MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
Alhamdulillah siap nasi kunyit for lunch πŸ˜ƒ
teringin sangat nak makan kat daun pisang..

RESEPI NASI KUNYIT
===================

Beras 2 sukat
Serbuk kunyit 2sb
Daun pandan 1 (ikat)
Serai 1 batang (ketuk)
Minyak sapi 1sb
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
(4 sekawan nii agak2 k)
Garam

Cara2 buat
Basuh beras dan campur semua bahan2 serta Air.
Bila nasi dah masak baru taruk minyak sapi.

AYAM MASAK MERAH
===================

Ayam 1 ekor (belah 4)
*Cili kering 15 tangkai
*Bawang besar 1 biji
*Bawang putih 4 biji
Sos tomato 3sb
Sos cili 3sb
Kacang pea 1 tin kecil
Daun pandan 1 (ikat)
Serai 1 batang (ketuk)
Gula garam secukup rasa

Cara2 buat
Goreng ayam separuh masak..
Blender bahan2 *** tumis sampai betul2 pecah minyak,
Pastu taruk bahan2 Sos dan semua bahan termasuk Ayam,
Slowkan api ..tutup dlm 5 minit camtu.. okey siap

RESEPI ACAR TIMUN
===================

Timun 1 batang (hiris bulat)
Lada merah (hiris nipis)
Bawang besar 1 biji (hiris nipis)
Cuka 10sb
Gula 3sb

Masak cuka dgn gula..pastu tuangkan kat
Semua bahan2..okey camtu je

SELAMAT MENCUBA
Diizinkan Share 😊

Bismillahβ€πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ

Sumber: fb atie jumaat
RESEPI BARU

IKAN SUMBAT CILI

Ikan sumbat penuh....mudah ja semua orang boleh buat
Nanti nak goreng saya akan guna minyak yang saya buat kari tu...
Jadi kalau nak buat gulai kena tumis rempah dalam minyak yang banyak...
Dah masak buang minyak tu dalam satu bekas dan simpan. Esok nak goreng ikan atau nak goreng ikan sumbat cili goreng dengan minyak ni...sedap pun sedap....

Resepi ikan sumbat cili

5 biji Cili merah@ 15 cili kering@campur
Ikan kembung 10-12ekor belah belakang
Serai 1 batang
Bawang merah 10
Bawang putih 4
Halia 1 inci
Air 1/2 cawan
Asam jawa secolek@air lemon
Gula 2 sudu kecil
Garam 1/2 sudu kecil
Belacan 1/2 sudu kecil ( jika suka)
Semua bahan diatas dikisar halus

Pastu masukkan kedalam bekas.bubuh serbuk kunyit 1/2 sudu kecil. Gaul dan sebatikan.

Ikan yang dah disumbat inti tadi hendaklah dilumuri dengan kunyit suoaya tidak melekat bila digoreng nanti.

Masukkan minyak agak boleh tenggelam ikan.sekali goreng 3 ekor saja.

Selamat memasak

Petua:
( jika suka dan nak bagi lebih sedap masukkan 2 sudu besar kelapa parut segar atau boleh guna kelapa parut kering yang orang dok buat kueh tu..).
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Burnt cheesecake mini. Berebut makan niπŸ˜„

Sorry baru sempat nk update resepi. Ambik dlm grop ni juga saya tolong search ya.
Basque Burnt Cheesecake

Bahan2 :
250g cream cheese
125ml whipping cream DAIRY cth anchor, emborg, arla
85g gula
1 sudu besar esen vanila
2 butir telur B
9g tepung gandum diayak
Mix gula dan cream cheese, masukkan telur, whiping cream dan tepung.
Alas parchment paper dlm loyang saiz 6 bakar suhu 200 selama 1 jam.
Lepas masak simpan peti sejuk.
Saiz comel ni bakar dalam acuan muffin. Boleh ikut kreativiti masing2. Saya tak sukat letak agak2 ja. Buah letak lepas bakar ya.
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi ayam masak lemak cili padi
.
Ayam 1 ekor
.
Bahan diblend kasar/ditumbuk
Bawang merah 5 ulas
Cili hidup merah 8 tangkai
Cili padi hijau 15 tangkai(kalau xtahan pedas 7 tangkai pun okey)
Kunyi hidup agk agk setengah inci
Garam
.
Santan pekat setengah cawan
Santan cair 1 cawan
(guna santan fresh baru sedap tp klau xdan,santan kotak pn xpa)
.
Cara masak
Tumis minyak dengan bahan yg ditumbuk . Masukkan ayam potato dan santan cair .kacau dengan api perlahan smpai mendidih.lpas mendidih masukkan santan pekat.tggu smpai mendidih lagi sekali.masukkan tomato dn tabur daun kunyit.klau pekat sgt.tambah air ikut selera masing masing 😌😌😌
.
Kredit: mastura mukhtar

Like Koleksi Resepi Siim Untuk Resepi Yang Seterusnya πŸ˜‹
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Nasi Arab Ayam Mandy ! Resepi cedok dari Cik Google dengan edit2 skit πŸ˜‚
Jom try...

AYAM :
Seekor potong 4
1 tomato potong 4
2 cili hijau besar
Kayu manis
1 tsp Jintan manis
1 tsp jintan putih
1 tsp ketumbar
1 tsp biji lada hitam
Daun bay

Madu
Kunyit serbuk
Garam

Rebus ayam dengan kesemua bahan2 diatas sehingga separuh masak. Jangn terlalu masak sebab nanti nak masak ayam sekali dgn nasi. Dah hampir masak, boleh angkat dan toskan.
Perap ayam dengan kunyit serbuk, madu dan sedikit garam

NASI :
Minyak sapi
Beras basmathi
1 tsp ketumbar
1 tsp lada hitam
1 tsp jintan manis/jintan putih
Daun bay
Daun ketumbar
1 tsp Serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis/jintan putih
Lada hijau besar
Carrot , kismis
Garam

Basuh beras dan toskan. Tumis** semua bahan2 di atas kecuali carrot dan kismis. Selepas tumis asingkan. Saya tumis lain pula carrot kismis dengan minyak sapi. Asingkan.
Tuang bahan tumis** tadi ke dalam pressure cooker. Masukkan beras. Masukkan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan beras.
Lepas itu masukkan tumisan carrot dan kismis. Last sekali masukkan ayam. Tutup dan tunggu hingga masak.

SOS HARRAH :
Daun ketumbar
2 Tomato
3 lada besar
2 sudu yogurt
Perahan lemon
Garam, gula

Campur semua bahan dan kisar.

ACAR SALATAH :
Timun
Tomato
Bawang
Lada besar
Perahan lemon
Daun ketumbar
Gula garam

Potong dadu kesemua bahan dan gaul sampai sebati.

YOGURT :
2 sudu yogurt asli
Hirisan bawang
Daun ketumbar atau pudina

Campur kesemua bahan gaul sebati. Siap !

Selamat mencubaaa..
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi nasi ayam simple by me
=======================

menu simple dan mudah masak

Ayam:
rebus ayam masukkan bawang merah bawang putih halia 1/2inchi dan sup bunjut serta kiub ayam agak ayam dah agak masak sikit angkat air rebusan jangan buang kita nak buat masak nasi dan sup ayam, lepas dah angkat ayam perapkan dengan sos tiram, kicap manis, madu and garam sikit perap 1/2jam dah siap perap nanti goreng smpai masak

Nasi ayam:

beras 2 pot
majerin(sy pakai jenama planta)
bawang merah 3 biji
bawang putih 3 ulas
halia 1/2 inchi

cara-cara:
panaskan majerin tumis bahan hiris tadi
sampai naik bau lepas tu masukkan beras,masukkan air rebusan ayam tadi dan masak seperti biasa saya lebihkan sikit air dari masak nasi biasa

cili:

10 biji cili merah
5 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
tomato 1biji

blender semua ni pastu masak atas dapur ltak gula garam semua masak smpai pekat dan warna dia bertukar akhir sekali baru masukkan perahan limau kasturi dalam 5 biji (saya xpakai cuka saya ganti limau)

lepas tu bahan sampingan ulam2 tulah sayur salad , timun , tomato dah siap dihidang dan makan...

memang sedap resepi ni cubalah pasti jadi ...

saya makn dulu hahaha
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi Nasi Minyak :

4 cwn beras basmathi (Moghul Faiza)
4 cwn air
1 tin susu cair
Β½ bawang holland (dadu)*
3 bawang merah kecil (hiris)*
2 bawang putih (hiris)*
Β½ inci halia (hiris)*
3 sekawan*
2 sb sunquick
2 helai daun pandan (simpul)
Kiub ayam
Garam
Minyak sapi
Minyak jagung
Daun sup
Pewarna kuning

CaraΒ² :
1. Basuh bersih beras & rendam 30min. Kemudian, toskan.
2. Panaskan minyak jagung & minyak sapi. Tumis bahan bertanda (*) hingga kekuningan.
3. Masukkan susu cair, air, sunquick, garam, kiub ayam & daun pandan. Biarkan mendidih kejap. Kemudian, masukkan beras & kacau rata.
4. Bila dah hampir masak, buat lubang (3-4 lubang) titiskan pewarna. Biarkan seketika, tabur daun sup & kacau nasi tersebut. Siapp !! Masa nih dah excited nak makan, bau dia menggoda πŸ˜‹πŸ˜‹

Resepi Ayam Masak Merah orang Kahwin :

1 ekor ayam - (potong 10-12 atau ikut suka, jangan cincang hancur sudah)
Garam + kunyit. Gaul& goreng sekejap, jangan garing sangat nanti ayam keras. Patah pulak gigi nanti πŸ˜‚

(Blend)
2 biji Bawang merah
4 ulas Bawang putih
2 inci Halia
Cili kering atau boleh guna cili boh je

1 batang serai (ketuk)
2 helai daun pandan (simpul)
3 sekawan

>> Panaskan minyak & tumis bahan blend, 3 sekawan & serai. Dah pecah minyak & garing. Masukkan daun pandan & sedikit air. Jgn byak sangat. AgakΒ² lah, kang cair sgat jadi asam pedas pulak πŸ˜‚

Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Pes asam jawa (hujung sudu)

>> Masukkan bahan di atas. KacauΒ² manjahhhh

Perasa garam
3 sb gula merah
Gula pasir (ikut kemanisan dikehendaki tapi ayam nih sedap manis pedas camtu. Makan dgn nasi ngam soii weyh 🀀🀀

>> Kemudian, masukkan bahan perasa. Ikut sedap tekak masingΒ² lah yekkk πŸ˜‹πŸ˜‹ Dah secukup rasa, masukkan ayam dah digoreng tadi. Sambung lagi kacauΒ² manjahhhh

>>Last sekali masukkan bahan di bawah. Pastu dah boleh tutup api mcm awk dah tutup pintu hati awk buat saya. Kahkah πŸ˜†
Β½ biji bawang holland
Daun sup

Resepi Acar Timun/Jelatah Timun :

ΒΌ Nenas (saya tak masukkan sbb tak ada hehe)
Β½ Timun
Β½ Karot
Β½ Bawang
Lada besar
Cuka
1 sb Sunquick
Garam sikit
Gula seimbang rasa

>> Ikut suka lah nak potong timun, karot, nenas tu mcm mana. Pastu gaulkan je semua bahan tu. Dah siaapppp πŸ˜‹

Dah boleh makann ! Eh jap, amik gambar duluu. Dah settle, baca doa & makan 😜😜

Selamat Mencuba. Insha Allah menjadi sbb saya pun first time buat smlm menjadi. Alhamdulillah ❀ Baca bismillah, selawat sambil masak & niat masakan menjadi dgn sedap utk bagi family & kawanΒ² makan πŸ˜‰πŸ˜‰
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resipi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan🍀🌢
β–ͺ️1 paket spaggeti
β–ͺ️10-15 ekor udang
β–ͺ️5-6 ekor sotong
β–ͺ️2 batang sosej
β–ͺ️bawang putih 4 ulas
β–ͺ️1 sb chili flakes
β–ͺ️1 sb lada hitam
β–ͺ️3 sb srbuk oregano
β–ͺ️5 biji cili kering
β–ͺ️1 kiub ayam
β–ͺ️2 keping cheese
β–ͺ️Tomato
β–ͺ️Lada benggala
.
1) Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
.
2) Dalam kuali yang yg lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yg telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
.
3) Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.
.
4) Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
.
5) Lepastu bolehlah masukkan spaggeti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!! Pinggan mana pinggan πŸ€€πŸ˜‚

Kredit: Nafsiah Rahim
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Kejam ke kakakπŸ˜”πŸ˜” siang sesiap kulit udang senang nak masuk mulut anak2 nanti..sukerrr takkkk??πŸ™πŸ˜‚πŸ˜‚

Ade peminat sambal udang petai tak kat sini??✌😁
kakak edit cara kakak

Sambal🍀 petai
==============

🍀Udang kertas siang kulitnya..basuh bersih2 di garam kunyit & di goreng sekejab..angkat toskan minyak,ketepikan k..

🍀 tumbok kasar halia,bawang merah & bawang putih..

🍀 panaskan minyak masukkan serai ketok..Then tumiskan bahan tumbuk tadi..lepastu masukkan cili blender..masakkan sampai garing@ pecah minyak..tambahkan air sikit..lepastu masukkan udang perasakan garam,gula & megi cukop rasa..last sekali masukkan petai kacau lebih kurang..siap

Photos from Norfadilah Ibrahim
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
lupa kan seketika coffee viral tu😘
.
jom buat air yang di amalkan
oleh Prof Dr Muhaya untuk meningkatkan imunisasi badan kita.
.
kita hanya berusaha, semoga ALLAH pelihara kita semua dari wabak virus #covid19

Amin
#covid19awareness

Bahan-bahan :
---------

a. Bunga Cengkih;
b. Bunga Lawang;
c. Buah Pelaga;
d. Kunyit Hidup (sebesar ibu jari, hiris);
e. Halia (sebesar ibu jari, hiris);
f. Serai (3 batang, dititik); dan
g. Kayu Manis

Cara Menghasilkannya :

▢️ Masukkan ketujuh-tujuh bahan di atas ke dalam jag atau cawan;

▢️ Tuangkan air mendidih dan siap untuk dihidangkan dan diminum.

▢️ Boleh digunakan banyak kali, hanya perlu menambah air bila hendak meminumnya.

▢️ Sebar-sebarkan agar semua mendapat manfaat dari khasiat semulajadi yang Allah jadikan dalam bahan-bahan yang digunakan.
Hanya gunakan bahan-bahan yang selalu ada didapur kita jea.

InsyaAllah.

#ikhtiarSIHAT
#profdrMUHAYA
#cyahconvid19

Kredit : Maria bt Bahari