Dj ChannelπŸ“šβœ
134 subscribers
2.26K photos
320 videos
13 files
217 links
Jangan pernah memandang dari siapa teguran datang. Kerana kita tidak pernah tahu siapa yang dipilih untuk "MENYAMPAIKAN".πŸŒπŸ”­
Download Telegram
Kronologi Kes: Pelajar Sekolah Dijangkiti Ketuat Kelamin Hingga Tular Di Media Sosial

Isu seorang pelajar sekolah yang didakwa dijangkiti penyakit kelamin sehingga merebak ke beberapa bahagian tubuh menjadi perbualan hangat di media sosial baru-baru ini.

Namun, banyak maklumat yang tular sebenarnya bercampur antara fakta dan sensasi.

Permulaan Kes
Menurut perkongsian beberapa sumber kesihatan, kes tersebut bermula apabila seorang remaja perempuan mendapatkan rawatan selepas mengalami ketumbuhan kecil di kawasan kemaluan.

Pada awalnya, pelajar berkenaan menyangka ia hanyalah masalah kulit biasa. Namun selepas pemeriksaan lanjut, doktor mendapati ketumbuhan tersebut merupakan simptom Ketuat Kelamin yang berpunca daripada jangkitan virus Human Papillomavirus (HPV).

Virus ini boleh menyebabkan ketumbuhan kecil menyerupai bunga kobis pada kawasan genital dan kadangkala boleh merebak ke bahagian sekitar dubur jika tidak dirawat awal.

Keadaan Bertambah Teruk
Menurut maklumat yang tular, ketumbuhan tersebut bukan sahaja muncul di bahagian luar kemaluan, malah mula merebak luas ke kawasan sekitar yang lain.

Keadaan itu menyebabkan pelajar terbabit mengalami
ketidakselesaan ketika duduk. Kesakitan pada kawasan sensitif selain
rasa malu dan tekanan emosi.

Akhirnya, dia dibawa mendapatkan rawatan lanjut di klinik dan menjalani pemeriksaan oleh doktor pakar.

Hasil pemeriksaan mendapati pelajar tersebut dijangkiti virus HPV yang menyebabkan ketuat kelamin.

Pakar kesihatan menjelaskan bahawa jangkitan seperti ini bukan perkara terpencil kerana terdapat banyak kes jangkitan berpunca dari seksual dalam kalangan remaja.

Malah, doktor mendedahkan ada pesakit yang masih berusia belasan tahun sudah dijangkiti penyakit seperti gonorea, sifilis dan HPV.

Kes tersebut kemudian mula tular menjadi pelbualan hangat di media sosial selepas berita tentang remaja berkenaan tersebar & dikongsikan.

Namun sebahagian maklumat yang tersebar dipercayai ditokok tambah sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi emosi tambahan di kalangan netizen.

Pakar kesihatan menegaskan bahawa peningkatan penyakit jangkitan seksual dalam kalangan remaja merupakan perkara yang membimbangkan.

Data yang pernah didedahkan menunjukkan ratusan kes penyakit jangkitan seksual direkodkan melibatkan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun di Malaysia.

Walaupun kes sebenar melibatkan jangkitan ketuat kelamin agak tinggi, namun banyak juga maklumat yang tersebar di media sosial sebenarnya tidak tepat atau lengkap hanya sekadar tajuk sensasi.

Pakar kesihatan menasihatkan masyarakat jangan terus menghukum, malah perlu memberi inisiatif membantu & mengutamakan kesedaran pendidikan kesihatan reproduktif semua lapisan masyarakat termasuk di awal usia kalangan remaja

info medic

cnpπŸ“šβœ
Hanya berbaki beberapa jam lagi. Rmadhan 1447/H akan pergi meninggalkan . Semoga Allah menemukan bulan ini lagi di tahun akan datang.. InsyaAllah.πŸ’™β€οΈβœ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tinggal kenangan.. Hanya suara yang berkumandang. Semoga Allah berikan kebaikkan buat beliau di alam abadi. aamiin.✍
(Bermula di bulan April 2025_ berhenti 29/3/2026) Banyak cerita yang akan menjadi kenangan .. InsyaAllah.. Semoga ianYa akn menjadi kebaikkan buat diri kitaπŸ’™β€οΈ
Kenapa hati kita rasa sedih?

Sebab Allah utuskan kesedihan itu utk datang kepada kita . InsyaAllah semoga kesedihan ini tidak menetap lama.. Aamiin 🀲❀️
"Ya Allah . Lindungilah hati ini. Agar ia sntiasa dalam keadaan kuat dan sabar. ❀️✍
Kekadang tertanya.. kenapa Allah uji kita dgan sesuatu yang kita sayang? Sebab DIA nk kita sedar ,Tkde seorg pun yang akan sayang kita dan tiada sesuatu pun yg akan selalu dgn kita Sepertimana DIA sayangkan kita dan selalu ada utk kita.
πŸ’™β€οΈπŸ“šβœ
Jangan bersedih atas apa yang telah berlalu kecuali itu membuatmu bekerja lebih keras untuk menghadapi apa yang akan datang ..πŸ’™β€οΈπŸ“šβœ
Muhasabah malam ini

β€œSeperti Nabi Musa diuji di sungai Nil, setiap rintangan adalah persiapan untuk kemenangan.”

Hikmah: Ujian adalah latihan Allah
Doa: Ya Allah, bantu aku melalui setiap rintangan.

cnpπŸ“šβœ
Muhasabah Malam Ini

β€œSeperti malam yang berundur dan subuh yang bernafas, semoga hatiku sentiasa melihat cahaya Allah.”

Hikmah: Kesabaran membawa ketenangan
Doa: Ya Allah, tenangkan hatiku dan bimbing setiap langkahku

cnpπŸ“šβœ
πŸ‘1
Ya Allah, lembutkanlah hati anakku seperti Engkau lembutkan besi untuk Nabi Daud. Jadikanlah dia mudah mendengar nasihat, taat pada perintah-Mu, dan berakhlak mulia Ya Allah, jadikanlah anakku seorang anak yang taat kepada-Mu, berbakti kepada ibu bapanya, serta dijauhi daripada akhlak yang buruk dan teman yang tidak baik. Ya Allah, jauhkanlah anakku daripada segala bentuk maksiat, perkara yang sia-sia, dan godaan syaitan. Peliharalah dirinya dengan cahaya iman dan taqwa. Ya Allah, murahkanlah rezeki anakku, jadikanlah dia insan yang berguna kepada agama, keluarga dan masyarakat. Kurniakanlah keberkatan dalam setiap langkah hidupnya. Aamiin 🀲🏻

cnpπŸ“šβœ
πŸ‘1
Harta yang kita makan akan jadi kotoran, harta yang kita simpan akan jadi warisan. Tetapi harta yang kita sedekahkan itulah yang akan tetap kekal menjadi milik kita.

Lebih baik tangannya kotor tapi hasilnya bersih, daripada tangannya bersih tapi
penghasilannya kotor.

"Ya Ψ§Ω„Ω„Ω‡, ampunilah dosa-dosa kami, ibu ayah kami, pasangan hidup kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami dan kuatkanlah iman kami, tetapkanlah hati kami atas agamaMu, kasihanilah ibu ayah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil.

_Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin._

cnpπŸ“šβœ
πŸ‘1
Selain Check HIV, Check Bakal Pasangan Anda Sama Ada Mempunyai Eczema Atau Tidak!

Ramai orang anggap eczema cuma masalah kulit. Ruam, gatal, kulit kering. Sapu krim, nanti baiklah.

Realitinya?
Bagi sesetengah orang, eczema boleh mengubah keseluruhan gaya hidup, rutin rumah tangga, pemakanan, kewangan dan juga emosi dalam perkahwinan.

Sebab itu, sebelum kahwin, jangan sekadar tanya kerja apa, gaji berapa, atau family background macam mana.

Tanya juga:

β€œAwak ada sejarah eczema, asma atau resdung tak?”

Kerana tiga penyakit ini sering datang dalam satu β€œpakej keturunan” yang dipanggil atopic condition.

---

Eczema Bukan Sekadar Gatal

Ada pesakit eczema yang masih boleh hidup normal.

Tetapi ada juga yang tahapnya terlalu sensitif sehingga:

Basuh pinggan pun tangan pedih.

Kena sabun sikit terus flare.

Tak boleh pegang bahan pencuci.

Peluh pun boleh trigger radang.

Tidur malam terganggu sebab terlalu gatal.

Bila sampai tahap itu, pasangan juga akan terkena tempias kehidupan tersebut.

---

Kahwin Dengan Pesakit Eczema Memerlukan Pengorbanan

Ramai tak sedar, pasangan kepada pesakit eczema kadang-kadang terpaksa β€œadjust” gaya hidup mereka sekali.

Contohnya:

Tak boleh masak makanan tertentu dalam rumah.

Kena kurangkan makanan trigger seperti seafood, processed food atau makanan terlalu pedas bagi sesetengah individu.

Rumah kena sentiasa bersih dan kurang habuk.

Cadar, bantal dan pakaian perlu dijaga lebih rapi.

Produk sabun dan pencuci kena pilih betul-betul.

Ada pasangan yang sanggup makan asing semata-mata untuk menjaga pasangan mereka daripada flare eczema.

---

Hidup Dengan Eczema Bukan Murah

Ini bahagian yang ramai orang tak nampak.

Pesakit eczema biasanya:

Banyak trial produk skincare dan sabun.

Kena beli pakaian cotton berkualiti.

Kena cari makanan yang lebih β€œclean”.

Kerap beli moisturizer, balm dan krim tertentu.

Ada yang perlu jumpa doktor berkala.

Masalahnya, lain orang eczema, lain produk yang sesuai.

Kadang-kadang satu produk viral elok untuk orang lain, tetapi flare teruk pada orang lain.

Sebab itu ramai pesakit eczema akhirnya terpaksa β€œeksperimen” sendiri bertahun-tahun untuk faham kulit mereka.

---

Stress, Tidur Dan Emosi Sangat Main Peranan

Eczema bukan hanya penyakit kulit.

Ia sangat berkait dengan:

Stress

Kualiti tidur

Kesihatan usus

Sistem imun

Persekitaran harian

Sebab itu ada orang eczema yang flare teruk bila:

Kurang tidur

Banyak tekanan kerja

Cuaca panas

Badan berpeluh

Rumah berhabuk

Maksudnya, pasangan juga perlu faham keadaan emosi mereka.

Kadang-kadang mereka nampak marah, penat atau murung… padahal badan mereka sedang β€œberperang” dengan keradangan dalaman.

---

Risiko Kepada Anak Juga Lebih Tinggi

Ini bahagian yang paling penting.

Kalau salah seorang ibu atau ayah mempunyai sejarah:

eczema,

asma,

atau resdung,

risiko anak untuk mewarisi masalah yang sama memang lebih tinggi.

Bukan pasti kena.
Tetapi risikonya meningkat.

Sebab itu ramai ibu bapa hanya mula faham β€œbetapa susahnya eczema” selepas melihat anak sendiri mula menggaru malam-malam sampai berdarah.

---

Jadi, Perlu Elak Kahwin Dengan Orang Eczema?

Tidak semudah itu.

Artikel ini bukan untuk menghina pesakit eczema.

Tetapi untuk memberi gambaran realiti bahawa eczema bukan sekadar β€œalahan biasa”.

Ia memerlukan:

empati,

pemahaman,

kesabaran,

disiplin gaya hidup,

dan sokongan pasangan.

Kalau anda seorang yang tidak mampu bertolak ansur, tidak suka rutin yang cerewet, atau mahukan kehidupan yang sangat mudah…

mungkin anda perlu fikir panjang sebelum memilih pasangan yang mempunyai masalah eczema kronik.

Kerana bagi sesetengah orang, eczema bukan penyakit kulit semata-mata.

Ia adalah satu cara hidup.

Nasihat : Baba Haz.

cnpπŸ“šβœ