Ajar dan paksa diri fikir 7 perkara setiap pagi:
1. Fikir ketenangan.
2. Fikir nak bantu orang.
3. Fikir nak kemajuan dalam hidup.
4. Fikir kebahagiaan keluarga.
5. Fikir kesenangan team.
6. Fikir kejayaan hari ini dan esok.
7. Fikir kejayaan akhirat.
Setiap hari, setiap pagi, paksa diri untuk pasak dalam minda untuk berfikir hal begini. Jika termasuk juga perkara tak best, lekas-lekas istighfar dan cari jalan nak selesaikan hal tersebut.
Kita adalah apa yang kita fikirkan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.

Semoga Ogos ini:
- diampuni semua dosa.
- dipenuhi doa kebaikan.
- dilimpahi sebanyak-banyak rezeki
- disirami dengan berbagai keindahan.
- disulami dengan banyaknya bahagia.
- disusuli dengan sekuat-kuat hubungan baik.
- disinari dengan tercapainya impian.
- dikerumuni seramai-ramai orang baik dan yang memberi kebaikan.
Amin, amin, amin.
Khairul Hakimin Muhammad,
❤️❤️❤️

5 langkah bagaimana nak susun niche dalam penulisan #content di media sosial.
1. Senaraikan apa yang anda minat, mahir dan suka. Sebanyak mana yang ada.
2. Kemudian, susun tahap pengetahuan di senarai tersebut. Buat tahap 1 (paling rendah) tahap 10 (paling tinggi)
3. Alihkan yang punya tahap 6 ke atas ke helaian baru. Ia akan jadi senarai yang baru.
4. Susun mana yang paling orang lain suka atau yang punya titik persamaan paling besar dengan orang lain.
Contoh, senarainya: memancing, bersukan, makanan.
Susunannya akan jadi: makanan, bersukan dan memancing.
5. Ambil 3 yang teratas sahaja untuk dibuat posting di media sosial, kemudian start enjin pergi kedai buku, beli buku yang ada kaitan dengan topik tersebut, jadikan ia sebagai rujukan. Rujukan okey, bukan copy-paste dari buku!
Senang kan? Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak saya bantu kalian jadi leader dan pandai menjual di socmed. Ayuh jadi leader Ommi Thermal Blender. Beli di sini dan daftar affiliate terus ya! https://ommi.my/khm

Buat ini hari ini:
Minum 9 cawan air.
Kerja 8 jam sehari.
Tidur 7 jam malam ini.
Bantu 6 orang hari ini.
Jangan tinggal solat 5 waktu ya.
Siapkan 4 posting bermanfaat di media sosial.
Bantu 3 kerja isteri / suami di rumah.
Baca 2 helai mana-mana buku.
Bersenam 1 jam hari ini.
Pastikan 0 stress okeh!
Ha gituh. Nak manfaatkan 86,400 saat sehari, kena rancang untuk sentiasa beri manfaat kepada diri sendiri dan orang lain ya!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah. Posting bergambar di sini
https://www.instagram.com/p/CvZR6gVy-Hh/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Esok saya nak demo memasak guna Ommi Thermal Blender di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.
10 orang ja. Tak mau ramai-ramai. 10am-11am pun sama tak mau lama-lama kang merepek bersembang tak tentu hala haha.
Jadinya sesiapa nak datang, klik sini. Pastikan datang. Jangan daftar lepas itu esok kata suami tak kasilah, bangun lambatlah, kereta parking jauhlah, anak meragamlah, jangan mengada, boleh datang, daftar okehhh. Haha garang tak ai.
Free ja! Daftar di sini ya, https://bykhm.onpay.my/order/form/253

Ryan Bakery bukan penganggur.
Ume Cikin bukan penganggur.
Penganggur bermaksud orang tidak mempunyai pekerjaan, tidak melakukan apa-apa, duduk sesaja tanpa buat apa. Sedangkan Ryan dan Ume bekerja setiap hari.
Mereka bangunkan content.
Mereka bersiap, menyediakan skrip, plot, prop, cerita dan bersungguh mendapatkan peralatan dan kelengkapan.
Orang menganggur tidak lakukan itu.
Penyedia content bagus adalah sebuah pekerjaan.
Pekerjaan lumayan yang mencipta masa depan. Mereka nampak luasnya media sosial untuk buat kebaikan dan menjana sesuatu. Mereka tahu usaha mereka bukan biasa dan bukan sia-sia.
Mereka bekerja!
Tolonglah mereka bukan penganggur. Merekalah content creator.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Haih.

Allah ada pada setiap perkara kecil. Allah juga ada pada setiap perkara besar. Saat sedang sukar lalui itu lalui ini, berhenti sebentar bercerita. Usaha mencari jalan menemukan solusi.
Selepas ada kejayaan dibantu Allah depan, belakang kiri dan kanan, atas dan bawah, maka ceritalah kepada yang sepatutnya.
Supaya hal kecil dan besar adanya Allah itu penting dipelajari. Niatnya harus ikhlas. Cerita untuk pelajaran. Cerita untuk kita ini berjalan dengan semangat sama, Allah ada pada setiap ketika, setiap tarik hembus nafas, setiap detik pandang serta setiap titik dengar.
Allah ada.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Jalan terus. Allah ada.

Makanan sampai, saya buat muka, dahi saya agaknya nampak sangat saya berkerut. Mulut saya muncungkan. Saya terus cakap “alamak banyaknya. Macam mana ni?”
Kawan saya terus sampuk, “makan mana mampu, tak habis, bawa balik dan makan nanti-nanti. Jangan duk merungut”.
Saya terus tak balas. Ikut sahaja.
Peristiwa ini sangat besar dalam hidup saya. Dan saya takkan buat lagi selepas ia terjadi beberapa tahun lepas. Halnya mudah sahaja, Allah kasi sepinggan pun kita merungut, dan kita boleh cakap hal-hal melawan rezeki di hadapan rezeki tersebut.
Ya, kita tahu kemampuan, kita tahu tak boleh habis, yang penting terima, dan jangan merungut. Itu sahaja. Kalau boleh pergi ambil makanan sendiri, kita tahu berapa banyak kita boleh makan. Namun jika benda yang kita tak boleh kawal, ambil sahaja, mana tak habis, bawa balik walau sejemput.
Kawan saya duk peringat banyak-banyak kali. Kalau yang kecil kita merungut, bagaimanalah Allah nak kasi yang besar-besar. Sebab itu jugalah kita tak dapat yang besar-besar kerana yang kecil itu pun kita dah merungut.
Saya memang termenung teruk lepas kejadian ini. Lebih lagi kawan saya hurai tentang hadith Nabi (selawat) ini:
“Barangsiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka dia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak.” [HR Ahmad 4/278]
Asasnya ialah bersyukur. Pinggan datang ke depan mata, sebut alhamdulillah. Makanan sampai sebut alhamdulillah dulu. Apa sahaja sampai, syukur dulu. Bukan merungut dahulu.
Kita yang tentukan rezeki kita esok hari. Kalau hari ini kita merungut 10 kali, 20 kali, bayanglah berapa lama Allah tangguhkan kita untuk dapat rezeki yang lebih banyak lagi pada hari-hari seterusnya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Thanks kawan, aku tahu kau baca. Terima kasih sangat. Syukur jadi kawan kau.

Baru faham maksud kalau tak ada apa-apa nak cakap, elok diam, saya tonton temu bual Graham Norton dan Taylor Swift. Mereka cakap begini:
Kalau kita cakap 1, orang boleh tambah 2, 3, 4, 5 pasal apa kita cakap. Pandangan, cadangan, persoal dan pertikai. Mereka boleh darab tambah bagai.
1 x 2 = 2
1 x 5 = 5
1 x 10 = 10
Banyak gila boleh tambah dari 1 perkataan sahaja.
Namun kalau kita diam sahaja. Maksudnya 0. Maka jika kita diam, orang takkan boleh tambah apa-apa.
0 x 1 = 0
0 x 2 = 0
0 x 5 = 0
0 x 10 = 0.
Sungguhlah kan. Kalau tak ada apa-apa, duk diam sahaja. Jadi orang takkan boleh persoal, beri pandangan dari apa yang kita tak cakap. Ha gituhhhh.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Shhhh. Tiber.

Malam tadi kami bersembang di dalam Channel Telegram saya bagaimana nak jual produk setiap minit? Hihihi.
Ada rakan kami yang dapat jualan hampir setiap minit dan produknya itu berharga RM79. Katanya kerja 8 jam sehari,
1 jam = 60 minit.
60 minit x RM79 = RM4,760/ sejam.
RM4,760 x 8 jam = RM37,920/hari
RM37,920 x 22 hari bekerja = RM834,240/bulan.
Ini normal gais. Hihi. Bagi pengasas, usahawan, jualan RM1 juta atau yang nak cecah RM1 juta sebulan ini perkara biasa sahaja untuk mereka.
Dan kalian juga boleh buat perkara ini okey. Ini tips mudah untuk kalian:
***
Ada 3 Fasa.
Fasa 1 (seminggu)
Awareness. - teaser. - reminder.
Buat setiap hari jam 11.00 pagi.
Posting sebelum itu mesti posting crowd yang ada share, di sini ada Double Engagement.
Ia mesti menerangkan produk dengan teks yang lengkap, ringkas, atau poster atau gambar yang sesuai.
Fasa 2 (menjual).
Buat setiap hari jam 11.00 pagi. Posting sebelum itu mesti posting crowd yang ada share, kekalkan double engagement.
Gunakan perkataan yang memberi perintah atau suruhan seperti:
Dapatkan segera!
Klik link ini sekarang!
Tekan butang ini!
Terus dapatkannya sekarang!
Jangan lengah lagi!
Semua arahan ini akan memudahkan orang lain ikut dan klik.
CTA kena lengkap dan letak 1 sahaja. Letak lebih dari 1 CTA akan menyebabkan orang keliru dan tak membeli.
Fasa 3 (Selepas menjual)
Testimoni, kesan dapatkan produk, atau apa sahaja yang dapat memberi tahu keberkesanan produk.
Buat jam 5.00 petang setiap hari.
Posting sebelum dan selepas posting ini mesti yang ada single engagement iaitu posting side.
***
Kalian akan mula dapat sales. Bukan lagi setiap 9 minit, boleh jadi setiap minit dapat!
Cubalah!
Khairul Hakimin Muhammad,
Menjual dan jadi kaya raya dengan kreatif! Nak tips lagi, terus ke https://t.me/ContentKHM

10 kesilapan biasa mengapa peniaga (usahawan) sukar nak naikkan Follower di Facebook.
1. Kesilapan membuat setting di profile, letak gambar iklan di cover picture, profile picture semua bantai bubuh produk, nama syarikat dan mana jawatan. Contohnya pergi letak gambar Coway, Cuckoo, Kad Bisnes Insuran, Hartanah, gambar kad bisnes perunding kewangan. Memang larilah orang.
Letak gambar cover, kehidupan biasa seperti travel, keluarga dan dengan haiwan kesayangan.
Gambar profile elok gambar seorang yang santai, tak perlu pakai kot bagai. Ini media sosial kawan!
2. Tidak guna nama orang. Pergi letak nama syarikat atau nama produk di akaun personal. Mesti nama manusia, tak kisah nama samaran atau nama komersil.
3. Suka menulis perkara kebencian dan tidak beri impak positif kepada orang lain. Di ruang komen tak berhenti orang bergaduh.
4. Asyik-asyik buat iklan. Nisbah paling baik untuk buat iklan di wall ialah setiap 4 posting biasa, barulah 1 kali iklan. Tak kisah setiap hari atau kiraan mingguan.
5. Asyik-asyik selfie, kalau sesekali tak apalah, ini semua posting dia bantai selfie, live tanpa topik dan berkongsi kisah peribadi yang tiada impak kepada audien. Di media social, sebaiknya apa yang kita kongsikan memberi impak kepada audien. Sekiranya semua benda hanya perkara peribadi, maka tak perlu ada follower.
6. Focus kepada 2-3 perkara yang menjadi forte dan tulis dengan konsisten perkara tersebut. Kalau semua benda nak tulis, nak lawan dan nak ambil perhatian. Akhirnya macam cakap seorang diri sahaja.
7. Tidak menulis dengan ejaan yang betul. Suka sangat ejaan singkatan sampai ke tahap sukarnya nak dibaca dan difahami.
8. Tidak melayan soalan atau komen di ruang komen. Anggap diri diva dan konon kata sibuk tak sempat. Percayalah sekali dua komen tak dibalas itu ok, masuk kali ke 4-5 orang akan mula malas.
9. Suka benar menulis tentang hal politik. Biasanya hal-hal politik akan memberi semak dan rimas kepada yang suka membaca dan bermain media social. Hal politik, biarlah ahlinya yang sertai. Pengundi biasa, nak tulis, tulislah dengan hemah rakyat; bukan bantai bantai bantai. Kita orang bisnes, fokus!
10. Sikit-sikit tak puas hati. Sikit-sikit marah. Sikit-sikit emo. Semua benda nak diluahkan. Ini terus nampak kita ini orang yang negatif dan buruk.
Ok cukup 10. Yang lain kalian tambahlah okeh. Semoga bermanfaat. Sila share dengan ejen dan stokis kalian okeh.
Kita bina content!
Khairul Hakimin Muhammad
Content Master Kesayangan Negara. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Gais, ini media sosial. Kadang pasal kerja, kita serius.
Kadang pasal keluarga, kasi nasihat.
Kadang melawak, kita ketawa.
Tenang gais. Tak usah stress-stress. Media sosial tak ada limit. Buat pahala, dapat pahala. Buat dosa, dapat dosa. Berpanjanganlah semuanya.
Nak belajar menulis, nak belajar bangunkan content sama ada dalam bentuk tulisan atau video, ok mari ke personal coaching dengan saya. Face to face atau zoom. Ada 6 sesi dalam tempoh 3 bulan saya bantu begitu begini.
Insya-Allah terbuka minda bab bagaimana nak bermain media sosial dengan betul.
Ha mari. Klik sini ya.
Gituh http://www.wasap.my/60122117994

5 teknik mudah untuk kita ini sayangi diri sendiri:
1. Bangun awal sebelum solat subuh - tanda kekuatan mental kita bermula.
2. Mandi, solat sunat sebelum subuh dan solat subuh - solat sunat sebelum subuh dan solat subuh adalah tanda awal kita memanjat kesyukuran kepada Allah.
3. Hargai sarapan yang disiapkan oleh yang tersayang. Jika tiada, buat sendiri. Jika masih tak sempat, pergi beli. Happy sahaja dengan semua pilihan yang masih ada.
4. Sampai tempat kerja, masuk dengan gembira. Sapa semua orang yang kita jumpa dengan memberi salam. Kita akan dapat jawapan salam semula. Doa itu kebaikan yang besar.
5. Letak dalam kepala hari ini pasti dapat belajar lagi perkara baru.
*
Kita akan dapat perasaan yang kita suka diri kita. Kita tak ganggu hidup orang. Jika ada orang ganggu hidup kita, kita lekas dapat selesaikan. Kita tahu bagaimana nak hadap dan tenang.
Kita mudah memaafkan dan mudah juga move on. Kita tak hidup dalam hal lepas, semua itu hanya sesekali sahaja kita pandang untuk kita ambil pengajaran.
Yang paling penting ialah masa hadapan. Kita nak bantu lagi ramai orang yang sama kuat macam kita. Jadi kita kena sayangi diri kita, keluarga kita dan masyarakat yang ada sekeliling kita.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mari sama-sama buat.

Nakal nakal belaka eh hangpa. Haha
Sungguh, Tuan Azri pun belajar membangunkan content media sosialnya bersama saya.
Baca di sini: https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid02vPxmPfszDpm1esTsfJzDWkofMZMssqt8or63zwWAFgYgRQKoeDSiV6KyAn49uDbjl/?mibextid=K8Wfd2

Semoga yang sakit, sembuhlah.
Semoga yang belum punya anak, dapatlah.
Semoga yang belum berkahwin, berjumpalah.
Semoga yang sedang bermasam muka, berbaiklah.
Semoga yang susahnya mencari kerja, bertemulah.
Semoga yang sedang berjauhan, didekatkanlah.
Semoga yang sedang lalai, sedang berjauhan dengan agama, ditemukan petunjuk dalam apa juga keadaan.
Semoga juga yang sedang bertemu jalan kebaikan, diterima taubatnya.
Dan semoga yang baik, sering sahaja rezekinya luas, banyaknya membantu di sana di sini, meneruskannya tanpa pernah penat, tanpa lelah, tanpa sedikit pun rasa mahu berundur.
Amin Ya Rabb.
Salam sabtu kawan-kawan. Semoga baik-baik sahaja semuanya.
Khairul Hakimin Muhammad,
❤️

Dulu masa saya ambil degree, saya ada buat part time di sebuah syarikat katering di Klang, Nidz Catering. Pemiliknya pernah nasihatkan saya tentang bagaimana meletakkan adab untuk menghormati orang lain dan apa kaitan semua itu dengan rezeki.
1. Apabila ada tetamu bertandang, bangun dan pergi ke dapur untuk angkat air dan hidangkan sendiri satu cawan dan satu cawan kepada setiap seorang tetamu.
2. Pastikan tetamu yang datang bertandang di rumah dapat minum atau makan sedikit. Tidak kira mereka dalam tergesa-gesa walau apa keadaan pun (kecuali kecemasan).
3. Sekiranya kita sudah bersiap mahu keluar dari rumah, tiba-tiba ada tetamu datang. Buka kembali pintu rumah dan layanlah tetamu sebaik-baiknya.
4. Sekiranya kita sedang makan di luar, kemudian datang orang meminta sedekah atau menjual barang, pastikan kita beri juga walau sedikit. Jika kita tidak mahu membeli, hadiahkan juga seringgit dua untuk dia dapat minum atau makan.
5. Sekiranya sedang makan atau minum, datang kucing menjengah. Duduk memandang atau terus mengganggu, beri sedikit makanan kepadanya.
Apabila kita mendahului semuanya dengan adab. Maka rezeki akan mula menjengah. Adab itu perlu hadir untuk menghormati ejen rezeki.
Tetamu = ejen rezeki.
Kadang-kadang kita tidak perasan siapa yang pernah menjadi tetamu kita. Kadang-kadang juga, di meja makan restoran pun kita boleh punya tetamu.
Tenang-tenang, setiap pertemuan itu Tuhan yang aturkan. Kita sahajalah perlu kawal diri mahu terima atau mahu menolaknya. Cewah. #abangtazkirah.
Khairul Hakimin Muhammad
Agen Papazola.

Mulakan bisnes dengan RM5,000 - rasa tak cukup. Nak besar lagi, kalau gitu tangguh jelah.
Beli telefon dengan RM5,000 - okeylah dapat gunakan untuk entertainment, game bagai.
Beli buah, makanan sihat dengan harga RM200 - terasa mahal sangat tak berbaloi.
Beli game subscribe berbagai hal dengan harga RM200 - terasa murah dan lantakkan sahaja apa nak jadi.
Tonton TV berjam-jam - tak apa, janji isi masa.
Masuk kelas 2 jam - mula boring dan buat benda lain.
*
Lihat balik tahun lalu apa kita pilih dan apa kita jadi hari ini. Pandemik masuk ke negara kita sudah 17 bulan dan kita lihat apa yang kita dah capai.
Kita selalu salahkan orang, salahkan sana sini, salahkan itu ini, cuba kita tengok apa kita pilih selama ini berbaloi untuk diri atau tak.
Dah sampai masa kita akui kesilapan diri dan perbaiki. Selagi masih bernafas, kita masih boleh repair. Semua orang masih ada masa, masih ada ruang untuk buat semula semuanya.
Kita nak berjaya, kita pilih jalan berjaya. Berhenti pilih pintu gagal hanya untuk puaskan diri sementara. Pilih jalan kejayaan, di situ memang akan keluar peluh, keluar air mata bagai, namun hasilnya akan buat kita dan orang lain senyum beratus tahun.

Soalan: Bagaimana nak pastikan wall kita ini sentiasa ditulis dengan perkara yang orang nak baca? Saya suka menulis, tapi nak dapatkan 10 like, 1 share pun susah.
Jawapan:
1. Bina content dengan adanya kekuatan fakta, bukan membebel dengan pandangan sendiri.
2. Tulis hal kehidupan lebih banyak dari hal berniaga.
3. Jadi manusia, bukan jadi kedai.
4. Menulis mesti dengan tanggungjawab, bukan lempar ikut kepala, campak ikut hati.
5. Susun content untuk orang share post kita, apabila share berlaku, maka bersebarlah ilmu, meluaslah pengetahuan dan bertambahlah follower.
#RahsiaPenulisanBerpengaruh

Beberapa perkataan dan ayat yang buat kalian tersangkut nak berjaya. Ia boleh jadi tukang tarik kaki kalian untuk stay di tempat sama sedangkan kalian sedang melangkah naik satu demi satu tangga. Ia adalah:
1. Malas nak buat hari ini. Esoklah.
- tukar kepada: ok saya usahakan sekarang.
2. Kejap lagilah.
- tukar kepada: saya siapkan kerja ini dahulu dan terus saya buat.
3. Tunggu dululah.
- tukar kepada: saya percepatkan semuanya dan saya akan tengok terus hal ini.
4. Tak apa, nanti-nanti pun boleh.
- tukar kepada: saya pastikan saya akan selesaikan hal ini dalam 24 jam.
5. Susahlah.
- tukar kepada: susah juga, tak apa kita buat sama-sama.
6. Aduh, payahnya. Tak boleh tukar ke.
- tukar kepada: saya yakin kita boleh buat!
7. Nampak macam tak boleh ni.
- tukar kepada: nampak macam susah, tapi saya yakin kita boleh usahakan.
Kawan-kawan,
Kita yang susun mindset nak bergerak atau nak kekal di tempat sama. Kalau kita sendiri yang tak nak alihkan kaki kita, ia takkan ke depan atau ke belakang. Ia kekal di situ.
Semua ujian, semua halangan, semua cabaran, pasti ada jalan untuk kita semua hadap dan tempuh. Itu semua lorong nak jumpa sebuah kejayaan gemilang yang kita nak sangat-sangat.
Mula terus hari ini. Tanam dalam kepada semua perkara boleh disusun jadi baik dan jadi berjaya!
Bismillah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Bangkit gais.

Buka restoran kerana ramai orang tak sempat masak.
Buka kedai dobi kerana membantu ramainya orang nak cuci pakaian dan tak sempat kerana kesibukan.
Jual buku kerana ramainya nak membaca benda bagus dan nak tambah ilmu.
Jual kereta kerana pentingnya pengangkutan.
Jual ubat kerana ramainya yang mahu rawat penyakit.
Jual kek kerana ramainya nak makan namun tak reti buat.
Dan macam-macam lagi.
Jadi kawan-kawan, benarlah
Bisnes = Beri Manfaat kepada orang lain.
Khairul Hakimin Muhammad,
Erti hidup dalam memberi.