PERSADA UniSZA
411 subscribers
1.06K photos
12 videos
28 files
392 links
PERSADA UniSZA - Persatuan Mahasiswa Dakwah & Media Penyiaran Islam.
Saluran Info2 Taman Ilmu & Semasa khususnya di UniSZA & umumnya di Malaysia serta Dunia.
Download Telegram
sa seperti lupa. Akan tetapi Nabi SAW tidak lupa atau tersalah dalam menyampaikan agama dan syariat ini kerana Baginda SAW ma’shum (معصوم) daripada melakukan kesilapan.

Fiqh al-Hadith

Menurut mazhab al-Syafie. Terdapat dua keadaan: [Lihat: al-Mu’tamad, 1/455]

• Jika imam terlupa bahawa dia berhadas dan dia (imam) menyedarinya selepas selesai daripada solat maka solat makmum sah (tidak batal ) dan tidak perlu diulang. Akan tetapi, imam perlulah solat semula.

• Jika imam terlupa bahawa dia (imam) berhadas dan dia menyedarinya ketika bersolat maka imam tersebut perlulah keluar daripada solatnya, dan melantik penggantinya daripada kalangan makmum yang berada di belakangnya dan para makmum meneruskan solat tersebut tanpa perlu menghentikan solat.

Penutup

Kesimpulannya, apabila kita menjumpai hadith yang zahirnya bercanggah maka kita perlulah merujuk kepada pemahaman para ulama’ dalam masalah ini. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini. Amin.

Wallahua’lam

Pautan ke laman web rasmi PMWP: https://goo.gl/IL94lV
[KATA-KATA HIKMAH]

"Sedih bila tak mahir baca AL-QURAN? "
.
" Sedih lagi bila waktu kecil pandai baca,
Dah besar terus lupa nak baca AL-QURAN."
.
Ayuh sama-sama istiqomah walaupun sebaris ayat. 💪

-Exco Penerangan dan Penerbitan PERSADA16/17-
#DakwahPenjalinMahabbah
#DakwahPemangkinKesatuanUmmah
[SALAM IMTIHAN]

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pimpinan PERSADA 2016/2017 dengan ini mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester Khas buat semua mahasiswa UniSZA.

Semoga tenang menghadapi peperiksaan dan dipermudahkan urusan.

اللهم جعلنا من الناجحين والممتازين في الإمتحان في الدنيا والأخرة.
"Ya Allah jadikanlah kami daripada org-ii yg berjaya dan org-ii yg cemerlang dlm peperiksaan/ujian di dunia dan di akhirat"

Bittaufiq wannajah buat semua mahasiswa UniSZA.

#PERSADA16/17
#DakwahPenjalinMahabbah
#DakwahPemangkinKesatuanUmmah
[HEBAHAN PROGRAM DAPUR JALANAN]

Sukacita dimaklumkan bahawasanya *Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) * akan menganjurkan *Program Dapur Jalanan* untuk Mahasiswa/i yang memerlukan bersempena ambang peperiksaan ini. Program tersebut adalah seperti ketetapan berikut

🗓Tarikh : 19 Disember 2016
📆 Hari : Isnin (sahaja)
Masa :12 Tengahari
💎 Tempat : Speaker Corner Cafe Baharu

🌺 Alhamdulillah, program ini sepenuhnya sumbangan ikhlas daripada Pensyarah dan Mahasiswa/i UniSZA.

🎉 Jadi, kepada sesiapa yang memerlukan pertolongan kebajikan berbentuk makanan, boleh dapatkan di tempat yang telah ditetapkan.

Jangan malu. 😔Jangan segan. 😌Jangan takut. 😖

Sekian,
Unit Kebajikan PMKI 16/17

#BERSAMAMEREALISASIKANBIAHSOLEHAH
#PMKI
#PMUS
#PERSADA
#PERISYA
#AQSA
#SEJAHTERA
📣📢ASSALAMUALAIKUM

MAKLUMAN

Setiap Hari rabu
Kuliah Maghrib
📚 Kitab Feqah : Fathul muin
🏠 Tempat : Masjid Baru Tok Jembal
👳🏼 Penceramah : Ustaz Abdul Halim, Pensyarah Syariah, UniSZA.

🎓👳🏼👲🏻👬👮🏼😎👶🏻👴🏻
SEMUA MAHASISWA DAN MASYARAKAT SEKITAR DIJEMPUT HADIR

🎉https://telegram.me/DaQWaHUniSZA
🎀https://telegram.me/MasjidBaruTokJembal
Sebahagian Nasihat Dakwah oleh HAMKA
===================

Dakwah itu membina bukan menghina.

Dakwah itu mendidik bukan mengherdik.

Dakwah itu mengubati bukan menyakiti

Dakwah itu mengukuhkan bukan meruntuhkan.

Dakwah itu saling menguatkan bukan saling melemahkan.

Dakwah itu saling belajar bukan saling bertengkar.

Dakwah itu menasihati bukan mencaci menyakiti

Dakwah itu mengajak bersabar bukan mengajak bercakar.

Dakwah itu bergerak cepat bukan sibuk berdebat.

Dakwah itu realistis bukan fantastis.

Dakwah itu mencerdaskan bukan membodohkan.

Dakwah itu berlumba dalam kebaikan bukan berlomba dalam menjatuhkan.

Dakwah itu menghadapi ummat bukan membelakangi ummat.

Dakwah itu mengatasi keadaan bukan meratapi keadaan.

Dakwah itu pandai memikat, bukan mahir mengumpat.

Dakwah itu mengali kebaikan bukan mengorek kesalahan.

Dakwah itu menutup aib dan memperbaikinya, bukan mencari2 aib dan menyebarkannya.

Dakwah itu membina keyakinan bukan menimbulkan keraguan.

Dakwah itu memberi senyum manis bukan memberi senyuman sinis

Dakwah itu menyatukan kekuatan bukan memecah belah barisan.

Dakwah itu siap menghadapi musuh bukan selalu mencari musuh.

Dakwah itu mencari teman bukan mencari lawan.

Dakwah itu mendekati kebenaran bukan mendekati kesesatan

Dakwah itu berjemaah bukan bersendirian.

Dakwah itu membina kesatuan hati bukan merosakkan kesatuan hati

Dakwah itu kita mengatakan: ' kami sayang kamu' bukan 'kami benci kamu'

Dakwah itu dengan 'belanja sendiri' bukan ' disponsori'

Dakwah itu 'habis berapa' bukan 'dapat berapa.

Dakwah itu memanggil bukan dipanggil

Dakwah itu Saling mengislah bukan saling menyalah

Dakwah itu dengan
cara Nabi bukan dengan cara sendiri
Forwarded from 》Himpunan Doa 《
Teruskan berdoa untuk saudara kita di Syria, terutamanya di Aleppo.

Ya Allah, bantulah hambamu yang berjuang menentang kemungkaran dan kezaliman. Kami hanya mampu titipkan doa untuk mereka. Ampunkan dosa-dosa kami dan saudara kami. Amin.

#SaveAleppo
@HimpunanDoa

SILA SHARE !
Forwarded from Hebahan MPP UniSZA
Assalamualaikum... Bantuan Zakat IPTA/IPTS akan dibuka mulai 1 Januari 2017 sehingga 31 Mac 2017. Para pelajar anak Terengganu yang sedang menuntut di IPT Dalam dan Luar Negara dipelawa memohon. Syarat-syarat sebagaimana di iklan berkenaan. Terima kasih.
Forwarded from Hebahan MPP UniSZA
Forwarded from Islam Agamaku
📕Pesanan Terbaik
"Manusia akan mati bila-bila masa, tetapi tulisan akan kekal selama-lamanya. Maka tulislah perkataan yang menyebabkan kita gembira di akhirat kelak"

[Al-Allamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz]

Sampaikan Walaupun Satu Ayat
“Muhammad Ya Rasulullah ﷺ”

Perjuangan Dakwahku Official
[ Telegram.me/PerjuanganDakwahku ]
Forwarded from Islam Agamaku
📕Pesanan Terbaik
"Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa. Sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki lembut, terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah. Demikian jugalah hati, kalau ia dah keras, tak terasa lagi bersalah atau buat dosa"

[Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat]

Sampaikan Walaupun Satu Ayat
“Muhammad Ya Rasulullah ﷺ”

Perjuangan Dakwahku Official
[ Telegram.me/PerjuanganDakwahku ]
😬Assalamualaikum w.b.t.😬

🌷Kami dari Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam Unisza dengan kerjasama Kelab Aula UniSZA akan mengadakan program *LEARN LANGUAGE* sempena cuti semester ini. Maklumat program seperti berikut:

📅 Tarikh: 11 hingga 20 Januari 2017
Masa : 8 pagi - 4 petang
🏚 Tempat : Bilik aktiviti FKI
💰 Yuran : RM30
📔 Subjek : *Bahasa Arab* dan *Bahasa Inggeris*

*! Terbuka kepada semua student FKI (LELAKI SAHAJA) yang tinggal di sekitar TERENGGANU !*

' the early bird catches the worm '

Jika berminat boleh hubungi: Saudari Hasya Fathini ( 013-5157101 )

#bersamamerealisasikanbiahsolehah
#mppUnisza
#Pmus
#Persada
#Perisya
#Aqsa
#Sejahtera
Forwarded from INFIRU ! 🌸
Sedikit input daripada Syeikh Dr Umar Kalash.

Dua perkara yang bahaya bagi remaja jika dia tiada ilmu.

Kekayaan dan masa yang lapang. Jika dua perkara ini ada pada remaja, dan remaja itu tiada ilmu. Sangat bahaya baginya.

#nukmanlong

@infiru
Forwarded from INFIRU ! 🌸
Kata ganti (dhomir) "kum" dalam Bahasa Arab bukan sahaja merujuk kepada ramai. Ianya juga diguna pakai untuk menzahirkan kehormatan kepada orang yang lebih mulia seperti guru atau ibu/bapa atau mereka yang lebih tua.

Contoh:

Ucapkan Barokallahufikum kepada Guru kita.

#ustazasyransafwan

@infiru