Dr MAZA
1.94K subscribers
103 photos
41 videos
28 files
135 links
Download Telegram
The villagers are seen lying down on the *streets of Ujjain, in Madhya, central India, to mark Ekadeshi, an auspicious day after the Hindu festival of Diwali*.

'I know it can be fatal but cow is our mother and she would not kill anyone so there is no danger at all.

'Sometimes when the mother is angry she punishes us for our mistakes. 'Most of us are unhappy with something or other in our life.

'We all have problems whether at home or work. But we believe if we allow us to get crushed by cows, the almighty will appreciate our sacrifice and pain and solve all our issues and bless us with happiness.'

https://www.dailymail.co.uk/news/article-3409784/Have-herd-like-Dozens-men-volunteer-TRAMPLED-stampeding-cows-bizarre-Hindu-ritual-believed-bring-good-luck.html
VID-20201203-WA0006.mp4
15.2 MB
Video from Nobody
Photo from Nobody
Photo from Nobody
Photo from Nobody
VID-20201231-WA0004.mp4
11.6 MB
Video from Nobody
JUAL BELI PAKSA

Antara syarat jual adalah التراضي saling bersetuju antara kedua belah pihak. Ertinya penjual bersetuju untuk menjual dan pembeli juga bersetuju untuk membeli dengan ketetapan tersebut. Maka, tiada pihak yang dipaksa menjual apa yang beliau enggan jual atau membeli apa yang beliau enggan beli.

Ini berasaskan firman ALLAH dalam Surah al-Nisa ayat 29: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu..”

Saya terpanggil untuk mencoretkan hal ini kerana pagi tadi ketika saya mengisi minyak di sebuah stesyen minyak Shell yang tidak jauh dari tempat saya, pihak saya membayar sebanyak RM 100. Minyak yang dapat diisi hanya RM 93 sahaja. Ada baki lagi RM7. Anak saya pergi ke kaunter untuk mendapatkan baki. Pihak kaunter menyatakan duit tidak dipulangkan, sila ambil barang dalam kedai Shell tersebut dengan sebanyak baki tersebut. Anak saya mengambil barang seperti yang diminta. Apabila dia ke kereta saya bertanya kenapa beli makanan ringan? Beliau memaklumkan apa yang terjadi, tiada pilihan. Saya meminta beliau kembali ke kaunter dan memaklum jual-beli seperti itu salah. Bukan soal RM7 tersebut, tapi bimbang orang lain menjadi mangsa dan jual beli itu tidak sah. Tidak boleh memaksa pihak pembeli membeli apa yang dia tidak mahu beli. Jika itu berlaku, ia termasuk dalam memakan harta secara batil.

Saya menulis hal ini kerana perkara seperti sering berlaku. Kadang-kala di kantin sekolah, kedai runcit dan seumpamanya. Contohnya, apabila pembeli membayar RM2 bagi barang yang berharga RM1.80, penjual akan memberikan gula-gula yang bernilai 20 sen sebagai bayaran baki. Padahal pembeli tidak mahu membeli barang tersebut. Ini sering berlaku di kantin sekolah dan pasti anak-anak kecil tidak akan membantah. Mungkin orang dewasa juga malu untuk membantah kerana merasakan jumlah itu kecil. Lalu mereka ambil gula-gula tersebut yang mereka pun tidak akan memakannya dan dibiarkan begitu saja. Kalau 10 kali hal itu berlaku bererti sebanyak RM2 telah dipaksa beli. Bagi sesetengah keluarga, RM2 itu bermakna. Ini semua termasuk dalam memakan harta pihak lain dengan cara yang batil. Adapun jika penjual memberikan cadangan dan pilihan samada ingin wang kembali atau gula-gula (contoh) sebagai ganti, dan pembeli bersetuju, maka itu tidak mengapa.

Berhati-hati dalam hal ini.
Photo from Nobody
ISU ENGGAN BERTEMU DR ZAKIR NAIK

Beberapa pihak khususnya parti tertentu tidak berpuas hati apabila saya menjawab soalan tentang isu-isu kaitan agama yang menimbulkan persepsi negatif rakyat di bawah pentadbiran yang lepas.

Ini semasa saya menjawab soalan moderator semasa program SEMBANG SANTAI beberapa hari lalu. Saya mulanya enggan memanjang sub tajuk ini. Ia bukan isu pokok. Namun, memandang beberapa pemimpin AMANAH mengulas termasuk YB Dr Mujahid sendiri, maka di sini saya ingin meringkaskan jawapan balas.

Latar isu ialah; semasa menjawab soalan menjawab soalan tentang isu-isu di bawah Menteri Agama yang lepas, saya menyebut: “Saya bagitahu menteri berkenaan…yang transgender you panggil datang, yang pendakwah ini kalau tak setuju pun panggillah datang. Masa itu tidak mahu, masa tu tak nak”.
Kenyataan ini dianggap sebagai satu tuduhan kepada Dr Mujahid kerana dalam laporan pada 13 Mac 2019 Dr Mujahid bertemu dengan Dr Zakir Naik.

Penjelasan:

1. Pertemuan Dr Mujahid dengan Nisha Ayub pada pada 11 Ogos 2018. Ketika itu timbul kenyataan mereka boleh menggunakan tandas wanita dan isu YB Menteri menggunakan ungkapan ‘she’ merujuk kepada Nisha. Umat Islam ramai yang membantah sehingga terpaksa ditarik balik kenyataan.

2. Pada Bulan Julai dan seterusnya 2018, isu Dr Zakir Naik menjadi begitu panas. Pemimpin-pemimpin PH khususnya DAP menggesa Dr Zakir Naik diambil tindakan. Mereka mahu Dr Zakir Naik ditangkap dan dihantar pulang ke India.

3. Saya dan beberapa tokoh serta NGOs membantah pemimpin-pemimpin PH yang terlibat ingin mengambil tindakan pada Dr Zakir Naik. Saya mengkritik Dr Ramasamy dan meminta beliau berdebat dengan Dr Zakir Naik. Laporan menjadi panas isu tersebut. Umat Islam juga mula bangkit membantah DAP khususnya Dr Ramasamy dan beberapa pemimpin lain. Isu penglibatan Dr Ramasamy dengan LTTE mula dibangkitkan. Banyak bahan-bahan dijadikan bukti. Umat Islam mula marah. Ribuan laporan Polis dibuat ke atas Dr Ramasamy.

4. Pada 28 Julai 2018, menurut laporan media MK, Dr Mujahid membuat kenyataan bahawa tuduhan kepada Dr Ramasamy adalah “tuduhan liar”. Bahkan Dr Mujahid menyifatkan Dr Ramasamy sebagai kawan baik beliau.

5. Pada Bulan penghujung 2018, Dr Mujahid menghubungi saya meminta satu pertemuan antara saya dan Dr Ramasamy. Beliau telah mengistiharkan hal itu kepada media. Pada awalnya saya berat hati sebab mood Umat Islam ketika itu ialah membantah. Namun, atas pertimbangan ingin menjaga kestabilan kerajaan yang baru dibentuk, keharmonian negara, sikap yang cenderung kepada perdamaian dan maruah Menteri ketika itu, saya pun sudi hadir. Semua laporan itu boleh dibaca dalam FB saya dan media massa.

6. Pada 27 September 2018, media melaporkan kenyataan Dr Mujahid “Dakwah Dr Zakir Naik Tak Sesuai Di Negara Ini”. Sekali lagi beliau dikritik hebat kerana dilihat berpihak kepada sentimen DAP.

7. Saya sebenarnya tidak mahu memberitahu hal perhubungan secara peribadi. Namun, memandang YB Dr Mujahid telah menulis, saya terpaksa menyebut di sini dan beliau mengetahui kebenaran apa yang saya sebut ini. Semasa polemik panas isu DZN, saya menghantar mesej peribadi kepada beliau mencadangkan beliau bertemu DZN sendiri. Jawapan beliau kepada saya semasa itu beliau enggan. Alasan beliau: “Mereka ini dah macam menyembah Zakir Naik”. Beliau merujuk kepada para pembela DZN. Saya tidak simpan mesej itu lagi. Allah menjadi saksi apa yang saya sebut. Maka, atas alasan inilah, saya menyebut dalam dialog tersebut “masa itu tidak mahu, masa tu tak nak”.

8. Selepas kes demi kes yang menyebabkan Umat Islam resah, persepsi terhadap Menteri Agama amat dahsyat. Kebanyakannya berpunca daripada kenyataan yang dibuat. Isu mengangkat tangan Bersama JK -seolah kemenangan- di kuil antara yang paling panas. Rakyat Malaysia yang hidup semasa itu boleh menilai sendiri kenyataan ini.

9. Pada 13 Mac 2019, barulah YB Dr Mujahid berjumpa dengan Dr Zakir Naik. Namun, ketika itu segala bantahan, pengalaman dan persepsi sudah cukup menebal. Keadaan dan imej PH di mata majoriti Umat Islam sukar diselamatkan.
10. Dengan itu, semoga mereka yang tidak berpuas hati faham ungkapan saya tersebut. Kata orang Arab: ضربي وبكى، شتمني واشتكى (dia pukul aku, dia pula yang menangis. Dia maki aku, dia pula yang mengadu)
Sumbangan Iftar & Sahur

Assalamualaikum, Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART-IQ) dengan ini membuka peluang buat tuan/puan yang budiman untuk menyumbang kepada tabung Iftar & Sahur untuk anak-anak pelajar SMART-IQ sepanjang bulan Ramadhan ini.

Untuk makluman, sebilangan pelajar SMART-IQ juga turut terdiri daripada golongan asnaf yang dibantu oleh pihak sekolah dalam pendidikan dan keperluan mereka sepanjang di SMART-IQ.

Justeru itu, tuan/puan boleh menyumbang dan menaja iftar & sahur sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini dilink berikut: https://www.smartiq.edu.my/infaqramadhan/

Sekian, terima kasih.
VID-20210501-WA0034.mp4
7.9 MB
Video from Nobody
Banyak isu Palestin dan Israel akan di banned oleh Facebook khususnya di Malaysia ini. Sila kenali siapakah pengendali FB di negara ini.
Photo from Nobody