Khairul Hakimin Muhammad
35.8K subscribers
1.33K photos
27 videos
8 files
1.67K links
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;

Whatsapp: 0122117994
Download Telegram
Agar rezeki kalian sentiasa dicurah-curah oleh Allah:

- pelihara cara syukurmu.
- perbaiki solatmu.
- senangi orang tuamu.
- cukupkan keluargamu dahulu.
- sedekahkan isi poketmu.
- hadiahkan kesukaanmu.
- cintai tetanggamu.
- cantikkan budimu.
- maksimakan tawakkalmu.
- tinggikan kehormatanmu.
- rendahkan sombongmu.
- mohon taubat atas apapun dosamu.
- minta apa keperluanmu.

Insya-Allah, akan dibuka beribu pintu, disediakan jutaan kunci. Tinggal diri kita sahaja mampu capai atau sekadar lihat orang lain yang membuka pintu tersebut.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
🥰
Menyebarkan rahsia syarikat adalah salah. Boleh didakwa, boleh dihukum, boleh dipersoal berbagai cara oleh pemilik syarikat.

Dah siap tadi semuanya, selesai semak, pasukan desain hantar kepada saya butiran akhir sebelum nak buka untuk jualan.

Ya saya akan jual rahsia saya paling besar semasa membuka kilang biskut yang amat-amat saya sayangi.

Saya jual resipi rahsianya.
Saya jual pengiraan kosnya.
Saya jual bagaimana nak buat.

Biskut kami tak ada guna telur. Kami berjaya buat dan ia dihasilkan dengan sangat baik. Pasukan pembangunan dan penyelidikan kami hasilkan yang terbaik demi peminat-peminat biskut kami.

Rasanya lain. Orang cakap kena beli lagi takut habis cepat. Banyak komen kami terima sangat kesal apabila kami tutup perusahaan tersebut.

Tadi rasa syahdu sangat. Bergenang air mata sampai ke tahap ini saya berusaha untuk selesaikan hutang-hutang bisnes saya.

Nak minta kami buka semula kilangnya, ia sukar dalam tempoh ini. Namun kami nak ada 1,000 lagi pemain industri yang akan wujud selepas saya edarkan rahsia saya ini. Buatlah, jadilah kaya. Semoga ada saham kami bersama kalian.

Ia adalah 20 resipi dan kos biskut paling laris di perusahaan kami. Yang pernah mengeluarkan ratusan ribu balang, pernah ada 22,000 ejen, pernah masuk ke 46 cawangan Mydin seluruh semenanjung.

1,000 pertama dapat harga istimewa. Bismillah. Klik di sini ya: https://ezy.la/EbookResipiBiskut

Khairul Hakimin Muhammad,
Bantu kami Ya Rabb.
Kesabaran itu ada dua macam: sabar atas sesuatu yang tidak kau ingin dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.
Tak usah pandang orang lain gais. Fokus diri sendiri sahaja.

- Kita dah buat baik, berhenti tengok orang lain bermalas-malas.

- Kita dah buat yang terbaik, berhenti tengok orang lain tak buat apa.

- Kita dah rajin, serba serbi kita buat, berhenti suruh hati kita penat nak kecewa bagai.

Kita hebat, Alhamdulillah. Allah beri kita kudrat jadi rajin, Allah beri kita peluang sentiasa buat perkara itu menjadi dan Allah beri kita hati waja yang tak pernah putus asa.

Kena beringat, syaitan juga tak berhenti buat kita benci, marah dan kecewa. Si syaitan akan berusaha cakap ke telinga kita "tengok kau buat kemain banyak, dia tu duk sesaja ja. Hujung bulan dapat gaji sama-sama."

Jadi kita pun bengkek. Mula tak suka dia. Mula marah ke dia. Lalu perlahan-lahan hati kita jadilah keras. Pandang tak boleh, bercakap tak boleh. Mula masam muka. Sedangkan kita sendiri tahu kita takkan boleh ubah orang.

Gais. Ini terjadi di mana-mana.

Kalau di tempat kerja, serah kepada bos-bos untuk lakukan sesuatu. Performance, KPI, semuanya ada untuk beri dia pelajaran baik buruk di tempat kerja.

Kalau di rumah, nasihatlah baik-baik sebagai ahli keluarga. Kalau dah selesai berpesan-pesan, tak nak dengar, lantak sahaja.

Bahagian kita dah pun selesai. Tugas kita adalah sentiasa berbuat sahaja.

Ada orang sangat rajin ziarah ibu bapa dia setiap hari. Namun nak basuh sepiring pinggan pun dia tak boleh buat. Patutnya dia datang, dia tolong. Namun dia tak buat. Jadinya yang ada di rumah akan bantu mana boleh.

Jika hati kita baik, kita akan cakap dalam hati "ini bahagian aku untuk aku buat baik. Dia dah buat baik ziarah mak hari-hari."

Kalau hati kita busuk, kita akan cakap "lagi-lagi aku kena basuh pinggan. Hari-hari inilah kerja aku."

Apa masalah dengan hari-hari kita buat?
Apa masalah dengan setiap kali itu kita kena buat?

Gais, tengok emak kita. Pernah merungut anak datang, dia masak masakan kegemaran anak-anak.

Hari-hari buat kerja rutin kemas, basuh, susun, sapu semua. Pernah dia bising dia cakap hari-hari buat kerja sama? Tak pernah. Sebab emak kita hati waja. Emak kita dah terbiasa dengan buat sahaja, bab lain Allah bantu.

Kita ada adik beradik, bersyukur.
Ada orang, tunggal sahaja. Bab mereka ada yang rajin ada yang malas, apa kita boleh buat. Kita yang rajin, buatlah tanpa fikir tentang orang lain punya kemalasan.

Kita rajin, kita banyak dosa, boleh jadi semua kudrat kita yang bantu buat sana sini itu boleh bantu juga kita memberi pahala depan Allah nanti.

Biar sama-sama dengan hati jadi baik.

Kita boleh lakukan tanpa sakitnya hati, iaitu buat sahaja. Tolong sahaja. Bantu sahaja.

Tolong = pahala.
Bantu = pahala.

Siapa nak, dia buat. Tak nak, tak payah paksa. Jadi gaduh, masam muka akhirnya berantakan. Dari hal yang boleh dapat pahala, akhirnya jadi dosa. Ruginya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Buat ja.
Jika kalian seorang #founder (pengasas atau pemilik bisnes) yang punya ejen, elakkan menulis #content hal-hal yang boleh mengguris hati mereka seperti perli-perli kerana tidak menjual, berkasar konon nak beri semangat, serta terpaksa menulis hal sentap kerana nak beri kesedaran.

Pilihlah menulis atau menyebarkan hal yang kalian inginkan itu dengan sabar dan hemah.

Ingat ini, sekali sahaja kalian up hal menguris perasaan ini, 100 orang lari. Dan jika seorang ejen boleh jual kepada 10 orang, maka kalian sudah rugi 1,000 prospek.

Jaga-jaga. Tak perlu bongkak, sombong dan ego hanya kerana kalian kononnya membantu orang lain nak cari rezeki. Jika benar nak tolong, buatlah dengan senang hati.

Rezeki datang apabila kita berbaik, menjaga hubungan dan sentiasa nenyantuni bab hati.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Apa khabar #Affiliate semua?
Jadi pembaca pertama "Ya Abdullah", kawan-kawan. Sikit masa lagi, kami buka linknya. Harga kalian letak sendiri ya, tak kisah berapa, kalian tentukan.
Beli di sini ya kawan-kawan, jadilah pembaca pertama Ya Abdullah!

Klik sini segera
https://ezy.la/EBOOK_YA-ABDULLAH
Gais, minta tolong, posting ni lalu tak dekat wall hangpa semua? Saya berusaha benar nak bantu ibu bapa, tapi macam tak lalu.

Tengokkan boleh

https://www.facebook.com/share/p/xwnAx64FLix2XN5R/?mibextid=WC7FNe
Bangganya! Puan Jamiah Tulisman gunakan resipi kami dan jadikan produk mereka di Unique Bakery, Melaka.

Beliau beli buku digital kami, 20 Resipi Biskut Terlaris dan pilih biskut peanut butter dan biskut red velvet sebagai produk. Alhamdulillah menjadi dengan baik. Syukurnya!

Orang Melaka yang rindukan produk kami, boleh ke sini ya!

Nak beli ebook resipi biskut kami, klik sini https://ezy.la/EbookResipiBiskut

Esok lusa kami dah nak naikkan harga!
Berita awal pagi. Saya kembali buat kelas bina konten.

Baca di sini:

https://ezy.la/KelasSeniBinaKonten
https://ezy.la/KelasSeniBinaKonten
https://ezy.la/KelasSeniBinaKonten
Cikgu saya kata sepatutnya setiap 1 resipi ini dijual dengan harga minima RM30. Jadi RM30 x 20 resipi = RM600 saya kena jual.

Huhu tak sampai hati saya. Saya nak ramai guna dan ramai berniaga. Gunalah ya! Sekarang hanya RM49
Sahaja! Malam ini naik harga.

Lekas dapatkannya ya! Klik sini
https://ezy.la/EbookResipiBiskut

Dapatkannya sekarang tau. Kasi khabarkan kepada yang lain.
Tuan Zarif Azrie seorang yang cekal. Sungguh. Beliau ambil bimbingan peribadi dengan saya, macam-macam jenis konten beliau usahakan.

Beliau buat itu, tak jadi.
Buat ini, tak jadi.

Lalu beliau tanya saya "tuan, saya nak cerita pasal keretalah, saya suka kereta." Saya kata "boleh! Asalkan ia jadi tempat orang berkumpul di halaman tuan, silakan! Jawab saya." Walau beliau menjual baju melayu.

Dari tiada pengikut. Sekarang di T*ktok, sudah mencecah 40,000 orang. Di Instagram, 39,000 orang. Syukurnya.

Ya saya bantu membimbing hal konten untuk semua platform.

Kawan-kawan,

Kalau buat, pasti akan "belajar".
Kalau sekadar belajar, tak buat, takkan "belajar!"

Ia sekadar teori sahaja. Kena berbuat.

Sungguh, usaha takkan mengkhianati hasil.
Dah belajar, buat. Ini bukti jelas depan mata. Alhamdulillah.

Tahniah Tuan Zarif!

Kalian mahu bimbingan peribadi, whatsapp saya ya, klik sini; http://www.wasap.my/60122117994

Saya bantu! Kita buat sama-sama! Tapi janji tau, kena buaaaaat!
Soalan: Mengapa posting resipi senang untuk dapat share tinggi?

Jawapan: Ia #content yang punya titik persamaan yang besar dengan semua orang. Orang suka makan, suka memasak dan suka mahu tahu bagaimana ia disiapkan.

Walau ia resipi yang ringkas, ia tetap disukai.

Saya mula kongsi resipi pada 2014. Waktu itu jika dapat share 1, 2, 5, dah boleh buat kenduri. Suka sangat-sangat. Kemudian saya berjaya buat resipi Brownies Walnut and Chocolate pada 2016, dan mendapat lebih 100,000 share.

Sekiranya kalian konsisten menulis benda yang kalian sendiri buat, sendiri suka, dan audien juga suka, maka kalian akan mudah nak dapatkan #crowd.

Bayangkan, ia kesukaan semua orang. Dan semua orang itu sedang berkumpul di wall kalian. Jadi senanglah mahu menjual segala benda kan?

Ha begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM
Ada 2 kelas minggu ini.

1. Kelas Seni Membina Konten di Media Sosial.
Harga RM29 sahaja. Tak dapat tonton secara langsung, boleh tonton rakaman.

Tarikh: 6hb Mac, 1 tengah hari

Daftar di sini: https://ezy.la/KelasSeniBinaKonten

2. Kelas Kira Kos Sebelum Bisnes. Belajar mengira kos dengan benar dan betul. Tak dapat tonton secara langsung, boleh tonton rakaman.

Tarikh: 9hb Mac, 10 pagi.

Daftar di sini https://ezy.la/kelaskirakos
Esok wehhh.

Hanya RM29 sahaja pelaburannya!

Klik sini https://ezy.la/KelasSeniBinaKonten

Ayuhhhh
Facebook down ya kawan-kawan?

Ayuh ke Tiktok kita. Hihihi. Ini akaun saya https://www.tiktok.com/@khairul_hakimin?_t=8kQa00AbwyV&_r=1

Haha sambil sambil menanti FB ok semula. Mari ke sini ya
Main media sosial lebih 5 tahun, tapi masih tak reti-reti nak bangunkan pengikut. Masih bawah 10,000 orang, jualan masih ke laut. Lalu masih ada masalah ini:

tak tahu nak main di FB atau di T*ktok
tak tahu nak bangunkan apa
nak guna page ke personal akaun?
kenapa pengikut tak naik-naik?
apa teknik posting yang paling disukai?

Ha semua saya tulis dalam naskhah terbaharu saya, "Seni Membina Konten di Media Sosial."

Dapatkannya ya!

Untuk dapatkan ebook sahaja:

https://ezy.la/EbookSeniMembinaKonten

Untuk dapatkan ebook + kelas sekali, di sini: https://ezy.la/KelasSeniMembinaKonten
Alang-alang bangun salin lampin anak, ayuhlah kita jual biskut si hitam manis ini ha. Hahahaha.

Nak beli di Shopee (potensi hancur itu ada) haha.
Klik sini: https://shope.ee/3pzUP5gZRD

Orang Mentakab / Temerloh, Whatsapp sini:
https://wa.link/tc59rx

Orang Bangi, Kajang, Nilai, Beranang, Semenyih, Lenggeng, Whatsapp sini:
https://wa.link/vrt301
Suka benar dengan nasihat "nasibmu ada pada solatmu." Jika solat tak dijaga, dunia gelisah, akhirat juga susah. Jika solat dijaga, dunia tenang, akhirat juga aman.