MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Menu org duluΒ²..pisang muda masak lemak cili api campur bilis & tempoyak..nostalgia sgtΒ², say hai org N9 πŸ€—πŸ€—...resepi dibawah sekiranya rindu airtangan makΒ²@arwah mak kita..fav sy sgtΒ²,arwah mak sll masakkn menu ni utk kami..

Resepi...
1. Pisang muda,cuci bersihΒ² ptg seperti dibawah rendam dgn air garam&asam keping (sy guna pisang emas,ada pisang kapas lg sedap)
2. Cili api,kunyit hidup (dtumbuk)
3. Tempoyak (ikot suka korg letak byk mana)
4. Asam keping & ikan bilis
5. 1 bijik setgh Kelapa parut (perah amik pati)
Pisang tu ikot korg byk mana..klu lbih dr sesisir jgn lupa lebihkn kelapa..biar btlΒ² pekat kuah gulai korg..πŸ€—πŸ€—

Sediakn kuali,masukkn santan,asam keping,cili api,ikan bilis & pisang..masak kacau sehingga mendidih..agkΒ² pisang hampir lembut masukkn tempoyak..pastikn garam secukup rasa..siap,slamat mencuba πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
SUP TULANG ALA THAI

BAHAN2

Tulang lembu
Bawang putih ditumbuk
Bawang merah ditumbuk
Bawang besar potong baji
Sup tulang(Bunjut)
Serai - ketuk
Halia- ketuk
Lengkuas- ketuk
Daun limau
Tomato potong baji
Batang saderi dipotong
Akar ketumbar- tumbuk2 manja
Cili api- ditumbuk manja/dibelah
Jus limau nipis
Sos ikan
Garam& perasa
Daun ketumbar & daun sup- untuk hiasan

On mod SF
Tumis bwg putih dan merah,lengkuas,halia,serai,akar ketumbar dan sup bunjut.. dah garing dan naik bau masukkan daun limau dan cili api yg di belah/ tumbuk manja..
Masukkan tulang dan air paras tulang saja..
OFF mod SF..

On HP selama 40 min. Dah masak buang wap.
On mod SF tambah air sikit,jus limau nipis,sos ikan,bwg besar,garam& perasa..
Last sekali masukkan batang saderi n tomato..
SiapπŸ˜‹πŸ˜‹

SELAMAT MENCUBA😍
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
SUP KAMBING MAMAK POWER!!! sedap dimakan bersama roti, nasi lagila ye dan hirup macam tu pun lagilah terangkat...

Resepinya

1kg Daging Kambing ( yang ada tulang dan daging lagi sedap)

2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia* (bahan bertanda * dikisar halus)

1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 1/2 sudu besar rempah sup faiza (jadikan pes dgn tambah sedikit air)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
2 batang kulit kayu manis##
5 biji buah pelaga##
4 kuntum bunga lawang##
6 biji cengkih##
3@4 cili api diketuk
lobak merah dipotong memanjang
2 biji ubi kentang dipotong 4@6
2@3 biji tomato belah 4@6
Daun sup/daun bawang
bawang goreng
sedikit minyak masak

sambal kicap cili api
2 ulas bawang putih
15 biji atau lebih cili api
kicap
perahan limau nipis

caranya

1. Panaskan minyak dalam periuk.. tumis bahan bertanda ## . kemudian
masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia).
2. Bila naik bau, masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis ..kemudian
masukkan pes rempah sup kedalam periuk..kacau dan biarkan ia seketika dan
sentiasa dikacau..dan masukkan lada hitam tumbuk.
3. Masukkan daging kambing yang telah dipotong mengikut saiz kesukaan anda.
Kemudian masukkan air paras ketinggian daging kambing. Masak hingga
mendidih. Masa ni kalau ada buih2 atas permukaan kuah tu kaup buang. buih2
tu tak diperlukan. Daging agak2 nak empuk masukkan ubi kentang potong
..Masa ni nak tambah air pun boleh mengikut kepekatan yang anda suka.. jika
saya kepekatan kuah tidak terlalu cair dan tak terlalu pekat sangat..
4. Kemudian boleh la diletakkan garam, lobak yang dipotong memanjang, cili api
yang diketuk, potong daun sup dan daun bawang dan buah tomato..
5. Dah siap masak boleh la hiaskan dlm mangkuk dan tabur daun bawang dipotong
halus, daun sup dan bawang goreng
5. Dan siapkan sambal kicap cili api tuk menambahkan kepedasan dan kesedapan
sup nanti...Selamat mencuba..
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
JAPANESE FLUFFY PANCAKE

Bahan Bahan :

4 biji putih telur
4 biji kuning telur
3 sb susu segar
1/2 sk esen vanilla
1/2 cawan tepung kek
1 sk serbuk penaik
3 sb gula

Cara Cara :

1. Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula dan pukul sehingga jd meringue, soft peak ya.

2. Pukul kuning telur, susu segar, esen vanila. Masukkan tepung, pukul dgn kelajuan sederhana.

3. Campurkan adunan putih telur dlm kuning telur secara kaup balik.

4. Masak atas kuali non stick. Terbalikkan bila dah berbuih. Api perlahan

Siap!

Sumber resepi : Farisha Sofea
Diolah oleh : Afiafifah Afwan πŸ˜†
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Dah bosan makan nasi, jadi hari ni buat roti garlic bread dan Campbell cream of mushroom.

PART 1
- Cincang 3 ulas bawang putih (tumbuk boleh, kalau ada serbuk garlic lagi mudah)
- marjerin (apa-apa brand boleh, janji kena keluar awal dari peti, bagi lembut dulu)
- serbuk dried parsley
CAMPUR TIGA DI ATAS SEHINGGA SEBATI.

PART 2
- Roti gardenia (apa-apa roti boleh)
Belah dua.
- Sapu part 1 tu di kedua-dua belah roti.
- Tabur sikit dried parsley.

PART 3
- Bakar roti tersebut. (Guna oven boleh, air fryer boleh. Saya letak je roti kat non stick pan)

PART 4
- Nak buat sup cendawan tu paling senang! Panaskan dalam kuali, campur susu/air setin (saya letak susu cair setengah cawan, air sedikit) dan masukkan dried parsley.

SIAP. makan panas-panas boleh lajak πŸ˜‚
Alhamdulillah siap nasi kunyit for lunch πŸ˜ƒ
teringin sangat nak makan kat daun pisang..

RESEPI NASI KUNYIT
===================

Beras 2 sukat
Serbuk kunyit 2sb
Daun pandan 1 (ikat)
Serai 1 batang (ketuk)
Minyak sapi 1sb
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
(4 sekawan nii agak2 k)
Garam

Cara2 buat
Basuh beras dan campur semua bahan2 serta Air.
Bila nasi dah masak baru taruk minyak sapi.

AYAM MASAK MERAH
===================

Ayam 1 ekor (belah 4)
*Cili kering 15 tangkai
*Bawang besar 1 biji
*Bawang putih 4 biji
Sos tomato 3sb
Sos cili 3sb
Kacang pea 1 tin kecil
Daun pandan 1 (ikat)
Serai 1 batang (ketuk)
Gula garam secukup rasa

Cara2 buat
Goreng ayam separuh masak..
Blender bahan2 *** tumis sampai betul2 pecah minyak,
Pastu taruk bahan2 Sos dan semua bahan termasuk Ayam,
Slowkan api ..tutup dlm 5 minit camtu.. okey siap

RESEPI ACAR TIMUN
===================

Timun 1 batang (hiris bulat)
Lada merah (hiris nipis)
Bawang besar 1 biji (hiris nipis)
Cuka 10sb
Gula 3sb

Masak cuka dgn gula..pastu tuangkan kat
Semua bahan2..okey camtu je

SELAMAT MENCUBA
Diizinkan Share 😊

Bismillahβ€πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ

Sumber: fb atie jumaat
RESEPI BARU

IKAN SUMBAT CILI

Ikan sumbat penuh....mudah ja semua orang boleh buat
Nanti nak goreng saya akan guna minyak yang saya buat kari tu...
Jadi kalau nak buat gulai kena tumis rempah dalam minyak yang banyak...
Dah masak buang minyak tu dalam satu bekas dan simpan. Esok nak goreng ikan atau nak goreng ikan sumbat cili goreng dengan minyak ni...sedap pun sedap....

Resepi ikan sumbat cili

5 biji Cili merah@ 15 cili kering@campur
Ikan kembung 10-12ekor belah belakang
Serai 1 batang
Bawang merah 10
Bawang putih 4
Halia 1 inci
Air 1/2 cawan
Asam jawa secolek@air lemon
Gula 2 sudu kecil
Garam 1/2 sudu kecil
Belacan 1/2 sudu kecil ( jika suka)
Semua bahan diatas dikisar halus

Pastu masukkan kedalam bekas.bubuh serbuk kunyit 1/2 sudu kecil. Gaul dan sebatikan.

Ikan yang dah disumbat inti tadi hendaklah dilumuri dengan kunyit suoaya tidak melekat bila digoreng nanti.

Masukkan minyak agak boleh tenggelam ikan.sekali goreng 3 ekor saja.

Selamat memasak

Petua:
( jika suka dan nak bagi lebih sedap masukkan 2 sudu besar kelapa parut segar atau boleh guna kelapa parut kering yang orang dok buat kueh tu..).
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Burnt cheesecake mini. Berebut makan niπŸ˜„

Sorry baru sempat nk update resepi. Ambik dlm grop ni juga saya tolong search ya.
Basque Burnt Cheesecake

Bahan2 :
250g cream cheese
125ml whipping cream DAIRY cth anchor, emborg, arla
85g gula
1 sudu besar esen vanila
2 butir telur B
9g tepung gandum diayak
Mix gula dan cream cheese, masukkan telur, whiping cream dan tepung.
Alas parchment paper dlm loyang saiz 6 bakar suhu 200 selama 1 jam.
Lepas masak simpan peti sejuk.
Saiz comel ni bakar dalam acuan muffin. Boleh ikut kreativiti masing2. Saya tak sukat letak agak2 ja. Buah letak lepas bakar ya.
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi ayam masak lemak cili padi
.
Ayam 1 ekor
.
Bahan diblend kasar/ditumbuk
Bawang merah 5 ulas
Cili hidup merah 8 tangkai
Cili padi hijau 15 tangkai(kalau xtahan pedas 7 tangkai pun okey)
Kunyi hidup agk agk setengah inci
Garam
.
Santan pekat setengah cawan
Santan cair 1 cawan
(guna santan fresh baru sedap tp klau xdan,santan kotak pn xpa)
.
Cara masak
Tumis minyak dengan bahan yg ditumbuk . Masukkan ayam potato dan santan cair .kacau dengan api perlahan smpai mendidih.lpas mendidih masukkan santan pekat.tggu smpai mendidih lagi sekali.masukkan tomato dn tabur daun kunyit.klau pekat sgt.tambah air ikut selera masing masing 😌😌😌
.
Kredit: mastura mukhtar

Like Koleksi Resepi Siim Untuk Resepi Yang Seterusnya πŸ˜‹
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Nasi Arab Ayam Mandy ! Resepi cedok dari Cik Google dengan edit2 skit πŸ˜‚
Jom try...

AYAM :
Seekor potong 4
1 tomato potong 4
2 cili hijau besar
Kayu manis
1 tsp Jintan manis
1 tsp jintan putih
1 tsp ketumbar
1 tsp biji lada hitam
Daun bay

Madu
Kunyit serbuk
Garam

Rebus ayam dengan kesemua bahan2 diatas sehingga separuh masak. Jangn terlalu masak sebab nanti nak masak ayam sekali dgn nasi. Dah hampir masak, boleh angkat dan toskan.
Perap ayam dengan kunyit serbuk, madu dan sedikit garam

NASI :
Minyak sapi
Beras basmathi
1 tsp ketumbar
1 tsp lada hitam
1 tsp jintan manis/jintan putih
Daun bay
Daun ketumbar
1 tsp Serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis/jintan putih
Lada hijau besar
Carrot , kismis
Garam

Basuh beras dan toskan. Tumis** semua bahan2 di atas kecuali carrot dan kismis. Selepas tumis asingkan. Saya tumis lain pula carrot kismis dengan minyak sapi. Asingkan.
Tuang bahan tumis** tadi ke dalam pressure cooker. Masukkan beras. Masukkan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan beras.
Lepas itu masukkan tumisan carrot dan kismis. Last sekali masukkan ayam. Tutup dan tunggu hingga masak.

SOS HARRAH :
Daun ketumbar
2 Tomato
3 lada besar
2 sudu yogurt
Perahan lemon
Garam, gula

Campur semua bahan dan kisar.

ACAR SALATAH :
Timun
Tomato
Bawang
Lada besar
Perahan lemon
Daun ketumbar
Gula garam

Potong dadu kesemua bahan dan gaul sampai sebati.

YOGURT :
2 sudu yogurt asli
Hirisan bawang
Daun ketumbar atau pudina

Campur kesemua bahan gaul sebati. Siap !

Selamat mencubaaa..
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi nasi ayam simple by me
=======================

menu simple dan mudah masak

Ayam:
rebus ayam masukkan bawang merah bawang putih halia 1/2inchi dan sup bunjut serta kiub ayam agak ayam dah agak masak sikit angkat air rebusan jangan buang kita nak buat masak nasi dan sup ayam, lepas dah angkat ayam perapkan dengan sos tiram, kicap manis, madu and garam sikit perap 1/2jam dah siap perap nanti goreng smpai masak

Nasi ayam:

beras 2 pot
majerin(sy pakai jenama planta)
bawang merah 3 biji
bawang putih 3 ulas
halia 1/2 inchi

cara-cara:
panaskan majerin tumis bahan hiris tadi
sampai naik bau lepas tu masukkan beras,masukkan air rebusan ayam tadi dan masak seperti biasa saya lebihkan sikit air dari masak nasi biasa

cili:

10 biji cili merah
5 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
tomato 1biji

blender semua ni pastu masak atas dapur ltak gula garam semua masak smpai pekat dan warna dia bertukar akhir sekali baru masukkan perahan limau kasturi dalam 5 biji (saya xpakai cuka saya ganti limau)

lepas tu bahan sampingan ulam2 tulah sayur salad , timun , tomato dah siap dihidang dan makan...

memang sedap resepi ni cubalah pasti jadi ...

saya makn dulu hahaha