Sahih Bukhari
201 subscribers
3 photos
Download Telegram
to view and join the conversation
SYARAT MEMPELAJARI HADIS

Mereka yang hendak mempelajari dan membincangkan tentang hadis bukan sahaja perlu mengetahui dengan mendalam tentang memahami hadis bermula dengan bahasa Arab, Nahu, Sorof, Ilmu Ma'ani dan sebagainya yang berkaitan bahasa, perlu juga mengetahui ilmu Aqidah, Tafsir, dan lain-lain cabang ilmu syariat, tetapi juga perlu mengetahui tentang Ilmu Rijal (ilmu mengenai riwayat perawi hadis).

Dalam meriwayatkan hadis, sighah periwayatan juga memberikan makna khusus. Sighah riwayah seperti haddasana, akhbarani, sami'tu dan lain-lain merupakan sighah periwayatan yang mempunyai makna tertentu dan merupakan suatu istilah riwayat hadis.

@darululum
SANAD HADIS PERTAMA

Sanad hadis dalam hadis yang pertama ini adalah seperti berikut:

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ: سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ -رضي الله عنه

Ada enam orang perawi yang meriwayatkan hadis ini sehingga kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam

1. Hadrat Humaidi 'Abdullah Ibnu Zubair
2. Hadrat Sufyan Ibnu 'Uyainah
3. Hadrat Yahya Ibn Sa'id al-Ansari
4. Hadrat Muhammad ibn Ibrahim at-Taimi
5 Hadrat 'Alqamah ibn Waqqas al-Laisi

6. Sayyidina 'umar al-Khattab radhiyallahu 'anhu

هذا أول شيء افتتح به البخاري "صحيحه" فصيره كالخطبة له. وعدل عن روايته افتتاحا بحديث مالك الإمام إلى هذا الإسناد؛ لجلالة الحميدي وتقدمه؛ ولأن إسناده هذا عزيز المثل جدا ليس فيه عنعنة أبدا، بل كل واحد منهم صرح بالسماع له. (سير أعلام النبلاء ط الحديث: 9: 33)

Kata Imam Zahabi:
Hadis ini adalah hadis pertama Imam Bukhari rahimahullah memulakan Kitab Sahihnya maka Imam Bukhari telah menjadikannya seumpama khutbah pembuka bagi kitab ini.

Beliau telah beralih daripada membukanya dengan riwayat Imam Malik rahimahullah kepada isnad ini kerana ketinggian kedudukan Imam Humaidi dan terkehadapan dari segi kemuliaan, dan kerana isnadnya (cara periwayatan hadisnya) amat sukar untuk ditemukan seumpamanya, tiada padanya ‘an’anah (meriwayatkan hadis dengan menggunakan sighah ‘an ‘عن’), bahkan setiap perawi menyatakan secara jelas sama’ (mendengar secara langsung) hadis tersebut. (al-Qustullani)

Kata Imam Ibnu Hajar dalam al-Fath:

قد اجتمع في هذا الإسناد أكثر الصيغ التي يستعملها المحدثون وهي التحديث والإخبار والسماع والعنعنة والله أعلم


@darululum
ADAB BELAJAR HADIS

Dalam belajar hadis amat ditekankan Adab Ilmu,

Pertama sekali syukur dan melahirkan rasa pujian kepada Allah subhanahu wa ta'ala dan Rasul sallallahu 'alaihi wa sallam, serta para masyaikh, ahli ilmu dan asatizah.

Sentiasa menyebut nama Allah dan pujian kepada Allah dengan sebutan subhanahu wa ta'ala, azza wa jalla, dan sebagainya sebagai takzim (memuliakan dan mengagungkan Allah subhanahu wa ta'ala).

Mengucapkan solat dan salam ketika mana nama Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam disebut, bahkan ini antara amal utama yang diharapkan dengannya kita mendapat keredhaan Allah swt ketika kita belajar hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.

Mengucapkan taraddhi dan tarahhum kepada sahabat dan alim ulama.

Taraddhi adalah mendoakan keridhaan seperti radhiyallahu 'anhu yakni semoga Allah meredhainya.

Tarahhum bermakna mendoakan rahmat dan kesejahteraan seperti rahimahullahu ta'ala yakni semoga Allah merahmatinya.

Semoga Allah kurniakan kita adab dan sifat memuliakan ulama kita rahimahumullah ta'ala dan istiqamah dalam perkara ini.

@darululum
1. Hadrat Humaidi 'Abdullah Ibnu Zubair

Hadrat Syaikh Abdullah ibn az-Zubair al-Humaidi rahimahullah ta’ala adalah daripada kalangan pengikut Imam as-Syafi’i rahimahullah ta’ala, beliau belajar ilmu daripadanya dan berpindah ke Mesir bersama Imam rahimahullah ta’ala.

Apabila Imam Syafi’i rahimahullah meninggal, beliau kembali ke Makkah. Beliau adalah guru Imam Bukhari rahimahulla ta’ala yang paling faqih lagi alim, dalam kalangan alim Makkah berbangsa Quraisy. Dikatakan disebabkan inilah maka Imam Bukhari rahimahullah ta’ala meletakkan riwayat beliau sebagai riwayat pertama dalam Kitab Sahih Bukharinya.

Imam Humaidi wafat pada tahun 219 Hijrah.

Kata Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari

فكأن البخاري امتثل قوله صلى الله عليه وسلم قدموا قريشا فافتتح كتابه بالرواية عن الحميدي لكونه أفقه قرشي أخذ عنه وله مناسبة أخرى لأنه مكي كشيخه فناسب أن يذكر في أول ترجمة بدء الوحي لأن ابتداءه كان بمكة ومن ثم ثنى بالرواية عن مالك لأنه شيخ أهل المدينة وهي تالية لمكة في نزول الوحي وفي جميع الفضل ومالك وبن عيينة قرينان قال الشافعي لولاهما لذهب العلم من الحجاز (فتح الباري لابن حجر: 1: 10)

Seakan-akan Imam Bukhari rahimahullah ta’ala mematuhi sabdaan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Hendaklah kamu mendahulukan orang Quraisy,” lalu beliau memulakan kitabnya dengan riwayat daripada Imam Humaidi berana beliau adalah orang Quraisy yang paling faqih yang beliau berguru dengannya.

Keserasian yang lain dalam meletakkan riwayat Imam Humaidi paling awal ialah kerana beliau orang Makkah seperti gurunya, maka padan beliau disebutkan pada awal tajuk permulaan wahyu kerana mulanya wahyu adalah di Makkah, dan berdasarkan ini, beliau memulakan riwayat keduanya dengan Imam Malik kerana Imam Malik adalah Syaikh penduduk Madinah hal keadaan Madinah mengikuti Makkah dalam penurunan wahyu dan pada semua kelebihan dan fadhilatnya, dan Imam Malik dan Imam Ibn ‘Uyainah adalah dua orang rakan, kata Imam Syafi’i rahimahullah, “kalaulah tidak kerana mereka berdua maka hilang ilmu di tanah Hijaz.”

@darululum
10 Jumadal Ula 1442H
Pujian Ulama Terhadap Imam Humaidi

Kata Imam Ahmad, “Di sisi kami, al-Humaidi adalah seorang imam.”

Kata Imam Humaidi, “Aku telah berdamping dengan Imam Ibnu ‘Uyainah selama 19 tahun.

حدثنا الربيع بن سليمان، سمعت الشافعي يقول: ما رأيت صاحب بلغم, أحفظ من الحميدي, كان يحفظ لسفيان بن عيينة عشرة آلاف حديث.

Kata Imam Syafi’i, “Aku tidak pernah melihat sahib balgham yang lebih kuat ingatannya daripada al-Humaidi, dia telah menghafal 10 ribu hadis-hadis riwayat Imam Sufyan ibn ‘Uyainah.”

* Sahib balgham merujuk kepada orang yang mempunyai lendir balgham dalam otak, kebiasannya orang begini lemah nadinya dan pucat mukanya. Lendiran balgham dalam otak menyebabkan lemah daya ingatan dan sangat mudah diserang selesema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya. Adalah masyhur kepakaran Imam Syafi’i rahimahullah dalam bidang perubatan, oleh itu, dapat difahami bagaimana Imam Syafi’i rahimahullah mengenali keadaan Imam Humaidi rahimahullah ta’ala.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Para ulama dahulu menghabiskan waktu umur yang panjang dalam menuntut ilmu. Kesungguhan dan mujahadah mereka dalam menuntut ilmu sehingga mereka mendampingi ulama berbelas dan berpuluh tahun sebelum mereka mula mengajarkan ilmu tersebut.

Suhbat (pendampingan) dengan ulama ini mewujudkan ketaqwaan, ketelitian dan beramal dengan ilmu yang dipelajari.

Semoga Allah memberikan kita taufiq untuk sentiasa mendampingi ulama, orang-orang yang bertaqwa dan aulianya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
2. Hadrat Sufyan Ibnu 'Uyainah

Hadrat Sufyan Ibnu 'Uyainah, seorang alim di Makkah, daripada kalangan Tabiin yang terkemuka, adalah salah seorang daripada guru-guru Imam Syafi’i dan teman sepengajian dengan Imam Malik bagi kebanyakan guru-gurunya.

Beliau lahir pada tahun 107 dan wafat pada tahun 198 H. (Tazkirah Huffaz)

وعن ابن عيينة قال: الزهد الصبر وارتقاب الموت وقال: العلم إذا لم ينفعك ضرك.

Kata Imam Ibnu ‘Uyainah:
Zuhud itu ialah kesabaran dan sentiasa menunggu kematian
Ilmu itu apabila ia tidak memberi manfaat kepadamu maka pasti ia akan memudaratkanmu.

Imam Sufyan Ibnu ‘Uyainah telah menunaikan haji selama 70 tahun.
3. Hadrat Yahya Ibn Sa'id al-Ansari

Hadrat Yahya Ibn Sa'id al-Ansari al-Madani seorang tabi’in masyhur yang merupakan qadhi (hakim) di Madinah. Beliau juga adalah murid kepada Fuqaha Yang Tujuh. Datuk beliau Qais ibn ‘Amr adalah seorang sahabi.

Hadrat Yahya adalah daripada kalangan Tabiin Muda, syaikh beliau iaitu Hadrat Muhammad ibn Ibrahim at-Taimi adalah daripada kalangan Tabiin Pertengahan dan syaikh kepada hadrat Muhammad at-Taimi iaitu ‘Alqamah bin Waqqas adalah daripada kalangan Kibar Tabiin, dalam isnad ini ada tiga orang tabiin sejajaran. Dikatakan Hadrat 'Alqamah adalah sahabi dan jika ini benar maka dalam isnad hadis ada dua orang tabiin dan dua orang sahabi. (lihat al-Fath)

Hadis niat ini menjadi masyhur daripada beliau sehingga dikatakan hampir 200 orang meriwayatkannya daripada beliau. (Lihat Siyar)

Beliau lahir pada 70 an H dan wafat pada 143 H

11 Jumadal Akhir 1442 H
@darululum
4. Hadrat Muhammad ibn Ibrahim at-Taimi

Datuk beliau al-Haris bin Khalid adalah seorang sahabi dalam kalangan muhajirin terawal dan merupakan sepupu kepada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu ‘anhu.


Beliau wafat pada tahun 120 H.

12 Jumadal Akhir 1442 H
@darululum
5. Hadrat 'Alqamah ibn Waqqas al-Laisi

Hadrat Abu Waqid 'Alqamah ibn Waqqas al-Laisi

Beliau meninggal di Madinah ketika era pemerintahan Abd ul-Malik bin Marwan

12 Jumadal Akhir 1442 H
@darululum
Nota Tambahan
Tabi’in Terkemuka

وقال أبو عبد الله بن خفيف الزاهد: أهل المدينة يقولون: أفضل التابعين ابن المسيب، وأهل الكوفة أويس، وأهل البصرة الحسن.
ومن الفضلاء التابعين الفقهاء السبعة فقهاء المدينة: سعيد بن المسيب، وعروة بن الزبير، والقاسم بن محمد، وعبيد الله ابن عبد الله بن عتبة بن مسعود، وخارجة بن زيد، وسليمان بن يسار، وفى السابع ثلاثة أقوال، هل هو أبو سلمة بن عبد الرحمن بن عوف؟ أو سالم بن عبد الله بن عمر ابن الخطاب؟ أو أبو بكر بن عبد الرحمن بن الحارث بن هشام؟ (تهذيب الأسماء واللغات: 1: 16)

Menurut pendapat ulama Madinah, tabiin paling afdhal ialah Hadrat Ibnu Musayyab, menurut ulama Kufah ialah Hadrat Uwais al-Qarni, dan menurut ulama Basrah adalah Hadrat Hasan Basri rahimahumullah ta'ala.

Dalam kalangan para tabiin, antara yang terkemuka ialah fuqaha yang tujuh iaitu fuqaha Madinah:

1. Sa’id ibn al-Musayyab,
2. ‘Urwah ibn az-Zubair,
3, al-Qasim ibn Muhammad,
4. ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah ibn ‘Utbah ibn Mas’ud,
5. Kharijah ibn Zaid
6. Sulaiman ibn Yasar

Fuqaha yang ketujuh, ulama berbeza pandangan sama ada
7. Abu Salamah ibn ‘Abdur Rahman ibn ‘Auf, Salim ibn ‘Abdullah ibn ‘Umar al-Khattab atau Abu Bakar ibn ‘Abdur Rahman ibn al-Haris ibn Hisyam.

12 Jumadal Akhir 1442 H
@darululum
6. Sayyidina 'Umar al-Khattab radhiyallahu 'anhu

Sayyidina ‘Umar ibn al-Khattab adalah daripada fuqaha sahabah yang terkemuka dan pembesar mereka.

Beliau masyhur dalam kalangan 'asyarah mubassyarah yakni sepuluh orang yang diberikan khabar gembira sebagai ahli syurga dalam hanya satu hadis oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ  قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ  يَقُولُ: بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ أُتِيتُ بِقَدَحِ لَبَنٍ، فَشَرِبْتُ مِنْهُ، حَتَّى إِنِّي لَأَرَى الرِّيَّ يَخْرُجُ فِيْ أَظَافِيْرِي، ثُمَّ أَعْطَيْتُ فَضْلِي يَعْنِي عُمَرَ قَالُوا: فَمَا أَوَّلْتَهُ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ: العِلْمَ. رواه البخاري، باب اللبن، رقم: 7006.

Sayyidina ʿAbdullah bin ʿUmar  berkata saya telah mendengar Rasulullah  bersabda,

“Semasa saya sedang tidur pada suatu ketika (dalam keadaan itu) saya telah diberikan semangkuk susu. Saya telah minum susu itu begitu banyak sehingga saya terasa kesan kekenyangan keluar dari kuku-kuku saya. Kemudian saya telah berikan lebihan susu itu kepada ʿUmar .”

Para sahabat  bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah taʿbir mimpi itu?”

Baginda  bersabda, “Ilmu.” Yakni Sayyidina ʿUmar  akan mendapat bahagian yang banyak daripada ilmu Nabi .

(Bukhari)

14 Jumadal Ukhra 1442 H
@darululum
Pujian terhadap Sayyidina ‘Umar radhiyallahu ‘anhu yang dihimpunkan oleh Imam Abu Ishaq as-Syirazi dalam Tabaqat Fuqaha,

وروى محمد بن سهل بن أبي خيثمة عن أبيه أنه قال: كان الذي يفتون على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة من المهاجرين وثلاثة من الأنصار: عمر وعثمان وعلي وأبي بن كعب ومعاذ بن جبل وزيد بن ثابت.

وروي أن ابن عباس رضي الله عنه كان إذا سئل عن الشيء فإن لم يكن في كتاب الله وسنة رسوله قال بقول أبي بكر، فإن لم يكن فبقول عمر.

وروى الأعمش عن أبي وائل عن عبد الله قال: لو وضع علم عمر في كفة ووضع علم الناس في كفة لرجح علم عمر؛

قال الأعمش: فأتيت إبراهيم أبشره فقال: ألا أخبرك بأفضل من هذا عن عبد الله: قال عبد الله: لقد مات عمر فذهب بتسعة أعشار العلم.

وقال معاذ بن جبل: إن أعلم الناس بفريضة وأقسمهم لها عمر بن الخطاب،

وقال سعيد بن المسيب: ما أعلم أحداً بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم أعلم من عمر.

وقال الشعبي: من سره أن يأخذ بالوثيقة في القضايا فليأخذ بقضاء عمر فإنه يستشير.

وروي أن عبد الله بن الحسن ابن الحسن مسح على خفيه فقيل له: تمسح؟ قال: نعم، مسح عمر بن الخطاب، ومن جعل عمر بن الخطاب بينه وبين الله فقد استوثق.

قال المصنف رحمه الله : ولأن من نظر في فتاويه على التفصيل، وتأمل معاني قوله على التحصيل، وجد في كلامه من دقيق الفقه ما لا يجد في كلام أحد،

انتهى
Nota
Ketinggian Nilai Hadis “إنما الأعمال بالنيات”

وقد تواتر النقل عن الأئمة في تعظيم قدر هذا الحديث

Telah disampaikan secara tawatur pandangan para imam berkenaan tingginya nilai hadis ini.

Yakni pandangan ulama tentang ketinggian nilai hadis ini telah diriwayatkan dengan banyak daripada para aimmah dan disampaikan secara bergenerasi sehingga tidak dapat disangkal lagi tentang ketinggian nilai hadis ini.

قال أبو عبد الله ليس في أخبار النبي صلى الله عليه وسلم شيء أجمع وأغنى وأكثر فائدة من هذا الحديث

Kata Imam Bukhari, “Tiada pada hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam hadis yang lebih menyeluruh lagi mengkayakan yakni mencukupkan dan lebih banyak faedahnya daripada hadis ini.”

واتفق عبد الرحمن بن مهدي والشافعي فيما نقله البويطي عنه وأحمد بن حنبل وعلي بن المديني وأبو داود والترمذي والدارقطني وحمزة الكناني على أنه ثلث الإسلام

Para Aimmah (jamak imam) berikut telah bersepakat menyatakan bahawa hadis ini adalah satu pertiga Islam.
1. Imam ‘Abdur Rahman ibn Mahdi,
2. Imam Syafi’i sepertimana disampaikan oleh Imam Buwaithi
3. Imam Ahmad bin Hanbal
4. Imam ‘Ali ibn al-Madini
5. Imam Abu Daud
6. Imam Tirmizi
7. Imam Daraqutni
8. Imam Hamzah al-Kinani
Nota
Penerangan Hadis Pertama Sahih Bukhari

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى،

فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا، أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ».

“Sesungguhnya amal-amal itu (dikira) dengan (adanya) niat-niatnya, dan hanyasanya untuk setiap orang apa yang dia niatkan.

Barangsiapa yang hijrahnya adalah kepada dunia yang dia (mahu) mendapatkannya atau kepada wanita yang dia (mahu) menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia berhijrah kepadanya.”

قال جماهير العلماء من أهل العربية والأصول وغيرهم لفظة إنما موضوعة للحصر تثبت المذكور وتنفي ما سواه فتقدير هذا الحديث إن الأعمال تحسب بنية ولاتحسب إذا كانت بلا نية (شرح النووي على مسلم: 13: 54)

Jumhur ulama Bahasa Arab, ulama Usul Fiqh dan selain mereka berpendapat bahawa lafaz “إنما” (innama) digunapakai untuk hasr iaitu menetapkan perkara yang disebut dan menafikan selainya, oleh itu, tafsiran hadis ini ialah “Sesungguhnya amal perbuatan itu dikira (yakni sah) dengan niat, dan tidak dikira (yakni tidak sah) jika adalah ia tanpa niat.”

15 Jamadil Akhir 1442 H
@darululum