Dr MAZA
1.94K subscribers
103 photos
41 videos
28 files
135 links
Download Telegram
ISU ENGGAN BERTEMU DR ZAKIR NAIK

Beberapa pihak khususnya parti tertentu tidak berpuas hati apabila saya menjawab soalan tentang isu-isu kaitan agama yang menimbulkan persepsi negatif rakyat di bawah pentadbiran yang lepas.

Ini semasa saya menjawab soalan moderator semasa program SEMBANG SANTAI beberapa hari lalu. Saya mulanya enggan memanjang sub tajuk ini. Ia bukan isu pokok. Namun, memandang beberapa pemimpin AMANAH mengulas termasuk YB Dr Mujahid sendiri, maka di sini saya ingin meringkaskan jawapan balas.

Latar isu ialah; semasa menjawab soalan menjawab soalan tentang isu-isu di bawah Menteri Agama yang lepas, saya menyebut: “Saya bagitahu menteri berkenaan…yang transgender you panggil datang, yang pendakwah ini kalau tak setuju pun panggillah datang. Masa itu tidak mahu, masa tu tak nak”.
Kenyataan ini dianggap sebagai satu tuduhan kepada Dr Mujahid kerana dalam laporan pada 13 Mac 2019 Dr Mujahid bertemu dengan Dr Zakir Naik.

Penjelasan:

1. Pertemuan Dr Mujahid dengan Nisha Ayub pada pada 11 Ogos 2018. Ketika itu timbul kenyataan mereka boleh menggunakan tandas wanita dan isu YB Menteri menggunakan ungkapan ‘she’ merujuk kepada Nisha. Umat Islam ramai yang membantah sehingga terpaksa ditarik balik kenyataan.

2. Pada Bulan Julai dan seterusnya 2018, isu Dr Zakir Naik menjadi begitu panas. Pemimpin-pemimpin PH khususnya DAP menggesa Dr Zakir Naik diambil tindakan. Mereka mahu Dr Zakir Naik ditangkap dan dihantar pulang ke India.

3. Saya dan beberapa tokoh serta NGOs membantah pemimpin-pemimpin PH yang terlibat ingin mengambil tindakan pada Dr Zakir Naik. Saya mengkritik Dr Ramasamy dan meminta beliau berdebat dengan Dr Zakir Naik. Laporan menjadi panas isu tersebut. Umat Islam juga mula bangkit membantah DAP khususnya Dr Ramasamy dan beberapa pemimpin lain. Isu penglibatan Dr Ramasamy dengan LTTE mula dibangkitkan. Banyak bahan-bahan dijadikan bukti. Umat Islam mula marah. Ribuan laporan Polis dibuat ke atas Dr Ramasamy.

4. Pada 28 Julai 2018, menurut laporan media MK, Dr Mujahid membuat kenyataan bahawa tuduhan kepada Dr Ramasamy adalah “tuduhan liar”. Bahkan Dr Mujahid menyifatkan Dr Ramasamy sebagai kawan baik beliau.

5. Pada Bulan penghujung 2018, Dr Mujahid menghubungi saya meminta satu pertemuan antara saya dan Dr Ramasamy. Beliau telah mengistiharkan hal itu kepada media. Pada awalnya saya berat hati sebab mood Umat Islam ketika itu ialah membantah. Namun, atas pertimbangan ingin menjaga kestabilan kerajaan yang baru dibentuk, keharmonian negara, sikap yang cenderung kepada perdamaian dan maruah Menteri ketika itu, saya pun sudi hadir. Semua laporan itu boleh dibaca dalam FB saya dan media massa.

6. Pada 27 September 2018, media melaporkan kenyataan Dr Mujahid “Dakwah Dr Zakir Naik Tak Sesuai Di Negara Ini”. Sekali lagi beliau dikritik hebat kerana dilihat berpihak kepada sentimen DAP.

7. Saya sebenarnya tidak mahu memberitahu hal perhubungan secara peribadi. Namun, memandang YB Dr Mujahid telah menulis, saya terpaksa menyebut di sini dan beliau mengetahui kebenaran apa yang saya sebut ini. Semasa polemik panas isu DZN, saya menghantar mesej peribadi kepada beliau mencadangkan beliau bertemu DZN sendiri. Jawapan beliau kepada saya semasa itu beliau enggan. Alasan beliau: “Mereka ini dah macam menyembah Zakir Naik”. Beliau merujuk kepada para pembela DZN. Saya tidak simpan mesej itu lagi. Allah menjadi saksi apa yang saya sebut. Maka, atas alasan inilah, saya menyebut dalam dialog tersebut “masa itu tidak mahu, masa tu tak nak”.

8. Selepas kes demi kes yang menyebabkan Umat Islam resah, persepsi terhadap Menteri Agama amat dahsyat. Kebanyakannya berpunca daripada kenyataan yang dibuat. Isu mengangkat tangan Bersama JK -seolah kemenangan- di kuil antara yang paling panas. Rakyat Malaysia yang hidup semasa itu boleh menilai sendiri kenyataan ini.

9. Pada 13 Mac 2019, barulah YB Dr Mujahid berjumpa dengan Dr Zakir Naik. Namun, ketika itu segala bantahan, pengalaman dan persepsi sudah cukup menebal. Keadaan dan imej PH di mata majoriti Umat Islam sukar diselamatkan.
10. Dengan itu, semoga mereka yang tidak berpuas hati faham ungkapan saya tersebut. Kata orang Arab: ضربي وبكى، شتمني واشتكى (dia pukul aku, dia pula yang menangis. Dia maki aku, dia pula yang mengadu)
Sumbangan Iftar & Sahur

Assalamualaikum, Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART-IQ) dengan ini membuka peluang buat tuan/puan yang budiman untuk menyumbang kepada tabung Iftar & Sahur untuk anak-anak pelajar SMART-IQ sepanjang bulan Ramadhan ini.

Untuk makluman, sebilangan pelajar SMART-IQ juga turut terdiri daripada golongan asnaf yang dibantu oleh pihak sekolah dalam pendidikan dan keperluan mereka sepanjang di SMART-IQ.

Justeru itu, tuan/puan boleh menyumbang dan menaja iftar & sahur sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini dilink berikut: https://www.smartiq.edu.my/infaqramadhan/

Sekian, terima kasih.
VID-20210501-WA0034.mp4
7.9 MB
Video from Nobody
Banyak isu Palestin dan Israel akan di banned oleh Facebook khususnya di Malaysia ini. Sila kenali siapakah pengendali FB di negara ini.
Photo from Nobody
Mohon kerajaan siasat
VID-20210519-WA0004.mp4
17.2 MB
Video from Nobody
Apakah Maksud Sultan Bayangan ALLAH?
 
Prof Madya Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis
 
Hari ini saya dihujani soalan tentang ungkapan “Sultan adalah bayang ALLAH di bumi”. Ini rentetan ada pihak yang menyiarkan hadis tersebut. Di sini saya ingin huraikan secara ringkas berkaitan hadis berkenaan;
 
 
1.     Hadis tersebut mempunyai banyak lafaz riwayat. Ada yang palsu, ada yang sangat daif (daif jiddan), ada yang daif dan ada yang hasan ataupun mungkin boleh mendekati sahih.         Namun secara kesimpulan penilaian hadis, setakat lafaz “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” adalah sahih disebabkan pelbagai riwayat. Adapun tambahan selepas lafaz tersebut ada yang hasan, daif, sangat daif dan palsu.
 
 
 
Apakah maksud ‘al-Sultan’ dalam hadis?
 
2.     Perkataan al-Sultan dalam hadis ini bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah itu dengan khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘raja’ dan sebagainya.
 
3.     Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut:
السلطان ظل الله فى الأرض فإذا دخل أحدكم بلدًا ليس فيه سلطان فلا يقيمن به
“al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya”.
 
Jangan pula ada yang menggunakan riwayat yang daif ini untuk melarang orang tinggal di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Di Negara Arab pula hanyalah Negara Oman yang boleh tinggal dalamnya sebab masih ada Sultan Qabos. Selainnya sudah tiada sultan. Indonesia pun tidak boleh tinggal dalamnya kerana sudah tiada sultan. Hanya Brunei yang sesuai. Janganlah sampai begitu pulak tafsiran kita.
 
4.     Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan hanya tumpu pada gelaran yang manusia boleh pilih, tetapi pada maksud yang terkandung padanya. Ertinya, semua penguasa merupakan bayangan ALLAH dalam istilah yang dipakai oleh hadis tadi.
 
5.     Jadi, kita wajar bertanya apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya. Apakah jika mereka itu kejam, zalim, rasuah atau salahguna kuasa mereka tetap bayangan Allah?
 
Bayangan Allah?
 
6.      Saya suka membawa pembaca mengetahui bahawa hanya Nabi Adam dan Nabi Daud sahaja disebut sebagai ‘Khalifah ALLAH”. Selain untuk Adam dan Daud, jumhur para ulama tidak suka gelaran itu diberikan. Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) menyebut dalam kitabnya AL-AZKAR tentang majoriti para ulama yang melarang hal itu. Beliau juga menyebut alasan-alasannya termasuk riwayat Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz yang telah penggunaan gelaran itu. Bahkan al-Imam al-Mawardi menyatakan jumhur ulama menisbahkan orang menyebut “khalifah ALLAH’ itu sebagai jahat. Di samping itu terdapat ulama yang mengizinkan gelaran itu (Khalifah ALLAH) dengan maksud mereka melaksanakan hak-hak hamba-hamba ALLAH yang lain. (sila lihat: al-Nawawi, Al-Azkar, m.s 484-485. Damsyik: Maktabah al-Ghazali).
 
7.     Tujuan jumhur melarang adalah kerana bimbang disalahgunakan ungkapan itu dan akhirnya akan merendahkan keagungan ALLAH.
 
8.      Jika kita faham makna khalifah, ia bermaksud pengganti ataupun wakil. Apabila kita menyebut khalifah Allah bermaksud pengganti Allah di bumi. Ketika menafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30, al-Imam al-Baidawi berkata:
والخليفة من يخلف غيره وينوب منابه والمراد به آدم عليه الصلاة والسلام لأنه كان خليفة الله في أرضه، وكذلك كل نبي استخلفهم الله في عمارة الأرض وسياسة الناس وتكميل نفوسهم وتنفيذ أمره فيهم، لا لحاجة به تعالى إلى من ينوبه
 
 “Khalifah itu dari bermaksud (segi bahasa) sesiapa yang menggantikan tempat pihak yang lain atau menjadi penggantinya.  Maksud khalifah dalam ayat ini adalah Adam a.s. kerana beliau merupakan khalifah Allah di bumiNya. Demikian sekalian nabi yang Allah lantik mereka sebagai pengganti (khalifah) bagi memakmurkan bumi, menguruskan manusia, menyempurnakan jiwa mereka dan melaksanakan perintah Allah ke atas mereka. Tidak kerana Allah berhajat kepada pembantu ” (Al-Baidawi, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil, 1/68. Beirut: Dar Ihya al-Turath).
 
9.     Maka, makna yang sama merujuk kepada sultan ataupun penguasa itu bayangan Allah di bumi. Ia bermaksud tugas penguasa untuk melakukan keadilan dan melaksanakan hak-hak rakyatnya. Justeru al-Imam al-Munawi (meninggal 1031H) dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” beliau berkata
إنما شبهه بالظل لأن الناس يستريحون إلى برد عدله من حر الظلم
 “dibandingkan dengan bayang kerana manusia berehat (berlindung) pada kesejukan keadilannya dari panas kezaliman” dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari” (jilid 4, ms 142. Mesir: al-Maktabah al-Tijariyah al-Kubra).
 
10.  Ini sama dengan ungkapan hadis “ulama itu pewaris para Nabi”, ia bermaksud tugasan ulama yang sebenarnya membawa agama sama seperti yang diajar oleh para Nabi s.a.w. Itulah makna waris atau mempusakai. Namun, pada realitinya betapa ramai para ulama yang tidak melakukan tugasan pewarisan yang sepatutnya. Demikianlah maksud pemerintah itu ‘bayang ALLAH’ ialah bermaksud melaksanakan tugas keadilan yang ALLAH amanahkan kepada mereka.
 
11.   Untuk ingatan, jika tidak berhati-hati, ungkapan sultan ataupun penguasa bayangan Tuhan boleh disalahtafsirkan seperti yang berlaku dalam sejarah politik pelbagai bangsa. Akibatnya, penguasa menyalahgunakan nama Tuhan. Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila dilantik menjadi khalifah: "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat….taatlah aku selagi aku taat Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku" (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
 
12.  Jika ungkapan “bayang ALLAH” itu disalahgunakan maka hal itu adalah patut dilarang. Ini mengambil iktibar sepertimana jumhur melarang penggunaan ‘khalifah ALLAH’. Namun jika digunakan dalam konteks yang betul, maka bersesuaian dengan ungkapan hadis tadi.
VID-20210614-WA0032.mp4
13.3 MB
Video from Dr MAZA
VID-20210620-WA0037.mp4
7.1 MB
Video from Dr MAZA