FSG UiTM SA
3.35K subscribers
2.19K photos
29 videos
271 files
2.4K links
Ini merupakan platform bagi memudahkan sebarang informasi melibatkan seluruh warga Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam.

๐Ÿ“ŒInstagram:
https://instagram.com/smf_fsg
Download Telegram
SABTU | 2 APRIL 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PENYEDIAAN PENGANGKUTAN KE MASJID UiTM SHAH ALAM SEPANJANG BULAN RAMADAN UNTUK MAHASISWI]

Merujuk kepada perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam telah mengadakan satu inisiatif kepada semua Mahasiswi SAHAJA yang ingin menunaikan solat tarawih di Masjid UiTM Shah Alam dengan menyediakan bas dari kolej kediaman Mawar, Melati dan Anggerik ke masjid. Berikut merupakan lokasi dan waktu pergerakan bas tersebut:

Lokasi menunggu: DATARAN CENDEKIA (3 bas untuk Kolej Mawar dan Melati) dan KOLEJ ANGGERIK (1 bas)

Masa perjalanan:-
๐Ÿ“Œ 8.00 malam: Bertolak dari kolej ke Masjid UiTM Shah Alam
๐Ÿ“Œ 10.30 malam: Bertolak dari Masjid UiTM Shah Alam ke kolej

Diharapkan agar inisiatif ini dapat memudahkan pergerakan semua mahasiswi untuk melaksanakan ibadah tarawih.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

MPP Huzzair: https://wa.me/60195914074
MPP Syafawati: https://wa.me/60175011994

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
RABU | 6 APRIL 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PEMAKLUMAN TARIKH PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN KOLEJ KEDIAMAN SESI MAC - OGOS 2022]

Merujuk perkara di atas, pelajar yang tergolong dalam kategori layak memohon pengecualian bayaran kolej seperti lampiran yang disertakan daripada Pekeliling Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar Bilangan 04 Tahun 2022, mahasiswa boleh mengambil Borang Pengecualian Bayaran Kolej di pejabat atau Unit Pengurusan Kolej masing-masing. Para pelajar harus cakna dengan tarikh pembukaan dan penutupan permohonan tersebut:

๐Ÿ“Œ Fasa 1
Permohonan dibuka: 7 April 2022
Permohonan ditutup: 21 April 2022

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Azza: https://wa.me/601118940155
MPP Suraya: https://wa.me/601157274613
MPP Idlynn: https://wa.me/60132976901

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO PENEMPATAN KOLEJ DAN NON-RESIDEN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
KHAMIS | 7 APRIL 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PEMAKLUMAN BERKAITAN PINTU 2 UiTM SHAH ALAM DI SEKSYEN 7]

Merujuk kepada perkara di atas, berdasarkan Pekeliling Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar Bilangan 3 Tahun 2022 (Kebenaran Bersahur Di Luar Kampus), para pelajar dibenarkan untuk bersahur di luar sehingga jam 1.00 pagi.

Namun begitu, Pintu 2 UiTM Shah Alam di Seksyen 7 hanya beroperasi sehingga jam 11.00 malam.

Walau bagaimanapun, dengan budi bicara MPP bersama pihak Polis Bantuan UiTM Shah Alam, Pintu 2 UiTM Shah Alam di Seksyen 7 HANYA akan dibuka kepada pelajar yang BERJALAN KAKI SAHAJA untuk bersahur di sekitar Seksyen 7. Namun, Pintu 2 UiTM Shah Alam akan ditutup untuk kenderaan keluar atau masuk ke kampus selepas jam 11.00 malam.

Kenderaan yang ingin memasuki kampus selepas jam 11.00 malam dari luar mestilah melalui Pintu Utama UiTM Shah Alam.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Luqman: https://wa.me/601110652356
MPP Haikal: https://wa.me/60167894446

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO PERUNDANGAN DAN KESELAMATAN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
SABTU | 9 APRIL 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[TINJAUAN KEPERLUAN MAHASISWA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MENAIKI BAS]

Merujuk perkara di atas, satu tinjauan berkaitan keperluan mahasiswa untuk pulang ke kampung halaman menaiki bas dillakukan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (MPP) Shah Alam sesi 2021/2022. Tinjauan ini dilakukan bagi mendapat maklumat untuk program Misi Salam Raya yang akan dilaksanakan nanti.

Disertakan pautan tinjauan tersebut untuk diisi. Tinjauan ini akan dibuka sehingga 10 April 2022, jam 11.59 malam.

๐Ÿ”— https://forms.gle/SQeqB8zq4EDY4WFM7

Diharapkan agar mahasiswa UiTM dapat bersama-sama mengisi tinjauan ini bagi kebaikan semua.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, para pelajar boleh menghubungi nombor yang berikut:

MPP Syazwan - http://www.wasap.my/60103839457
MPP Danny - http://www.wasap.my/60133654164

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEMUDAHAN DAN PENGANGKUTAN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
SELASA | 12 APRIL 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PENYERAHAN DOKUMEN PTPTN]

Merujuk perkara di atas, pelajar UiTM yang ingin menyerahkan dokumen PTPTN boleh berbuat demikian melalui:

๐Ÿ“Œ Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar, Bangunan Budisiswa dalam (tempoh 10 hari dari tarikh surat tawaran pinjaman dikeluarkan).

ATAU

๐Ÿ“ŒKaunter Cawangan PTPTN terdekat dalam (tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran pinjaman dikeluarkan)

๐Ÿ“Untuk semakan kelulusan: https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login

๐Ÿ“Panduan mengisi dokumen pinjaman PTPTN adalah di pautan yang berikut:
https://t.me/ptptndihatiku/34

Anda perlu memastikan :
1. Sila buat dua salinan perjanjian
2. sign kedua-dua perjanjian yang asli
3. Tampal 2 setem hasil
4. Pastikan saksi sudah menandatangani
5. Tidak dibenarkan untuk membuat salinan
6. Guna satu dakwat pen sahaja
7. Liquid paper tidak dibenarkan

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Azny: https://wa.me/60176124005
MPP Aiman Amin: https://wa.me/601138395034
MPP Aisyah: https://wa.me/60172704525

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEBAJIKAN DAN KEWANGAN MAHASISWA
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
JUMAAT | 20 MEI 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PEMAKLUMAN ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KE-93 (SESI NOVEMBER 2020)]

Merujuk perkara di atas, Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (Sesi November 2020) akan diadakan secara fizikal di UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 akan berlangsung di :-

๐Ÿ“UiTM Shah Alam pada 14 hingga 28 Jun 2022

๐Ÿ“UiTM Cawangan Sarawak pada 4 hingga 6 Julai 2022

๐Ÿ“UiTM Cawangan Sabah pada 30 Jun hingga 1 Julai 2022

๐Ÿ“Œ Pelajar boleh menyemak Senarai Graduan Sesi Konvokesyen UiTM ke-93 (Sesi November 2020) melalui pautan berikut:

https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1NxoCG51TBXLLfuv5zG7hDa5-CNr3Vfox?usp=sharing

๐Ÿ“Œ Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila sertai Group Telegram Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (Sesi November 2020) di pautan yang disediakan:

https://t.me/konvouitm93/26

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Khaleeda: https://wa.me/601110962605
MPP Shafiqah: https://wa.me/601140323480

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
ISNIN | 23 MEI 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

โ€ผ๏ธPANGGILAN UNTUK PESERTA โ€ผ๏ธ

[PROGRAM LATIHAN IT TAJAAN MEI 2022 - JULAI 2022]

Kami sedang mencari 200 orang setiap kursus untuk menyertai Program IT kami.

Peserta layak menerima RM250 sekali Tamat 40 jam kursus!

Anda boleh memilih KURSUS pilihan anda di bawah:
1๏ธโƒฃ Cloud Computing Essential
2๏ธโƒฃ Pengenalan Keselamatan Siber
3๏ธโƒฃ Komputer Penting dalam Penyelesaian Pejabat

Tempoh : 40 Jam
Tempat : UiTM Shah Alam (Fizikal) (Makanan & Minuman akan disediakan)

Jika anda adalah:
- melihat untuk menerokai IR4.0
- mempunyai minat dalam keselamatan Siber, Pengkomputeran Awan, Kemahiran komputer

๐Ÿ”ฅ Daftar SEKARANG ๐Ÿ”ฅ
Google Form: https://forms.gle/BPhLLUNNUSt4Sy4N6

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Harith: https://wa.me/601157290691
MPP Ikmal: https://wa.me/601111453793
MPP Faiz Nordin: https://wa.me/601111267638

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
SELASA l 24 MEI 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PERKHIDMATAN BAS DARI UiTM SHAH ALAM DAN UiTM CAWANGAN SELANGOR KE KLIA DAN KLIA2 UNTUK CUTI PERTENGAHAN SEMESTER]

Merujuk perkara di atas, UiTM Shah Alam dan UiTM Cawangan Selangor akan menyediakan perkhidmatan bas untuk mahasiswa dari UiTM ke KLIA dan KLIA2. Diingatkan juga kepada mahasiswa untuk memilih tarikh dan waktu yang bersesuaian agar tidak berlaku sebarang permasalahan. Ketidakhadiran kelas adalah dibawah tanggungjawab sendiri.

Berikut merupakan jadual bas yang akan bergerak ke KLIA dan KLIA 2 untuk cuti pertengahan semester ini.

26 MEI 2022 (KHAMIS)
9.00 PAGI
2.00 PETANG

27 MEI 2022 (JUMAAT)
9.00 PAGI
2.00 PETANG

28 MEI 2022 (SABTU)
9.00 PAGI
2.00 PETANG

Oleh itu, mahasiswa yang memerlukan perkhidmatan bas UiTM untuk ke lapangan terbang diminta untuk mengisi Google Form ini sebelum 24 Mei 2022 (Selasa), jam 11.59 malam. Mahasiswa juga diminta untuk menyertai Whatsapp Group mengikut tarikh melalui pautan yang telah disediakan di bawah:

Berikut merupakan pautan Google Form perkhidmatan bas:
๐Ÿ“Œ https://forms.gle/SnfTkRhSYGyKaGqo8

Pautan Whatsapp Group:

26 MEI 2022: https://chat.whatsapp.com/CEN1wuD2NcM5vU8CEOVySk

27 MEI 2022: https://chat.whatsapp.com/HLLJPQOmjDC9GVzADKK2QF

28 MEI 2022: https://chat.whatsapp.com/LAsYTt7tHpmHHVWjNTYZto

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Danny: https://wa.me/60133654164
MPP Syazwan: https://wa.me/60103839457

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEMUDAHAN & PENGANGKUTAN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
AHAD | 29 MEI 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PEMAKLUMAN ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KE-93 (SESI NOVEMBER 2020)]

Merujuk perkara di atas, Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (Sesi November 2020) akan diadakan secara fizikal di UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 akan berlangsung di :-

๐Ÿ“UiTM Shah Alam pada 14 hingga 28 Jun 2022

๐Ÿ“UiTM Cawangan Sarawak pada 4 hingga 6 Julai 2022

๐Ÿ“UiTM Cawangan Sabah pada 30 Jun hingga 1 Julai 2022

๐Ÿ“Œ Pelajar boleh menyemak maklumat mengenai Sesi Konvokesyen UiTM ke-93 (Sesi November 2020) melalui pautan berikut:

1. Laman web rasmi Konvokesyen UiTM konvokesyen.uitm.edu.my
2. Facebook UiTM Media Rasmi
https://t.co/UM3ADvpXET
https://m.facebook.com/uitmrasmi
3. Twitter UiTM Official https://t.co/hV6Vy7rkli
4. Instagram UiTM.Official https://t.co/1Wr1nzgoSX
5. YouTube UiTM Channel https://t.co/1BRvEhNIBy
6. TikTok @uitm_channel https://t.co/lOlHhqvD31

๐Ÿ“ŒUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila sertai Group Telegram Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (Sesi November 2020) di pautan Telegram:

https://t.me/konvouitm93/26

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Khaleeda: https://wa.me/601110962605
MPP Shafiqah: https://wa.me/601140323480

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
KHAMIS | 9 JUN 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[TINJAUAN PERMASALAHAN JARINGAN Wi-Fi KOLEJ KEDIAMAN DAN TINJAUAN PERMASALAHAN TERHADAP DATARAN CENDEKIA, UiTM SHAH ALAM SERTA KAFETERIA UiTM CAWANGAN SELANGOR (UCS)]

Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam sesi 2021/2022 sedang giat melaksanakan DUA tinjauan berkaitan kebajikan mahasiswa untuk meningkatkan taraf kualiti dua perkara tersebut iaitu:

1) Jaringan Wi-Fi di kolej kediaman
2) Tahap kepuasan Dataran Cendekia UiTM Shah Alam dan Kafeteria UiTM Cawangan Selangor (UCS)

Berikut disertakan pautan tinjauan:

๐Ÿ”— https://forms.gle/EuByJEMmnkmYbmv96 (Kafeteria)

๐Ÿ”— https://forms.gle/Jn57svGnGjbJTLQQ9 (Wi-Fi)

Pautan akan ditutup pada: 23 JUN 2022.

Diharapkan agar mahasiswa UiTM dapat memberikan kerjasama untuk mengisi tinjauan ini bagi kemaslahatan bersama.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP FIZY - https://wa.me/60182113358
MPP SYAZWAN - https://wa.me/60103839457

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
KHAMIS | 16 JUN 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[MAKLUMAN BERKENAAN PERGERAKAN BAS LALUAN KAMPUS DI UiTM SHAH ALAM SEPANJANG ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-93]

Merujuk perkara di atas, trafik di dalam kampus UiTM Shah Alam sangat sesak sepanjang Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 yang berlangsung dari 14 Jun 2022 - 6 Julai 2022 terutamanya pada waktu tengah hari dan petang.

Perkara ini menyebabkan semua bas laluan kampus akan lewat dan tidak dapat mengikut jadual sepenuhnya kerana trafik yang sesak.

Terdapat sedikit perubahan dalam beberapa laluan bas kampus seperti bas laluan G, C, C2 dan E kerana laluan di hadapan Kolej Perindu ditutup bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Oleh itu, mahasiswa dari Kolej Perindu boleh menunggu bas di hadapan Masjid UiTM.

Diharapkan semua mahasiswa dapat memahami situasi ini dan dapat bersabar ketika menunggu bas.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

MPP Danny - http://www.wasap.my/60133654164
MPP Syazwan - http://www.wasap.my/60103839457

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEMUDAHAN DAN PENGANGKUTAN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
KHAMIS | 7 JULAI 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[MISI BANTUAN BENCANA BANJIR DI BALING, KEDAH]

Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam sesi 2021/2022 ingin mengucapkan takziah kepada mahasiswa dan seluruh penduduk yang terkesan akibat banjir di Baling, Kedah.

Sehubungan dengan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam bekerjasama dengan Briged Sukarelawan UiTM untuk memberi sumbangan diperlukan seperti Hygiene Kit, keperluan harian, peralatan elektrik dan makanan kering kepada mahasiswa.

Sumbangan boleh dilakukan pada ketetapan yang berikut:

Tempat : Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam
Tarikh : 7 Julai - 12 Julai 2022


Atau

Anda boleh menyalurkan sumbangan ke akaun yang tertera di bawah:

Nama Bank : Affin Bank
No Akaun : 105140003422
(Tabung Bencana Banjir UiTM)


Oleh itu, diharapkan mahasiswa yang terkesan akibat banjir di Baling, Kedah terus kuat. Pihak UiTM akan terus prihatin terhadap mahasiswa yang terkesan akibat banjir dan terus mendoakan yang terbaik. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Encik Ku Hadzril: http://wa.me/60193813863

MPP Akmal: http://wa.me/60193160526

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEPIMPINAN DAN KESUKARELAWANAN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
KHAMIS | 14 JULAI 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[MAJLIS BACAAN YASIN DAN MUNAJAT BERSEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SESI MAC - OGOS 2022]

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam sesi 2021/2022 ingin menjemput seluruh warga UiTM untuk bersama-sama menghadiri majlis bacaan Yasin bersempena dengan persiapan sebelum menjalani peperiksaan akhir.

Majlis akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Julai 2022
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 Malam
Platform: Youtube MPP UiTM Shah Alam
๐Ÿ”— https://youtube.com/c/MPPUiTMShahAlam

๐Ÿ“Seluruh warga UiTM dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
JUMAAT | 15 JULAI 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[MAJLIS BACAAN YASIN DAN MUNAJAT BERSEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SESI MAC - OGOS 2022]

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam sesi 2021/2022 ingin menjemput seluruh warga UiTM untuk bersama-sama menghadiri majlis bacaan Yasin bersempena dengan persiapan sebelum menjalani peperiksaan akhir.

Majlis akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Julai 2022
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 Malam
Platform: Youtube MPP UiTM Shah Alam
๐Ÿ”— https://youtube.com/c/MPPUiTMShahAlam

๐Ÿ“Seluruh warga UiTM dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
SELASA | 2 OGOS 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PEMAKLUMAN PEKELILING AKADEMIK UiTM BILANGAN 11 TAHUN 2022]

Merujuk perkara di atas, disertakan pekeliling Pindaan Kalendar Akademik dan Perkuliahan bagi sesi I 2022/2023.

Pelajar boleh ambil maklum segala tarikh penting pindaan bagi Kalendar Akademik serta operasi perkuliahan sesi I 2022/2023.

๐Ÿ“Œ Pelajar boleh merujuk tarikh-tarikh ini di bahagian Kalendar Akademik di laman web rasmi Hal Ehwal Akademik UiTM.

๐Ÿ”—https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar

๐Ÿ“ŒSesi pengajaran dan pembelajaran untuk sesi I 2022/2023 akan dilaksanakan secara teradun (Blended Learning) dengan merujuk pekeliling yang telah dikeluarkan.

๐Ÿ“Œ Pelajar juga perlu maklum bahawa kemasukan pelajar ke kampus pada sesi I 2022/2023 adalah 100% dengan mematuhi SOP terkini dari semasa ke semasa.

Diharapkan para pelajar cakna dengan tarikh-tarikh penting ini.

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
KHAMIS | 11 OGOS 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PERINGATAN PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI II SESI MAC - OGOS 2022]

Merujuk perkara di atas, diingatkan untuk para pelajar membuat pembayaran yuran pengajian sebelum tarikh yang ditetapkan.

Tarikh akhir bayaran bagi sesi II semester Mac - Ogos 2022 adalah seperti berikut :

๐Ÿ“Œ Tarikh akhir : 27 Ogos 2022

Jika pelajar gagal membayar
yuran, slip keputusan akan disekat dan akan berstatus GT (Gugur Taraf) pada semester hadapan sebelum mendaftar.

Diharapkan para pelajar cakna dengan pemakluman ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
AHAD | 21 OGOS 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PERINGATAN PERMOHONAN/PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN DAN PERMOHONAN RAYUAN KOLEJ BAGI PELAJAR DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SESI OKTOBER 2022 - FEBRUARI 2023]

Merujuk perkara di atas, pelajar yang layak dan menginginkan penempatan kolej kediaman perlu membuat permohonan seperti ketetapan berikut:

Permohonan dibuka: 25 Julai - 21 Ogos 2022

Kaedah: Secara 'Online' Sistem e-Hep di portal pelajar (i-Student portal)

Permohonan ditutup: 22 Ogos 2022

Pelajar yang terlepas permohonan, boleh membuat rayuan seperti ketetapan berikut:

Rayuan kolej dibuka : 11 - 13 Oktober 2022

Keputusan rayuan kolej : 17 Oktober 2022

Pendaftaran rayuan ke kolej: 17 - 19 Oktober 2022

Untuk makluman berkenaan proses yang lebih lengkap, sila muat turun notis pemakluman di pautan berikut:

๐Ÿ“Ž shorturl.at/cpvy3

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Azza: https://wa.me/601118940155
MPP Suraya: https://wa.me/601157274613
MPP Idlynn: https://wa.me/60132976901

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO PENEMPATAN KOLEJ DAN NON-RESIDEN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
KHAMIS | 22 SEPTEMBER 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[NOTIS KAMPUS SHAH ALAM]

[KEMASKINI JADUAL PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI UiTM SHAH ALAM SESI OKTOBER 2022-FEBRUARI 2023]

Merujuk perkara di atas, disertakan pautan ke lampiran berkaitan:

Jadual Pendaftaran Kolej Kediaman Bagi Pelajar Lama Yang Berjaya Kolej : shorturl.at/hiM06

Jadual Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Penerapan sesi Oktober 2022-Februari 2023 : shorturl.at/bhoU1

Hanya pelajar lama Diploma Fakulti Sains Sukan & Rekreasi dan Fakulti Muzik akan mendaftar pada 1 & 2 Oktober 2022 mengikut ketetapan seperti jadual di atas.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Azza: https://wa.me/601118940155
MPP Suraya: https://wa.me/601157274613
MPP Idlynn: https://wa.me/60132976901

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO PENEMPATAN KOLEJ DAN NON-RESIDEN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
RABU | 28 SEPTEMBER 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN KOLEJ SESI OKTOBER 2022-FEBRUARI 2023]

Merujuk perkara di atas, keputusan permohonan rayuan kolej boleh disemak seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 September 2022
Masa : 9.00 pagi
Platform : Sistem e-Kolej di portal pelajar

Info Penting


1๏ธโƒฃ Para pelajar boleh mendapatkan slip pra daftar di sistem e-Kolej untuk dibawa semasa hari pendaftaran kolej mengikut fakulti sebagaimana dalam jadual yang ditetapkan. Sila beri masa kepada sistem untuk penjanaan slip tersebut dan boleh berhubung dengan pejabat kolej masing-masing.

2๏ธโƒฃ Diingatkan kepada semua pelajar yang mendapat kemudahan kolej adalah tidak dibenarkan membawa kenderaan kecuali motosikal dengan syarat mendaftar kenderaan di sistem e-HEP portal pelajar.

3๏ธโƒฃ Bagi pelajar yang tidak dapat mendaftar mengikut tetapan jadual, sila hubungi pejabat kolej masing-masing atau boleh dimaklumkan melalui kiriman emel seperti dalam lampiran: shorturl.at/MQUX4

4๏ธโƒฃ Jadual Pendaftaran Pelajar Lama Berjaya Kolej (Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Penerapan Lepasan Diploma / Asasi UiTM): http://shorturl.at/hiM06

5๏ธโƒฃ Jadual Pendaftaran Pelajar Baharu (Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Penerapan lepasan STPM / Matrikulasi / Diploma / Asasi lepasan IPTA selain UiTM): http://shorturl.at/bhoU1

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Azza: https://wa.me/601118940155
MPP Suraya: https://wa.me/601157274613
MPP Idlynn: https://wa.me/60132976901

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO PENEMPATAN KOLEJ DAN NON-RESIDEN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama
SELASA | 15 NOVEMBER 2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PENGHANTARAN MAHASISWA PULANG MENGUNDI SEMPENA PRU 15]

Merujuk perkara di atas, pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) UiTM dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2021/2022 akan menyediakan kemudahan bas penghantaran mahasiswa untuk pulang mengundi sempena PRU 15 seperti ketetapan berikut:

Tarikh bertolak : Rabu, 16 November 2022
Masa bertolak : 9.00 malam
Tempat bertolak : Kompleks Antarabangsa, UiTM Shah Alam


Terdapat 7 buah bas yang disediakan dan pembahagian bas mengikut zon seperti berikut:

ZON UTARA
๐Ÿ“Œ UiTM Kampus Sungai Petani & Kampus Arau (39 orang)
๐Ÿ“Œ UiTM Kampus Permatang Pauh (39 orang)

ZON TIMUR
๐Ÿ“Œ UiTM Kampus Machang (39 orang)
๐Ÿ“Œ UiTM Kampus Kota Bharu (39 orang)
๐Ÿ“Œ UiTM Kampus Kuala Terengganu (39 orang)

ZON SELATAN
๐Ÿ“Œ UiTM Kampus Pasir Gudang (39 orang)
๐Ÿ“Œ UiTM Kampus Segamat (39 orang)

Perkhidmatan bas ini ialah mengikut first come first serve basis. Diminta semua pelajar untuk menyertai group WhatsApp yang berada di akhir pautan google form tersebut. Google form ini akan ditutup pada 15 November 2022, jam 2 petang.

๐Ÿ”— https://forms.gle/L8GQqfJbfXsYDUWdA

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

MPP Danny - http://www.wasap.my/60133654164
MPP Syazwan - http://www.wasap.my/60103839457

Sekian, terima kasih.

Mahasiswa Bitara, Peneraju Transformasi

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEMUDAHAN DAN PENGANGKUTAN
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#MPPUiTM
#48Bersama