MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Nak share resepi ayam panggang ala kenny rogers yg simple je bahan tapi sedap! Nsb screenshots resepi kalau tak jenuh cari kat folder saved tu! ๐Ÿ˜‚ Resepi asal takda sukatan so dah buat eksperimen utk dua bahagian ayam ni ๐Ÿค—

Bahan :
Ayam
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 4 ulas
Halia 2 inci
Planta / majerin
3 sb sos black pepper
1 sb serbuk black pepper
1 sb serbuk cili
Gula
Garam
Kentang 2 biji
1 kiub pati ayam

Step :
1. Rebuskan kentang dgn kiub pati ayam smpai kentang empuk.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih halia dgn planta/majerin smpai naik bau.
3. Bila kentang dah lembut, masukkan dlm belnder campur dengan semua bahan yg lain. Air untuk blend guna air rebusan kentang tu.
4. Cucuk2 sikit dekat bahagian ayam tu supaya nnt bahan perap boleh masuk dlm ayam. Tuang bahan perapan td so siap! Perap semalaman pastu boleh la panggang ๐Ÿ˜‰

Panggang guna oven tadi suhu 200 dlm 60 min . So yg ni bergantung la oven memasing ye ๐Ÿ˜

Sumber resepi : fb (terima kasih yg share resepi, sorry taktau siapa..minta halalkan ye) sedap ๐Ÿ˜Š
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi Kuih belebat keledek ๐Ÿ˜‹

Bahan bahan..โœ“
============
1 ketul keledek ungu
1 ketul keledek oren
1 cawan tepung beras
3 1/2 cawan santan
4 sudu gula
1/2 sudu teh garam
Daun pisang

Cara2nya โœ“
=
Kupas keledek dan potong jejari.setelah siap keledek direbus bila sudah empuk angkat dan sejukkan.
=
- dalam periuk masakkan santan garam dan gula,kacau sampai hancur..sambil tu bolehlah bancuhkan tepung beras dengan santan tadi kemudian masak dengan api perlahan sehingga masak,pekat dan meletup-letup.
=
-selepas itu masukkan pula keledek yang dh direbus tadi kacau perlahan-lahan supaya keledek tadi bercampur dalam tepung.
=
-ambik daun pisang yang dh dilayur api.
=
-selepas itu bungkus macam nasi lemak dh siap bungkus boleh lah kukus lebih kurang 10 minit hingga 20 minit.
=
-dh masak bolahlah makan..sedap ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi Bread egg sausage muffin guna Air Fryer
_________โ €โ €โ €โ €โ €โ €โ €โ €โ €
Bahan-bahan:
1. Roti gardenia
2. Telur
3. Sausage
4. Cheese
โ €โ €โ €โ €โ €โ €โ €โ €โ €
Cara:
1. Carik2 roti masukkan ke dalam paper cup.
2. Masukkan sausage yang dipotong kecik. Padat2 kan..
3. Pukul telur bagi sebati dan tuang ke dalam papercup. Untuk 6 papercup ni saya guna 2 biji telur gred A.
4. Letakkan cheese. Terpulang nak guna cheese apa. Sy guna cheesedale je. Tabur parsley flake. Resepi asal guna mixed herbs.
5. Bakar dlm Af 160 celcius 8 minit.
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
STEW AYAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam-dipotong 12
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
8 biji ubi kentang
2 biji karot
2-3 cawan air
1 biji kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar serbuk BISTO
Garam n serbuk lada hitam secukup rasa
* Serbuk BISTO ini berwarna coklat macam serbuk brown sos rupanya tapi rasa lain sikit . Bisto hanya boleh dibeli di Cold Storage , kalau tak ada serbuk bisto tak sedap la stew ayam ini .

Cara:

Bersihkan ayam dan gaul dengan sediki garam kemudian goreng ayam sampai kekuningan . Kupas semua bawang dan di mayang nipis-nipis , semua ubi kentang juga di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil , kikis kulit carrot dan dipotong menyerong tebal-tebal. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , biarkan bawang ini masak dan menjadi kekuningan . Terus masukkan semua air dan ubi kentang serta carrot kemudian kacau , biarkan kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk . Masukkan kiub ayam , lada hitam dan semua ayam yang telah di goreng tadi . Bancuh serbuk BISTO dengan sedikit air , kemudian tuang ke dalam stew tadi kacau semua bahan . Bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam stew serta kacau stew supaya semua bahan menjadi sekata . Kuah stew akan menjadi pekat dan rasa garam jika kurang masin tambah la garam lagi . Biar kuah mendidih selama 3-5 minit lagi dan boleh la ditutp api dapur. Kuah stew yang tengah mendidih , saya masukkan dahulu ubi kentang dan carrot supaya menjadi empuk , last sekali baru la saya masukkan ayam . Kemudian saya akan kacau semua bahan supaya menjadi sama rata , saya biarkan stew ini mendidih untuk 5 minit lagi sebelum saya tutup api dapur
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong kecil)
1 biji terung bulat
2 genggam daun kesom
1 1/2 cawan jus asam jawa
1 1/2 cawan cili kisar
garam dan secubit gula

Bahan tumbuk:

8 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia tua
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 1/2 sdb lada hitam biji

Cara:

1. Ayam dibuang kulit, dicuci bersih dan ditoskan. Terung dibelah 6.
2. Panaskan minyak ke dalam periuk, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan cili kisar dan masak lagi hingga naik minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan hingga ayam sedikit kecut.
3. Masukkan air secukupnya (anggaran 1500 ml). Reneh hingga ayam 3/4 masak.
4. Masukkan terung, daun kesom, jus dan asam jawa. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai
pemangkin rasa. Biarkan menddih dan hingga terung lembut. Rasa, jika dah okey matikan api. Siap untuk dihidangkan.
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
AYAM PAPRIK

Bahan-bahan:

4 ketul ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air

Cara:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
Masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
Tutup api dan hidangkan.
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
HOMEMADE SATAY AYAM

Bahan-bahan:

1.5 kg- 1.6kg Daging Ayam beserta kulit ( dipotong dadu )
1 ยฝ suudu besar Biji Ketumbar ( disangai dan dikisar )
1 ยฝ sudu besar Jintan Manis ( disangai dan dikisar )
Segenggam Serai ( dipotong halus dan dikisar )
1 sudu besar Serbuk Kunyit
10 biji Bawang Merah ( dikisar )
500gm Gula
ยฝ cawan Minyak Masak
Lidi Satay secukupnya ( perlu direndam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam )

p/s- Resepi diatas boleh digandakan sekiranya ingin membuat dalam kuantiti yang banyak

Cara membuat:

1.Daging ayam beserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletak dalam penapis biar seketika.
2.Kisar sekali bahan seperti biji ketumbar , jintan manis , serai dan bawang merah sehingga halus.
3.Marinate ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan yang telah dikisar, masukkan gula , serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak, pastikkan daging ayam dimarinate sekata.Biar 30 minit dalam peti sejuk.
4.Cucuk daging ayam yang telah dimarinate ke lidi satay, anggaran 4-5 potongan dadu ayam bercampur kulit ayam dalam sebatang lidi satay.Cucuk sehingga selesai.Siap untuk dibakarโ€ฆsebaiknya dengan kayu arang@charcoal..terbaik.
5.Sediakan minyak dan serai untuk disapu ke atas satay apabila dibakar, supaya aroma satay akan lebih wangi dan menyelerakan.
6.Jika korang nak bakar satay lambat lagi, boleh lah korang packingkan satay dalam plastic 10 batang 1 plastik.dan simpan dalam freezer, bila hendakgunakan baru lah defrost.Selamat Mencuba!
Satay ayam sedap dimakan dengan kuah kacang marbeles dan sambal garing, beserta potongan bawang merah , timun dan nasi impit.
Boleh gunakan resepi ini untuk berniaga..
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
DALCA AYAM

Bahan-bahan:

1 mangkuk isi ayam - dipotong dadu
1 cawan santan
2 genggam kacang dal - rebus hingga empuk
1 biji cili hijau - potong 1 inci
1 biji kentang - belah 12
1 biji karot- potong mancis
3 biji kacang panjang - potong 1 1/2 inci
1 biji terung bulat - belah 6
1 biji tomato - belah 4
3 sudu makan rempah kari daging
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor

Bahan tumbuk:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:

Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
Masukkan bahan tumbuk. tumis hingga wangi.
Masukkan rempah kari daging, daun kari, cili hijau dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
Masukkan isi ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, asam gelugor, kentang dan sedikit air. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan serbuk perasa.
Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.