Jom tonton sesi soal jawab Pinjaman Perumahan bersama Peguam Hartanah
Kenapa Anda Perlu Bina Rumah Secepat Mungkin
ππππππ π£ππ₯ππ¨ πππ‘ππππππ‘ ππ’π¦ πππ‘πππ‘ πππ₯ππ π₯π¨π ππ π¦ππ§ππππ πππ‘ππππππ‘ πππ₯ππ πππππ‘ πππ‘πππ‘?
Merujuk kepada keratan akhbar sepanjang tahun 2021 ini. Pelbagai laporan yang telah dikeluarkan oleh syarikat akhbar dan media massa tempatan mengenai kos kenaikkan harga bahan binaan.
Rata-rata memperkatakan berkenaan kenaikkan harga bahan binaan yang berterusan meningkat tanpa sebarang tanda harga tersebut mencapai harga yang stabil.
Jika dilakukan tinjauan di beberapa kedai hardware dan pembekal bahan bahan binaan seperti batuan & pasir. Bermula sejak Januari 2021 sehingga Ogos 2021. Pelbagai harga kenaikkan bagi setiap jenis bahan binaan.
Harga bahan binaan yang paling ketara adalah besi keluli bertetulang yang mana menjadi bahan binaan utama kenaikkan harga bahan binaan. Namun begitu, kenaikkan ini juga melibatkan beberapa jenis lagi rantaian bahan binaan besi yang lain seperti besi C Channel (lightweight steel), paku, bolt nut, besi angle, dawai besi, BRC dan lain-lain bahan binaan.
Jika dikaji harga besi bertetulang (Besi Y10, Y12 dan R6) yang selalu digunakan pihak kontrak semasa proses pembinaan rumah individu. Harga seperti dibawah mengikut bulan pada tahun 2021.
Jenis besi Y10 SIRIM (Kuantiti 138 btg bagi setiap Tan)
Januari 2021 - RM 2600/Tan
Mac 2021 - RM 2800/Tan
Mei 2021 - RM 3000/Tan
Julai 2021 - RM 3300/Tan
Ogos 2021 - RM 3700/Tan
Peratus kenaikkan besi sejak Januari 2021 hingga Ogos 2021 adalah sebanyak 42%.
Selain bahan binaan seperti besi bar bertetulang, kenaikkan mendadak juga kepada besi lightweight bagi kegunaan sistem struktur bumbung rumah dimana jumlah peratus kenaikkan mencecah kepada 45%.
Manakala bagi bahan binaan berasas besi yang lain pula mengalami kenaikkan diantara 30% ke 40% seperti paku, BRC, bolt nut, dawai besi dan lain-lain bahan.
Tidak ketinggalan juga bahan binaan lain seperti simen, batu aggreget, pasir dan bata simen juga turut mengalami kenaikkan. Pelbagai sebab dan faktor kenaikkan seperti :
1. Kekurangan bahan binaan di dalam pasaran ekoran penghentian operasi kilang kilang dan pembekal bahan batuan & pasir akibat Covid-19.
2. Permintaan yang tinggi daripada pihak pengguna seperti pemaju dan kontraktor.
3. Kos pengangkutan yang meningkat disebabkan oleh had operasi yang terhad.
4. Persaingan permintaan yang bahan binaan diantara kontarktor persendirian dengan kontraktor yang mendapat projek tender kerajaan seperti projek ECRL, pembesaran jalan serta projek mega bangunan.
5. Kenaikkan nilai doket tanah, batu dan pasir oleh pihak Pejabat Tanah & Galian Negeri.
Oleh itu kesan kenaikkan harga bahan binaan ini telah mengakibatkan sesetengah kontraktor gulung tikar disebabkan tidak dapat menyerap kos kenaikkan ini didalam kos keseluruhan projek memandangkan kadar kenaikkan yang agak tinggi.
Pihak kontraktor juga telah terikat dengan perjanjian kontrak bina diantara klien dimana terdapat klausa didalam perjanjian kontrak yang mana pihak kontraktor tidak dibenarkan untuk menaikkan harga kos kontrak sepanjang tempoh kontrak tersebut masih sahlaku.
Ini memberi tekanan yang agak tinggi kepada setiap kontraktor yang telah menandatangani perjanjian kontrak sebelum ini.
Berbanding dengan kos kenaikkan harga barang pada tahun tahun yang lepas, pihak kontraktor masih mampu menyerap kenaikkan harga bahan binaan didalam kos kontrak dimana kos kenaikkan barang hanya melibatkan beberapa item bahan binaan sahaja seperti simen dengan kadar kenaikkan sekitar 10% ke 15% sahaja.
Namun trend kenaikkan harga barang ini masih tidak menampakkan jalan penyudah dan tidak berpenghujung. Rata-rata kontraktor mulai gusar dan bimbang dengan projek bina rumah yang masih belum mula dibina atau sedang di dalam proses pembinaan di peringkat kurang 50 % kesiapan.