Khairul Hakimin Muhammad
41.5K subscribers
1.31K photos
27 videos
8 files
1.65K links
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; https://linktr.ee/khairulhakimin

Whatsapp: 0122117994
Download Telegram
Sepanjang saya bermain media sosial secara serius pada penghujung tahun 2015 hingga hari ini. Ini sahaja yang saya buat untuk pastikan saya menulis di wall saya dengan baik.

1. Analytic. Saya tidak pakai apa-apa aps untuk lihat statistik di wall. Yang saya buat ialah masukkan semua detail posting di Ms Excel dan lihat pola share, like dan komen.

Terbaharu, react dari sudut emosi. Buat kotak dan tengok posting minggu ke minggu. Dari situ dalam tempoh sebulan kita terus tahu posting apa orang suka dan tak.

2. Choose. Pemilihan topik yang ditulis adalah apa yang kita mahir, suka, minat, tahu dan audien juga suka.

3. Buat KPI. Sebagai contoh, pada setiap minggu ada 2 artikel yang boleh dapat sekurang-kurangnya 100 share.

Share akan beri kenaikan follower.

4. Scheduling. Menulis di Ms Word. Kemudian buat folder untuk jadikan ia sebagai bank. Bank penulisan akan membantu menyusun content di wall media sosial.

5. Alignment. Align penulisan di media sosial dengan keperluan bisnes. Posting iklan, sales dan marketing mesti selari dengan keperluan bisnes.

6. Kembali ke nombor 1. Dan buat report berdasarkan hasil tersebut.

7. Januari 2017 pengikut saya mencecah 100,000 orang dan income saya juga naik mendadak.

8. Pastikan kenaikan follower adalah kenaikan jualan. Jika tidak, ia hanya tin kosong. Pumpang pumpang, hasil pun tak ada. Sekadar populis namun tidak menghasilkan duit, ia rugi total.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tak rancang tak dapat hasil.
#TipsMediaSosial

Sekiranya kalian mahu menambah pengikut (follower), kalian wajib membuat posting yang orang akan klik butang share.

Jika hanya banyak like dan komen, ia sekadar memberi ‘enggagement’, bukan ‘reach.’

Share akan meluaskan profile kalian ke orang baru. Di situ jalan bertemu untuk menaikkan pengikut.

Antara perkara yang kalian boleh buat mengikut bidang masing-masing ialah:

1. Adakan posting bersifat DIY. Contoh: Kalian dalam bidang pertanian, maka buat bagaimana mahu mencantas pokok, bagaimana membua tut, bagaimana mahu melebatkan buah, bagaimana memberi orkid sentiasa berbunga.

Buat bergambar dengan mood step by step.

2. Adakan posting bersifat tips. Ianya bagus untuk kalian menyebarkan ilmu yang kalian tahu. Sebagai contoh, tips kurus dengan teh hijau, minum pada setiap pagi dan malam, jika ada angin dalam badan, tambah sedikit halia. Jika selalu selsema, tambah sedikit madu dan lemon.

3. Buat posting ulasan. Tak kira ia dalam bidang kalian atau tak, ulas sesuatu perkara atau isu akan mendekatkan kalian kepada audien. Ingat, hanya yang beri impak positif sahaja.

4. Buat posting cerita. Tulis cerita kalian atau cerita orang lain yang beri impak positif kepada audien. Ingat, cerita yang bagus biasanya akan dikongsi secara meluas.

Share = tambah follower.

Itu sahaja sifirnya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Suka baca tips dan posting DIY.
2 jam Dato Seri Siti Nurhaliza berdiri dan mempromosikan Set Istimewa Vantage di GoShop tadi, beliau berjaya menjual 22,000 set.

1 set berharga RM369.00

Jadi total jualan ialah RM8,118,000.00. Kahkah 8.1 juta woih!

1 jam, 60 minit.
2 jam 120 minit.

Purata setiap minit duit masuk ialah RM67,650.00 dan bayangkanlah ianya masih belum berhenti lagi terjual sampai sekarang!

Ya kawan-kawan, inilah inspirasi Januari!

Pembinaan Crowd = Menyanyi. Dan beliau ada pengikut yang besar (pelbagai dan berbeza umur dan gender).

RM = jual pinggan mangkuk. Berbeza dengan hal menyanyi. Namun masih boleh menjual.

Apa persamaan menyanyi dan menjual pinggan mangkuk? Tak ada! Langsung tak ada.

Ia kerana ada CROWD! Bina crowd dengan minat / kesukaan / kemahiran, akan menyebabkan kalian akan ada pengikut.

Kemudian nak jual apa-apapun tak perlu ikut apa yang kalian bina dengan hal tersebut. Jual sahaja apa-apa, orang tetap akan beli.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kita juga boleh buat!
Crowd bermaksud mengumpulkan pengikut di akaun media sosial kita dengan menggunakan nilai-nilai manusia biasa. Sebagai contoh, kita guna media sosial ini untuk bersosial dan untuk berniaga.

Kita merupakan orang yang suka bersukan, namun kita menjual produk makanan. Maka di media sosial kita boleh cerita hal sukan melalui menulis #content.

1. Tips diet.
2. Tips stretching.
3. Hebahan tentang sukan / joging / maraton.
4. Teknik senaman yang betul.
5. Teknik kuruskan badan, kecilkan pinggang, menggunakan senaman.
6. Cerita tentang ikon sukan untuk naikkan semangat orang.
7. Kawasan sukan / riadah.
8. Alatan sukan yang disukai, kedai mana yang murah.
9. Resipi diet / sihat.
10. Ulasan orang sukan tentang itu ini hal-hal kesihatan dan diet.
Dan banyak lagi.

Lalu kalian akan dikerumuni oleh orang yang suka sukan, suka diet, suka post-post kalian yang banyaknya “to educate, to inform dan to inspire” dan terus orang akan klik butang follow.

Dalam seminggu, up 3-4 kali posting begini. Selit-selitlah produk makanan kalian di antara posting itu.

Follower dapat, jualan pun dapat.

Faham kan?

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kita bina crowd sama-sama.
Ada lagi 7 kekosongan kelas content pada Januari ini.

Kita jumpa lusa ya. Buat sama-sama mapping dan bina content melalui apa yang kalian nak bangunkan.

9hb Januari, 2018.
10am - 3.00pm.
Bandar Baru Bangi.

Mana yang tak boleh hadir bulan ini, ada bulan lain, semua ada di dalam borang di bawah. Daftar terus ya.

Daftar di sini ya:

https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019
https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019
https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019

Jika ada masalah semasa mendaftar, hubungi

013 987 4824.
Ini langkah mudah untuk kalian baiki akaun personal profile kalian (untuk mereka yang buat bisnes dan ada bawah 3,000 pengikut).

1. Tidak penuhkan ruang friends. Itu adalah ruang berkawan dan memang untuk kawan sebenar.

2. Buka butang follow dengan buat tetapan: Facebook - Setting - Account Setting - Public Post - Public Profile - On.

3. Mana yang add kalian, dan kalian tidak kenal. Biar. Mereka otomatik menjadi follower. Apabila kalian delete friend request tersebut, mereka tetap jadi follower (jumlah follower tidak meningkat kerana dah jadi dah pun).

4. Pastikan gambar cover kalian adalah yang punyai nilai kehidupan. Bukannya produk, quote, poster dan sebagainya. Iklan mesti dalam posting, bukan di tetapan profile. Ini bukan page.

5. Pastikan juga gambar profile adalah gambar kalian seorang diri sahaja.

6. Menggunakan nama manusia. Bukan nama kedai, produk atau beritahu kalian sebagai apa. Elakkan ya.

7. Ejalah dengan betul. Ia membantu Facebook untuk detect bahasa apa yang kalian gunakan. Facebook sudah bangunkan lebih 240 bahasa di seluruh dunia dan ia boleh dilihat terjemahannya melalui See Translation. Rugi benar jika tidak menggunakannya dengan betul.

8. Bina komuniti positif di ruangan pengikut dengan membuat posting-posting yang beri impak positif kepada audien.

9. Buat posting yang orang akan klik butang share. Bukan sekadar like.

10. Balas komen sebaik-baiknya. Usahalah sebaik mungkin walau sebanyak-banyaknya. Jika tak larat, kasi like. Ia adalah penghargaan besar kepada pengikut.

Begitulah #TipsMediaSosial hari ini.

Khairul Hakimin Muhammad,
2015, penat susun content.
2016, mendaki dapatkan pengikut.
2017, dapat 100,000 pengikut!
2018, mari kita buat sama-sama.
Untuk orang biasa seperti kita, kita akan cakap “ala dia artis, dia mestilah boleh buat. Orang dah kenal dia.” Kan kan?

Jujurnya ada ramai orang biasa yang boleh bina crowd seperti ini untuk membuat jualan atau nak bina kredibiliti di media sosial.

Crowd terbentuk dalam beberapa cara:

1. Bercerita sesuatu di media sosial secara konsisten melalui content.

2. Content itu adalah perkara yang ada kaitan dengan kehidupan kita semua.

3. Ia penulisan jujur yang menyebabkan orang lain ada perasaan untuk klik butang follow.

4. Perkara yang orang suka ialah:

- Makanan (tulis tips dan resipi).
- diet (teknik, resipi dan tips)
- DIY (siap video step by step).
- dunia parenting (tips dan story).
- kemanusiaan / kemasyarakatan (story).
- sukan
- drama / filem / hiburan
- keagaaman
- pemotoran dan banyak lagi

Semua ini jika ditulis dalam bentuk content (ada fakta, ada emosi, ditulis dengan ejaan yang betul serta memberi impak positif kepada yang membaca) maka kalian akan dapat #share dari posting tersebut.

Dari situ, jika butang #follow sudah dibuka, maka orang akan mula follow kalian. Dan bermulalah crowd itu berkumpul dari wall kalian.

Dan, nak menjual pada waktu itu, jadi mudah!

Kalian boleh cuba okey. Saya sendiri juga bukan artis, bukan selebriti namun saya berjaya lakukannya!

Mari kita buat sama-sama.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bina content okey!
#TipsBisnesPartTime

Beli 1 kodi kain pasang, biasanya terus dapat harga 50%. Contoh, harga sehelai (4m) RM50, namun jika beli sekodi (20 helai), boleh dapat RM25/helai.

RM25 x 20 helai = RM500.

Jual balik di pejabat RM50/helai.

RM50 x 20 helai = RM1,000.

Untung bersih RM500.

Ulang lagi step tersebut sampai 1 bulan sebelum puasa.

Lagi best jika dapat deal dengan kedai yang sekiranya jika ada yang tak laku, boleh tukar. Fuh power.

Khairul Hakimin Muhammad,
Masa tinggal di Kelantan dulu, penuh kereta orang kirim kain!
#KelasContentOnline bermula esok ya. Kita buat dalam Group Telegram.

Masih boleh register. Tak kisah anda dari mana, boleh sahaja sertai. Nak baca bila-bila suka hati. Group ini akan bertahan selama 1 bulan (atau lebih).

Semua detail ada dalam link di bawah termasuk hal pendaftaran.

Klik sini:

https://bykhm.onpay.my/order/form/kot2019
https://bykhm.onpay.my/order/form/kot2019
https://bykhm.onpay.my/order/form/kot2019
Soalan: Saya suka banyak benda. Dan dah jadi tak tahu nak tulis apa. Saya suka travel, mengumpul Hot Wheels, kadang-kadang ikut kawan pergi memancing, suka kereta, suka juga tengok bola. Bisnes saya pula jual barang bayi. Aduh, pening.

Jawapan: Susun sahaja contentnya. Bangunkan secara konsisten mana yang lebih besar titik persamaan dengan orang lain. Itu akan memudahkan pemahaman audien tentang apa yang saudara tulis.

Contoh: Antara travel, Hot Wheels, memancing, suka kereta, suka tengok bola, mana yang kita sedar dan tahu ramai orang suka?

Sudah tentu travel, kan? Ianya menjurus kepada orang awam, lelaki atau perempuan, umur pun dari kecil sampai ke tua memang bab travel orang suka.

Jadi, posting ‘crowd’ adalah posting travel yang tersusun dan consisten. Buat 2-3 kali seminggu. Jadikan ia sebagai imej saudara.

Untun posting ‘RM’ iaitu iklan. Buat 2-3 kali seminggu juga. Itu adalah imej niaga saudara yang perlu dikekalkan.

Manakala jadikan kesukaan terhadap memancing, bola dan Hot Wheels itu sebagai posting ‘side.’

Ingat, crowd travel ini adalah crowd orang ada duit. Membangunkan penulisan yang menjurus kepada berkerumunnya orang ke wall saudara akan memberi pulangan kepada saudara sendiri.

Crowd = Umpan. Lagi besar contentnya, lagi besar share yang kalian dapat. Bertambahnya share, tambah juga jumlah follower.

RM = Tebar jala. Apabila follower sudah ramai, waktu menebar jala ini akan dapatlah ikan jerung, sotong kurita, ada juga ikan bilis dan udang geragau. Cewah.

Ok?

Khairul Hakimin Muhammad,
Memasak = Crowd.
Kita semua ada 168 jam seminggu yang sama. Purata yang kita gunakan ialah:

40 jam bekerja.
42 jam berkeluarga, beraktiviti, kemas rumah, masak, makan, main media sosial, tengok tv serta shopping.
56 jam tidur.

Dan kita masih ada 30 jam baki seminggu.
Yang ini kita perlu buat:

1. Kita ada baki 4.28jam sehari.

2. Kita boleh ambil 30 minit membaca.

3. 1 jam bersenam.

4. 1 jam duduk mengulangkaji dengan anak-anak.

5. Dan baki hampir 2 jam Sehari itu kita boleh buat duit dengan membangunkan content. Hanya perlu baca, tulis, buat bank content, susun dan bermain media sosial dengan berstrategi.

Inilah jawapan kepada mereka yang kerap tanya di mana saya ada masa untuk susun semua ini.

Ingat ini kawan-kawan,

Kalau kita merancang untuk berjaya, maka kita sedang merancang kejayaan. Jika sebaliknya, maka begitulah juga apa yang kita akan dapat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Masa takkan tunggu. Kita yang kena kawal.
Antara kredibiliti yang wajar ada pada setiap pendiri bisnes ialah kebijaksanaan menggunakan media sosial. Ini akan jadi sebuah tiket kepada semua yang melihat kepada posting, akan bertukar kepada follower. Dan pastinya ia akan mengubah kepada sebuah transaksi keuntungan.

Kita telitikan perkara ini perlahan-lahan.

Aminah seorang yang tidak dikenali. Kemudian, beliau menggunakan sosial media untuk berkongsi minatnya tentang dunia travel. Oleh kerana beliau sangat mahir, kerap mengembara dan semestinya beliau mengetahui selok belok dalam arena tersebut, maka beliau mula berkongsi.

Pada setiap hari isnin dan rabu, 8.00 pagi, beliau susunkan posting tips-tips memilih penerbangan, tips memilih tempat tidur, tips memilih tempat dan lokasi terbaik bagi sekian-sekian peminat dunia kembara.

Manakala pada setiap hari selasa dan khamis pula, secara konsisten Aminah menulis tentang kisah-kisah yang pernah beliau alami semasa mengembara.

Aminah meneruskan posting-posting itu dengan tersusun. Sampailah ke sebuah posting yang mana Aminah dan biasa tulis dengan content yang bagus, maka berlakulah ‘viral’.

Dan dengan tiba-tiba juga, wallnya dikerumuni orang ramai. Butang follow yang beliau sudah tetapkan dari awal ditekan-tekan. Dari 9 orang pengikut, hari ini beliau dikejutkan dengan 3,000 orang pengikut.

Diikutkan, Aminah ini hanya sekadar membuat dropship produk-produk lain sahaja. Dan dari awal lagi beliau susunkan hanya 1 kali posting iklan pada isnin dan rabu sahaja sebelah petang. Itu sahaja yang beliau buat.

Namun selepas naiknya follower, minggu seterusnya itu, jualan beliau dari RM100/posting, menaik ke RM350/posting.

Dari 3,000 pengikut, Aminah teruskan sahaja posting-postingnya, sesekali beliau muat naik posting sampingan, lawak-lawak dan kehidupan biasa yang beliau alami. Sekadar nak beritahu yang beliau juga ada kehidupan yang biasa-biasa.

Kawan-kawan,

Membina jati diri di media sosial bermula dari kita bercerita perkara yang kita selalu buat, kita mahir dan semestinya itulah kepakaran kita. Namun, semua ini mesti dalam bentuk kehidupan secara total. Kerana ini adalah media sosial.

Jika hari-hari buat iklan, konon tak habis nak bangunkan personal branding ke sudut membuat RM dan mendapatkan RM dari audien, audien akan berundur sekiranya kalian itu masih belum dikenali.

Ingat, di medan media sosial ini, audien hanya mahu lihat ‘life’ kita. Iklan, promosi, dan segala tentang bisnes, susunlah supaya ia tidak nampak seperti kalian ‘try hard’ sangat menjual. Apabila ia terjadi, ketahuilah akan bermulanya sesi mengundurkan diri dari kalangan pengikut kalian.

Nisbah terbaik membuat posting ialah setiap 5-10 kali posting kehidupan, baru 1 kali posting iklan. Ingat, umpan-umpan-umpan-umpan-umpan, baru tebar jala.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad
Ini adalah media sosial.
Antara pengetahuan pengurusan yang kalian wajib ketahui dan kuasai apabila kalian menceburi dunia perniagaan online ialah:

1. Teknik memasarkan produk melalui story telling, copy writing, soft sell, hard sell dan show dont sell.

2. Teknik ‘close sale’ melalui salah 1 CTA yang diletakkan di dalam iklan atau promosi.

3. Teknik memilih dan menguasai perkataan yang sesuai dalam berkomunikasi dengan pelanggan, membangunkan content serta menaikkan artikel ‘high-impact’ kepada audien.

4. Teknik menguruskan jualan dan promosi melalui FBAds, SEO, Instagram dan sebagainya.

5. Teknik menguruskan kurier, penghantaran COD.

6. Menguasai teknik after sales seperti mendapatkan maklum balas, menguruskan konflik dan rungutan pelanggan serta bagaimana menerima pendapat, cadangan serta penambah baikan dari pelanggan.

7. Teknik mengurus wang masuk, wang keluar, cash-flow, perbelanjaan dan lain-lain hal berkaitan.

8. Teknik menggunakan gimik, menaikkan rating serta membuat perancangan pemasaran bagi sentiasa kelihatan relevan.

9. Teknik mengurus kakitangan.

10. Teknik membina kredibiliti diri, kakitangan serta stokis dan ejen di akaun personal mana-mana media sosial yang ada.

Begitulah. Bagaimana nak cari kelas-kelas ini? Itu kau google.

Khairul Hakimin Muhammad.
Satu jam sahaja lagi! Rebut kerusi untuk MasterClassContent KHM dengan harga hanya RM288!
Guna prinsip ini setiap kali nak berkongsi di media sosial:

1. I - Ingin menyampaikan. Jadi tulis sesuatu perkara dengan fokus kebaikan sahaja. Tak boleh buat perbandingan dengan perkara keburukan dan sekiranya ada, tak perlu tulis. Tulis hal kebaikan sahaja.

2. C - Content. Mesti ada asas content. Wajib! Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif tersusun setiap satunya dan apabila kita baca, kita tahu itu adalah maklumat dan ianya bermanfaat.

3. D - Debrief. Wajar untuk kita semua tutup (closing) penulisan tersebut dengan memberi peringatan umum, menaikkan info dengan memberi impak positif kepada audien tanpa mengajar-ajar, tanpa elemen memerintah juga tanpa elemen arahan.

Ini adalah media sosial. Sekiranya ada perkara buruk berlaku, tulis bagaimana solusi dan pencegahannya. Tak boleh sesekali kita campak hal buruk, kemudian kita diam dan biarkan orang bergaduh di ruang komen.

Ingat kawan,

Punya ramai mengatakan sosial media adalah lubuk keburukan, sedangkan ianya adalah pusat informasi, titik tengah antara berkawan dan berbisnes dan semestinya menaikkan pendapatan seisi keluarga.

Seperti pisau, ada orang guna untuk memotong daging, ayam, sayur, buah bagai. Ada juga yang guna untuk keburukan. Kita pilih.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Content Master Kesayangan Negara.
Rata-rata hari ini semakin ramai yang menggunakan medium sosial untuk perkara-perkara kebaikan. Malah, perkongsian santai dan pengalaman ringkas yang dilalui setiap hari membawa kepada pergaulan matang antara satu sama lain. Selepas mengikut beberapa seminar secara online dan diskusi secara offline, saya rumuskan begini:

i) Perlu hanya ada satu sahaja profil akaun di Facebook (FB). Ini adalah kerana semua audien perlu dikumpulan pada satu tempat walau tujuannya berbeza. Sebagai contoh, kita tidak mahu dikenali sebagai seorang bos di FB, maka dengan itu kita membuka satu lagi akaun hanya untuk bersosial di FB.

Tindakan ini akan mengundang dua profil yang mempunyai kecelaruan identity. Penipuan dan pengelakkan berlaku tanpa kita sedar. Kita mengelak untuk ketahui bagaimana identity kita yang sebenarnya, dan cuba untuk menggunakan medium FB sebagai alat untuk menutup kelemahan kita. Ini bahaya besar.

ii) Perlu hanya ada satu profil sahaja walaupun kita suka berniaga. Rata-rata peniaga dan pengusaha lebih suka membuka satu akaun lain dan menamakannya sebagai nama perniagaan seperti Azam RichCake, Siti Kedai Jam dan sebagainya. Ini sangat tidak perlu. Medium sosial dibina untuk bersosial dalam masa sama menjana kewangan. Melihat nama dan gambar profil yang jelas menunjukkan anda seorang jurujual mendatangkan bosan kepada bakal pembeli.

Terus kekal dengan nama Azam Bin Berazam tetapi jalankanlah perniagaan dengan nisbah post 5:1. Lima posting tentang kehidupan dan satu posting tentang perniagaan. Profil anda akan melonjak naik dan anda akan dapat meraikan penghormatan kredibiliti dalam empayar yang anda bina sendiri.

iii) Perlu hanya ada satu profil sahaja walaupun anda seorang yang dikenali. Ini adalah kerana profil anda adalah perkenalan besar kepada bakal-bakal pengikut anda yang baru. Membina satu lagi profil tidak akan mendatangkan faedah kerana butang Follow sudah pun tersedia untuk digunakan.

iv) Tidak perlu guna Fan Page sekiranya Profil anda sudah mempunyai pengikut yang tersendiri. Mr. Mark Zuckerberg sendiri tidak mempunyai Fan Page dan beliau lebih suka dikenali dengan pengikutnya di Akaun Profil beliau. Hanya klik butang follow. Kekuatan butang follow ini mempunyai aura yang tersendiri, pengikut yang sukakan posting anda akan sangat menghormati anda daripada Fan Page.

Fan Page bertindak sebagai ‘Fan’, sekiranya anda tidak menggunakan FBads, ia tidak membawa kesan maksimum. Tetapi Butang Follow bertindak sebagai ‘Follower’. Mana yang anda mahu guna? Kaki Kipas atau pengikut? Oleh sebab itu, Instagram menggunakan butang Follow dan lihatlah bagaimana selebriti bertaraf mega tanah air menggunakan medium itu untuk menarik individu demi individu dari hari ke hari.

v) Bina kekuatan luar biasa dengan Group. Group adalah aplikasi yang memudahkan urusan sekiranya mahu berkongsi file, dokumen dan perkongsian secara tertutup. Malah, rekod juga boleh diambil dan perkongsian boleh dimanfaatkan sebaiknya.

Sebagai contoh, satu group Travel boleh berkongsi idea itinerary dengan hanya meletakkan dokumen dalam bentuk PDF ke dalam group. Ini tidak boleh berlaku dengan menggunakan Profil sendiri atau mana-mana Fan Page. Menarik bukan? Jadi bina pengikut setia anda dengan Aplikasi Group.

Lima perkara ini nampak enteng. Tetapi adakah anda tahu diluar sana anak-anak muda sedang mula bergelar jutawan dengan menggunakan tips-tips ini. Mereka hanya ada kurang 5,000 pengikut tetapi menjana kewangan (RM) dengan 15 kali ganda sebulan dari jumlah pengikut yang mereka ada.

Asasnya ialah bina kredibiliti di akaun sendiri dengan menulis menggunakan ejaan tepat dan penuh, beradab, memberi maklumat dan fakta serta memberi keseronokan kepada pembaca. Hasil selepas itu tuan puan nantikan, insya-Allah.
Setiap orang mendaftar dengan FB dan memaparkan profil diri masing-masing, ada yang bertindak merahsiakan identity (tidak menjadi kesalahan), ada juga yang meletakkannya sebagai public. Semuanya sangat bagus dan perlu bererti kepada pemilik akaun dan juga kepada audien.

Sekiranya anda memang suka mencari kenalan di FB, dan melihat profil