MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi Kulit Tembikai Masak Tumis Air

Bahan-bahan

sebiji tembikai (jangan ambil kulit keras yang bewarna hijau, ambil kulit berwarna putih kira2 1.5 inci di antara isi buah tembikai dan kulitnya)

1 biji cili besar
10 biji lada hitam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
secubit belacan (agak2 la jgn byk sgt jgn sikit sgt)
1 batang serai
garam dan serbuk perasa secukup rasa
ikan bilis (segenggam tp jgn byk sgt)
air (dalam 2-3 cawan)

Cara-cara

masukkan air dalam periuk, serai dan tunggu mendidih

sambil tunggu air mendidih, tumbuk semua bahan lain kecuali kulit tembikai, garam dan serbuk perasa (untuk menjamin keenakan, jgn blender ye..guna lesung batu)

bila air mendidih, masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi dan biarkan sekejap

masukkan kulit tembikai, biar sampai empuk kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa

kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan sayur kubis dan pucuk manis untuk rasa yang lebih istimewa

kalau family kami, bila mkn kulit tembikai kena ada hidangan sampingan macam ikan masin dan sambal belacan..barulah terangkat!

SELAMAT MENCUBA
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi AYAM MASAK LEMON. Resepi ni xda sukatan yg tepat.. sy main agak2 je... Ikut pd byk mana ayam korang yaa😘

Ayam gaulkan dgn Tepung bestari dan sedikit air, jgn cair sgt, jgn pekat sgt.. sedangΒ²πŸ˜‚(Tak perlu tmbh garam sbb tepung bestari dh masin) perapkan kejap dlm 20mnit..

🐣Tepung utk goreng

Tepung bestari
Satu sudu kecil tepung beras
Satu sudu kecil tepung gandum
(Xperlu gaul pakai air, satukan semua tepung, then ambil ayam yg dh perap td, golekkan atas cmpuran tepung ni dan terus goreng. Goreng dgn api sederhana takot dalam x masak)

🐣Resepi SOS

Bawang putih diketuk dan cincng halus
Halia dihiris nipis
Tumis bahan diatas.. kemudian Masukkan air, kiub pati ayam, Sos tiram, Sos ikan, air perahan lemon 1 biji. Kemudian biarkan mendidih sekejap, taburkan cili padi yg dihiris kecil (ni optional yaa.. kalau xsuka mkn pedas, xpyah letak) kemudian perisakan dgn gula dan sedikit serbuk cukup rsa maggi. (Kalau xda, guna garam sikit je)

🐣 sos ni rasa masam manis pedas. Jd pndaiΒ² laa seimbngkn gula n garam tu.. jgn byk sgt buh garam.. sbb dh ada kiub pati ayam n sos ikan tdπŸ˜‚)

🐣 Harus diingat, gula pn jgn letak byk sgtttttπŸ˜‚ nnti manis xlalu nk mknπŸ˜‚

Bila kuah dh agak menggelegak, masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung utk pekatkan kuah😘

Lastly, taburkan biji bijan yg tlh disangai, hirisan lemon sebagai hiasan, dan sedikit hirisan daun bawang sebagai penyeriπŸ˜‚ ewahhh.. slmt mncobaaa guys😘
RESEPI IKAN BILIS DAN TEMPE GORENG
.
Bahan-Bahannya:
● 1 keping besar tempe (dipotong nipis)
● 250 gram ikan bilis halus
● 4 sudu besar cili kisar
● 2 sudu besar sos cili
● gula dan garam secukup rasa
Bahan untuk di cincang halus
● 2 ulas bawang putih*
● 2 ulas bawang merah*
.
Cara Penyediaan:
1. Cincang halus bahan *
2. Dalam kuali berasingan, goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Asingkan.
3. Panaskan 4 sudu besar minyak masak.
4. Tumis bawang sehingga kekuningan dan naik bau.
5. Masukkan cili kisar ,sos cili dan gula. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan ikan bilis dan tempe, kacau rata. Tambah garam ikut rasa.

* Tips: Ikan bilis sudah mempunyai rasa masin Berhati-hati bila menambah garam.

Selamat mencuba kiki emoticon
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
*RESEPI KERABU MANGGA SIAM STYLE*

Bahan-bahan :
πŸ₯­6 biji mangga muda yang kecil2 tu (kupas kulit, sagat halus)
3 batang serai (dimayang halus)
4 biji tomato (potong panjang2)
10 tangkai cili padi (potong halus)
1 sb udang kering (cuci, tos dan tumbuk halus)
4 sb kacang tanah (goreng tanpa minyak, tumbuk kasar)
4 biji limau nipis (ambil jusnya)
sos nampla @ sos ikan @ sos sotong - rasa masin
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
Campurkan mangga, serai, tomato, cili dan udang kering. Gaul rata.
Perah asam limau, masukkan sos nampla dan perasakan dengan gula dan garam.
Tabur kacang tanah atau digaul bersama dengan kerabu.

Selamat mencuba πŸ’πŸ’
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi Nasi Ayam Thai

4 pot beras basmathi
1/2 ekor ayam - potong 2/4 bahagian
4-5 pokok akar daun ketumbar
1 pokok daun & batang ketumbar
2 inch halia hiris nipis
1 kiub pati ayam

Cara2
- sukat air, masuk semua bahan (kecuali dada ayam), rebus 1/2 ekor ayam smpai masak utk dapatkan stok ayam...boleh letak lebih air ye sbb lebihan stok ni nanti boleh dijadikan sup.. - Keluarkan ayam, masukkan beras yg di basuh kedalam rice cooker, susun ayam diatas beras, masukkan stok ayam mengikut keperluan sukatan beras anda, masuk sedikit garam & cukup rasa, masak macam biasa guna rice cooker...

Sos Nasi Ayam Thai:
2 sudu besar perahan limau nipis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar taucu pes
1 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar Nam Pla ( sos ikan)
2 sudu besar gula perang (gula kabung/nisey)
5 biji cilipadi merah cincang halus
2 ulas bwg putih cincang halus
2 keping hirisan halia - cincang/tumbuk halus
Sedikit daun ketumbar cincang
Sedikit Air masak

Cara2:
- masukkan semua bahan & kacau hingga sebati, kepekatan bergantung dgn air yg anda bubuh ye..

Ayam Goreng Crispy

3 keping dada ayam tanpa tulang - dibelah butterfly
2 sudu besar tepung ayam goreng bestari dicampur dgn 1/2 cawan air (salutan basah)
4 sudu besar tepung ayam goreng bestari dicampur dgn 4 sudu besar tepung kentang
1 sudu kecil lada sulah(salutan kering)

Cara2:
- panaskan minyak masak (deep fry)
- Celup sekata ayam dalam salutan basah - Kemudian gaul ratakan dgn salutan kering
- Goreng ayam hingga masak ketika minyak sudah cukup panas ye.. api ketika menggoreng jgn terlalu besar ye.. Selamat mencuba

Resepi adnilsam apat
SUP PETOLA DENGAN TELUR

Bahan bahan:

2 batang petola - siang dan hiris sederhana tebal
1 mangkuk kecil daging - hiris kecil
2 biji telur
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Suhun
Garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga wangi. Masukkan daging dan kacau rata sehingga daging berubah warna.

2. Masukkan telur dan biarkan telur sedikit mengeras, baru dikacau supaya jadi ketulan kecil.

3. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.

4. Masukkan petola dan suhun sehingga hampir lembut. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.

5. Boleh lah tutup api. Jika suka, boleh tabur cili merah hiris sebagai menambah warna, daun bawang dan bawang goreng.

Nota:
Jika suka, boleh letakkan fish ball juga.
Boleh juga dimasukkan telur setelah kuah mendidih. Telur akan menjadi sebiji biji besar.

#sup
#petola
#telur
RESEPI AYAM SOS PLUM

Bahan-bahannya :
STEP 1
1 kg ayam potong sederhana.
Perap dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk. Letak sedikit garam sahaja.

Goreng sederhana ayam ini.

STEP 2
4 ulas bawang putih tumbuk kasar
2 labu bawang besar mayam.
3 inchi halia ketuk/tumbuk kasar
1 biji capsicum
1 batang saleri/batang saderi
1 -2 batang Karot potong dadu
1 biji cili hijau dipotong.
2 biji buah tomato dipotong dadu
1/2 cawan Kicap pekat
1/4 cawan Sos tiram
1 cawan Sos Plum
2 sudu teh Serbuk lada hitam
3 sudu madu

Cara masak :
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Tumis sehingga wangi.
2. Masukkan kicap, sos tiram dan sos plum.
3. Masukkan batang saleri, karot dan capsicum.
4. Tambahkan tomato potong, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
5. Masukkan ayam, madu dan tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.
IKAN SIAKAP STIM LIMAU
.
Bahan-Bahan:
5 ulas bawang putih
Stok ayam ( kalau takde guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
Cili api merah
Daun limau (kak M lupa nak beli)
Serai
Halia
Daun ketumbar
Limau nipis
Sos ikan ( 5 sudu besar)
Garam (tak nak letak pun takpe)
Gula secukup rasa
.
Cara-caranya:

1. Seekor ikan siakap cuci bersih dan kelarkan.
.
2. Sediakan bekas yg sesuai mengikut size ikan dan letak dalam pengukus. Tapi Kak M nak cepat, jadi kak M gunakan magic pan. Pun boleh. Lagi cepat masak!
.
3. Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakan. Kak M tak letak daun limau. Pastu sumbat semua serai, daun limau dan halia dalam perut ikan.
.
4. Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan masak dalam magic pan dalam 20 – 25 minit, check hingga ikan betul-betul masak.
.
5. Masukkan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam dan gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. Please rasa dulu ye. Adjust sampai puas hati. Ketepikan.
.
6. Ok, bila ikan dah masak boleh keluarkan dan letak dalam pinggan besar.
.
7. Last sekali, curahkan dengan bahan-bahan (No.5) yang dah dicampurkan dengan daun ketumbar tadi. Dah siap!!
.
Jom try! Mudah, sedap dan cepat yeayyy πŸ’ƒπŸ»

Kredit resepi : Kak M (MAHN)

😘
(RESEPI LENGKAP) = Char Kuey Teow Penang Style
Bahan-bahan : (Char Kuey Teow)
500g kueyteow Jenis kecil (Penang style)
300g udang
200g kerang
150g taugeh
100g kucai
1 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu cili giling
4 sudu sos char kuey teow
3 biji telur
Air rebusan udang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan : (Kicap paste)
200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
250 ml air
4 biji bawang putih (dikisar)
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis
2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
Bahan-bahan : (Sampingan)
Cili jeruk
Cili Merah (dihiris)
Bawang Goreng
** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja.
Cara-cara :
1) Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
2) Tumis bahan tumisan hingga bau wangi. Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos char kueyteow dan kacau. Masukkan udang & kerang dan Gaul sehingga rata.
Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak2 nak masak. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat.
3) Hidangkan terus agar Char kuey Teow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.
Note :
- Paste ni seelok2nya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi sodapp la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.
Nasi Berlauk Ayam Gulai Guna Rempah Bunga Ros. Memang Terbaik!Dekat Terengganu Memang Popular.
BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam | potong kecil
3 sudu besar cili kering kisar
1 pek kecil rempah gulai cap Bunga Ros | tambah sedikit air dan jadikan pes
1/2 pek kecil rempah masak cap Bunga Ros | tambah sedikit air dan jadikan pes( jika tiada, boleh diganti dengan rempah kari biasa)
1 pek kecil kerisik
Air asam jawa secukupnya
1 keping asam keping
2 biji ubi kentang
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan santan cair
Garam dan gula secukup rasa
2 ketul nisan/gula melaka sebesar ibu jari
Minyak masak


BAHAN KISAR

6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMISAN:

3 ulas bawang putih | mayang
1/2 biji bawang besar | mayang
1 inci halia | mayang kasar
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang


CARA MEMASAK:

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Masak hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan kisar & cili kering kisar. Masak hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan rempah masak, rempah gulai beserta kerisik. Kacau hingga masak dan pecah minyak.
Seterusnya masukkan ayam dan ubi kentang diikuti santan cair.
Setelah gulai mula mendidih, masukkan santan pekat, asam keping, air asam jawa dan nisan ( gula melaka). Perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.

BAHAN AIR LADA

2 biji cili merah besar
15 biji cili padi merah & hijau ( campur)
Sedikit cuka ( sekadar untuk menggerakkan blender)
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:

Masukkan cili merah, cili padi dan cuka ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
Tuang air lada ke dalam mangkuk dan perakan dengan geram serta gula dengan secukup rasa.
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Alhamdulillah rezeki Iftar Ramadhan ketiga.
Mee Kari mudah untuk 4 orang makan. Resepi ni untuk keluarga kecil macam saya. Kalau u ols ramai, gandakan bahan2 itu ya. Ini resepi mudah dan simple. Saya share resepi kuahnya ya πŸ€—

Bahan-bahan kuah :
-------------------------------
Bahan dikisar πŸ‘‡
πŸ§…Bawang Merah 2 ulas
πŸ§…Bawang Besar 2 ulas
πŸ§„Bawang Putih 3-4 ulas
🌢️Cili Merah 2-3 biji

πŸ§…Serbuk kari daging/ayam - 2 sudu besar dibancuh dengan air panas
πŸ§…2 sudu cili boh (ikut kepedasan masing2)
πŸ§…Sebatang serai (diketuk)
πŸ§…Bunga lawang - sekuntum
πŸ§…Kayu Manis - sebatang kecil
πŸ§…Daun Kari
πŸ§…Santan Kotak kecil (saya guna setengah
kotak je)
πŸ§…Kentang (dipotong kecil)
πŸ§…Bebola ikan / fishcake
πŸ§…Taufu
πŸ§…Isi Ayam

Caranya :
---------------
πŸ‘©β€πŸ³Tumis bahan kisar sehingga naik bau,
πŸ‘©β€πŸ³kemudian masukkan daun kari, bancuhan
serbuk kari dan cili boh. Masak hingga
pecah minyak sikit.
πŸ‘©β€πŸ³Masukkan ayam, kentang yang telah
dipotong kecil serta bebola/fishcake ikan.
πŸ‘©β€πŸ³Masukkan 1 1/2 cawan air dan kacau rata
hingga ayam masak.
πŸ‘©β€πŸ³Masukkan setengah kotak santan (kotak
kecil) dan kacau rata.
πŸ‘©β€πŸ³Tambahkan air 2 ke 3 cawan mengikut
citarasa sendiri nak kuah banyak mana.
πŸ‘©β€πŸ³Perasakan garam dan gula.

Selamat Mencuba πŸ€—
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Assalamualaikum
Slmt Tghri Semua
*Kari ikan bawal*
Resepi ☺️
"Kari ikan bawal"
Ikan bawal (seekor potong 5 ketul)
Rempah babas ikan sebngks
Sedikit air asam jawa
Sedikit santan ja
Garam, pati ayam knoss(1)
Bwg kecik 4ulas
Bwg putih 3 ulas
Jintan putih satu sudu kecil(Semua d atas tumbuk ya)
Untuk tumis
Sedikit daun kari
Bwg kecil 3 ulas
Bwg putih 2 ulas
Halba campur(semua d atas hiris nipis)
Untuk hiasan
Bendi 6 biji
Cili hijau 2 biji (Belah 2)
Tomato 1 biji besar potong 8
Sedikit daun bwg
Cara2
Tumis bhn2 yg di hiris xd
bagi kekuningan... kemudian masukkan rempah yg di Campur dgn bhn2 tumbuk bersama sedikit air
Masak bgi pecah minyak ,kemudian masukkan air asam jawa..,sedikit santan ,garam dgn pati ayam.. masak bgi menidih masukkan ikan bawal masak dlm 5 min.., masukkan bhn2 hiasan xd ,bendi ,Cili hijau dgn daun bwg...masak 5 min lggg dh ttp api siap...untuk d mkn☺️
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
RESEPI IKAN BAWAL MASAK SOS

Bahan-bahannya :
● 1 ekor Ikan Bawal. (ikan lain pun boleh)
● Sedikit Garam*
● Sedikit Kunyit Serbuk*
● 1 sudu besar Tepung Jagung*
● 1 1/2 inci Halia Muda. (diracik halus)
● 2 biji Tomato. (dibuang biji)**
● 1/2 labu Bawang Besar**
● 3 ulas Bawang Putih**
● 3 ulas Bawang Merah**
● 2 biji Limau Kasturi. (buang biji)**
● 5 sudu besar Sos Cili
● 2 sudu besar Sos Tomato
● 2 sudu besar Sos Tiram
● 1 sudu kecil Kicap Pekat
● 1/2 sudu kecil Lada Sulah
● 1 sudu besar Tepung Jagung dibancuh bersama 1/2 cawan air .(jika suka, untuk memekatkan kuah)
● Garam, gula dan Serbuk Perasa.
● Minyak untuk menggoreng dan menumis.
● Kisarkan bahan-bahan bertanda **

Cara-caranya :
1. Gaulkan Ikan Bawal dan bahan bertanda*. Goreng sehingga garing.

2. Dalam kuali lain, panaskan 2 sudu besar Minyak Masak dan tumiskan Halia Muda yang diracik sehingga naik bau.

3. Masukkan bahan yang dikisar, kacau hingga sebati.

4. Masukkan Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram, Kicap Pekat dan Lada Sulah. Kacau sehingga masak.

5. Akhir sekali, masukkan air tepung jagung (jika perlu), garam, gula dan serbuk perasa. Jika suka masukkan 1/2 labu baki Bawang Besar tadi yang dihiris bulat.

6. Apabila dah siap curahkan kuah tadi ke atas ikan yang dah digoreng. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen β€œSAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
#resepi