Khairul Hakimin Muhammad
35.8K subscribers
1.33K photos
27 videos
8 files
1.67K links
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;

Whatsapp: 0122117994
Download Telegram
Pagi gais.

Tonton bagaimana OneCookies berjaya masuk ke 46 cawangan Mydin seluruh Semenanjung Malaysia.

Klik sini ya https://vt.tiktok.com/ZSNBaKcBh/
Soalan: Tuan, saya dah banyak juga tulis dan ada yang dapat 100-200 share, namun follower tak ada pun. Ke ada salah setting? Boleh tengokkan?

Jawapan: Ada 2 sebab.

1. Boleh jadi belum set ON butang follow. Senang sahaja, pergi ke:

Account Setting,
Public post,
Di bahagian Who Can Follow Me, klik public. Settle.

2. Sebab profiling. Kalau bahagian ini tak jaga betul-betul, orang tak mahu follow. Contohnya pergi letak nama yang bergabung dengan produk seperti:

Khairul Coway,
Hakimin Gym.

Siapa nak follow nama begitu gais? Kambing pun tak hingin.

Tipsnya ialah:

* Letak nama orang, walau bukan nama sendiri, mesti nama orang.

* Letak wajah sendiri.

* Gambar cover, gambar profile semua ada gambar sendiri, bukan gambar produk.

Nak menjual guna gambar produk semua di posting, bukan di profile.

* di bahagian bio, letak pernah kerja di mana. Jangan main-main bab ini, ini semua titik kepercayaan orang kepada kalian.

*

Jika kalian nak orang percaya yang kalian tulis #content, nak buat duit dan sebagainya, pastikan diri kalian dipercayai terlebih dahulu.

Kalau tidak, hanya posting sahaja viral, apabila orang pergi ke wall kalian, tengok lain macam dia punya profile, terus tak jadi nak klik butang follow.

Setkan betul-betul ya. Supaya kalian ini memang boleh dipercayai!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak belajar advance, terus ke personal coaching, ayuh ada 6x kelas selama 3 bulan bersama saya, klik sini http://www.wasap.my/60122117994
Usahawan yang nak membina personal branding ke company branding ka product branding ka, saya boleh bantu.

Ambil personal coaching dengan saya, coach one to one insya-Allah.

Boleh face to face atau zoom.

Ada 6x sesi belajar selama 3 bulan. 3 bulan saya pantauuu.

Whatsapp lekas di sini http://www.wasap.my/60122117994
"Nak kaya-kaya sampai pergi mana? Bukan boleh bawa masuk kubur pun kan?"

Ayat biasa kita dengar. Kawan-kawan, kita kaya, berjaya, kita tetap boleh bawa masuk kubur malah boleh jadi penyebab masuk syurga. Caranya ialah:

1. Memberi sedekah sebanyak-banyaknya dengan ikhlas.

2. Membayar zakat.

3. Sentiasa memberi hadiah kepada yang tersayang.

4. Membantu permintaan dan keperluan ibu bapa. Mereka mahu apa sahaja, tunaikan. Mereka yang berduit akan memahami hal ini sebetul-betulnya.

5. Membantu adik beradik sama ada sedang susah atau senang.

6. Masak dan edarkan kepada jiran tetangga.

7. Sentiasa mengadakan jamuan makan dan memberi makan kepada yang memerlukan.

8. Membantu sekolah, madrasah, tahfiz dan sebagainya. Membantu anak-anak yang belajar di jalan Allah.

9. Sponsor pembelajaran anak-anak yatim, tahfiz dan sebagainya.

10. Membantu pelarian atau saudara di Syria, Palestin, dan banyaknya negara lain.

11. Menyediakan rumah yang selesai, pakaian dan selesa, makanan dalam rumah sendiri untuk seisi keluarga.

12. Memberi nafkah kepada isteri.

13. Sentiasa membantu rakan dalam kesusahan.

14. Nampak sahaja yang susah, terus bantu.

15. Bantu team untuk lebih maju, lebih produktif dan sentiasa bersama mereka susah senang.

Banyak lagi kawan-kawan. Sesiapa yang pernah lalui semua perkara di atas akan tahu semua itu memerlukan duit.

Kita tahu duit kita itu bermanfaat untuk orang lain. Kita tahu Allah sediakan kepada kita sebanyak-banyaknya untuk bantu orang lain. Kita sentiasa bersyukur dapat kawan, saudara mara yang sentiasa berdoa kepada kita yang duit kita akan bawa kita lapangnya kubur kita nanti, buat kita terlepas seksa neraka dan memudahkan kita masuk syurga.

Kawan-kawan, cari circle yang memahami pentingnya ada duit untuk bantu dan tolong orang lain. Benar bukan hanya duit boleh bantu orang, namun ia tetap perkara penting untuk jadi bermanfaat kepada orang lain pada zaman ini.

Yang penting kita tidak bertuhankan duit. Kita tahu duit itu untuk beri kita lebih lagi pahala setiap masa setiap nafas kita. Terus buat baik ya kawan-kawan, buang hasad kita kepada orang dan doakan orang berhenti hasad kepada kita.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Esok hari terakhir nak dapatkan akses 13 ebook dengan harga ikut kemampuan dan keikhlasan. Lekas weh dapatkan. 13 ebook wehhh. Dapat semua! Klik sini ya https://ezy.la/KHMEBOOK-all
Beberapa hal menulis #content yang kita perlu tahu:

1. Setiap 4 ke 5 baris ayat, buat perenggan. Ia memudahkan orang baca menggunakan telefon bimbit. Tiada perenggan akan buat orang skroll terus.

2. Gunakan ayat dan perkataan mudah. Elakkan dari perkataan kiasan, novel atau yang bermadah pujangga. Ini media sosial, orang nak cepat faham.

3. Letak tajuk = orang terus “jump to conclusion” berbeza dengan terus ke intro = perenggan pertama, tulis dalam bentuk cerita.

4. Gunakan bahasa lelaki = firm, tidak mengulang dan tidak membebel.

Contoh: Topik nak makan apa?

Bahasa lelaki: Nasi goreng ayam.

Bahasa perempuan: Siang tadi makan kuih, pagi makan mee goreng, petang ada makan cucur, kalau malam makan nasi goreng nanti gemuk pula, makan piza ok tak?

Maksudnya, bahasa lelaki = kuat, tepat, isi. Bahasa perempuan banyak membebel, mengulang-ulang tanpa isi yang betul dan banyak mempersoal.

5. Tutup dengan impak positif, bukan kesimpulan. Kita bukan tulis novel atau bikin filem. Impak = kesan kepada pembaca. Bukan pergi tulis rumusan atau kesimpulan yang berjela panjang, kemudian yang baca pun tak faham.

Begitulah. Selamat menulis ya!

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak kelas advance, ambil personal coaching, ayuh klik sini http://www.wasap.my/60122117994
Esok hari terakhir nak dapatkan akses 13 ebook dengan harga ikut kemampuan dan keikhlasan. Lekas weh dapatkan. 13 ebook wehhh. Dapat semua! Klik sini ya https://ezy.la/KHMEBOOK-all
10 Tanda Anda Sudah Matang Bermain Media Sosial.

1. Hanya memuat naik perkara yang perlu sahaja. Hal peribadi, kejayaan atau kesedihan yang tidak mempunyai apa-apa impak kepada pembaca lain, tidak dimuat naik kepada umum.

2. Bermain media social hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Masih boleh berinteraksi dengan baik bersama kawan-kawan dan keluarga.

3. Pilih bahan bacaan yang betul dan tepat. Tidak sesekali mengikut rentak orang lain dengan mengetahui hal viral yang tidak penting, tidak perlu dan membuang masa.

4. Hanya tekan share apabila perkara itu sahih, memberi impak positif dan untuk menyebarkan kebaikan sahaja. Selain dari itu, abaikan.

5. Banyak memberi peluang kepada diri untuk siasat terlebih dahulu mana-mana berita sebelum copy dan paste di medan lain seperti Whatsapp dan sebagainya. Tak perlu jadi hero untuk sentiasa kekal nombor 1 dalam menyampaikan berita. Tak ada siapa nak anugerahkan perkara itu.

6. Menghormati perbezaan apabila ada perbincangan. Sekiranya dikecam kerana berbuat salah dan silap, tak perlu bertahan untuk sombong, boleh sahaja memohon maaf dan teruskan bermain media social seperti biasa.

7. Tidak mengecam orang lain sekiranya dia berbuat salah dan silap. Tegur dengan baik dan lebih baik secara PM tepi.

8. Tak perlu paksa orang untuk menerima pendapat atau cadangan kita. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan apa yang kita utarakan, berlapang dada untuk terima.

9. Menghormati tuan punya posting tanpa perlu copy paste. Sekiranya mahu kongsi, klik butang share. Copy dan kemudian letak kredit di medan sama (Facebook) tetap tidak ada integrity. Jika paste di web, blog, whatsapp dan medan lain, ia ok.

10. Sesekali, enjoy sahaja bermain media social. Banyakkan buat posting kebahagiaan, hentikan kecam sana kecam sini. Tulis benda baik, kongsi perkara yang kita suka buat dan sentiasa kemaskini kebaikan, ia akan kembali semula kepada kita. Audien kita adalah apa yang kita muat naik.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Ulang Tahun ke-16 bermain Facebook.
Sayangnya jika kalian semua terlepas. Sayang sangat. Tak tahu bila lagi ada peluang begini. Benda berharga lebih RM1,800 kalian boleh bayar RM10 ja tau.

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

Akses 13 ebook saya kini dijual dengan harga yang kalian boleh letak sendiri. Tak kisah nak bayar RM10 ke RM100 ke RM1,000 ke semua saya terima.

Klik sini, bayar, akan terus terima akses 13 ebook tersebut!

Klik sini ya https://ezy.la/KHMEBOOK-all

Lekas! Sebarkannn! Ramai lagi tak tahu ni!
Tak mengapa langkah kita kecil,
Janjinya kita terus berjalan.
Tak mengapa hari ini tak berapa baik,
Esoknya masih ada.

Tak mengapa kawan kita bersedih hari ini,
Esok kita boleh bahagia semula.

12 tengah hari ini, kami buka link jualan buku digital saya yang terbaharu, "Hiduplah Semula".

Ia berkisar perjuangan melawan kekusutan, melawan kegusaran, melawan kegelisahan akibat bebanan hutang bisnes, tekanan ditinggalkan sendirian serta kekecewaan yang sering datang pada setiap kali tarik dan hembus nafas.

Ia sebuah perjuangan.

Dapatkannya ya, sekitar 1 jam lebih sahaja lagi link akan dibuka.

Sementara itu, boleh baca di sini https://ezy.la/HiduplahSemula

Bismillah

Khairul Hakimin Muhammad,
Hiduplah Semula
28 minit lagi gais!
10 minit lagi
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, lancar sudah buku digital penuh air mata, "Hiduplah Semula".

Hanya RM25 sahaja.
125 muka surat.
8 bab
2 bahagian plot / bahagian besar.

Sebuah perjalanan kecil untuk digunakan semula oleh kawan-kawan semua.

Siapa sangka perjalanan menulis bermula berpuluh tahun dulu kemudiannya saya tak mahu lagi begitu begini kini membuat saya kembali menulis seperti ini.

Bismillah,

Jemput semua beli di sini kawan-kawan, sebarkan juga ya!

Klik sini sekarang https://ezy.la/HiduplahSemula

Terima kasih semua! Terima kasih terus bantu, sokong dan "hidupkan jiwa" saya semula. Terima kasihh
Ingatkan hari ini hari last disuruh bayar RM70,000 barulah nak proceed saman, rupanya dah kena saman. Sedih pula.

Jujurnya saya tak berjaya kumpulkan duit sebanyak itu. Hari ini saya boleh bayar dalam RM5,500 sahaja. Tak tahu apa akan jadi, reda sahaja naik mahkamah nanti. Semoga Allah permudahkan.

Doakan saya ya kawan-kawan.

Nak support saya, saya ada jual ebook, saya tak mahu derma atau sebarang sumbangan. Jadi saya berniaga. Ebook terbaharu saya ialah "Hiduplah Semula."

Harganya RM39 sahaja.

Jika ada 1,795 orang beli hari ini, maka selesai esok boleh bayar 70,000 tersebut. Boleh ka kita dapatkan hari ini gais? Tolong gais. Kalian semua orang baik. Bantu saya ya.

Saya ada 336,000 orang follower. Acilah beli seorang 1 unit. Please. Huhuhuhu. Ini linknya ya https://ezy.la/HiduplahSemula

Terima kasih semua yang terus bantu saya. Saya amat hargainya.