKTARAFAN KEPADA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (UIS)]

Tarikh : 15 Okt 2022

Assalamualaikum wbt.

Persatuan Mahasiswa Teknologi Maklumat (INTECH) ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang telah dinaiktaraf kepada Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS).

Semoga pengiktirafan ini akan membawa UIS menjadi sebuah universiti yang gemilang dalam melahirkan dai, ulama dan umarak bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

“Future Support Of Technology Matter”

PERSATUAN MAHASISWA TEKNOLOGI MAKLUMAT (INTECH)
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS)
Sesi 2022/2023
[SELAMAT MAJU JAYA PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR]

Assalamuaikum Wrt Wbt

Kami daripada Persatuan Mahasiswa Teknologi Maklumat (INTECH) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar FSTM yang terlibat dalam pembentangan Projek Tahun Akhir 1 dan 2.

Lakukan yang terbaik dan yakin kejayaan milik kalian. Kami mendoakan agar semua pelajar FSTM dipermudahkan semasa pembentangan.

All the best to FYP Student!! Goodluck!

"Future Support Of Technology Matter"

PERSATUAN MAHASISWA TEKNOLOGI MAKLUMAT (INTECH)
[GOODLUCK ON YOUR EXAM!]

Assalamualaikum wbt,

Selamat menduduki peperiksaan akhir semester bagi seluruh mahasiswa/wi Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat. Selamat maju jaya dalam mencapai kejayaan yang diimpikan. Semoga dipermudahkan urusan dalam menjawab peperiksaan nanti.

"Kemudian apabila engkau berazam, maka bertawakal lah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya" - (Surah Al-Imran : 159)

“Future Support Of Technology Matter”

EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL
PERSATUAN MAHASISWA TEKNOLOGI MAKLUMAT (INTECH)
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS)
Sesi 2022/2023
*[MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA FSTM]*

TARIKH : 24 Oktober 2022 bersamaan 28 Rabiul Awal 1444H

Assalamualaikum w.b.t

Kami daripada Persatuan Mahasiswa Teknologi Maklumat (INTECH) dengan kerjasama Fakulti Sains Dan Teknologi Maklumat (FSTM) menjemput seluruh para pelajar dan barisan pensyarah FSTM untuk bacaan yaasin perdana bagi Peperiksaan Akhir Tahun Sesi I 2022/2023

📌 Tarikh : *24 OKTOBER 2022*
📌 Hari : *ISNIN*
📌 Masa : *8.00PM*
📌 Platform : Google Meet
https://meet.google.com/zuc-rfud-aif

Selamat maju jaya dalam mencapai kejayaan yang diimpikan. Semoga dipermudahkan urusan dalam menjawab peperiksaan nanti. Aminn

_“Future Support Of Technology Matters”_

*PERSATUAN MAHASISWA TEKNOLOGI MAKLUMAT (INTECH)*
_Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS)_
_Sesi 2022/2023_
Assalamualaikum wrt wbt

*25 Oktober 2022/ Selasa*
*Tempat: PKK, DPU*

Cetakan slip boleh di buat
a) Pejabat BPA
b) Pejabat Fakulti
c) Koperasi

Bahagian Pengurusan Akademik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Para pelajar,

Pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah membuat penapisan permohonan dan hasil semakan yang telah dijalankan oleh pihak BHEP di dalam permohonan E-Bantuan pada 12 Oktober hingga 21 Oktober 2022.

Dimaklumkan bahawa 60 orang pelajar telah terpilih menerima Agihan Bantuan Zakat Korporat BIMB (sara diri) bagi sesi I (2022/2023) yang berjumlah RM 500.00 setiap seorang dan senarai nama kelulusan telah dihantar ke Bahagian Pembayaran, Pejabat Bendahari pada 28 Oktober 2022 dan tempoh pengkreditan ke akaun pelajar dijangka selesai dalam masa 14 hari. Dilampirkan senarai nama kelulusan untuk rujukan para pelajar.

Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.

NOTA PENTING : Para pelajar dikehendaki mengemaskini no akaun Bank Islam @ lain-lain bank pelajar yang aktif sahaja di dalam profile portal pelajar MyLMS sepertimana permohonan di dalam e-Bantuan. Kegagalan mengemaskini no akaun Bank Islam menyebabkan proses pengkreditan tidak dapat diproses oleh pihak Bendahari.

Seksyen Tajaan dan Kebajikan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
28 Oktober 2022
[PENYIMPANAN BARANG DI STOR MPP ]

Assalamualaikum wbt.

Sempena cuti semester yang akan datang, MPP telah menyediakan kemudahan buat mahasiswa untuk menyimpan barangan di stor yang telah disediakan sepanjang cuti semester ini. Oleh itu, mahasiswa perlu mengikuti prosedur dan SOP yang telah ditetapkan.

PROSEDUR PENYIMPANAN BARANG SEPANJANG SESI 1 2022/2023

1. Memaklumkan tarikh penyimpanan barang selewat-lewatnya 3 hari sebelum menyimpan barang.
2. Terhad kepada maksimum 3 barang sahaja.
3. Mengimbas QR Code ketika menyimpan barang.
4. Mengisi maklumat Google Form secara terperinci.
5. Menampal Borang Penyimpanan Barang di barang yang disimpan.
6. Susun di tempat yang telah ditetapkan dalam keadaan teratur.

Butiran pembukaan stor adalah seperti berikut

▪️TARIKH : 5,6,10 NOVEMBER 2022
▪️HARI : SABTU, AHAD, KHAMIS
▪️TEMPAT :-
👳🏻‍♀️Stor Lelaki : QARYAH D 104, 105
🧕🏻Stor Perempuan : Aras 1 P8 & P10

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh menghubungi:
🧕🏻 Aqilah (Exco Kediaman): wa.link/7hp41h
🧑🏻‍💼 Afiq (Exco Kebajikan): wa.link/g5xz34

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MEMBINA KESATUAN"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

#MPPKUIS
#KampusSejahtera