Khairul Hakimin Muhammad
41.7K subscribers
1.31K photos
27 videos
8 files
1.65K links
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; https://linktr.ee/khairulhakimin

Whatsapp: 0122117994
Download Telegram
HQ Facebook mempunyai banyak jabatan di dalamnya. Antaranya ialah F & B, Lifestyle, Fesyen, Politik, Software, Teknologi, Video dan Audio, Automotif, Machine, Rumah dan Kediaman, dan banyak lagi.

Kesemua jabatan ini akan mengumpul semua data yang kita muat naik dan membuat banyaknya kajian dalam bentuk analitik, statistik dan insight.

Kemudian, disusun melalui algorithm yang paling kuat trendingnya.

Ingat, viral hanya 24 jam sahaja. Apa sahaja hal (topik atau subjek) yang masih ‘hidup’ selepas 24 jam di media sosial, disebut sebagai trending.

Dikatakan pada tahun 2018 (di Malaysia), sehingga Mac inilah yang paling tinggi trendingnya di Facebook.

1. E-Commerce (jualan melalui kedai online seperti Lazada dan lain-lain).

2. Kosmetik (lipstik terutamanya).

3. Makanan (yang direview).

4. Produk ubat kuat (disebut sebagai produk seks).

5. Produk kanak-kanak dan bayi (mainan terutamanya).

Ke semua maklumat ini adalah yang datang dalam bentuk posting:

1. List (numbering).

2. Story-telling (teknik bercerita).

3. Ayat iklan.

Khairul Hakimin Muhammad,
Social Media Masterclass, London
2018
Untuk posting #iklan, #content boleh digunakan dengan:

1. Awareness. Biasanya bersifat menerangkan produk sahaja. Jarang dapat jualan namun posting ini memberi makna. Apabila semakin ramai yang tahu tentang produk, ia memudahkan posting iklan selepas itu.

Sekiranya dapat jualan, ia bonus.

Masa yang sesuai ialah 12 tengah hari.

2. Sales. Boleh dimuat naik secara terus hard sell atau soft sell. Tak jadi masalah. Apabila orang sudah tahu tentang produk, proses membuat jualan akan jadi “kacang!” Namun, di sini yang memberi cabaran ialah aktiviti closed sales.

Mesti ada sistem yang lengkap dalam menerima tempahan seperti meletakkan link Whatsapp. Yang menerima tempahan pula kena laju, kurier kena cekap dan menerima rungutan dengan terbuka.

Masa yang sesuai ialah 3.00 petang atau 5.30 petang.

Dua perkara ini dibangunkan dengan content tersendiri, dan mesti selalu dibuat. Ingat, bukan semua posting kita adalah posting iklan.

Ia tetap perlu disisip dengan posting kehidupan biasa. Kalau tidak, semua orang akan berundur dan merasakan kita ini hanya kedai, bukan manusia yang mahu bermedia sosial.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Suka iklan pada 10.00 pagi, 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.
Salam semua keluarga besar Telegram #KHM.

Macam tak percaya perlahan-lahan kita membentuk group ini.

Sebagai hadiah kepada kalian semua, saya siapkan Ebook terkini 77 TIPS PANDAI BERFACEBOOK.

77 Tips Pandai BerFacebook!

Ada ramai antara kita duk buat akaun Facebook, namun pakat tak menjadi belaka kerana belasah sana sini.

Kali ini Khairul Hakimin Muhammad membawakan Tips-Tips semudah ABC untuk kita fahami dan buat terus di akaun kita.

Sama ada nak naikkan FOLLOWER atau nak JANA SALES, 2-2 boleh!

Tips ini berkesan kepada sesiapa sahaja. Dari suri rumah, pelajar, pegawai kerajaan, doktor, jurutera, founder produk, bisnesman, saja-saja nak main Facebook, atau affiliator, dropshipper produk, sesiapa sahaja! Semua boleh.

Tak nak cakap banyak, dapatkan sekarang ya!

Saya buka PREORDER hingga 30hb atau 300 unit sahaja dengan harga RM39.00 sahaja.

Jika habis awal atau sampai 30hb, harganya kembali ke RM79. Masukkan #Kupon PREORDER77 ya untuk dapatkan harga RM39!

Ebook akan mula diedarkan pada 1hb May ya!

Tempah di sini!

https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb
https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb
https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb
Masukkan kupon PREORDER77 untuk dapatkan harga RM39 ya!
Kalau terus buat belian, harga akan keluar RM79. Masukkan kupon tersebut dulu, klik tuntut barulah dapat harga RM39 itu
Ada 42 orang yang buat belian terus hari ini. Saya buka di wall saya esok yaa. Kalau habis, jangan maraaaaah. Hihi
#Content yang bagus pada #Sabtu dan #Ahad ialah yang memberi sedikit hiburan atau keselesaan kepada audien.

Kebiasaan, pada hari cuti sesebuah negara, penurunan bermain sosial media juga dapat dilihat dengan jelas.

Jika pada satu-satu masa, ada 200,000 orang sedang aktif, namun pada hari cuti, boleh jadi 160,000 orang sahaja yang masih aktif. Ia menurun kerana orang mahu rehat, mahu tenang, mahu bersama keluarga dan sebagainya.

Oleh itu, apa yang kita muat naik pun mesti tidak terlalu berat, tidak bersifat terlalu panjang dan susah untuk difahami.

Tips, step by step, petua, itu semua content yang bagus pada hari cuti. Jika mahu naikkan iklan, ia mesti padat dan ringkas, gunakan #ShowDontSell, pasti menjadi.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Resipi apa eh hari ini.
Salam semua keluarga besar #KHM,

Saya dah mula letak di wall. Sekiranya belum dapatkan 77 Tips Pandai BerFacebook, baik dapatkannya sekarang!

Tinggal 200 ja tuuu.

Masukkan kupon PREORDER77 untuk harga RM39 ya. Lepas itu harganya kembali ke RM79!

Lekass! Order di sini ya:

https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb
Apa yang menyebabkan #Follower anda naik di Facebook?

Jawapannya ialah #SHARE.

Buat posting #content yang konsisten tentang sesuatu yang anda mahir, suka, minat, power, hebat.

Konsisten bermaksud, wajib ada 3 atau 4 kali seminggu tentang hal tersebut.

Posting yang hanya banyak like dan komen, hanya menaikkan engagement.

Namun posting yang ada share, akan beri double engagement. Kejar Share okey!
Nak beritahu, hari ini hari terakhir untuk dapatkan Panduan Strategi Social Hack Ramadan dengan harga RM120. Bermula 12 tengah malam ini harganya ialah RM180 ya.

Ianya panduan untuk kita berniaga sebelum, semasa dan selepas bulan puasa nanti. Nak dapatkan sales ratus ribu dan juta, ha lekas dapatkan pakej ini. Berbaloi.

Dapatkan di sini ya:

https://bit.ly/2IoZiuc
https://bit.ly/2IoZiuc
https://bit.ly/2IoZiuc

Jangan cakap saya tak beritahu yaaaaa!
Apa yang akan jadi sekiranya kita semua hilang #followers atau akaun kita disekat?

Ini antara benda yang sering dibincangkan oleh para penggiat media sosial. Ada banyak input yang kami dapat dan sepanjang saya ikuti perkembangan dan hadiri conference berkaitan sosial media, art of story telling, strategi content di London, Jakarta, Amsterdam dan Singapura beberapa tahun lalu, saya bersetuju dengan ini:

1. Bina semula, biasanya pembinaan semula pengikut adalah proses yang meletihkan. Namun ia berbaloi kerana semangat baru dan content baru akan lebih tersusun, lebih berstrategi dan pengikut baru biasanya lebih fokus.

2. Sediakan bank #content. Sekiranya akaun hilang atau followers hilang, content tetap ada untuk dimuat naik di akaun yang baharu.

3. Belajar dari pengalaman. Tidak buat lagi kesilapan lalu hingga akaun kita dilaporkan begitu begini. Ini sangat mustahak.

4. Ada orang bertepuk melihat kita jatuh, abaikan. Mereka bukan bayar bil kita, kita yang perlu fokus kepada mereka yang mahu kemahiran, kepakaran serta apa yang kita boleh beri kepada orang lain.

5. Tidak boleh hilang fokus. Pernah dulu ada seorang ini (di UK) hilang pengikut di media sosial kerana menghentam golongan yang tidak disukai, akaunnya yang berjumlah 4juta orang disekat terus hingga hari ini. Namun, kurang 6 bulan beliau membina akaun baharu dan kini punya lebih 5.5 juta pengikut. Katanya “fokus dan abaikan manusia yang rosak, kita terus jadi positif dan belajarlah dari kesilapan.”

Begitulah.

Selamat menulis perkara kebaikan. Yang baik juga akan kembali kepada kalian.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bersepah haters menanti kita jatuh. Terus kuat!
Apabila bermain media sosial, kalian perlu ingat:

1. Kita berinteraksi sesama manusia, ia tentang manusia dan bersembang tentang hal-hal biasa yang manusia lalui. Ia ada kaitan yang kuat dengan emosi.

2. Ada lebih 3.2 Billion aktif user setiap hari mengikut data dari Emarsys.

3. Dari angka itu, ada lebih 70 juta pemilik bisnes yang membina perniagaan dan menjadikan Facebook sebagai “kedai” yang paling menguntungkan.

4. Di Amerika, purata bermain Facebook ialah sekitar 58 minit sehari.

5. Dalam tempoh itu, peniaga perlu beriklan dengan tersusun untuk mendapatkan jualan sekitar 30-48 saat selepas audien membaca posting kita.

6. Ia adalah #content yang menyebut tentang info produk, kelebihan, menggunakan emosi yang sesuai dan membantu audien menyelesaikan masalahnya.

7. Ia adalah content “to educate, to inform dan to inspire” yang menjadikan orang mengikut kalian, dan seterusnya membeli produk dari kalian.

8. Setiap aktif user di Facebook dikatakan telah klik sekitar 8 iklan sebulan dan membelinya terus. Ia adalah keputusan yang telah diletak di dalam kepala selepas membacanya berkali-kali.

9. Mengulang content namun menulisnya dengan berbagai teknik, kaedah, cara, jenis dan sebagainya akan menjadikan posting tersebut berkesan menarik pelanggan.

10. Melayan pelanggan dengan baik adalah cara terbaik untuk mendapatkan pesanan. Agenda bersembang “mouth to mouth” di dunia maya adalah 200% lebih kuat dari iklan yang kita buat di Page Ads dan sebagainya.

Begitulah.

Semoga bermanfaat.

Khairul Hakimin Muhammad,
Jaga content, jaga emosi audien.
Soalan: Tuan, saya dah tulis lebih dari 10 #content, share paling tinggi pun 15 ja. Dah give up lah tuan.

Jawapan: Tenang. Memang ya akan penat, namun ianya berbaloi. Hari ini 1 share, minggu hadapan 15, boleh jadi bulan depan 50 share, dan naik lagi ke 100. Tak apa perlahan-lahan, janji dapat rentak untuk terus menulis kebaikan.

Ingat ini, sebatang pokok yang tumbuh dan membesar, mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Boleh jadi bertahun-tahun. Namun untuk dapat buah tersebut, ia juga bermula dari buah.

Jadi kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Sebarkannya perlahan-lahan. Kita mahu hasil, tanamlah dengan benih yang baik, siram hari-hari, jaga supaya tidak dimakan ulat atau haiwan yang datang, nanti sudah berhasil, jika belum berbuah pun, masih boleh berteduh di bawahnya.

Biar lambat, namun beri hasil jangka panjang. Dari cepat, namun tak beri sesen pun hasil, ia lagi penat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tak berhenti tulis content.
Tinggal 67 unit sahaja lagi untuk dapatkan harga RM39 bagi EBOOK 77 TIPS PANDAI BERFACEBOOK (Guna kupon PREORDER77).

Selepas habis ini, harga akan kembali naik ke RM79.

Lekas semuaaa! Siapa cepat dia dapat ya! Ebook akan mula diedar pada 1hb May 2019!

Klik sini! Dan jangan lupa masukkan kupon, ejaan betul dan pastikan huruf besar ya.

https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb
https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb
https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb
Habis sudaaaaah!