FMKK UIS STUDENTS
361 subscribers
554 photos
19 videos
53 files
293 links
Download Telegram
Pemakluman Permohonan Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) - RM 500 Sesi II 2024/2025

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

Program Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) diurus setia oleh Seksyen Tajaan & Kebajikan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) ini terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa bagi peringkat;
Ø Matrikulasi
Ø Diploma
Ø Ijazah Sarjana Muda

Di Universiti Islam Selangor (UIS) dari kalangan anak kelahiran negeri Selangor dan pemastautin Selangor melebihi 10 tahun, terutama sekali bagi golongan keluarga berpendapatan kategori B40 dan M40.

Permohonan adalah dibuka sepanjang Sesi II 2024/2025 tertakluk kepada baki dana BAYU. Senarai pemohon yang diluluskan akan dimaklumkan melalui portal pelajar.

Sila isi imbas kod QR yang tertera di poster serta muat turun borang permohonan BAYU bersama dokumen sokongan seterusnya hantar ke Pej. BHEP 1, Aras Bawah Blok Pentadbiran.

Informasi:

Seksyen Tajaan dan Kebajikan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)
1
HEBAHAN SIMULASI E-VOTING SIRI 2 PILIHAN RAYA KAMPUS SESI 2025/2026

Assalamualaikum w.b.t,
Dengan segala hormatnya, SPAK ingin memaklumkan bahawa Simulasi e-Voting Siri 2 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

*Tarikh : 23 Januari 2025*
*Masa : 10.00 pagi – 13.00 petang*
*Tempat : Dewan Mahasiswa*

SPAK amat mengalu-alukan kehadiran semua pelajar untuk bersama-sama menguji cuba sistem e-Voting ini.

Sekian, terima kasih.
#testingevoting
#prk2025
*🌟[UNDIAN ANUGERAH BINTANG PELAJAR UIS 24/25]🌟*

Tarikh: 29 Januari 2025

_Assalamualaikum W.B.T_

*📢 Perhatian kepada semua Mahasiswa UIS! 📢*

*Proses Undian ABP 2024/2025 Kini Dibuka!🤩*

🗓️ *29 JANUARI 2025 - 31 JANUARI 2025*

Undi calon terbaik untuk menerima pengiktirafan atas pencapaian mereka.

*‼️Jangan lepaskan peluang untuk menyokong mereka yang layak‼️*

👇 Undi sekarang melalui pautan berikut:

🔗 https://forms.gle/3S8L2Qpmjqo7AwY98

*📌 Syarat-syarat undian:*
1️⃣ Hanya pelajar aktif UIS boleh mengundi.
2️⃣ Gunakan _Student Account_
3️⃣ Setiap pelajar hanya boleh undi sekali sahaja.

*💫SETIAP UNDIAN, BINTANG JADI IMPIAN💫*

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
_📲 Saudari Syaziyah_ - Pengarah
https://wa.me/60149900358

_📲 Saudara Aziq_ - Timbalan Pengarah
https://wa.me/60149965722

Sekian, terima kasih atas sokongan anda!

_*“Bintang Kita, Inspirasi Semua”*_

*AHLI JAWATANKUASA,*
*ANUGERAH BINTANG PELAJAR,*
*UNIVERSITI ISLAM SELANGOR,*
*SESI 2024/2025*
Jom jom vote fmkk 🥰
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, kami telah pun membuka semula link pengundian untuk Pilihan Raya Fakulti, jadi mana yang belum undi tu sila lah undi secepat mungkin ya🤗,

Insyaallah dgn undi yang korang semua berikan dapat lah memberikan peluang yang besar kepada para calon untuk melayakkan diri dalam kerusi INTECH 25/26🐺,

Jadi jangan lupa undi rakan rakan kita🤗 undian boleh lah di buat melalui link gform di bawah ini👇🏻

https://forms.gle/mq1XS8NjrzaAcmdQ8
[ANNUAL GENERAL MEETING 24/25]
📜🤵🏻🤵🏻‍♀

"STEP IN, BE ONE OF US"

Assalamualaikum wrt,
Tiba masanya pimpinan lama untuk mengakhiri era pimpinan dan menyerahkan kepada yang baru.

AGM kali ini bukan sekadar mesyuarat biasa, ianya detik penting untuk penyerahan tampuk kepimpinan kepada generasi seterusnya

📅 Tarikh : 4/2/2025
Masa : 9.00 - 11.00 malam
📍 Tempat : Dewan Kuliah Hassan Omar

Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi AGM INTECH 24/25. Jom bersama kita sambut kepimpinan kita! 💪🏻

"FUTURE SUPPORT OF TECHNOLOGY MATTER"

PERSATUAN MAHASISWA TEKNOLOGI MAKLUMAT UIS (INTECH) SESI 24/25 UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)