NIFAQ: BARAH MENGANCAM UMMAH
https://mufti.perlis.gov.my/index.php/minda-mufti/423-nifaq-barah-mengancam-ummah

Carilah Ungkapan Yang Lebih Molek
https://mufti.perlis.gov.my/index.php/minda-mufti/426-carilah-ungkapan-yang-lebih-molek

JUAL BELI PAKSA
Antara syarat jual adalah التراضي saling bersetuju antara kedua belah pihak. Ertinya penjual bersetuju untuk menjual dan pembeli juga bersetuju untuk membeli dengan ketetapan tersebut. Maka, tiada pihak yang dipaksa menjual apa yang beliau enggan jual atau membeli apa yang beliau enggan beli.
Ini berasaskan firman ALLAH dalam Surah al-Nisa ayat 29: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu..”
Saya terpanggil untuk mencoretkan hal ini kerana pagi tadi ketika saya mengisi minyak di sebuah stesyen minyak Shell yang tidak jauh dari tempat saya, pihak saya membayar sebanyak RM 100. Minyak yang dapat diisi hanya RM 93 sahaja. Ada baki lagi RM7. Anak saya pergi ke kaunter untuk mendapatkan baki. Pihak kaunter menyatakan duit tidak dipulangkan, sila ambil barang dalam kedai Shell tersebut dengan sebanyak baki tersebut. Anak saya mengambil barang seperti yang diminta. Apabila dia ke kereta saya bertanya kenapa beli makanan ringan? Beliau memaklumkan apa yang terjadi, tiada pilihan. Saya meminta beliau kembali ke kaunter dan memaklum jual-beli seperti itu salah. Bukan soal RM7 tersebut, tapi bimbang orang lain menjadi mangsa dan jual beli itu tidak sah. Tidak boleh memaksa pihak pembeli membeli apa yang dia tidak mahu beli. Jika itu berlaku, ia termasuk dalam memakan harta secara batil.
Saya menulis hal ini kerana perkara seperti sering berlaku. Kadang-kala di kantin sekolah, kedai runcit dan seumpamanya. Contohnya, apabila pembeli membayar RM2 bagi barang yang berharga RM1.80, penjual akan memberikan gula-gula yang bernilai 20 sen sebagai bayaran baki. Padahal pembeli tidak mahu membeli barang tersebut. Ini sering berlaku di kantin sekolah dan pasti anak-anak kecil tidak akan membantah. Mungkin orang dewasa juga malu untuk membantah kerana merasakan jumlah itu kecil. Lalu mereka ambil gula-gula tersebut yang mereka pun tidak akan memakannya dan dibiarkan begitu saja. Kalau 10 kali hal itu berlaku bererti sebanyak RM2 telah dipaksa beli. Bagi sesetengah keluarga, RM2 itu bermakna. Ini semua termasuk dalam memakan harta pihak lain dengan cara yang batil. Adapun jika penjual memberikan cadangan dan pilihan samada ingin wang kembali atau gula-gula (contoh) sebagai ganti, dan pembeli bersetuju, maka itu tidak mengapa.
Berhati-hati dalam hal ini.

ISU ENGGAN BERTEMU DR ZAKIR NAIK
Beberapa pihak khususnya parti tertentu tidak berpuas hati apabila saya menjawab soalan tentang isu-isu kaitan agama yang menimbulkan persepsi negatif rakyat di bawah pentadbiran yang lepas.
Ini semasa saya menjawab soalan moderator semasa program SEMBANG SANTAI beberapa hari lalu. Saya mulanya enggan memanjang sub tajuk ini. Ia bukan isu pokok. Namun, memandang beberapa pemimpin AMANAH mengulas termasuk YB Dr Mujahid sendiri, maka di sini saya ingin meringkaskan jawapan balas.
Latar isu ialah; semasa menjawab soalan menjawab soalan tentang isu-isu di bawah Menteri Agama yang lepas, saya menyebut: “Saya bagitahu menteri berkenaan…yang transgender you panggil datang, yang pendakwah ini kalau tak setuju pun panggillah datang. Masa itu tidak mahu, masa tu tak nak”.
Kenyataan ini dianggap sebagai satu tuduhan kepada Dr Mujahid kerana dalam laporan pada 13 Mac 2019 Dr Mujahid bertemu dengan Dr Zakir Naik.
Penjelasan:
1. Pertemuan Dr Mujahid dengan Nisha Ayub pada pada 11 Ogos 2018. Ketika itu timbul kenyataan mereka boleh menggunakan tandas wanita dan isu YB Menteri menggunakan ungkapan ‘she’ merujuk kepada Nisha. Umat Islam ramai yang membantah sehingga terpaksa ditarik balik kenyataan.
2. Pada Bulan Julai dan seterusnya 2018, isu Dr Zakir Naik menjadi begitu panas. Pemimpin-pemimpin PH khususnya DAP menggesa Dr Zakir Naik diambil tindakan. Mereka mahu Dr Zakir Naik ditangkap dan dihantar pulang ke India.
3. Saya dan beberapa tokoh serta NGOs membantah pemimpin-pemimpin PH yang terlibat ingin mengambil tindakan pada Dr Zakir Naik. Saya mengkritik Dr Ramasamy dan meminta beliau berdebat dengan Dr Zakir Naik. Laporan menjadi panas isu tersebut. Umat Islam juga mula bangkit membantah DAP khususnya Dr Ramasamy dan beberapa pemimpin lain. Isu penglibatan Dr Ramasamy dengan LTTE mula dibangkitkan. Banyak bahan-bahan dijadikan bukti. Umat Islam mula marah. Ribuan laporan Polis dibuat ke atas Dr Ramasamy.
4. Pada 28 Julai 2018, menurut laporan media MK, Dr Mujahid membuat kenyataan bahawa tuduhan kepada Dr Ramasamy adalah “tuduhan liar”. Bahkan Dr Mujahid menyifatkan Dr Ramasamy sebagai kawan baik beliau.
5. Pada Bulan penghujung 2018, Dr Mujahid menghubungi saya meminta satu pertemuan antara saya dan Dr Ramasamy. Beliau telah mengistiharkan hal itu kepada media. Pada awalnya saya berat hati sebab mood Umat Islam ketika itu ialah membantah. Namun, atas pertimbangan ingin menjaga kestabilan kerajaan yang baru dibentuk, keharmonian negara, sikap yang cenderung kepada perdamaian dan maruah Menteri ketika itu, saya pun sudi hadir. Semua laporan itu boleh dibaca dalam FB saya dan media massa.
6. Pada 27 September 2018, media melaporkan kenyataan Dr Mujahid “Dakwah Dr Zakir Naik Tak Sesuai Di Negara Ini”. Sekali lagi beliau dikritik hebat kerana dilihat berpihak kepada sentimen DAP.
7. Saya sebenarnya tidak mahu memberitahu hal perhubungan secara peribadi. Namun, memandang YB Dr Mujahid telah menulis, saya terpaksa menyebut di sini dan beliau mengetahui kebenaran apa yang saya sebut ini. Semasa polemik panas isu DZN, saya menghantar mesej peribadi kepada beliau mencadangkan beliau bertemu DZN sendiri. Jawapan beliau kepada saya semasa itu beliau enggan. Alasan beliau: “Mereka ini dah macam menyembah Zakir Naik”. Beliau merujuk kepada para pembela DZN. Saya tidak simpan mesej itu lagi. Allah menjadi saksi apa yang saya sebut. Maka, atas alasan inilah, saya menyebut dalam dialog tersebut “masa itu tidak mahu, masa tu tak nak”.
8. Selepas kes demi kes yang menyebabkan Umat Islam resah, persepsi terhadap Menteri Agama amat dahsyat. Kebanyakannya berpunca daripada kenyataan yang dibuat. Isu mengangkat tangan Bersama JK -seolah kemenangan- di kuil antara yang paling panas. Rakyat Malaysia yang hidup semasa itu boleh menilai sendiri kenyataan ini.
9. Pada 13 Mac 2019, barulah YB Dr Mujahid berjumpa dengan Dr Zakir Naik. Namun, ketika itu segala bantahan, pengalaman dan persepsi sudah cukup menebal. Keadaan dan imej PH di mata majoriti Umat Islam sukar diselamatkan.

10. Dengan itu, semoga mereka yang tidak berpuas hati faham ungkapan saya tersebut. Kata orang Arab: ضربي وبكى، شتمني واشتكى (dia pukul aku, dia pula yang menangis. Dia maki aku, dia pula yang mengadu)
Sumbangan Iftar & Sahur
Assalamualaikum, Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART-IQ) dengan ini membuka peluang buat tuan/puan yang budiman untuk menyumbang kepada tabung Iftar & Sahur untuk anak-anak pelajar SMART-IQ sepanjang bulan Ramadhan ini.
Untuk makluman, sebilangan pelajar SMART-IQ juga turut terdiri daripada golongan asnaf yang dibantu oleh pihak sekolah dalam pendidikan dan keperluan mereka sepanjang di SMART-IQ.
Justeru itu, tuan/puan boleh menyumbang dan menaja iftar & sahur sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini dilink berikut: https://www.smartiq.edu.my/infaqramadhan/
Sekian, terima kasih.

SMART IQ
Sumbangan Iftar Tahun 2022 (1443H) SMART-IQ
Banyak isu Palestin dan Israel akan di banned oleh Facebook khususnya di Malaysia ini. Sila kenali siapakah pengendali FB di negara ini.
Report: MCMC monitoring social media platforms for pro-Israel bias, says minister | Malaysia | Malay Mail
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/18/report-mcmc-monitoring-social-media-platforms-for-pro-israel-bias-says-mini/1974959

Malaymail
Report: MCMC monitoring social media platforms for pro-Israel bias, says minister
KUALA LUMPUR, May 18 — Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) is reportedly monitoring several international social media platforms, for their perceived bias in covering Israel violence against Palestinians. Communications and Multimedia…
Apakah Maksud Sultan Bayangan ALLAH?
Prof Madya Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis
Hari ini saya dihujani soalan tentang ungkapan “Sultan adalah bayang ALLAH di bumi”. Ini rentetan ada pihak yang menyiarkan hadis tersebut. Di sini saya ingin huraikan secara ringkas berkaitan hadis berkenaan;
1. Hadis tersebut mempunyai banyak lafaz riwayat. Ada yang palsu, ada yang sangat daif (daif jiddan), ada yang daif dan ada yang hasan ataupun mungkin boleh mendekati sahih. Namun secara kesimpulan penilaian hadis, setakat lafaz “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” adalah sahih disebabkan pelbagai riwayat. Adapun tambahan selepas lafaz tersebut ada yang hasan, daif, sangat daif dan palsu.
Apakah maksud ‘al-Sultan’ dalam hadis?
2. Perkataan al-Sultan dalam hadis ini bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah itu dengan khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘raja’ dan sebagainya.
3. Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut:
السلطان ظل الله فى الأرض فإذا دخل أحدكم بلدًا ليس فيه سلطان فلا يقيمن به
“al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya”.
Jangan pula ada yang menggunakan riwayat yang daif ini untuk melarang orang tinggal di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Di Negara Arab pula hanyalah Negara Oman yang boleh tinggal dalamnya sebab masih ada Sultan Qabos. Selainnya sudah tiada sultan. Indonesia pun tidak boleh tinggal dalamnya kerana sudah tiada sultan. Hanya Brunei yang sesuai. Janganlah sampai begitu pulak tafsiran kita.
4. Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan hanya tumpu pada gelaran yang manusia boleh pilih, tetapi pada maksud yang terkandung padanya. Ertinya, semua penguasa merupakan bayangan ALLAH dalam istilah yang dipakai oleh hadis tadi.
5. Jadi, kita wajar bertanya apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya. Apakah jika mereka itu kejam, zalim, rasuah atau salahguna kuasa mereka tetap bayangan Allah?
Bayangan Allah?
6. Saya suka membawa pembaca mengetahui bahawa hanya Nabi Adam dan Nabi Daud sahaja disebut sebagai ‘Khalifah ALLAH”. Selain untuk Adam dan Daud, jumhur para ulama tidak suka gelaran itu diberikan. Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) menyebut dalam kitabnya AL-AZKAR tentang majoriti para ulama yang melarang hal itu. Beliau juga menyebut alasan-alasannya termasuk riwayat Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz yang telah penggunaan gelaran itu. Bahkan al-Imam al-Mawardi menyatakan jumhur ulama menisbahkan orang menyebut “khalifah ALLAH’ itu sebagai jahat. Di samping itu terdapat ulama yang mengizinkan gelaran itu (Khalifah ALLAH) dengan maksud mereka melaksanakan hak-hak hamba-hamba ALLAH yang lain. (sila lihat: al-Nawawi, Al-Azkar, m.s 484-485. Damsyik: Maktabah al-Ghazali).