Ekonomi Rakyat
2.73K subscribers
5.37K photos
283 videos
6 files
859 links
Saluran rasmi Ekonomi Rakyat di Telegram - Merakyatkan Pemikiran

Untuk tujuan kolaborasi - info@ekonomirakyat.com.my

(1633124-M)
Download Telegram
Ketegangan Asia Barat terus memacu kebimbangan global apabila AS cuba mengekalkan gencatan senjata Israel-Lubnan, sementara Iran, China dan Israel saling menguji pengaruh strategik di rantau itu.

Situasi ini menunjukkan konflik serantau kini semakin berkait dengan persaingan kuasa besar dunia serta keselamatan laluan perdagangan tenaga global.
Gas Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM92.83 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2026 berbanding RM100.13 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Syarikat itu berkata penurunan keuntungan dipengaruhi margin sumbangan gas asli yang lebih rendah, selari dengan penurunan purata harga jualan gas asli.
Ringgit Malaysia mencatat prestasi kukuh pada suku pertama 2026 dengan pengukuhan ketara berbanding mata wang utama dunia, disokong oleh asas ekonomi domestik yang stabil serta aliran masuk pelaburan asing yang berterusan.

Setakat 13 Mei 2026, ringgit telah meningkat 3.3 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, mencerminkan momentum pertumbuhan ekonomi yang semakin positif dan berdaya saing sejak awal tahun ini.
Inspace Creation Bhd menyasarkan pertumbuhan berterusan melalui strategi memberi tumpuan kepada projek berskala besar dan bernilai tinggi selepas penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 8 Mei 2026.

Prestasi kewangan syarikat menunjukkan peningkatan dengan keuntungan selepas cukai meningkat daripada RM0.31 juta pada 2022 kepada RM8.38 juta pada 2025.

Kredit Gambar: The Star
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sekarang bukan masa yang sesuai untuk perebutan kuasa, sebaliknya fokus kepada masalah rakyat susulan ketidaktentuan global.

Tegasnya, penentuan kuasa perlulah dilaksanakan melalui pilihan raya.
Ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan kukuh dengan mencatat pertumbuhan 5.4 peratus pada suku pertama tahun ini, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang kekal mampan.

Dalam masa yang sama, pengukuhan ekonomi domestik turut menyokong prestasi ringgit yang mencatat kenaikan 3.3 peratus berbanding dolar AS setakat 13 Mei 2026.
Thailand & Filipina Paling Bergantung Kepada Baja Nitrogen Dari Negara Teluk Parsi

Penutupan Selat Hormuz turut memberi kesan besar kepada negara Asia Selatan, khususnya kebimbangan krisis makanan susulan gangguan import baja.

Thailand muncul sebagai negara ASEAN yang memiliki kebergantungan paling tinggi kepada import baja nitrogen dari negara Teluk Parsi pada 2024, mencecah AS$733.7 juta daripada keseluruhan import AS$1.09 bilion.

Kebergantungan yang tinggi ini menunjukkan sektor pertanian Thailand amat terdedah kepada gangguan rantaian bekalan global dan turun naik harga tenaga di Timur Tengah.

Filipina mencatat kebergantungan kedua tertinggi susulan jumlah import baja nitrogen sekitar 10% iaitu kira-kira AS$47.9 juta.

Malaysia pula berada di pertengahan dengan import AS$18 juta daripada jumlah keseluruhan import sebanyak AS$258.2 juta.

Krisis tenaga tidak terhad kepada sektor itu sahaja, sebaliknya ia merebak pantas ke pelbagai sektor lain.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Masalah Budaya Dalam Liga Haram

“Saya tidak benci Liga Haram, saya tidak suka orang yang mungkir janji” — Ketua Jurulatih Futsal KL City, Jerry Dinesh Pereira.

Saksikan rakaman penuh di:
https://youtu.be/XhUYxMwxsVc
10,000 CCTV Dengan Ciri AI Dipasang Di KL

Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM500 juta untuk pemasangan CCTV berteknologi tinggi di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Tetapi, sejauh mana privasi kita dilindungi?
Fokus Korporat | 15 Mei 2026

Ikuti akaun Ekonomi Rakyat dan KleverStock untuk lebih banyak perkembangan terkini pasaran.