MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi ayam masak lemak cili padi
.
Ayam 1 ekor
.
Bahan diblend kasar/ditumbuk
Bawang merah 5 ulas
Cili hidup merah 8 tangkai
Cili padi hijau 15 tangkai(kalau xtahan pedas 7 tangkai pun okey)
Kunyi hidup agk agk setengah inci
Garam
.
Santan pekat setengah cawan
Santan cair 1 cawan
(guna santan fresh baru sedap tp klau xdan,santan kotak pn xpa)
.
Cara masak
Tumis minyak dengan bahan yg ditumbuk . Masukkan ayam potato dan santan cair .kacau dengan api perlahan smpai mendidih.lpas mendidih masukkan santan pekat.tggu smpai mendidih lagi sekali.masukkan tomato dn tabur daun kunyit.klau pekat sgt.tambah air ikut selera masing masing 😌😌😌
.
Kredit: mastura mukhtar

Like Koleksi Resepi Siim Untuk Resepi Yang Seterusnya 😋
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Nasi Arab Ayam Mandy ! Resepi cedok dari Cik Google dengan edit2 skit 😂
Jom try...

AYAM :
Seekor potong 4
1 tomato potong 4
2 cili hijau besar
Kayu manis
1 tsp Jintan manis
1 tsp jintan putih
1 tsp ketumbar
1 tsp biji lada hitam
Daun bay

Madu
Kunyit serbuk
Garam

Rebus ayam dengan kesemua bahan2 diatas sehingga separuh masak. Jangn terlalu masak sebab nanti nak masak ayam sekali dgn nasi. Dah hampir masak, boleh angkat dan toskan.
Perap ayam dengan kunyit serbuk, madu dan sedikit garam

NASI :
Minyak sapi
Beras basmathi
1 tsp ketumbar
1 tsp lada hitam
1 tsp jintan manis/jintan putih
Daun bay
Daun ketumbar
1 tsp Serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis/jintan putih
Lada hijau besar
Carrot , kismis
Garam

Basuh beras dan toskan. Tumis** semua bahan2 di atas kecuali carrot dan kismis. Selepas tumis asingkan. Saya tumis lain pula carrot kismis dengan minyak sapi. Asingkan.
Tuang bahan tumis** tadi ke dalam pressure cooker. Masukkan beras. Masukkan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan beras.
Lepas itu masukkan tumisan carrot dan kismis. Last sekali masukkan ayam. Tutup dan tunggu hingga masak.

SOS HARRAH :
Daun ketumbar
2 Tomato
3 lada besar
2 sudu yogurt
Perahan lemon
Garam, gula

Campur semua bahan dan kisar.

ACAR SALATAH :
Timun
Tomato
Bawang
Lada besar
Perahan lemon
Daun ketumbar
Gula garam

Potong dadu kesemua bahan dan gaul sampai sebati.

YOGURT :
2 sudu yogurt asli
Hirisan bawang
Daun ketumbar atau pudina

Campur kesemua bahan gaul sebati. Siap !

Selamat mencubaaa..
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi nasi ayam simple by me
=======================

menu simple dan mudah masak

Ayam:
rebus ayam masukkan bawang merah bawang putih halia 1/2inchi dan sup bunjut serta kiub ayam agak ayam dah agak masak sikit angkat air rebusan jangan buang kita nak buat masak nasi dan sup ayam, lepas dah angkat ayam perapkan dengan sos tiram, kicap manis, madu and garam sikit perap 1/2jam dah siap perap nanti goreng smpai masak

Nasi ayam:

beras 2 pot
majerin(sy pakai jenama planta)
bawang merah 3 biji
bawang putih 3 ulas
halia 1/2 inchi

cara-cara:
panaskan majerin tumis bahan hiris tadi
sampai naik bau lepas tu masukkan beras,masukkan air rebusan ayam tadi dan masak seperti biasa saya lebihkan sikit air dari masak nasi biasa

cili:

10 biji cili merah
5 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
tomato 1biji

blender semua ni pastu masak atas dapur ltak gula garam semua masak smpai pekat dan warna dia bertukar akhir sekali baru masukkan perahan limau kasturi dalam 5 biji (saya xpakai cuka saya ganti limau)

lepas tu bahan sampingan ulam2 tulah sayur salad , timun , tomato dah siap dihidang dan makan...

memang sedap resepi ni cubalah pasti jadi ...

saya makn dulu hahaha
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi Nasi Minyak :

4 cwn beras basmathi (Moghul Faiza)
4 cwn air
1 tin susu cair
½ bawang holland (dadu)*
3 bawang merah kecil (hiris)*
2 bawang putih (hiris)*
½ inci halia (hiris)*
3 sekawan*
2 sb sunquick
2 helai daun pandan (simpul)
Kiub ayam
Garam
Minyak sapi
Minyak jagung
Daun sup
Pewarna kuning

Cara² :
1. Basuh bersih beras & rendam 30min. Kemudian, toskan.
2. Panaskan minyak jagung & minyak sapi. Tumis bahan bertanda (*) hingga kekuningan.
3. Masukkan susu cair, air, sunquick, garam, kiub ayam & daun pandan. Biarkan mendidih kejap. Kemudian, masukkan beras & kacau rata.
4. Bila dah hampir masak, buat lubang (3-4 lubang) titiskan pewarna. Biarkan seketika, tabur daun sup & kacau nasi tersebut. Siapp !! Masa nih dah excited nak makan, bau dia menggoda 😋😋

Resepi Ayam Masak Merah orang Kahwin :

1 ekor ayam - (potong 10-12 atau ikut suka, jangan cincang hancur sudah)
Garam + kunyit. Gaul& goreng sekejap, jangan garing sangat nanti ayam keras. Patah pulak gigi nanti 😂

(Blend)
2 biji Bawang merah
4 ulas Bawang putih
2 inci Halia
Cili kering atau boleh guna cili boh je

1 batang serai (ketuk)
2 helai daun pandan (simpul)
3 sekawan

>> Panaskan minyak & tumis bahan blend, 3 sekawan & serai. Dah pecah minyak & garing. Masukkan daun pandan & sedikit air. Jgn byak sangat. Agak² lah, kang cair sgat jadi asam pedas pulak 😂

Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Pes asam jawa (hujung sudu)

>> Masukkan bahan di atas. Kacau² manjahhhh

Perasa garam
3 sb gula merah
Gula pasir (ikut kemanisan dikehendaki tapi ayam nih sedap manis pedas camtu. Makan dgn nasi ngam soii weyh 🤤🤤

>> Kemudian, masukkan bahan perasa. Ikut sedap tekak masing² lah yekkk 😋😋 Dah secukup rasa, masukkan ayam dah digoreng tadi. Sambung lagi kacau² manjahhhh

>>Last sekali masukkan bahan di bawah. Pastu dah boleh tutup api mcm awk dah tutup pintu hati awk buat saya. Kahkah 😆
½ biji bawang holland
Daun sup

Resepi Acar Timun/Jelatah Timun :

¼ Nenas (saya tak masukkan sbb tak ada hehe)
½ Timun
½ Karot
½ Bawang
Lada besar
Cuka
1 sb Sunquick
Garam sikit
Gula seimbang rasa

>> Ikut suka lah nak potong timun, karot, nenas tu mcm mana. Pastu gaulkan je semua bahan tu. Dah siaapppp 😋

Dah boleh makann ! Eh jap, amik gambar duluu. Dah settle, baca doa & makan 😜😜

Selamat Mencuba. Insha Allah menjadi sbb saya pun first time buat smlm menjadi. Alhamdulillah Baca bismillah, selawat sambil masak & niat masakan menjadi dgn sedap utk bagi family & kawan² makan 😉😉
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resipi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan🍤🌶
▪️1 paket spaggeti
▪️10-15 ekor udang
▪️5-6 ekor sotong
▪️2 batang sosej
▪️bawang putih 4 ulas
▪️1 sb chili flakes
▪️1 sb lada hitam
▪️3 sb srbuk oregano
▪️5 biji cili kering
▪️1 kiub ayam
▪️2 keping cheese
▪️Tomato
▪️Lada benggala
.
1) Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
.
2) Dalam kuali yang yg lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yg telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
.
3) Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.
.
4) Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
.
5) Lepastu bolehlah masukkan spaggeti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!! Pinggan mana pinggan 🤤😂

Kredit: Nafsiah Rahim
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Kejam ke kakak😔😔 siang sesiap kulit udang senang nak masuk mulut anak2 nanti..sukerrr takkkk??🙏😂😂

Ade peminat sambal udang petai tak kat sini??😁
kakak edit cara kakak

Sambal🍤 petai
==============

🍤Udang kertas siang kulitnya..basuh bersih2 di garam kunyit & di goreng sekejab..angkat toskan minyak,ketepikan k..

🍤 tumbok kasar halia,bawang merah & bawang putih..

🍤 panaskan minyak masukkan serai ketok..Then tumiskan bahan tumbuk tadi..lepastu masukkan cili blender..masakkan sampai garing@ pecah minyak..tambahkan air sikit..lepastu masukkan udang perasakan garam,gula & megi cukop rasa..last sekali masukkan petai kacau lebih kurang..siap

Photos from Norfadilah Ibrahim
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
lupa kan seketika coffee viral tu😘
.
jom buat air yang di amalkan
oleh Prof Dr Muhaya untuk meningkatkan imunisasi badan kita.
.
kita hanya berusaha, semoga ALLAH pelihara kita semua dari wabak virus #covid19

Amin
#covid19awareness

Bahan-bahan :
---------

a. Bunga Cengkih;
b. Bunga Lawang;
c. Buah Pelaga;
d. Kunyit Hidup (sebesar ibu jari, hiris);
e. Halia (sebesar ibu jari, hiris);
f. Serai (3 batang, dititik); dan
g. Kayu Manis

Cara Menghasilkannya :

▶️ Masukkan ketujuh-tujuh bahan di atas ke dalam jag atau cawan;

▶️ Tuangkan air mendidih dan siap untuk dihidangkan dan diminum.

▶️ Boleh digunakan banyak kali, hanya perlu menambah air bila hendak meminumnya.

▶️ Sebar-sebarkan agar semua mendapat manfaat dari khasiat semulajadi yang Allah jadikan dalam bahan-bahan yang digunakan.
Hanya gunakan bahan-bahan yang selalu ada didapur kita jea.

InsyaAllah.

#ikhtiarSIHAT
#profdrMUHAYA
#cyahconvid19

Kredit : Maria bt Bahari
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Permintaan anak2 pgi ni... Yummy 😋😋😋

RESEPI PUDING OREO MILO FY

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar @ 25gram
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan serbuk Milo
1 bungkus Oreo 137gram

Cara-cara:
Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo. Sejukkan. Siap!

Selamat mencuba 😍😍

Credit : Fauziah Yahya
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
PANDAN OGURA CAKE

Bahan2nya:

A

5 biji kuning telur, gred A

1 biji telur, gred A

65g minyak jagung

1/4 sk garam

80ml santan pekat

1sk pes pandan

B

65g tepung superfine, diayak

C

5 biji putih telur

80g gula kaster

1/4 sk cream of tartar

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci, gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan A dalam mangkuk. Pukul hingga berbuih & kembang. Masukkan bahan B, pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur dari bahan C hingga berbuih. Masukkan cream of tartar, pukul lagi.

4. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga adunan putih telur kembang, bila diterbalikkan tidak jatuh.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan kuning telur (langkah 2) tadi. Kaup balikkan. Kemudian, masukkan lagi baki adunan putih telur & kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan & bakar selama 45 minit pada suhu 170C menggunakan kaedah steambath. Keluarkan kek dari acuan bila sudah masak. Sejukkan sepenuhnya atas wirerack.
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi Kek Red Velvet

Bahan-bahan:

2 ½ cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 ⅓ cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 ¼ cawan gula kaster (boleh kurangkan)
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda

Lapisan Cheese Marble (resepi saya ejas sendiri):

500 g cream cheese (sebab buat dua adunan)
½ cwn icing sugar
2 biji telur
1 teaspoon vanilla extract

Cara-cara:

Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang saiz 8 inci. Saya guna 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.

Untuk cheese marble, masukkan cream cheese, gula, telur & vanilla ke dalam mixing bowl. Gaul sebati guna mixer. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan atas pan yang telah diisi dengan adunan kek tadi. Saya ratakan adunan cheese dgn masukkan dlm piping beg & ratakan atas adunan kek. Saya simpan sikit adunan kek dlm 1-2 sudu, untuk titikkan atas adunan cheese & gunakan lidi utk lorekkan corak marble.

Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit bergantung pada oven masing².

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

SELAMAT MENCUBA DAN JANGAN LUPA SHARE YE 😄

Kredit: Noorul Izzah Marzuki