Khairul Hakimin Muhammad
35.8K subscribers
1.33K photos
27 videos
8 files
1.67K links
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;

Whatsapp: 0122117994
Download Telegram
Kalau saya konsisten content gini di Tiktok, hangpa suka tak

https://vt.tiktok.com/ZSLK6Xxo6/
The Millionair Morning:

5.00 pagi: Bangun tidur, mandi, solat sunat.
5.30 pagi: mengaji hingga waktu subuh.
5.50 pagi (atau waktu subuh): Solat sunat sebelum subuh, solat subuh. Al-Ma'thurat dan bersedekah subuh.
6.30 pagi: Ratib Al-Atas.
7.00 pagi: Membaca 20 minit.
7.20 pagi: berjalan / bersenam 30 minit.
7.50 pagi: bersarapan dan terus ke tempat kerja.
8.20 pagi: solat sunat dhuha.
8.30 pagi: semak checklist semalam dan menulis kesyukuran semalam.
9.00 pagi: menulis checklist kerja harian / rutin harian.

Kita tentukan kita nak pagi jutawan atau pagi biasa-biasa.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Jika kita sering merungut, itu penyebab kita sentiasa rasa tak cukup.

Merungut kena masak pagi-pagi, masa nak mengaji tiada, sedangkan jika kita bersyukur dapat masak, Allah akan beri ruang untuk kita buat perkara baik lagi dan lagi.

Merungut kena kerja awal pagi hingga kena bangun awal, sedangkan jika kita bersyukur ada pekerjaan, bangun seawal mana pun akan buat kita cergas dan sihat.

Merungut jadi suri rumah semua benda nak kena buat, suami balik terbaring sana-sini sedangkan jika kita bersyukur ada suami rajin kerja bawa dan kongsi pendapatan, semua kepenatan kita itu pastinya akan ada ruang untuk berbuat perkara lain.

Ada orang, 24 jam yang dia ada, cukup dan terjaga.
Ada orang, sering kata tak cukup 24 jam.

Ada orang boleh handle 10 syarikat dalam 1 masa. Ada orang 1 syarikat pun tak boleh nak kawal.

Ada orang boleh siapkan 20 kerja dalam sehari, ada orang nak minta siapkan sehelai surat pun tak siap-siap.

Ada orang, tidurnya lambat, namun tetap boleh bangun awal pagi dan sentiasa segar buat kerja itu buat kerja ini. Ada orang, tidur awal pun susah nak bangun awal. Merungut sana sini, bangun pagi pun bermalas sana bermalas sini.

Semuanya atas kita bersyukur atau merungut. Kita bersyukur, Allah beri lagi, Allah mudahkan lagi, Allah sayangi lagi. Kita merungut, kita akan dapat sempit, rezeki kita sering lagi, hati sering sakit dan sentiasa cemburu sana cemburu sini.

Surah Ibrahim Ayat-7

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

Terjemahannya:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
❤️
Di Hari Malaysia yang mulia ini ayuh makan kambing perap Panglima haha.

Orang Bangi, ha saya ada ready stok. Ofkoslah kan kita stokis Bangi.

Ha siapa nak;

berat 600gm
Ada 2 sos okeh diberi percuma
Harga RM35.90

Lekas order, next sampai minggu depan la ni ada dalam 100 pek kot. Cepattt

Whatsapp sini ya

http://www.wasap.my/60198801622/kambingperap
Tanda anda dah ada keyakinan:

1. Jika tak dijemput oleh sesiapa atau untuk apa-apa, kita ok sahaja. Kita masih hidup seperti biasa, enjoy.

2. Kita boleh berkongsi kejayaan tanpa ada sindir, perli, dan kata-kata yang menyakitkan hati sesiapa. Kejayaan kita adalah untuk bantu lebih ramai orang termasuk orang yang pernah lukakan kita.

3. Kita juga boleh berkongsi kegagalan dengan matlamat untuk orang lain belajar. Bukan membongkak mengatakan kegagalan kita dulu adalah sebab si polan atau sebab apa. Semua sebab kita dan kita dah maafkan diri sendiri serta move on.

4. Kita okey untuk jadi pendengar sahaja. Walau saat kita dalam kesusahan kita cuba bercakap namun tak didengari. Kita anggap Allah tak izinkan dan move on belajar sampai pandai.

5. Kita berani mencuba sesuatu yang baharu tanpa ketakutan. Kita buat dan jika gagal, kita belajar. Jika berjaya kita bantu orang lain.

Kawan-kawan,

Orang yakin, dia tenang. Dia banyak rasional. Dia matang berfikir.

Orang yakin, dia tahu Allah ada pada setiap masa dan ketika. Jadi dia tahu apa yang baik atau tak untuk dia.

Boleh jadi dia tak dijemput kerana di situ banyaknya dosa. Boleh jadi dia tak tahu cerita sesuatu perkara kerana dia tak diperlukan pun untuk pening-pening dalam hal tersebut.

Dia sentiasa sangka baik dengan Allah. Dia tahu Allah cukup tahu apa dia perlu untuk teruskan hidup.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Cara nak bersihkan minda dan hati semasa bermain media sosial:

1. Tak perlu fikir kenapa dia kongsi itu ini, itu hal dia, tak suka, skroll. Masih tak suka, unfollow. Dah membenci, unfriend atau block. Semua fungsi itu ada.

2. Apabila dah bertindak, duduklah diam. Kita tak suka orang up posting benci sana sini, kita juga tak perlu buat. Kita tenang fokus content bermanfaat kita sahaja.

3. Jika kita suka satu-satu posting, pastikan kita tidak share dengan niat nak membantai orang lain. Sebagai contoh sedang bergaduh dengan adik beradik, kita pun share satu posting yang kita jumpa dengan caption sentap atau sengaja nak trigger adik beradik tersebut.

Bayangkan ia berlaku kepada kita, kita suka tak? Tak suka kan? Jadi tenang. Sosial media bukan laman nak bertarik rambut sesama saudara atau jiran atau kawan rapat.

4. Share perkara yang kena dengan diri sendiri sahaja. Beri manfaat kepada diri dan anggap ia bagus untuk diri sendiri.

5. Jika orang yang kita follow tiba-tiba up posting yang tak kena dengan diri kita. Sangka baik, dia juga manusia sama seperti kita. Tidaklah dengan 1 posting kita tak suka, kita lupa dia pernah buat kita bahagia dengan 1,000 posting sebelum ini.

Kawan-kawan,

Nak bahagia, mula dengan diri sendiri okey. Sosial media adalah medan orang meluah ilmu, bina content dan mencari rakan. Jadi ia adalah padang pahala.

Gunakan sebaiknya untuk dapat kebaikan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Jika kalian rasa sukar nak menulis di wall, gunakan bahagian story untuk dapatkan pahala. Cara paling mudah ialah:

1. Ambil 1 ayat Quran beserta maksud atau hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wassalan dan letak di situ setiap awal pagi. Kalau rasa jam 6.00 pagi nak letak, letak. Konsisten. Secara tak sedar kalian beri pahala kepada diri sendiri 365 hari setahun.

2. Letak sarapan apa yang kalian buat. Jus, atau apa sahaja rutin pagi, senaman, kemas sana, siapkan sini. Kalian sedang beri idea kepada orang lain 365 hari setahun.

3. Kemudian letak perkara baru yang kalian jumpa. Contohnya membaca buku dan jumpa ayat yang super sedap. Ambil gambar bahagian itu dan kongsi. Kalian akan beri ceria kepada orang lain selama 365 hari setahun.

Beri ilmu, beri keceriaan dan kegembiraan adalah pahala. Dalam tak sedar Allah akan beri semula kepada kalian rezeki yang melimpah ruah.

Kongsi kebaikan. Ruangan “story” adalah ruangan mudah tanpa perlu bangunkan perkataan, ayat panjang atau content yang lengkap. Ia ringkas sahaja.

Nak guna, tuju kebaikan. Kita juga akan dapat hasil di dunia, saham di akhirat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Aktif meletakkan story di Instagram berbanding Facebook. Hehe.
Saya juga pernah buntu tak tahu nak buat apa. Pernah rasa 2 minggu nak tengok cahaya pun tak boleh. Takut dikejar hutang bisnes. Sampailah isteri cakap "abang, tulis dan juallah ebook semula." Alhamdulillah menjadi. Nak belajar?

Saya buka penyertaan kepada kalian untuk belajar bagaimana buat duit dengan tulisan kita sendiri.

Tulis dan jual ebook sendiri.

Nak tahu ebook apa senang dijual dan bagaimana nak jual? Ayuh sertai kelas ini, klik sini ya:

https://ezy.la/KELASEBOOK

Tak dapat sertai secara live, dont worry, daftar ja dulu, nanti kami hantarkan rakaman kepada kalian ya.

Ayuh bersama menjana pendapatan melalui tulisan sendiri.

Bismillah.
Soalan: Saya ada 5 bisnes berbeza, bagaimana saya nak tulis di wall saya. Saya jadi pening dan tak tahu nak mula yang mana.

Jawapan: 3 bisnes atau 5 bisnes, tak pernah jadi masalah. Ia adalah bagaimana kita susun atur semuanya tanpa perlunya kita kecoh dan gopoh.

Posting #crowd: tetap perlu susun #content untuk mendapatkan share dan menaikkan follower.

Posting yang ini susun jam 8.00 pagiz

Posting #RM: tetap perlu susun content untuk semua bisnes yang kita ada.

Contoh: Bisnes makanan, up jam 10.00am setiap hari. Bisnes baju up jam 3.00 petang setiap hari. Bisnes baju bayi up jam 6.00 petang setiap hari.

Bermain media sosial, tak perlu nak kumpulkan semua benda dalam 1 #posting. Tenang-tenang susun.

Kemudian bermainlah dengan posting #side untuk kekalkan engagement bagus di wall kita. Susun sahaja gais, hasil akan datang kemudian.

Semua benda nak serabut, memang tak kemana. Tenang-tenang. Duduk di meja, susun satu demi satu.

Rezeki tak lari kemana pun. Ada sahaja untuk kita. Lagi kita susun, lagi beri lega. Kehidupan pun lancar dan kita sentiasa bahagia.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak personal coaching, whatsapp ja sini http://www.wasap.my/60122117994
Soalan: Bang, saya berniaga nasi lemak setiap hari. Dulu saya buka tapak jam 7.00 pagi. Fokus pada orang lalu lalang. Sekarang ini adalah 2-3 orang tempah awal dan datang ambil sahaja. Jadi macam mana saya nak luaskan service macam ini ya? Macam best.

Jawapan:

1. Jika kau punya crowd offline sudah bagus, pergi buat cop dan tampal di kertas untuk beritahu kau terima tempahan awal.

Letak nombor telefon.

Ada juga peniaga yang bijak beritahu yang mereka juga terima bekas makanan dari jiran untuk bungkuskan siap-siap. Ia bersifat ala-ala mangkuk tingkat.

Buat format dan sistem supaya ianya lancar.

2. Untuk online, gunakan Facebook / Instagram kau bagi kemaskini proses. Sebagai contoh:

Semasa memasak, boleh kongsi resipi (kau akan dapat crowd).

Semasa buka kedai, boleh kongsi lokasi dengan detail, beritahu juga nasi lemak kau dengan terperinci.

Apa lauknya,
Apa harganya,
Dan semasa orang beratur, ambil gambar dan buat posting gila-gila.

Ingat, jaga ejaan, dan perluaskan skop 4 kuadran asas penulisan media sosial yang ada di dalam naskhah #118ideatuliscontent

Kesemua itu akan beri kau kelebihan.

Jom personal coaching bersama saya! Whatsapp sini ya: http://www.wasap.my/60122117994
Follower tak naik,
Content sendu,
Tak tahu nak tulis apa,
Tak tahu nak buat video apa,
Idea kelaut,
Kenapa sangkut?
Kenapa dah mula rasa tak tau?
Kenapa orang lain ada banyak content?
Kenapa dah tak tau nak up apa?
Up ja entah benda-benda sampai hilang fokus.

Ahaaaa. Kalian kena jumpa saya. Saya bantu bab pembangunan content di media sosial.

Personal Branding
Company Branding
Product Branding

3-3 ini saya buat alhamdulillah. Untuk media sosial, saya bantu bab pembangunan content untuk brandingkan apa sahaja.

Kalian akan dapat lebih 1,095 idea posting di Facebook.
Juga sekitar 365 idea posting video di T*iktok.

Semua saya bantu dari idea kepada pembangunan topik kemudian niche lalu terus kepada bagaimana nak tarik follower, bina kolam sendiri. Bina laut sendiri dan kemudian bawa kepada sales kencang.

Ayuh. Saya buat personal coaching terus. Saya coach selama 3 bulan, ada 6 kali perjumpaan.

Be your own celebrity gituh. Bina 100,000 follower jom! Kita jadi pembangun content bagus dan terbaik tanpa gimik murahan dan tanpa benda aneh dan pelik. Kita buat betul-betul.

Whatsapp saya di sini ya:

http://www.wasap.my/60122117994

Saya bantu sampai jadi! Bismillah!
Benda "berbeza" akan buat kita saling menghargai:

1. Jika kita hari-hari bekerja, tiba-tiba bos ajak pergi hiking, bercuti, buat aktiviti lasak dan sebagainya. Kita akan hargai sangat momen tersebut.

Sedangkan ia adalah aktiviti berbeza.

2. Biasanya emak kita akan masak masakan yang kita sangat suka. Namun pada pagi raya, emak akan sediakan masakan istimewa untuk semua meraikan hari mulia, dan kita teringat-ingat masakan tersebut setiap hari.

Perasan tak, ia berbeza dari hari biasa.

3. Biasanya isteri atau suami suka buat benda sama. Mesti ada persamaan. Namun apabila sesekali buat perkara beza, tonton filem entah apa-apa, pergi makan atau cuba perkara baru, yang itulah akan diingat sampai bila-bila.

Ia adalah aktiviti luar dari kebiasaan kan?

Kawan-kawan,

Kena keluar dari rumah. Kena baca buku berbeza. Kena fikir cara lain. Kena sentiasa ada pilihan. Semua itu akan bangunkan diri kita sendiri.

Kita akan cipta momen. Kita akan bina keyakinan, kita akan pecahkan semua sifat tak mahu, tak tahu, tak suka atau sekian-sekian.

Selagi kita tak buat benda yang kita tak pernah buat, kita takkan alaminya.

Kena cuba! Rasai keindahan benda berbeza dalam hidup! Asal halal, bagus, cuba! Lihatlah kemeriahan dan keseronokan yang hadir dalam diri kalian.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Gais, nak tanya, posting ni lalu tak kat wall kalian. Dah 30 minit tapi reach kosong.

Ini linknya: https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid08xRNK7Mn3qUJfCEXzj2opG7b5wh38jBkqRygz5xBtPrWPVi6yg71u1koeEezHeRwl/?mibextid=K8Wfd2
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Ada:

6 Ebook bina content
1 Ebook Personal Branding
1 Ebook Pitching
1 EBook Kisah Sukses Bina Kilang
2 Ebook Menjadi Positif
1 Ebook Cara Nak Tulis Ebook
1 Ebook Kisah Kenapa Gagal

Total 13 Ebook, ikut harga asal ia dijual dengan harga RM1,800+ begitu.

Namun di hari jumaat yang mulia ini, bayarlah ikut kemampuan kalian. RM10 ke, RM100 ke, RM1,000 ke, RM10,000 ke, semua saya terima ja. Alhamdulillah.

Bayar 1 kali, dapat semua 13 ebook tersebut. Ha ah betul semuaaa!

Ini linknya, klik sini: https://ezy.la/KHMEBOOK-all

Jangan kasi motor tau hahahaha. Ayooo ada lagi masih duk tag sana sini itu bukan sayaaa. Huwaaa hahaha.

Terima kasih semua support! Saya hargai sangat-sangat. Berbaki 2 hari nak selesaikan misi kali ini. Doakan ya!
1. Saya menutup kilang biskut saya pada Ogos 2022. Oleh kerana masalah supply chain, saya ambil keputusan menutup sahaja operasi dari menanggung beban yang lebih besar.

2. Semasa saya menutup kilang, hutang bisnes beliau ialah sebanyak RM4.09Juta. dalam tempoh beberapa bulan, ia turun ke RM3.47 juta dan kini tinggal lagi RM1.88Juta.

3. Namun, dalam tempoh ini, beberapa surat saman sudah pun diberikan kepada saya dan lebih menyedihkan, hanya tinggal saya sahaja di dalam SSM tersebut dan saya menanggungnya seorang diri.

4. Oleh itu, atas dasar persahabatan, kawan-kawan saya ingin membantu saya dengan cara menjual Kembali Ebook yang kami pernah buat Bersama beliau dan sahabat-sahabat lain. Ebook ini sangat istimewa kerana jualannya pada waktu itu kami hadkan kerana isinya amat penting dan hanya mereka terpilih sahaja boleh dapatkannya.

5. Kami lancarkan Kembali jualan ebook ini dan kami memohon jasa baik semua kawan-kawan follower kami membantu kami menjualnya dengan baik.

6. Ebook ini tentang PERSONAL BRANDING. Siapa beli, dia dapat rahsia kami semua.

7. Klik sini, https://digitalbook.onpay.my/order/form/TV01/Ainbonbon

Sebaik sahaja beli , terus akan terima emel dan simpanlah baik-baik ebook istimewa ini.

8. Terima kasih semua! Kami hargai bantuan kalian, sebarkan juga ya!
Tahniah kerana tak tidur selepas solat subuh, ada bersenam, ada memasak, ada membaca, ada berzikir tunggu dhuha. Ada tonton live ada juga dah mula masuk kelas. Tahniah! Ya Allah kurniakan sebanyak-banyak rezeki kepada mereka ini. Amin.
Syukur alhamdulillah. Sujud syukur. Ya Rabb alhamdulillah. Walau gambar garu kepala, sejujurnya saya bersyukur sangat malam tadi berjaya buat pembayaran 4 angka ke salah 1 penyaman.

Ramai tanya, macam mana saya buat?

Kadang cecah 27k, kadang 13k, kadang sebulan tak sedar berjaya bayar 30k. Ya Rabb Allah punya kuasa belaka.

Cuma saya nak kasi tahu kalian, 60% dari jutaan ringgit yang berjaya dibayar itu adalah dari jualan ebook. Ya sungguh. Tanyalah team saya kalau tak percaya sampai tercengang seperti melihat anak bulan jatuh awal raya tahun lepas tu.

Ya saya teruskan menulis setiap hari tanpa pernah jemu. Saya memang berdoa setiap hari, Ya Allah kekalkan aku, semangatku, disiplinku untuk terus menulis.

Ada yang saya tulis ala ghost writer, 1 naskhah saya ambil beberapa ribu ringgit. Ada yang saya tulis sendiri dan jual sendiri.

Semua saya buat dalam setahun ini.

Jadi kawan-kawan, baru-baru ini saya berjaya buat kelas "BUAT DUIT DENGAN TULIS EBOOK." Ramai kata tak perasan kelas itu dibuat dan kecewa. Depa suruh buat lagi.

Tak apa kali ini saya kasi percuma ja.

Syaratnya mudah, kalian beli Ebook "Buat Duit Dengan Tulis Ebook" ini.

Kalian akan terima rakaman kelas dan 1 lagi ebook bagaimana menulis ebook.

Jadi dapat 2 ebook + 1 rakaman kelas.

Hanya RM49, kalian dapat semua itu dan kalian boleh terus menulis.

Mana tahu, sebulan terbit 1 naskhah, terus jual.
Terus jana RM10,000 sebulan.

Modalnya hanya dalam kepala sahaja. Luahkan jadi penulisan, dan jual.

Jom semua! Beli di sini sekarang:

https://ezy.la/BuatDuitDenganTulisEbook

Lekas, kami buka beberapa hari sahaja, selepas itu harga jadi RM59.

Beli, baca, tonton rakaman kelas, mulalah menulis ya! Lalu jual! Bismillah!