Khairul Hakimin Muhammad
35.8K subscribers
1.33K photos
27 videos
8 files
1.67K links
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;

Whatsapp: 0122117994
Download Telegram
Content Sales di media sosial yang bagus ialah yang selesaikan masalah orang dalam beberapa saat.

- jual produk bayi, gunakan ayat selesaikan masalah ibu bapa handle bayi.

- jual makanan, gunakan ayat selesaikan masalah orang lapar.

- jual insuran, gunakan ayat selesaikan masalah orang sakit, kematian keluarga dan tuntutan kewangan.

- jual hartanah, gunakan ayat selesaikan masalah orang belum ada rumah.

- jual baju, gunakan ayat selesaikan masalah orang tak ada pilihan pakaian.

- jual tudung, gunakan selesaikan masalah orang tak tahu bagaimana nak match dengan baju.

Ayat "selesaikan masalah" ini sudah ada di dalam produk kalian. Tinggal kalian nak tulis dan susun sahaja.

Step pertama, kalian perlu senaraikan apa masalah orang (berkaitan dengan produk kita).

Contoh kedai makan:

- orang lapar nak sarapan.
- orang lapar nak makan tengah hari.
- ada orang sekadar nak makan kuih.
- ada orang nak nasi berlauk.
- ada yang nak pedas-pedas.
- ada yang nak lauk tradisional.
- ada yang suka berkuah.

Listkan seberapa banyak masalah orang. Hakikatnya masalah besar mereka ialah hanya lapar. Dari perkataan lapar itu, Step ke-2, kita senaraikan apa kehendak mereka.

Dari situ, kita boleh buat ribuan posting sales

Contoh ayat waktu pagi:

Pagi ini di Restoran Khairul ada nasi lemak, nasi dagang dan nasi minyak. Kami buka 7.00 pagi okeh. Lekas mana nak order whatsapp (link whatsapp) terus sini kami asingkan siap-siap.

Kedai kami di (lokasi) ini. Parking banyak jangan risau. Meja pun banyakkkkk.

Datang okeh (letak gambar nasi lemak, nasi dagang dan nasi minyak)

Esoknya pula letak gambar roti canai, lusa, gambar sambal-sambal tumis. Bersusun sahaja semua.

Sama juga dengan tengah hari dan malam. Susun satu demi satu bukan terus letak semua benda dalam 1 posting.

Semua ini akan saya ajar dalam personal coaching secara detail. Sertai saya di sini ya, whatsapp sahaja!

http://www.wasap.my/60122117994
Beberapa nasihat yang saya ambil sebagai kekuatan hidup hari ini:

1. Masalah adalah sementara, maka lalui dengan kekuatan akal, kesungguhan ilmu serta kekuatan jiwa.

2. Tak boleh berhenti mencari ilmu walau kita ini dianggap sebagai sepandai-pandai manusia. Orang bijak adalah orang yang tak berhenti belajar.

3. Sentiasa kelilingi diri dan pagari diri dengan pemenang. Jika sekitar kita ada 5 pemenang, kita adalah yang ke-6. Jika ada 7, kita adalah yang ke-8.

4. Bersaing dengan diri sendiri sahaja. Tak perlu melihat kejayaan orang lain untuk dibandingkan dengan diri sendiri. Lihat diri sendiri siapa kita 10 tahun lalu, 5 tahun lalu, setahun lalu.

5. Sentiasa ada matlamat yang jelas mengapa perlu kaya dan berjaya. Big why adalah penentu lajunya kejayaan dan sentiasa mendapat rahmat Allah.

6. Berundur dari bertempur adalah kekuatan. Biarkan orang mahu berbalas, berbahas serta berpaling kepada ketenangan. Kita pilih diam dan berbuat. Membuang tenaga kepada jerit dan benci adalah kegagalan. Simpan tenaga untuk buat perkara baik dan melawanlah dengan berbagai kejayaan di dalam diam.

7. Orang ikut leader, orang contohi leader, orang idolakan leader. Bukannya ikut arahan, contohi arahan serta idolakan arahan. Leader yang bagus adalah yang beri A, namun semua team boleh fikir hingga Z dan tahu limit mana yang wajar dibuat.

8. Sentiasa menguasai dan memiliki kekuatan dalam proses. Bukannya sentiasa nak cari kesempurnaan. Trust the proses. Alami sendiri keindahan dalam kesusahan tersebut.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga bermanfaat. ❤️
Ada beberapa pesanan guru dan mentor saya yang saya duk guna hari-hari supaya kehidupan penulisan saya bertambah baik.

Walau datang juga ujian, alhamdulillah, dapat tangani dengan sebanyak-banyaknya hemah.

1. Labur (invest) 1 jam sehari untuk baiki diri. Investment bermaksud

- boleh jadi kena keluarkan duit.
- boleh jadi kena kerah tenaga.
- boleh jadi penat dan tak larat.

Ia kerana pelaburan ini ada kaitan dengan buku, kelas, ilmu serta banyaknya pengetahuan yang baru. Ia mesti dilaburkan supaya kita tak berada di tempat yang sama.

Jadi saya cuba mula membaca 1 jam sehari walau sibuk dengan kerja kilang waktu itu. Saya juga berusaha cari story di dalam tren, komuter, tempat awam, cuba resipi, beli buku, tidur 2-3 jam sehari hanya kerana pelaburan ini.

Selepas 1 tahun setengah, ia memberi hasil. Alhamdulillah. Dan semua pelaburan ini dah jadi rutin harian.

2. Berusaha bantu orang setiap hari. Saya pernah ditanya oleh seorang mentor (Tan Sri S), selepas saya soal beliau murahnya rezeki beliau, saya minta apa doa yang beliau panjatkan setiap hari,

Tan Sri S cakap, “berapa ramai awak tolong setiap hari? Hari ini ada? Kita sibuk minta merayu-rayu dari Allah suruh Allah tolong kita, namun adakah kita ada tolong orang setiap hari?

Orang nak masuk lane, beri signal, kita beri, itu kita tolong dia.

Orang buat posting media sosial, nak derma, anak sakit dan sebagainya, kita nampak, kita transfer RM2, itu kita tolong dia.

Adik beradik susah, tak boleh itu tak boleh ini, kita minta nombor akaun dia, transfer RM50, itu kita tolong dia.

Nampak pengemis, nampak tabung, letak RM1, itu kita tolong juga.

Pergi masjid, surau, bawa duit kecil atau besar, masukkan dalam tabung, itu kita tolong. Semua itu kita tolong.

Nampak sampah, ambil dan kutip, buang. Itu semua menolong.

Sama juga jika balik kampung, ziarah sesiapa, konsep tolong ini kena guna hari-hari, emak-emak kita dah buat lama. Dia pergi rumah orang, orang sedia air, emak-emak akan kemas dan bawa semua cawan piring ke dapur. Itu mereka amalkan, dan itu yang memurahkan rezeki.

Ikutkan, kita tak senang mana, namun membantu sedikit atau banyak akan melapangkan rasa, buat orang selesa dan banyak berdoa untuk kita.”

3. Lihat diri sendiri dalam berbincang atau mendengar. Jika semasa bercakap kita rasa (atau kita yakin) kita punya hujah yang betul, namun kita boleh kawal dan kita berundur, maka kita sudah menang dalam perbahasan tersebut.

Ada ramai orang mahu melihat diri menang dalam bersembang. Namun tak ramai orang yang sanggup menerima kekalahan itu dan berusaha baiki diri.

Dalam setiap hal yang dibincang, perlu ada tolak ansur dan kasih sayang. Jika yang itu betul, maka kita rai. Kita kita salah, maka kita berundur.

Namun di pihak sana yakin mereka betul, kita juga rasa dan yakin kita betul, maka untuk kali itu jadilah orang yang berundur, itulah kemenangan yang sebenar.

***

3 benda ini tak ada dalam diri saya 10 tahun lepas. Sungguh. Saya tak reti banyak benda.

Sebab itu saya sering kena marah, sering juga disuruh buat itu buat ini, saya ikut sahaja semua itu.

Selepas buat 3 perkara di atas,

Hati rasa lega,
Saya tidak bersaing lagi dengan sesiapa,
Saya usaha dan yakin Allah akan beri apa yang saya perlu dan mahu.

Semua orang boleh guna 3 hal tersebut. Dalam dunia saya, saya pakai untuk kehidupan membangunkan #content saya.

Dan alhamdulillah, hari-hari ada orang tanya, orang nak jumpa, orang beri job itu dan orang raikan yang ini.

Semua itu Allah bantu. Alhamdulillah.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Buat untuk diri dulu, baru orang lain.
Apabila dah fokus dengan pembangunan content di media sosial, kita akan:

1. Exited nak buat posting.

2. Buat posting.

3. Tak ada reaction. Tak ada reach sampai like kurang, tiada share dan tiada komen.

4. Sedih dan mula rasa media sosial tak sesuai, nak buat offline jelah.

5. Tukar niche. Faham rupanya content di socmed bukan tentang sales 100%. Ia mesti dibina dengan "kolam" dahulu. Ada kolam, adalah ikan.

6. Buat posting tersusun mengikut topik yang dipilih. Perlahan-lahan ada yang suka. Dari 1 orang kepada 10 orang. Tup tup ada yang share, naik lagi ke 100 orang.

7. Dah mula dapat rentak. Dah tahu topik yang disukai audien. Buat lagi. Buat benda betul dan ulang benda betul tersebut.

8. Orang mula kenal. Lalu tebar jala.

9. Kolam dah ada ikan. Barulah sedap memancing dan menjala. Kalau kita nak memancing di jalan raya, mana ada ikan. Nak menjala di pejabat, mana ada air. Rupa-rupanya kena bina kolam dulu.

10. Dah faham, buat. Itulah yang influencer lain buat. Contohnya:

Ume Cikin buat resipi, cakap laju-laju, cerita kisah travel. Semua itu untuk bina kolamnya. Lalu kolam dah tersedia, dia jual acar ikan masin.

Khairul Aming pun buat resipi, cerita kisah kejayaannya. Kolamnya dah berjuta ikan, dia tebar jala dengan sambal nyet.

Dr Samhan, tunjuk-tunjuk hal perubatan dan kesihatan dalam videonya. Berjuta orang follow. Sekarang buka sebanyak-banyak cawangan klinik dan jual produk lelaki.

Itulah kolam!

Ha nak bina kolam sendiri dan jadi influencer? Meh whatsapp saya okeh, saya bantu dalam. personal coaching. Whatsapp sini: http://www.wasap.my/60122117994
Alhamdulillah hari ini 39 orang daftar. Saya bersyukur sangat-sangat. Happy sangat kawan-kawan semua support. Alhamdulillah alhamdulillah.

Nak join mudah sahaja, caranya ialah:

1. Kalian beli minima 1 botol di sini https://ezy.la/khaifakids, Kemudian akan terima emel untuk daftar affiliate.

2. Daftar affiliate. Selepas daftar, akan terima 1 lagi emel, dalam emel tersebut ada link untuk sertai group. Klik join ya.

Terima kasih semua! Kita sama-sama bantu anak-anak ya! Lebih cergas, lebih fokus dan lebih ingat apa mereka belajar! Bismillah.
Gais. Abang adik kakak pakcik makcik dato tan sri semua. Saya buat personal coaching tentang content media sosial sahaja tau. Pasal urusan rumah tangga, bisnes, serta isu gaduh dengan jiran kucingnya berak depan rumah semua saya tak buat. Harga personal coaching RM2,999.

Memang kita bedah habis-habisan akaun socmed kalian.

Kita bina content, kita susun atur semua ikut apa yang kalian nak bangunkan.

Hasilnya kalian akan ada follower. Akan ada sesuatu untuk dibuat. Nak bisnes atau nak cari pengaruh lebih mudah di media sosial. Maksud pengaruh itu ialah apabila ramai follower, senang nak berbisneslah ya. Kang faham ke lain pulekkk.

Ha gitulah. Terpaksa selfie tepuk dahi apabila ada yang mesej nak personal coaching tentang bagaimana nak handle masalah rumah tangga. Aiyo amma nak kena tukar jadi Dr Love pulak gayanya. Hahaha.

Khairul Hakimin Muhammad,
Selfie pun hensem. Tibahhh.
Personal coaching dan paid review, whatsapp ke http://www.wasap.my/60122117994 ya
Disiplin waktu untuk berjaya, kita lakukan ini sama-sama. Letak dalam kepala ada 2 waktu yang kita kena sentiasa kuat berdisiplin. Tulis dalam diari siap-siap!

Saya tulis 5 dan 10.

5 pagi hingga 10 pagi- Bangun, mandi, solat sunat, stretching, sedekah, senaman, sarapan, baca buku, mengaji, zikir, keluarga.

10 pagi hingga 5 petang - Planning, checklist, jumpa orang, kelas, baca buku, jumpa team, sosial media.

5 petang hingga 10 malam - mengaji, senaman, update checklist, idea, more planning, network, baca buku.

10 malam hingga 5 pagi - tidur.

**

Ini hanya contoh sahaja. Kalian boleh pilih waktu yang kalian suka. Jadikan ia sebagai disiplin hidup. Susun siap-siap, hidup kalian akan mula berubah apabila masuk ke bulan ke-2.

Boleh jadi akan bermula bibit nak jadi kaya raya, boleh jadi juga kalian sangat lapang menerima ujian, tenang dalam menghadap cabaran, ceria dan sentiasa positif.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Team 5 pagi, cuma kadang-kadang terlepas waktu tidur ke 12 malam. Its okey!
Cuba baca posting ini gais. Ok ka.

https://instagram.com/p/CxJZix0BvsE/
Kalau saya konsisten content gini di Tiktok, hangpa suka tak

https://vt.tiktok.com/ZSLK6Xxo6/
The Millionair Morning:

5.00 pagi: Bangun tidur, mandi, solat sunat.
5.30 pagi: mengaji hingga waktu subuh.
5.50 pagi (atau waktu subuh): Solat sunat sebelum subuh, solat subuh. Al-Ma'thurat dan bersedekah subuh.
6.30 pagi: Ratib Al-Atas.
7.00 pagi: Membaca 20 minit.
7.20 pagi: berjalan / bersenam 30 minit.
7.50 pagi: bersarapan dan terus ke tempat kerja.
8.20 pagi: solat sunat dhuha.
8.30 pagi: semak checklist semalam dan menulis kesyukuran semalam.
9.00 pagi: menulis checklist kerja harian / rutin harian.

Kita tentukan kita nak pagi jutawan atau pagi biasa-biasa.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Jika kita sering merungut, itu penyebab kita sentiasa rasa tak cukup.

Merungut kena masak pagi-pagi, masa nak mengaji tiada, sedangkan jika kita bersyukur dapat masak, Allah akan beri ruang untuk kita buat perkara baik lagi dan lagi.

Merungut kena kerja awal pagi hingga kena bangun awal, sedangkan jika kita bersyukur ada pekerjaan, bangun seawal mana pun akan buat kita cergas dan sihat.

Merungut jadi suri rumah semua benda nak kena buat, suami balik terbaring sana-sini sedangkan jika kita bersyukur ada suami rajin kerja bawa dan kongsi pendapatan, semua kepenatan kita itu pastinya akan ada ruang untuk berbuat perkara lain.

Ada orang, 24 jam yang dia ada, cukup dan terjaga.
Ada orang, sering kata tak cukup 24 jam.

Ada orang boleh handle 10 syarikat dalam 1 masa. Ada orang 1 syarikat pun tak boleh nak kawal.

Ada orang boleh siapkan 20 kerja dalam sehari, ada orang nak minta siapkan sehelai surat pun tak siap-siap.

Ada orang, tidurnya lambat, namun tetap boleh bangun awal pagi dan sentiasa segar buat kerja itu buat kerja ini. Ada orang, tidur awal pun susah nak bangun awal. Merungut sana sini, bangun pagi pun bermalas sana bermalas sini.

Semuanya atas kita bersyukur atau merungut. Kita bersyukur, Allah beri lagi, Allah mudahkan lagi, Allah sayangi lagi. Kita merungut, kita akan dapat sempit, rezeki kita sering lagi, hati sering sakit dan sentiasa cemburu sana cemburu sini.

Surah Ibrahim Ayat-7

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

Terjemahannya:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
❤️
Di Hari Malaysia yang mulia ini ayuh makan kambing perap Panglima haha.

Orang Bangi, ha saya ada ready stok. Ofkoslah kan kita stokis Bangi.

Ha siapa nak;

berat 600gm
Ada 2 sos okeh diberi percuma
Harga RM35.90

Lekas order, next sampai minggu depan la ni ada dalam 100 pek kot. Cepattt

Whatsapp sini ya

http://www.wasap.my/60198801622/kambingperap
Tanda anda dah ada keyakinan:

1. Jika tak dijemput oleh sesiapa atau untuk apa-apa, kita ok sahaja. Kita masih hidup seperti biasa, enjoy.

2. Kita boleh berkongsi kejayaan tanpa ada sindir, perli, dan kata-kata yang menyakitkan hati sesiapa. Kejayaan kita adalah untuk bantu lebih ramai orang termasuk orang yang pernah lukakan kita.

3. Kita juga boleh berkongsi kegagalan dengan matlamat untuk orang lain belajar. Bukan membongkak mengatakan kegagalan kita dulu adalah sebab si polan atau sebab apa. Semua sebab kita dan kita dah maafkan diri sendiri serta move on.

4. Kita okey untuk jadi pendengar sahaja. Walau saat kita dalam kesusahan kita cuba bercakap namun tak didengari. Kita anggap Allah tak izinkan dan move on belajar sampai pandai.

5. Kita berani mencuba sesuatu yang baharu tanpa ketakutan. Kita buat dan jika gagal, kita belajar. Jika berjaya kita bantu orang lain.

Kawan-kawan,

Orang yakin, dia tenang. Dia banyak rasional. Dia matang berfikir.

Orang yakin, dia tahu Allah ada pada setiap masa dan ketika. Jadi dia tahu apa yang baik atau tak untuk dia.

Boleh jadi dia tak dijemput kerana di situ banyaknya dosa. Boleh jadi dia tak tahu cerita sesuatu perkara kerana dia tak diperlukan pun untuk pening-pening dalam hal tersebut.

Dia sentiasa sangka baik dengan Allah. Dia tahu Allah cukup tahu apa dia perlu untuk teruskan hidup.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Cara nak bersihkan minda dan hati semasa bermain media sosial:

1. Tak perlu fikir kenapa dia kongsi itu ini, itu hal dia, tak suka, skroll. Masih tak suka, unfollow. Dah membenci, unfriend atau block. Semua fungsi itu ada.

2. Apabila dah bertindak, duduklah diam. Kita tak suka orang up posting benci sana sini, kita juga tak perlu buat. Kita tenang fokus content bermanfaat kita sahaja.

3. Jika kita suka satu-satu posting, pastikan kita tidak share dengan niat nak membantai orang lain. Sebagai contoh sedang bergaduh dengan adik beradik, kita pun share satu posting yang kita jumpa dengan caption sentap atau sengaja nak trigger adik beradik tersebut.

Bayangkan ia berlaku kepada kita, kita suka tak? Tak suka kan? Jadi tenang. Sosial media bukan laman nak bertarik rambut sesama saudara atau jiran atau kawan rapat.

4. Share perkara yang kena dengan diri sendiri sahaja. Beri manfaat kepada diri dan anggap ia bagus untuk diri sendiri.

5. Jika orang yang kita follow tiba-tiba up posting yang tak kena dengan diri kita. Sangka baik, dia juga manusia sama seperti kita. Tidaklah dengan 1 posting kita tak suka, kita lupa dia pernah buat kita bahagia dengan 1,000 posting sebelum ini.

Kawan-kawan,

Nak bahagia, mula dengan diri sendiri okey. Sosial media adalah medan orang meluah ilmu, bina content dan mencari rakan. Jadi ia adalah padang pahala.

Gunakan sebaiknya untuk dapat kebaikan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Jika kalian rasa sukar nak menulis di wall, gunakan bahagian story untuk dapatkan pahala. Cara paling mudah ialah:

1. Ambil 1 ayat Quran beserta maksud atau hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wassalan dan letak di situ setiap awal pagi. Kalau rasa jam 6.00 pagi nak letak, letak. Konsisten. Secara tak sedar kalian beri pahala kepada diri sendiri 365 hari setahun.

2. Letak sarapan apa yang kalian buat. Jus, atau apa sahaja rutin pagi, senaman, kemas sana, siapkan sini. Kalian sedang beri idea kepada orang lain 365 hari setahun.

3. Kemudian letak perkara baru yang kalian jumpa. Contohnya membaca buku dan jumpa ayat yang super sedap. Ambil gambar bahagian itu dan kongsi. Kalian akan beri ceria kepada orang lain selama 365 hari setahun.

Beri ilmu, beri keceriaan dan kegembiraan adalah pahala. Dalam tak sedar Allah akan beri semula kepada kalian rezeki yang melimpah ruah.

Kongsi kebaikan. Ruangan “story” adalah ruangan mudah tanpa perlu bangunkan perkataan, ayat panjang atau content yang lengkap. Ia ringkas sahaja.

Nak guna, tuju kebaikan. Kita juga akan dapat hasil di dunia, saham di akhirat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Aktif meletakkan story di Instagram berbanding Facebook. Hehe.
Saya juga pernah buntu tak tahu nak buat apa. Pernah rasa 2 minggu nak tengok cahaya pun tak boleh. Takut dikejar hutang bisnes. Sampailah isteri cakap "abang, tulis dan juallah ebook semula." Alhamdulillah menjadi. Nak belajar?

Saya buka penyertaan kepada kalian untuk belajar bagaimana buat duit dengan tulisan kita sendiri.

Tulis dan jual ebook sendiri.

Nak tahu ebook apa senang dijual dan bagaimana nak jual? Ayuh sertai kelas ini, klik sini ya:

https://ezy.la/KELASEBOOK

Tak dapat sertai secara live, dont worry, daftar ja dulu, nanti kami hantarkan rakaman kepada kalian ya.

Ayuh bersama menjana pendapatan melalui tulisan sendiri.

Bismillah.
Soalan: Saya ada 5 bisnes berbeza, bagaimana saya nak tulis di wall saya. Saya jadi pening dan tak tahu nak mula yang mana.

Jawapan: 3 bisnes atau 5 bisnes, tak pernah jadi masalah. Ia adalah bagaimana kita susun atur semuanya tanpa perlunya kita kecoh dan gopoh.

Posting #crowd: tetap perlu susun #content untuk mendapatkan share dan menaikkan follower.

Posting yang ini susun jam 8.00 pagiz

Posting #RM: tetap perlu susun content untuk semua bisnes yang kita ada.

Contoh: Bisnes makanan, up jam 10.00am setiap hari. Bisnes baju up jam 3.00 petang setiap hari. Bisnes baju bayi up jam 6.00 petang setiap hari.

Bermain media sosial, tak perlu nak kumpulkan semua benda dalam 1 #posting. Tenang-tenang susun.

Kemudian bermainlah dengan posting #side untuk kekalkan engagement bagus di wall kita. Susun sahaja gais, hasil akan datang kemudian.

Semua benda nak serabut, memang tak kemana. Tenang-tenang. Duduk di meja, susun satu demi satu.

Rezeki tak lari kemana pun. Ada sahaja untuk kita. Lagi kita susun, lagi beri lega. Kehidupan pun lancar dan kita sentiasa bahagia.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak personal coaching, whatsapp ja sini http://www.wasap.my/60122117994
Soalan: Bang, saya berniaga nasi lemak setiap hari. Dulu saya buka tapak jam 7.00 pagi. Fokus pada orang lalu lalang. Sekarang ini adalah 2-3 orang tempah awal dan datang ambil sahaja. Jadi macam mana saya nak luaskan service macam ini ya? Macam best.

Jawapan:

1. Jika kau punya crowd offline sudah bagus, pergi buat cop dan tampal di kertas untuk beritahu kau terima tempahan awal.

Letak nombor telefon.

Ada juga peniaga yang bijak beritahu yang mereka juga terima bekas makanan dari jiran untuk bungkuskan siap-siap. Ia bersifat ala-ala mangkuk tingkat.

Buat format dan sistem supaya ianya lancar.

2. Untuk online, gunakan Facebook / Instagram kau bagi kemaskini proses. Sebagai contoh:

Semasa memasak, boleh kongsi resipi (kau akan dapat crowd).

Semasa buka kedai, boleh kongsi lokasi dengan detail, beritahu juga nasi lemak kau dengan terperinci.

Apa lauknya,
Apa harganya,
Dan semasa orang beratur, ambil gambar dan buat posting gila-gila.

Ingat, jaga ejaan, dan perluaskan skop 4 kuadran asas penulisan media sosial yang ada di dalam naskhah #118ideatuliscontent

Kesemua itu akan beri kau kelebihan.

Jom personal coaching bersama saya! Whatsapp sini ya: http://www.wasap.my/60122117994
Follower tak naik,
Content sendu,
Tak tahu nak tulis apa,
Tak tahu nak buat video apa,
Idea kelaut,
Kenapa sangkut?
Kenapa dah mula rasa tak tau?
Kenapa orang lain ada banyak content?
Kenapa dah tak tau nak up apa?
Up ja entah benda-benda sampai hilang fokus.

Ahaaaa. Kalian kena jumpa saya. Saya bantu bab pembangunan content di media sosial.

Personal Branding
Company Branding
Product Branding

3-3 ini saya buat alhamdulillah. Untuk media sosial, saya bantu bab pembangunan content untuk brandingkan apa sahaja.

Kalian akan dapat lebih 1,095 idea posting di Facebook.
Juga sekitar 365 idea posting video di T*iktok.

Semua saya bantu dari idea kepada pembangunan topik kemudian niche lalu terus kepada bagaimana nak tarik follower, bina kolam sendiri. Bina laut sendiri dan kemudian bawa kepada sales kencang.

Ayuh. Saya buat personal coaching terus. Saya coach selama 3 bulan, ada 6 kali perjumpaan.

Be your own celebrity gituh. Bina 100,000 follower jom! Kita jadi pembangun content bagus dan terbaik tanpa gimik murahan dan tanpa benda aneh dan pelik. Kita buat betul-betul.

Whatsapp saya di sini ya:

http://www.wasap.my/60122117994

Saya bantu sampai jadi! Bismillah!
Benda "berbeza" akan buat kita saling menghargai:

1. Jika kita hari-hari bekerja, tiba-tiba bos ajak pergi hiking, bercuti, buat aktiviti lasak dan sebagainya. Kita akan hargai sangat momen tersebut.

Sedangkan ia adalah aktiviti berbeza.

2. Biasanya emak kita akan masak masakan yang kita sangat suka. Namun pada pagi raya, emak akan sediakan masakan istimewa untuk semua meraikan hari mulia, dan kita teringat-ingat masakan tersebut setiap hari.

Perasan tak, ia berbeza dari hari biasa.

3. Biasanya isteri atau suami suka buat benda sama. Mesti ada persamaan. Namun apabila sesekali buat perkara beza, tonton filem entah apa-apa, pergi makan atau cuba perkara baru, yang itulah akan diingat sampai bila-bila.

Ia adalah aktiviti luar dari kebiasaan kan?

Kawan-kawan,

Kena keluar dari rumah. Kena baca buku berbeza. Kena fikir cara lain. Kena sentiasa ada pilihan. Semua itu akan bangunkan diri kita sendiri.

Kita akan cipta momen. Kita akan bina keyakinan, kita akan pecahkan semua sifat tak mahu, tak tahu, tak suka atau sekian-sekian.

Selagi kita tak buat benda yang kita tak pernah buat, kita takkan alaminya.

Kena cuba! Rasai keindahan benda berbeza dalam hidup! Asal halal, bagus, cuba! Lihatlah kemeriahan dan keseronokan yang hadir dalam diri kalian.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.