Khairul Hakimin Muhammad
35.8K subscribers
1.33K photos
27 videos
8 files
1.67K links
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;

Whatsapp: 0122117994
Download Telegram
Alhamdulillah, terbit sudah naskhah digital saya yang terbaharu iaitu "Dijemput Lagi"

Ia tentang perjalanan saya dari sebelum ke tanah suci sampailah menunaikan umrah di sana. 

Dari awalnya langsung tak berduit, namun Alhamdulillah Allah jemput juga dengan berbagai-bagai cara. Semoga ada manfaatnya ebook ini. 

Ebook ini dijual dengan harga yang kalian boleh letak sendiri. Ikut sahaja keikhlasan kalian ya. 

Dapatkannya di sini:

https://ezy.la/Ebook_DijemputLagi

Terima kasih semua yang terus menerus support saya! Saya amat hargainya. Terima kasih, terima kasih!
Allah menjauhkan kita dari sesuatu untuk mendekatkan kita kepada yang lebih baik lagi.

لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَاۖ

Selamat pagi kawan-kawan di kampung telegram saya!
Jika kalian bersembang dengan orang-orang yang dah berjaya, bisnesnya maju dan dia sedang berada di kerusinya sendiri, ada beberapa nasihat yang lebih kurang sama sahaja bermain di bibir mereka. Antaranya ialah:

1. Konsisten bab semangat belajar benda baharu. Tak ada naik turun, sentiasa ok dan terus ada motivasi walau banyak benda menghalang, mencabar dan mengganggu.

2. Pedulikan cakap-cakap orang. Tegas dalam menetapkan hala tuju. Lantakkan apa orang fikir dan fokus kepada apa yang kita nak capai.

3. Sabar itu berbuat, bukan tunggu. Nak sabar untuk berjaya, buat itu buat ini, pergi sana pergi sini, belajar itu belajar ini, kena begitu kena begini. Itu maksud sabar. Bukan duduk di meja bawah aircond dan menanti bila nak naik pangkat.

Kalau 3 perkara ini kita dah terganggu, tak boleh tidur, tak boleh kerja kerana terasa hati, terpukul, down dan sedih sebab banyaknya cabaran dan hal dalam hidup, maka benarlah kita ini yang jenis suka mengeluh, suka sembang pumpang namun tak bergerak mana pun.

Dan tak boleh salahkan orang lain jika kita masih jauh di bawah berbanding mereka yang semakin berjaya. Itu semua salah dan silap kita sendiri.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mari berjaya sama-sama.
"Allah buang orang dalam hidup kita kerana Dia dengar perbualan yang kita tak dengar."

Pagi kawan-kawan.

Nak dapatkan ebook content ada 6 ebook semuanya, sekarang kami ada buat Year End Sales, dapatkannya di sini ya:

https://ezy.la/Yesebook
Jualan akhir tahun kombo 6 ebook bina content di media sosial harga asal lebih RM800 kini kami jual RM49 sahaja. Lekas lepas ini nak naikkan ke RM65. Lekas weh.

Beli di sini segeraaa!

Klik sini ya: https://ezy.la/Yesebook

Lekas tauuu!
Kawan-kawan, berbaki 121 orang pembeli sahaja untuk saya cukupkan pembayaran berakhir hari ini. Acilah dapatkan Ebook terbaharu saya ini "Dijemput Lagi." Klik sini https://ezy.la/Ebook_DijemputLagi

Mohon bantu kawan-kawannnn
Upgrade diri untuk 2024.

1. Jika bagus menjaga solat pada tahun sebelum ini, tahun ini kita tambah dengan:
- solat sunat sebelum subuh.
- solat sunat sebelum dan selepas zohor, maghrib dan isyak.
- solat sunat sebelum asar.

2. Jika bagus menjaga solat tahajjud sebelum waktu subuh pada tahun sebelum ini, boleh kita bangun lebih awal untuk solat sunat taubat dan hajat.

3. Jika bagus kita bersedekah pada setiap hari jumaat pada tahun sebelum ini, maka kita cuba bersedekah setiap hari pula.

4. Jika bagus kita bawa makanan pada setiap hari jumaat untuk diberi kepada rakan sekerja, cuba bawa setiap 3 hari pula.

5. Jika memberi kepada emak ayah RM200 tahun sebelum ini, kita tambah kepada RM250 tahun ini.

6. Jika kita tak pernah memberi kepada adik beradik sebelum ini, tahun ini kita pasang niat dan terus mula.

7. Jika kita dengar radio pada setiap pagi pergi kerja, kita tukar kepada dengar zikir dan berzikir sampailah ke tempat kerja.

8. Jika kita terbiasa dengan membaca perkongsian di media sosial sahaja, tahun ini tanam hajat nak habiskan sekurang-kurangnya 12 buku setahun.

9. Jika kita terbiasa sembang benda negatif, tahun ini kita cuba sedaya upaya bersembang idea nak jadi lebih baik lagi dan lagi.

10. Jika kita dah biasa beri hadiah kepada pasangan hanya pada hari lahir dan ulang tahun, biasakan diri membeli sesuatu pada setiap bulan pula.

Kawan-kawan,

Kita nak Allah upgrade rezeki kita, kita juga kena upgrade lagi besar kehidupan kita. Jujur saya cakap, semua yang saya tulis di wall ini saya juga tulis dalam planner / diari saya.

Biasa apa yang kita tulis, Allah akan makbulkan. Di sini hanya 10. Kalian boleh buat sehingga sebanyak mana yang kalian boleh. Saya doakan semuanya kaya dan berjaya tahun ini.

Mari bersama-sama kita usahakannya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Terus bersinar 2024. Bismillah.
KIRA KOS SEBELUM BISNES

(Kiraan Kos Mengikut Resipi)

1. Resipi Donut Susu Khairul Aming
2. Resipi Tauhu Bergedil Che Nom
Khairul Hakimin Muhammad pinned «KIRA KOS SEBELUM BISNES (Kiraan Kos Mengikut Resipi) 1. Resipi Donut Susu Khairul Aming 2. Resipi Tauhu Bergedil Che Nom»
Rezeki Allah beri tak ada limit. Luasnya lebih luas dari langit. Banyaknya itu dan tak putus-putus seperti tak putusnya air zam-zam.

Allah dah beri gambaran, kita sahaja pergi letak limit.

Limit dengan masa,
Limitkan tenaga,
Limitkan hubungan baik,
Limitkan sedekah,
Limitkan berbuat baik,
Limitkan bertanya khabar emak ayah,
Limitkan bantu adik beradik
Limitkan bertegur sapa jiran.
Limitkan ziarah orang sakit,
Limitkan senyum,
Limitkan bersyukur,
Dan limitkan ibadah.

Semuanya buat asal boleh. Janji buat, sudah. Solat semua cukup, lepas solat terus bangun doa pun main pakat dalam hati tangan pun tak sempat angkat letak betul-betul. Semua berlimit.

Dan kita persoal pula kenapa Allah limitkan rezeki kepada kita. Haih.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak sales 20 juta, kena perangai pun seperti nak 20 juta.
Dapatkannya di sini, saya mungkin jual sekejap sahaja begini. Nanti ia kembali ke harga asal ya.

Ini linknya, dapatkannya segera tau.

https://ezy.la/KOMBO_3_EBOOK

Ebooknya ialah:

1. KENAPA SAYA GAGAL?
2. HIDUPLAH SEMULA
3. DIJEMPUT LAGI.

Dapatkannya sekarang ya.
Tahun ini kita ubah dengan disiplin bercakap 5 ayat bersyukur setiap hari wajib kita buat:

1. Bangun pagi: "Syukur alhamdulillah Allah hidupkan hari ini untuk kita perbaiki apa kesilapan dan kesalahan semalam."

2. Sebelum solat: "Syukur alhamdulillah masih dapat solat kepadaMu Ya Allah. Ampuni aku Ya Allah."

3. Selepas solat: "Syukur alhamdulillah selesai dapat tunaikan solat waktu ini, terimalah taubat dan berilah aku keampunan atas apa sahaja dosa yang telah aku berbuat Ya Allah."

4. Berjumpa dan melihat wajah ahli keluarga / team / pasukan / kawan atau sesiapa yang kita kenal: "Syukur alhamdulillah Ya Allah kau masih beri nikmat orang-orang ini ada di sisi aku."

5. Apabila ada sedikit wang: "Syukur alhamdulillah, masih ada sesuatu untuk membeli, untuk memberi dan untuk memiliki. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah."

Ada banyak lagi perbuatan yang kita buat setiap hari, kita syukuri.

Berbasikal, bersukan, makan bersama keluarga, hadiri kelas, ada sahabat baik, ada rakan atau keluarga beri ilmu dalam group whatsapp dan sebagainya. Semuanya wajib kita syukuri.

Dari sekecil-kecil hal kepada benda besar, bersyukur! Bersyukur! Bersyukur!

Kawan-kawan,

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Belajar bercakap dengan Allah. Semasa nak keluar dari rumah, semasa bangun tidur, semasa dah balik ke rumah, semasa dah duduk nak buat kerja, cakap kepada Allah "Ya Allah, aku bersyukur atas apa sahaja pemberianMu hari ini, terima kasih Ya Allah."

Hati tenang, jiwa sejahtera dan kita seronok dapat berbuat baik kerana kita tahu Allah sangat dekat dengan kita.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bersyukur ramainya masih support bisnes dan support setiap tulisan saya. Terima kasih semua, alhamdulillah terima kasih Ya Allah. 🥰
Kalian dah dapatkan kombo 3 ebook yang kalian boleh beli dengan harga berapapun?

Lekas ya. Kami dah nak tutup jualan untuk beri laluan kepada ebook baharu.

3 ebook itu ialah:

1. Kenapa saya gagal?
- kisah kegagalan saya di perusahaan biskut dan menanggung hutang sebanyak RM4.09 juta

2. Hiduplah Semula.
- bagaimana saya bangkit dan berjaya bayar sekitar RM2 juta dalam tempoh 1 tahun.

3. Dijemput Lagi,
- tentang rezeki tentang dijemput lagi ke tanah suci.

Dapatkannya di sini ya:

https://ezy.la/KOMBO_3_EBOOK

Klik link di atas ya! Dapatkannya segera!
Main affiliate ini kalian boleh pilih sama ada nak bina team atau tak.

- sekadar nak menjual, maka jual sahaja tanpa pening nak jaga team.
- tapi kalau affiliate tersebut benarkan ada team, dan team jual kita akan dapat override komisen, maka itu terbaik. Saya biasanya akan ambil risiko jaga team.

Senang sangat nak jaga:

1. Bina group Telegram.
- setkan undang-undang.
- jaga 1 level sahaja.
- level di bawah team kalian, minta team jaga sendiri. Benarkan mereka ambil semua bahan, media, copy writing, nota yang kita dah letak di group kita untuk mereka kongsi di group mereka sendiri.

2. Sentiasa kemaskini dan beri mereka ilmu. Jangan berhenti kasi ilmu. Ini penguat mereka berada dalam team!

Kita power, team power.
Team power, kita power.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kasi jadi gais!
Bacaan awal pagi ini:

1. Hidup adalah dapat bangun pagi, kemudian tidur pada waktu malam.

2. Bangun adalah untuk akhirat. Tidur pula untuk bangun semula esoknya.

3. Namun ada ramai yang tak dapat bangun, tak boleh bangun atau memilih tak mahu bangun.

4. Sedangkan bangun itu bukan pilihan.
- sekiranya boleh bangun, maka bangun.
- sekiranya tak boleh, boleh jadi roh kita sudah ditarik.
- sekiranya tak mahu, maka kita sudah menghalang rezeki dan ia tak masuk ke depan pintu rumah kita.

5. Rezeki berkait rapat dengan niat dan perbuatan.
- nak bangun pagi: niat.
- bangun pagi: perbuatan.

Nak bawa masuk rezeki, perlu ada niat nak jemput ia masuk. Sesudah ia datang, pintu perlu dibuka dan ia perlu dilayan dengan baik, hemah dan penuh sahsiah.

Maka dengan kata lain,

Hidup adalah membawa rezeki masuk ke dalam diri kita, keluarga kita, jiran kita, rakan dan sahabat kita, masyarakat kita serta negara kita.

Kita bangun pagi untuk memberi. Jadi manusia bermanfaat untuk bawa rezeki.

Maka hidup adalah untuk memberi.
Beri niat baik. Beri perbuatan baik.

Dunia dapat rezeki.
Akhirat dapat syurga.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
3 ayat yang kita kena tukar apabila bercakap kepada diri kita sendiri.

1. Apabila kita berbuat kesilapan, kita akan cakap apa kena dengan diri aku ini? Kenapa teruk sangat?

- ayat yang betul ialah, di mana aku nak baiki kesilapan aku, diri aku tak ada salah silap, cara kerja aku sahaja perlu diperbaiki.

- jika ia tentang kerja, ia tak ada kaitan dengan diri kita. Ia tentang kerja. Ingat itu. Walau boses atau rakan sekerja kata kita bodoh, kita teruk, namun buang perkataan itu cepat-cepat dari dalam kepala. Fokus kepada cara kerja, baiki semua sistem.

2. Apabila kita terbuat kesilapan yang berulang kita akan cakap "bodohnya diri aku, kenapalah tak terfikir nak buat gitu gini."

- ayat yang betul ialah, "alhamdulillah belajar lagi. Silap kali ke-2, kali ke-3 takkan salah lagi. Sekarang lagi clear nak buat apa.

- tak semua orang belajar pada kali pertama buat salah. Ada orang, dia akan belajar berkali-kali. Kita sebagai rakan, wajar bantu bukannya hina dan sindir seteruk-teruknya. Selagi dia berusaha, selagi itu kita bantu.

3. Apabila kita buat silap, kita akan cakap "apalah yang depa fikir pasal aku. Mesti depa kata aku teruk."

- ayat yang betul ialah "aku takkan benarkan otak aku fikir pasal apa orang fikir tentang aku. Aku kena fokus baiki kesilapan aku. Orang takkan berhenti bercakap, aku pula takkan berhenti baiki dan berubah jadi lebih baik."

Kawan-kawan,

Tak semua dari kalangan kita ini pandai dan hebat seperti Elon Musk, Jeff Bezos atau Dr Amalina.

Kita boleh jadi hebat dengan dapat belajar dari kesilapan kita hari ini, kemudian kita baiki terus untuk buat lebih baik esok hari.

Kita jadi hebat apabila kita berusaha berbuat kebaikan. Sama ada sama seperti semalam atau lebih baik, itu keutamaan.

Buang segala apa yang tak baik untuk difikirkan dan dicakapkan kepada diri, cakap hal baik sahaja. Tak baik, buang terus dari kepala.

Kita kawal diri kita,
Kita kawal otak kita,
Kita kawal jiwa kita.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mahu jadi lebih hebat dari hari ini, bismillah 💪
Malam terakhir kempen 3 Ebook KENAPA SAYA BANGKIT. Saya dah keluarkan ebook baharu, maka ebook ini saya hentikan kempen jualannya.

Sekarang kalian boleh bayar dengan harga berapapun. RM1 ke, RM10 ke, RM100 ke semua saya terima.

Dapat 3-3 ebook tersebut.

3 ebook itu ialah:

1. Kenapa saya gagal?
- kisah kegagalan saya di perusahaan biskut dan menanggung hutang sebanyak RM4.09 juta

2. Hiduplah Semula.
- bagaimana saya bangkit dan berjaya bayar sekitar RM2 juta dalam tempoh 1 tahun.

3. Dijemput Lagi,
- tentang rezeki tentang dijemput lagi ke tanah suci.

Dapatkannya di sini ya:

https://ezy.la/KOMBO_3_EBOOK

Dapatkannya tau. Rugi tak beli sekarang.
Agar rezeki kalian sentiasa dicurah-curah oleh Allah:

- pelihara cara syukurmu.
- perbaiki solatmu.
- senangi orang tuamu.
- cukupkan keluargamu dahulu.
- sedekahkan isi poketmu.
- hadiahkan kesukaanmu.
- cintai tetanggamu.
- cantikkan budimu.
- maksimakan tawakkalmu.
- tinggikan kehormatanmu.
- rendahkan sombongmu.
- mohon taubat atas apapun dosamu.
- minta apa keperluanmu.

Insya-Allah, akan dibuka beribu pintu, disediakan jutaan kunci. Tinggal diri kita sahaja mampu capai atau sekadar lihat orang lain yang membuka pintu tersebut.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
🥰
Menyebarkan rahsia syarikat adalah salah. Boleh didakwa, boleh dihukum, boleh dipersoal berbagai cara oleh pemilik syarikat.

Dah siap tadi semuanya, selesai semak, pasukan desain hantar kepada saya butiran akhir sebelum nak buka untuk jualan.

Ya saya akan jual rahsia saya paling besar semasa membuka kilang biskut yang amat-amat saya sayangi.

Saya jual resipi rahsianya.
Saya jual pengiraan kosnya.
Saya jual bagaimana nak buat.

Biskut kami tak ada guna telur. Kami berjaya buat dan ia dihasilkan dengan sangat baik. Pasukan pembangunan dan penyelidikan kami hasilkan yang terbaik demi peminat-peminat biskut kami.

Rasanya lain. Orang cakap kena beli lagi takut habis cepat. Banyak komen kami terima sangat kesal apabila kami tutup perusahaan tersebut.

Tadi rasa syahdu sangat. Bergenang air mata sampai ke tahap ini saya berusaha untuk selesaikan hutang-hutang bisnes saya.

Nak minta kami buka semula kilangnya, ia sukar dalam tempoh ini. Namun kami nak ada 1,000 lagi pemain industri yang akan wujud selepas saya edarkan rahsia saya ini. Buatlah, jadilah kaya. Semoga ada saham kami bersama kalian.

Ia adalah 20 resipi dan kos biskut paling laris di perusahaan kami. Yang pernah mengeluarkan ratusan ribu balang, pernah ada 22,000 ejen, pernah masuk ke 46 cawangan Mydin seluruh semenanjung.

1,000 pertama dapat harga istimewa. Bismillah. Klik di sini ya: https://ezy.la/EbookResipiBiskut

Khairul Hakimin Muhammad,
Bantu kami Ya Rabb.
Kesabaran itu ada dua macam: sabar atas sesuatu yang tidak kau ingin dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.
Tak usah pandang orang lain gais. Fokus diri sendiri sahaja.

- Kita dah buat baik, berhenti tengok orang lain bermalas-malas.

- Kita dah buat yang terbaik, berhenti tengok orang lain tak buat apa.

- Kita dah rajin, serba serbi kita buat, berhenti suruh hati kita penat nak kecewa bagai.

Kita hebat, Alhamdulillah. Allah beri kita kudrat jadi rajin, Allah beri kita peluang sentiasa buat perkara itu menjadi dan Allah beri kita hati waja yang tak pernah putus asa.

Kena beringat, syaitan juga tak berhenti buat kita benci, marah dan kecewa. Si syaitan akan berusaha cakap ke telinga kita "tengok kau buat kemain banyak, dia tu duk sesaja ja. Hujung bulan dapat gaji sama-sama."

Jadi kita pun bengkek. Mula tak suka dia. Mula marah ke dia. Lalu perlahan-lahan hati kita jadilah keras. Pandang tak boleh, bercakap tak boleh. Mula masam muka. Sedangkan kita sendiri tahu kita takkan boleh ubah orang.

Gais. Ini terjadi di mana-mana.

Kalau di tempat kerja, serah kepada bos-bos untuk lakukan sesuatu. Performance, KPI, semuanya ada untuk beri dia pelajaran baik buruk di tempat kerja.

Kalau di rumah, nasihatlah baik-baik sebagai ahli keluarga. Kalau dah selesai berpesan-pesan, tak nak dengar, lantak sahaja.

Bahagian kita dah pun selesai. Tugas kita adalah sentiasa berbuat sahaja.

Ada orang sangat rajin ziarah ibu bapa dia setiap hari. Namun nak basuh sepiring pinggan pun dia tak boleh buat. Patutnya dia datang, dia tolong. Namun dia tak buat. Jadinya yang ada di rumah akan bantu mana boleh.

Jika hati kita baik, kita akan cakap dalam hati "ini bahagian aku untuk aku buat baik. Dia dah buat baik ziarah mak hari-hari."

Kalau hati kita busuk, kita akan cakap "lagi-lagi aku kena basuh pinggan. Hari-hari inilah kerja aku."

Apa masalah dengan hari-hari kita buat?
Apa masalah dengan setiap kali itu kita kena buat?

Gais, tengok emak kita. Pernah merungut anak datang, dia masak masakan kegemaran anak-anak.

Hari-hari buat kerja rutin kemas, basuh, susun, sapu semua. Pernah dia bising dia cakap hari-hari buat kerja sama? Tak pernah. Sebab emak kita hati waja. Emak kita dah terbiasa dengan buat sahaja, bab lain Allah bantu.

Kita ada adik beradik, bersyukur.
Ada orang, tunggal sahaja. Bab mereka ada yang rajin ada yang malas, apa kita boleh buat. Kita yang rajin, buatlah tanpa fikir tentang orang lain punya kemalasan.

Kita rajin, kita banyak dosa, boleh jadi semua kudrat kita yang bantu buat sana sini itu boleh bantu juga kita memberi pahala depan Allah nanti.

Biar sama-sama dengan hati jadi baik.

Kita boleh lakukan tanpa sakitnya hati, iaitu buat sahaja. Tolong sahaja. Bantu sahaja.

Tolong = pahala.
Bantu = pahala.

Siapa nak, dia buat. Tak nak, tak payah paksa. Jadi gaduh, masam muka akhirnya berantakan. Dari hal yang boleh dapat pahala, akhirnya jadi dosa. Ruginya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Buat ja.