DEAR HATI πŸŒΉπŸ’• @DearHati
6.44K subscribers
6.01K photos
795 videos
35 files
212 links
"Usah ditanya mengapa mereka sering menyakitimu tetapi tanyalah pd diri, kenapa kau biarkan ia berlaku"

Sharing / idea
@DearHatiSharing_bot

IKLAN @PaidReviewPentagon_bot

Jom Join
@GayaSihatCantik @ResepiDuniaMasakan

@LantakAhh @OhMyQuotes
Download Telegram
Ayah,

β€œDahulu ketika dunia meninggalkan ku, kau hadir terangi hidupku bagaikan mentari bersinar ketikan hujan telah pergi.

Dan kini kau pergi ketikan diri ini ingin berbagi sebuah kejayaan yang telah  ku dapati.

Terkadang dunia ini sangatlah kejam, namun tak layak jika diri ini salahkan kehendak ilahi.

hanya do’a yang bisa kuberi agar perjalananmu menuju ilahi tanpa meninggalkan beban duniawi.”
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚
@DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
 
Dulu kamu selalu tersenyum dan akupun mempertaruhkan nyawaku untukmu, dan kini aku hidup sendiri tanpamu
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
β€œTerkadang awan tak ingin mengeluarkan hujannya karena takut menyakiti orang yang sedang bersenang-senang diatas sinarnya matahari, namun juga awan tak ingin melihat seorang yang sedang termenung dalam kesedihan dan ia memaksakan diri untuk mengeluarkan hujannya untuk bisa menemani meskipun hanya dengan derasnya hujan”
 
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
@DearHati
Resepi Biskut Persahabatan

Bahan- bahannya :-

1 sudu besar senyuman
1/2 kg senda gurau
1 gelas sayang menyayangi
1 pinggan hormat-menghormati
1 cubit faham memahami
Banyakkan kejujuran dan keikhlasan

Cara-caranya:

β˜…Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang. ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni.

β˜…Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain . Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.

β˜…Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau dan kacau sehingga wujudnya kemesraan . Tambahkan pula kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa .

β˜… Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya , tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan.

β˜…Akhir sekali , hidangkan resepi ini untuk membuka selera persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu dapat restu dari-Nya .
smoga kita jdi sahabat hingga ke jannah.. Amiin
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
CIRI-CIRI ORANG SOMBONG


1. kita sukar nak terima teguran dan nasihat.


 2. merasakan pendapat kita lebih baik daripaad pendapat orang lain. 


3. Angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar nampak seperti orang mulia, hebat, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.


4. Riak : Berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana selain daripada Allah SWT dikategorikan sebagai riak. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia nampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan Allah SWT.


5. Melampaui Batas Yang Telah Digariskan Oleh Allah.

Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.


6. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim. Sabda Rasulullah SAW: β€œDan apabila bertengkar (berbantah), dia melampau.” 


7. Fitnah :  Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.


8. Mencaci Maki : Tidak berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah. Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak bersependapat dengannya. Firman Allah SWT:
β€œβ€¦mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan…”
(Surah Al-Ahzab ayat 19)


9.Mengumpat :  Berkata dan menyampaikan sesuatu keburukan orang lain yang tidak benar adalah berdosa kerana ia berupa fitnah. Akan tetapi berkata tentang keburukan orang lain yang benar tetap juga mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.


10. Hasad Dengki :  Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Tidak senang juga jika sesuatu kejayaan itu terhasil di tangan orang lain dan bukan oleh tangannya sendiri.


11. Dusta ; Orang sombong juga suka berdusta, supaya nampak dia lebih baik dan mulia daripada orang 

Sumber: Tanyalah Ustaz

Semoga kita dijauhkan dari mempunyai sifat sombong itu. 
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
Jangan menilai seseorang melalui pakaian lalu kita bandingkan dgn keimanan dia. Belum tentu yang bertutup litup itu baik sempurna. Dan yang terdedah itu sejahat manusia.

Tetapi kita kena ingat, Allah suruh tutup aurat, ada sebabnya. Dan pastinya utk kebaikan kita juga. Jom, kita sama-sama jadi terbaik😊 bukan jadi terbalik πŸ˜†
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:



Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?


Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je,kan ?


Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
Pantun ganu .......

Buat cekmek daripada ubi🍠
Air gula sebagai inti🍢
Pakat ingat pesan nabi
Buat amal sebelum mati

Nasik lemok nasik dagangπŸ›
Nasi kerabu banyok ulang🌿
Quran hadis jadi rujukang
Moga selamat mase depang

Tepong apang kuih jale
Sekut tawor cicoh kopiβ˜•
Semoga sihat kite semue
Moga hidup diberkati Ilahi

Pulut dakak pulut lepe🍚
Pulut kuning kg Raje🍳
Dok lame nok sambut pose
Mitok maaf adik kakok blake
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
Allah meninggikan nabi Idris ke tempat yang tinggi. Menurut sesetengah ahli tafsir, bahawa nabi Idris diangkat Allah ke langit keempat atau keenam. Sekarang dia masih hidup di sana. Kata sesetengah, dia di dalam syurga. Dimatikan Allah kemudian dihidupkan.
Tetapi kata sesetengah ahli tafsir yang lain bahawa erti mengangkat Idris ke tempat yang  tinggi ialah.mengangkat nye ke darjat yang tinggi iaitu menjadi nabi dan rasul serta pemberian yang lain-lain yang dianugerahkan Allah kerana dia pandai menulis dan membaca ,pandai ilmu Bintang, pandai menjahit baju,dan sebagainya. Tafsir inilah yang lebih dekat kepada faham biasa.

Ayat 57
(Maryam: hlm 309)
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
CUBA KITA HAYATI MAKNA DOA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD:

√ ROBIGHFIRLII,
√ WARHAMNII,
√ WAJBURNII,
√ WARFA’NII,
√ WARZUQNII,
√ WAHDINI,
√ WA’AAFINII,
√ WA’FUANNII.

Doa ini sangat dahsyat kerana ia mencakupi keperluan kita di dunia dan di akhirat serta dibaca minima 17 kali sehari. Marilah kita merenungi maknanya:

√ ROBIGHFIRLII.
Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.

Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat untuk melangkah menuju ke redha Allah. Dosa ialah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

√ WARHAMNII.
Sayangilah diriku. 

Kalau kita disayangi اللّهُ hidup akan terasa tenang.

√ WAJBURNII.
Tutuplah segala kekuranganku.

Banyak sekali kekurangan kita. Kurang syukur, kurang sabar, kurang dpt  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ , maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

√ WARFA’NII.
Tinggikanlah darjatku.

Kalau اللّهُ sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang akan menghina kita.

√ WARZUQNII.
Berikanlah aku rezeki.

Sebagai hamba اللّهُ kita memerlukan rezeki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.

√ WAHDINI.
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan.

Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan akhirat tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar daripada kita mengambil keputusan yang salah untuk kebahagiaan di dunia.

√ WA’AAFINII.
Berikanlah aku kesihatan.

Apabila kita sihat, kita boleh menambah kebaikan dan manfaat kepada orang lain sebenarnya kebaikan itu lebih kepada diri kita sendiri.

√ WA’FUANNII.
Aku mohon agar kesalahanku dihapuskan daripada catatan.

Daripada makna doa tersebut, kita diawali doa itu dengan memohon ampun dan kita akhirinya juga dengan memohon ampun untuk menghapuskan dosa sehingga kita berharap agar kita betul-betul bersih daripada dosa.

Allah SWT memerintahkan kita untuk membaca doa itu, Rasulullah SAW mencontohkannya kepada kita.

TERKADANG YANG JADI PERSOALANNYA IALAH DI MANAKAH HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DOA ITU?

DAN RAMAI ANTARA KITA TIDAK MEMAHAMI MAKNANYA.

Semoga mesej ini bermanfaat! πŸ˜‡ by ninjasenyum
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
DEAR HATI πŸŒΉπŸ’• @DearHati pinned Β«CUBA KITA HAYATI MAKNA DOA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD: √ ROBIGHFIRLII, √ WARHAMNII, √ WAJBURNII, √ WARFA’NII, √ WARZUQNII, √ WAHDINI, √ WA’AAFINII, √ WA’FUANNII. Doa ini sangat dahsyat kerana ia mencakupi keperluan kita di dunia dan di akhirat serta dibaca…»
BISMILLAH...
ASSALAMUALAIKUM wbt
Syukur Alhamdulillah ..

Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[QS. Az-Zumar: Ayat 7]
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
"Gabra Punya Pasal"

aku dengar cita ni dari mak aku..

kat baling ada satu famili...

famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu.satu
hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu
depan dia.tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang
dada..kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang
terkam..semua terkejut..semua dh gabra..sambil pegang2 dada...

ayah mertua dia pengsan..tk sedar..pastu macam sedar tk sedar
..menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap
kat bapak dia tu sebab dia ribakan.dia gabra jugak...pastu
bini dia pun surh sambil tolak2 bahu...mak dia suruh lagi...dh
gabra sgt, dia pun buat..dia letak kt telinga ayah mertua dia
dan dia pun cakap...

"MA ROBBUKA...."""terkejut bini n mak mertua dia..tiba2 ayah
mertua dia sedar dan terus sound..

"OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'""sambil ayah mertua dia tu
urut2 dada dia..sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal
..dia dah jadi malaikat..akekeke..
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
Sifat Sombong

Sama2lah kita muhasabbah diri.

Ada 26 tanda-tanda sifat sombong yang adakalanya tanpa kita sedari selalu kita amalkan.

Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.

1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
" MUSTAJAB DOA AYAH "

Berdoalah wahai Ayah. Kerana doamu itu mustajab! Berkatalah yang baik2, sesungguhnya kata2mu itu tiada hijab di antara Allah!

Ketahuilah, bahawa kuasa doa seorang ayah disebut dalam hadis Nabi S.A.W. Jgn lupa bahawa anak itu benihmu, hasil tanganmu, Dengan izin Allah, dia akan memandikan jenazahmu, mengkafankan, mengimami solat jenazah buatmu dan menghantarmu sehingga ke liang lahad. Dia juga yang akan meletakkan kepalamu yang mulia dengan penuh kasih sayang di 'tempat tidurmu', sebagai penghormatan terakhir sebelum berpisah selamanya. Dan jika dia anak yang soleh, maka doanya pula akan menjadi sedekah2 untukmu melangkah ke syurga!

Sudahkah anak2mu disiapkan dengan bekal seumpama itu,untuk menjadikan mereka anak yang soleh?
Atau kau masih lalai akan tugasmu wahai ayah?

Masihkah kau berani menyakiti isterimu, ibu kepada anak2mu?Membiarkan sepasang mata dan sekeping hatimu menurut nafsu, atau selalu dingin dan diam membisu tanpa berbicara dengan isterimu, atau seringkali kau marah2 dan isterimu makan hati.
Allah...Berlembutlah, maafkanlah, jagalah mata & hatimu, takutlah pada Allah! Bukankah kau suami & ayah yang baik?

Jagalah solat 5 waktumu secara keluar berjemaah, jagalah amanah kerjamu supaya rezeki yang kau bawa pada keluargamu itu halal, bersih dan suci, jagalah Al-Quranmu setiap hari supaya anak2 sentiasa terbiasa dengan suara ayah yang mengaji dan berdoa. Jagalah solat2 sunatmu dan menangislah sepuas2nya kepada Allah.  Keluarlah dakwah dan sampaikan pesan2 agama,

Angkatlah kedua tanganmu wahai ayah, berdoalah buat isteri & anak2mu.Berdoalah sungguh2. Solatlah 2 rakaat & mohonlah apa sahaja dari Tuhanmu. Apa shja hajatmu, pasti Allah tidak akan menolak, apa shaja permintaanmu, pasti Allah akan limpahkan barakah.

Ingatlah ketika Nabi Ibrahim A.S berdoa, ingatlah ketika Nabi Allah, Zakaria berdoa -semuanya memohon anak2 yg soleh & Allah tidak menolak.

Ajaibnya doa ayah-Bilamana yg nakal menjadi baik, yang hanyut kembali mencari Allah. Kaulah yang memulakan wahai ayah, kerana kau ketua keluarga, bersamamu adalah kemulian dari Allah!

Berdoalah & berkata baiklah! Kerana apa yang kau doakan hari ini,apa yang kau ucapkan hari ini, di kemudian hari, kau jugalah yang akan tersenyum atau menangis!
DOA AYAH ITU AMAT AMAT AMAT MUSTAJAB!

Kredit : Ustazah Noor Laila Aniza
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
πŸƒπŸƒπŸƒπŸ˜‚πŸƒπŸƒπŸƒπŸ˜‚πŸƒπŸƒπŸƒ

GELAK SANTAI dgn @DearHati

πŸƒπŸƒπŸƒπŸ˜‚πŸƒπŸƒπŸƒπŸ˜‚πŸƒπŸƒπŸƒ

Matematik vs. Logik

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya
Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L).
Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah
mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan
kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana
cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain
aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan
seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,
tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
BISMILLAH
  Resah Sendirian
Ketika kau hadir di depan mataku
Terukir senyuman di bibirmu
Rasa rindu mula bertamu
Menggigit tangkai hatiku

Ku merenung dirimu
Senyumanmu
Amat bererti buatku
Rasa indah
Menyelinap di sudut kalbu
Membuat aku sering teringatkanmu
Moga cintamu hanya untukku

Sejak ku mengenalimu
Telah ku serahkan
Hati dan perasanku
Hanya padamu
Namun ku sedar diri
Hakikatnya sampai saat ini
Hidupku masih sunyi

Cintaku tak pernah kau balas
Kau tersenyum sekedar rasa balas
Namun
Aku sering teringatkanmu
Bila ku kesepian
Dadaku berdegap kencang
Dan aku resah sendirian....
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
"Orang yang ikhlas itu, tidak ubah seperti orang yang berjalan di atas pasir. Suaranya tidak kedengaran, namun jejak kakinya dapat dilihat."

- Habib Syech Bin Abdul Qadir
  πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
Dari Anas ra., ia berkata :
Rasulullah SAW bersabda : β€œSiapa saja yang keluar dari rumahnya membaca : β€œBISMILLAAHI TAWAKKALTU β€˜ALALLAAHI WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH (Dengan menyebut nama Allah, saya bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah),” maka dikatakan kepadanya : β€œKamu telah mendapat petunjuk, kamu telah dijamin, kamu dipelihara dan dijauhkan dari setan.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi, Nasa’i dan yang lain) Akan tetapi dalam riwayat Abu Dawud ada tambahan : β€œMaka setan yang satu berkata kepada setan yang lain : β€œBagaimana kamu dapat menggoda orang itu sedangkan dia telah diberi petunjuk, telah dijamin dan dipelihara oleh Allah
πŸƒ
πŸ‚πŸƒJom join telegram
πŸƒπŸŒΈπŸ‚ @DearHati
πŸ‚πŸŒΈπŸƒπŸ‚πŸƒπŸŒΈπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ