Khairul Hakimin Muhammad
35.8K subscribers
1.33K photos
27 videos
8 files
1.67K links
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;

Whatsapp: 0122117994
Download Telegram
Dalam dunia bisnes, ini yang kalian perlukan:

Pelaburan:

Kelas,
Buku,
Travel,
Networking.

Akan dapat:

Ilmu praktikal,
Ilmu teori,
Pengalaman,
Perkongsian.

Hasil:

Berani buat keputusan,
Tak takut gagal,
Matang dan tenang,
Kuat dan yakin.

Waktu ini kalian akan dapat rasa yang perjalanan bisnes kalian ada naik turun, seronok melaluinya dengan banyak baik buruk. Dapat tenang buat keputusan dan belajar dari untung atau rugi.

Waktu saya kerja dulu, saya takkan lupa Dato Rameli Musa (Founder Ingress Corporation Berhad) berucap semasa perhimpunan bersamanya, beliau kata,

“Projek ini sekitar RM1billion kalau kita dapat. Namun kalau projek ini tak bagus untuk kita, tak elok untuk pembangunan kita, maka saya tak kisah jika kita tak dapat.

Namun jika projek ini boleh kita dekatkan diri kepada Allah, boleh banyak lagi bantu orang, maka saya akan rasa ralat.”

*

Bisnes adalah tentang bantu orang lain. Letak dalam kepala hal itu. Itu batu asas. Jika yang itu tak posisikan, maka kita akan terdorong rasa susahnya nak berbuat itu ini.

Sama seperti kita bermain media sosial, tulis #content yang dapat beri manfaat kepada yang baca, lihat dan dengar.

Kasi orang ilmu, pengkongsian, faedah serta kesan positif. Ingat, tulisan kecil kita mungkin boleh bantu ramainya orang. Tak apa bermula dengan kosong follower, kami juga begitu.

Janji tulis kebaikan. Itulah perkara paling utama dalam bermain hal alam maya ini.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Moga kita saling beri manfaat sesama sendiri. Amin.
"Saya tak banyak sangat tolong isteri saya di rumah kerana saya banyak habiskan masa kerja di luar. Beliau suri rumah dan jaga ke lima-lima anak saya."

Beliau duk nasihatkan saya tentang bagaimana rezeki kita ini masuk melalui kita ini ringan tangan dan ringan tenaga kepada isteri.

Beliau merupakan tokoh usahawan yang sering kita jadikan contoh sebagai peniaga yang merendah diri walau sudah kaya raya. Saya pohon berkali-kali untuk letak nama beliau dan gambar kami bersama, namun beliau tak izinkan, anak dan isterinya juga sama tak benarkan. Saya akur sahajalah kerana mereka masih beri saya bercerita.

Saya pelik juga apabila beliau kata beliau tak tolong sangat di rumah, jadi mengapa mahu nasihatkan saya begitu. Rupanya beliau cakap benda mudah sahaja:

"Apabila kita bangun awal, kita cucilah tandas itu sendirian. Sudah siap semua, kejutkan isteri untuk solat subuh.

Selepas solat, lihat telefon dia kalau baterinya dah nak habis, tolong caskan.

Biasanya isteri saya dah siapkan baju semua. Saya akan ambil, pakai. Kemudian hanger saya letak di tempat yang beliau biasa menggosok baju. Saya suka sekali waktu dia bangun ke tandas, saya pula dah siap mandi, saya akan kemaskan katil.

Kalau saya dah nak pergi kerja, saya make sure saya yang hulur tangan kepada dia. Bukan dia yang beriya datang kepada saya, dia sedang sibuk dengan anak-anak, jadi saya perlu bantu dia untuk dapat "salam" saya. Itu semua kunci rezeki kita semua.

Saya suka telefon dia waktu nak balik ke rumah. Saya akan tanya dia masak atau tidak, kalau dalam 6.30 petang dia belum mula masak, maka saya tahu dia tak sempat kerana uruskan anak-anak, jadi saya kata tak apa saya beli sahaja untuk semua. Dan dia sangat happy.

Waktu kita mula berniaga atau buat apa sahaja, jadikan semua ini rutin sampai kita tak perasan kita dah lakukan benda sama berpuluh tahun. Kita tak sedar yang Allah beri kita lebih banyak apabila kita lakukan semua ini.

Isteri adalah hati sebuah rumah. Kalau kita tak jaga, dia takkan beri positiviti rumah itu, ia mesti disusun dan disempurnakan dengan banyaknya sistem sokongan kiri kanan depan belakang.

Kita yang tentukan bagaimana kita nak jemput rezeki masuk ke rumah kita. Jadi buatlah baik dengan pasangan masing-masing, jadi suami, jaga isteri. Jadi isteri, jaga suami."

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar lagi. Alhamdulillah.
Peluang terakhir dah ni gais! Boleh jadi bulan kelahiran saya ini adalah bulan last nak dapatkan 13 ebook ini dengan harga yang kalian boleh letak sendiri.

RM10 boleh
RM100 boleh
RM1,000 lagilah boleh
RM10,000 syukur alhamdulillah sangat boleh.

Ikutkan harga semua ebook ini sekitar RM1,800+ tapi sebab saya perlukan duit untuk saya bayar hutang bisnes saya, maka saya jual dengan harga yang kalian boleh letak sendiri. Saya tahu ramai perlu ilmu ini, saya juga perlu duit, maka saya berniaga lebih baik dari saya minta derma.

Selepas ini akan muncul ebook-ebook baru pula. Jadi ada lagi 10 hari, dapatkannya ya kawan-kawan!

Beli di sini: https://ezy.la/KHMEBOOK-all

Sudah beli, nanti semak emel, kalian akan terima akses ebook-ebook ini ya.

Bacalah dan buat semuanya. Baru ngam membina pemain dunia digital yang bagus dan hesmes sokmo.

Sebarkan juga ya kawan-kawan! 10 hari terakhir! Ya Rabb alhamdulillah.
Di media sosial, kita boleh dapat sesaat pujian, sesaat juga makian. Semua boleh. Namun tak semua faham apa yang kita lalui di belakang pentas.

Apa sahaja yang kita usahakan, kita boleh berjaya dengan banyaknya latihan tanpa pernah putus asa.

Sama juga dengan dunia penulisan. Apabila menulis #content, ia mesti ada 3 perkara yang masuk ke dalam kepala pembaca:

1. Apabila orang baca, orang faham (posting inform atau inspire). Atau,
2. Apabila orang baca, orang buat terus (posting educate). Atau,
3. Apabila orang baca, orang beli terus (posting iklan.

3 impak ini wajib jatuh ke hati pembaca. Dan itulah praktis yang perlu dibuat sentiasa.

Semalam apabila orang tanya mengapa Dato Sri Siti berjaya? Saya jawab, beliau rajin praktis. Lihatlah persembahannya, beliau tetap akan berlatih sampai jadi baru naik ke pentas. Makan hari, makan masa dan penatnya tak terkira.

Latihan ini orang tak perasan, tak nampak, tak tahu. Yang orang tahu adalah yang kita tunjuk sahaja.

Jadi dalam dunia menulis, belajar praktis tanpa orang tahu. Tulis sahaja, simpan. Tulis, simpan. Mana yang rasa okey, rasa wajar ditunjuk dan diletak di wall, letak.

Tengok hasilnya selepas banyaknya usaha.

Kawan-kawan, usaha tak perlu ditonjol. Itu adalah kegigihan semulajadi yang datang dari hati. Kita tahu kita mahu kejayaan, dan itu semua untuk kita, keluarga kita, sekeliling kita.

Ingat, usaha gigih ini orang tak puji, namun proses itu bersilih ganti dengan maki dan baiki. Itulah diri kita nak kena asah, ketuk dan pahat. Selepas banyaknya buang dan sisih, kita jadi berkilat.

Lalu bercahaya dan memberi banyaknya inspirasi di luar sana.

Begitulah kawan-kawan, usaha praktis dan gigihlah!

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak belajar advance, ambil personal coaching, whatsapp sini ya http://www.wasap.my/60122117994
Setiap hari, tetapkan dalam diri nak buat benda simple namun yakin Allah akan beri pahala. Antara perkara mudah itu ialah:

1. Sebelum isteri atau suami atau kawan bujang anda keluar dari rumah nak ke tempat kerja, doakan dalam hati "Ya Allah mudahkan urusan pasanganku (atau kawanku), semoga beliau mendapat dan memperoleh kerja, task dan pembelajaran yang baik hari ini."

2. Kita dah keluar rumah, masuk kereta atau naik motor, kita doakan jiran kita "Ya Allah peliharalah jiran-jiranku, semoga semua antara mereka ini dimurahkan rezeki dan saling menyayangi sesama kami di kawasan ini."

3. Ada kereta beri signal nak masuk laluan kita, kita perlahankan kenderaan dan beri dia masuk. Terus doa "Ya Allah semoga mereka ini selamat sampai ke destinasi."

4. Dah sampai tempat kerja terus berdoa "Ya Allah, berkati tempat aku bekerja, murahkan rezeki kami dalam mencari dan berusaha untuk diri kami, keluarga kami dan seluruh mereka yang bersama dengan kami."

5. Ada duit lebih sikit, beli kuih dan letak di pantry. Tulis sahaja di situ "jemput makan semua."

*

Benda mudah begini akan buat mind set kita tersusun. Nampak sesuatu, doa. Lihat sesuatu, doa. Beri suatu, doa.

Semuanya akan kembali balik kepada kita.

Doa kita itu ibarat kita sedang siram 1 pasu yang kita tanam benih pokok.

Bayangkanlah sampai 1 hari kita jaga dia baik-baik, nanti kita akan dapat buahnya, hasilnya. Seronok benar kan.

Ha begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Doakan saya juga ya. ❤️
Dulu saya pun tak percaya hal ini. Sekarang dah berbisnes baru tahu apabila tengok sendiri. Ada rakan bergaji RM300,000 sebulan. Apabila tanya berapa sales dia setahun? Dia jawab adalah dalam 60-70 juta sahaja.

Ya dia jawab "sahaja". Bagi dia Allah punya kuasa nak beri rezeki lebih lagi dari itu.

Masuk dalam circle lagi besar, rupanya ada dalam dunia ini orang bergaji RM1j - 1.2juta sebulan. Saya tanya dia buat apa dengan duit sebanyak itu?

Dia jawab "duit bekerja untuk aku, aku dah tak bekerja untuk duit."

Saya tanya bagaimana? Dia pun cerita satu demi satu.

Sungguhlah, rezeki Allah lebih luas dari langit. Lagi panjang dari segala jenis sungai terpanjang di dunia, takkan putus-putus seperti tak putusnya air zam-zam.

Yang kita pula, pergi limitkan dalam kepala yang kita hanya dapat 2-3k sahaja sebulan. Sedangkan kita boleh dapat lebih dari itu.

Kita limitkan tenaga kita. Kita limitkan kudrat kita. Kita limitkan usaha kita untuk capai begitu begini. Kita limitkan sedekah kita. Kita limitkan zakat kita. Kita limitkan perkara berbuat baik. Kita limitkan nak memberi kepada jiran, kepada keluarga, kepada sesiapa, kita limitkan doa kita. Kita limitkan solat kita. Semua kita buat dengan banyaknya limitasi. Sedangkan rezeki Allah tidak. Sangat tak ada limit pun.

Semuanya kita.

Sungguhlah kan, Allah mengikut sangkaan hambaNya:

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat (HR. Bukhari dan Muslim).

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad.
Percaya.
Ingat tak beberapa bulan lepas kalian bantu saya menyelesaikan masalah kena waran tangkap kerana saya dikata tak hadir ke mahkamah?

Kalian bantu saya dengan membeli buku digital tulisan saya. Kalian beli sahaja waktu itu tanpa bertanya apa pun. Kalian bantu ja. Ya Rabb alhamdulillah.

Kes itu dah pun selesai alhamdulillah. Hakim dah putuskan selesai dan waran tangkapnya sudah ditarik balik. Total kena bayar waktu itu sekitar RM28,000.

Bulan lepas, saya perlu sekitar RM250,000 untuk selesaikan 2 lagi kes saman. Walau jualan bulan lepas tak bagus, saya bersyukur saya bayar sahaja mana saya ada. Saya tak tahu apa akan berlaku, tunggu sahaja.

Bulan ini pun sama, macam tak berjaya tapi saya kekal berusaha juga.

Apapun, terima kasih semua yang tak berhenti bantu saya.

Saya nak maklum yang semua 13 ebook yang kalian pernah beli dulu akan kembali dijual berasingan. Kali ini ada yang akan bantu jual dengan cara berbeza.

Oleh itu untuk harga yang kalian boleh letak sendiri ini, ia akan berakhir pada 31hb Oktober ini. Ayuhlah beli sekarang jika belum beli.

RM100 boleh, RM10 juga boleh. Letaklah berapa kalian mampu ya.

Beli di sini sekarang: https://ezy.la/KHMEBOOK-all

Jika dah beli, sebarkan tauu. Saya yakin masih ramai belum tahu tentang ebook saya ini. Ada 13 dan semuanya insya-Allah bermanfaat!

Sekali lagi, terima kasih yaaaaa!
Bermula perkongsian "Hiduplah Semula" di Tiktok saya.

Ia berkisar bagaimana saya fight bayar hutang dari RM4.09 juta sehingga habis. Sekarang tinggal lagi RM1.88 juta.

Tonton Part 1 di sini ya https://vt.tiktok.com/ZSNkSKX4u/
Pagi gais.

Tonton bagaimana OneCookies berjaya masuk ke 46 cawangan Mydin seluruh Semenanjung Malaysia.

Klik sini ya https://vt.tiktok.com/ZSNBaKcBh/
Soalan: Tuan, saya dah banyak juga tulis dan ada yang dapat 100-200 share, namun follower tak ada pun. Ke ada salah setting? Boleh tengokkan?

Jawapan: Ada 2 sebab.

1. Boleh jadi belum set ON butang follow. Senang sahaja, pergi ke:

Account Setting,
Public post,
Di bahagian Who Can Follow Me, klik public. Settle.

2. Sebab profiling. Kalau bahagian ini tak jaga betul-betul, orang tak mahu follow. Contohnya pergi letak nama yang bergabung dengan produk seperti:

Khairul Coway,
Hakimin Gym.

Siapa nak follow nama begitu gais? Kambing pun tak hingin.

Tipsnya ialah:

* Letak nama orang, walau bukan nama sendiri, mesti nama orang.

* Letak wajah sendiri.

* Gambar cover, gambar profile semua ada gambar sendiri, bukan gambar produk.

Nak menjual guna gambar produk semua di posting, bukan di profile.

* di bahagian bio, letak pernah kerja di mana. Jangan main-main bab ini, ini semua titik kepercayaan orang kepada kalian.

*

Jika kalian nak orang percaya yang kalian tulis #content, nak buat duit dan sebagainya, pastikan diri kalian dipercayai terlebih dahulu.

Kalau tidak, hanya posting sahaja viral, apabila orang pergi ke wall kalian, tengok lain macam dia punya profile, terus tak jadi nak klik butang follow.

Setkan betul-betul ya. Supaya kalian ini memang boleh dipercayai!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak belajar advance, terus ke personal coaching, ayuh ada 6x kelas selama 3 bulan bersama saya, klik sini http://www.wasap.my/60122117994
Usahawan yang nak membina personal branding ke company branding ka product branding ka, saya boleh bantu.

Ambil personal coaching dengan saya, coach one to one insya-Allah.

Boleh face to face atau zoom.

Ada 6x sesi belajar selama 3 bulan. 3 bulan saya pantauuu.

Whatsapp lekas di sini http://www.wasap.my/60122117994
"Nak kaya-kaya sampai pergi mana? Bukan boleh bawa masuk kubur pun kan?"

Ayat biasa kita dengar. Kawan-kawan, kita kaya, berjaya, kita tetap boleh bawa masuk kubur malah boleh jadi penyebab masuk syurga. Caranya ialah:

1. Memberi sedekah sebanyak-banyaknya dengan ikhlas.

2. Membayar zakat.

3. Sentiasa memberi hadiah kepada yang tersayang.

4. Membantu permintaan dan keperluan ibu bapa. Mereka mahu apa sahaja, tunaikan. Mereka yang berduit akan memahami hal ini sebetul-betulnya.

5. Membantu adik beradik sama ada sedang susah atau senang.

6. Masak dan edarkan kepada jiran tetangga.

7. Sentiasa mengadakan jamuan makan dan memberi makan kepada yang memerlukan.

8. Membantu sekolah, madrasah, tahfiz dan sebagainya. Membantu anak-anak yang belajar di jalan Allah.

9. Sponsor pembelajaran anak-anak yatim, tahfiz dan sebagainya.

10. Membantu pelarian atau saudara di Syria, Palestin, dan banyaknya negara lain.

11. Menyediakan rumah yang selesai, pakaian dan selesa, makanan dalam rumah sendiri untuk seisi keluarga.

12. Memberi nafkah kepada isteri.

13. Sentiasa membantu rakan dalam kesusahan.

14. Nampak sahaja yang susah, terus bantu.

15. Bantu team untuk lebih maju, lebih produktif dan sentiasa bersama mereka susah senang.

Banyak lagi kawan-kawan. Sesiapa yang pernah lalui semua perkara di atas akan tahu semua itu memerlukan duit.

Kita tahu duit kita itu bermanfaat untuk orang lain. Kita tahu Allah sediakan kepada kita sebanyak-banyaknya untuk bantu orang lain. Kita sentiasa bersyukur dapat kawan, saudara mara yang sentiasa berdoa kepada kita yang duit kita akan bawa kita lapangnya kubur kita nanti, buat kita terlepas seksa neraka dan memudahkan kita masuk syurga.

Kawan-kawan, cari circle yang memahami pentingnya ada duit untuk bantu dan tolong orang lain. Benar bukan hanya duit boleh bantu orang, namun ia tetap perkara penting untuk jadi bermanfaat kepada orang lain pada zaman ini.

Yang penting kita tidak bertuhankan duit. Kita tahu duit itu untuk beri kita lebih lagi pahala setiap masa setiap nafas kita. Terus buat baik ya kawan-kawan, buang hasad kita kepada orang dan doakan orang berhenti hasad kepada kita.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Esok hari terakhir nak dapatkan akses 13 ebook dengan harga ikut kemampuan dan keikhlasan. Lekas weh dapatkan. 13 ebook wehhh. Dapat semua! Klik sini ya https://ezy.la/KHMEBOOK-all
Beberapa hal menulis #content yang kita perlu tahu:

1. Setiap 4 ke 5 baris ayat, buat perenggan. Ia memudahkan orang baca menggunakan telefon bimbit. Tiada perenggan akan buat orang skroll terus.

2. Gunakan ayat dan perkataan mudah. Elakkan dari perkataan kiasan, novel atau yang bermadah pujangga. Ini media sosial, orang nak cepat faham.

3. Letak tajuk = orang terus “jump to conclusion” berbeza dengan terus ke intro = perenggan pertama, tulis dalam bentuk cerita.

4. Gunakan bahasa lelaki = firm, tidak mengulang dan tidak membebel.

Contoh: Topik nak makan apa?

Bahasa lelaki: Nasi goreng ayam.

Bahasa perempuan: Siang tadi makan kuih, pagi makan mee goreng, petang ada makan cucur, kalau malam makan nasi goreng nanti gemuk pula, makan piza ok tak?

Maksudnya, bahasa lelaki = kuat, tepat, isi. Bahasa perempuan banyak membebel, mengulang-ulang tanpa isi yang betul dan banyak mempersoal.

5. Tutup dengan impak positif, bukan kesimpulan. Kita bukan tulis novel atau bikin filem. Impak = kesan kepada pembaca. Bukan pergi tulis rumusan atau kesimpulan yang berjela panjang, kemudian yang baca pun tak faham.

Begitulah. Selamat menulis ya!

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak kelas advance, ambil personal coaching, ayuh klik sini http://www.wasap.my/60122117994
Esok hari terakhir nak dapatkan akses 13 ebook dengan harga ikut kemampuan dan keikhlasan. Lekas weh dapatkan. 13 ebook wehhh. Dapat semua! Klik sini ya https://ezy.la/KHMEBOOK-all