Khairul Hakimin Muhammad
35.7K subscribers
1.33K photos
27 videos
8 files
1.67K links
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;

Whatsapp: 0122117994
Download Telegram
Saya bersyukur ramai yang terus support alhamdulillah. Ikutkan hari ini hari ke-6 jualan ebook "Kenapa Saya Gagal" ini dibuat dan kalian akan terima total 13 buah ebook saya. Bayarlah berapa pun, kalian akan terima semuanya.

Hari jumaat ini, saya kempen lagi mana tahu masih ada yang tak tahu dan nak dapatkan semua akses ebook saya ini. Silakan ya.

Terima kasih sangat-sangat yang terus support, saya hargai sangat-sangat.

*

Saya jual semua ebook saya dengan harga yang kalian boleh bayar berapa sahaja. Saya terima ja berapa-berapa pun.

Harap benar esok atau lusa boleh bayar semua terus semua hal perundangan dan saman-saman ini. Doakan ya.

Beli Ebook ini, dapat 12 lagi ebook.

Klik sini:

https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249

Mana nak transfer kemudian isi borang dan isi bukti pembelian, boleh juga.

Maybank KHM Foodies
562263564754.

Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi team saya di talian: https://linktr.ee/khmcustomerservice

Mohon sangat bantuan semua dapatkan ebook ini ya. Kalian bantu saya, kalian juga dapat ebook dan ilmu.

Terima kasih yaaaa! Kot boleh tag sesiapa dan share, juga amat saya hargainya.
Sekiranya kalian sedang down dengan berbagai hal, buat ini:

1. Tak perlu tunggu sesiapa untuk teman minum kopi atau makan. Beli sahaja, makan. Beli sahaja, minum. On tv atau Netflix, layan. Hanya kita kawal diri kita untuk terus happy. Bersendirian tanpa teman tak bermakna tak boleh happy okeh.

2. Sekiranya kita dikritik, tenang. Telan sahaja dan letak dalam kepala "kita kenal diri kita, kita takkan boleh kawal apa orang lain fikir tentang kita." Biarkan sahaja ia berlalu.

3. Tak semua orang memahami dan nak memahami perjalanan hidup kita. Ada yang akan persoal, ada juga akan pertikai, ada juga yang cakap ya di depan dan di belakang akan bantai. Tenang, diamkan sahaja. Hanya jawab apabila ditanya. Waktu belum berjaya semua tak peduli, tunggu kau dah berjaya dan kaya, semua nak dengar cerita kau.

4. Mindset adalah 90% kekuatan. Bukan badan kau, bukan hati kau, bukan fikiran kau, tapi kekentalan kau meletakkan mindset.

Mindset akan ada tujuan. Dengan ada matlamat tersebut akan timbul fokus. Apabila dah ada fokus, kita akan berdisiplin untuk berusaha dan berjaya, akan ada rutin, akan ada semangat dan motivasi. Jadi letak mindset betul-betul. Jangan tersalah.

Letak terus;

Umur 25 nak kahwin.
Umur 35 nak beli rumah.
Umur 40 nak belikan emak abah rumah, kereta
Nak sedekah 10 orang sehari.
Nak bantu 10,000 orang setahun.

Letak itu sebagai mindset dan kita akan mula boleh capai!

Gais, kita jauh lebih kuat dari apa yang orang kata. Kita kenal diri kita. Bangkit dan perjuangkan nasib kita sendiri okeh!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah!
Salam semua. Boleh tak minta bantuan untuk semua ke akaun Tiktok kami yang terbaru ini. Kami perlu 1,000 follower untuk kami letak link CTA.

Bantu kami bolehhh.

Klik sini

https://www.tiktok.com/@omminakshare?_t=8eBmewhJOS1&_r=1

Terima kasih semuaaaa
Dendam terbaik ialah tiada dendam. Jalan terus, bahagia, gembira dan bantu orang lain. Hidup aman, mati tenang.
Hangpa dah follow saya di Threads?

Ha content sana berbeza dengan FB dan Tiktok tau. Hihi.

Contohnya: https://www.threads.net/t/CvC0LsfSFZ_/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Hari ke-9 alhamdulillah. Macam-macam pm tepi, mesej, whatsapp, dm sana sini serta komen baik-baik saya terima. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

Saya masih teruskan jual Ebook "Kenapa Saya Gagal" dan saya beri 12 lagi ebook secara percuma.

Harganya kalian letak sendiri ya, RM10 boleh, RM100 boleh, RM1,000, RM10,000 semua boleh. Terpulang nak bayar berapa. Silakan ya.

*

Klik sini:

https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249

Mana nak transfer kemudian isi borang dan isi bukti pembelian, boleh juga.

Maybank KHM Foodies
562263564754.

Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi team saya di talian: https://linktr.ee/khmcustomerservice

Mohon sangat bantuan semua dapatkan ebook ini ya. Kalian bantu saya, kalian juga dapat ebook dan ilmu.

Terima kasih yaaaa! Kot boleh tag sesiapa dan share, juga amat saya hargainya.
Ingat tak saya ada sebut tentang bagaimana nak jana pendapatan dengan demo masakan?

Ha kami dah bermula tau.

Baca di sini ya https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid0JbKgPX9CZANAcyz7VpKEL4JLjB6KCknqNhS1JpZdbvSXFZYqhvC94mVuECfDqgDZl/?mibextid=K8Wfd2
Allah maha kaya. Tersangat kaya sehingga kita tak dapat bayang banyaknya kekayaan Allah. Jadi minta, mohon, harap, doa dan usaha sebanyak-banyaknya. Minta kekayaan Allah supaya kita jadi manusia bermanfaat kepada diri dan orang lain. Bismillah.
Kawan-kawan,

1. Jika kita tahu sesuatu ilmu, ia takkan jadi hebat sekiranya kita tak mula gunakannya.

Ramai orang kata "saya tahu je benda tu, tapi malas lagi nak buat." "Ala tahu je, nantilah baru buat." "Ala senang je menda tu, esok-esok sahajala."

Hati-hati dengan ayat begini, ini tanda kita tidak bersyukur dengan ilmu yang kita ada. Kita sombong dengan Allah. Allah beri untuk kita buat supaya rezeki boleh masuk tanpa sekat.

2. Jika kita tak mahu paksa diri untuk berubah, ia takkan berubah.

Ramai orang kata "sorry saya susah bangun pagi. Itu memang masalah saya." "Ah, kau tak kenal aku, aku memang macam tu, kau siapa nak ubah aku?" "Aku kenal diri aku, aku ok je, tak payah nak sibuk hal aku, aku tak ada duit pun, aku susah ke aku tak minta dari kau."

Hati-hati dengan kesombongan semasa susah. Jika waktu sukar pun kita masih nak mendabik dada, bagaimana Allah ingin beri kita senang?

Kawan-kawan,

Waktu sukar, waktu susah, waktu hidup banyak masalah, itulah waktu terbaik untuk mulakan rutin baru. Untuk ubah diri kepada hal yang jauh lebih baik.

Masa untuk rendahkan diri belajar benda baru. Masa untuk buang ego dan duduk mengadap perkara baru.

Lantakkan semua sombong dan ego. Buang apa orang fikir. Kita nak berjaya, kita kawal diri kita.

Ada orang sindir, diam.
Ada orang perli, diam.
Ada orang sinis, diam dan belajarlah.

Kawan-kawan,

Kita takkan berjaya jika 2 perkara ini kita tak jaga, kita akan dapat mindset baru apabila kita teliti baik-baik untuk berubah.

Dari mindset tersebut kita akan dapat fokus baru. Kemudian secara tak sedar, kita ada disiplin baru.

Percayalah, kalian akan berubah bermula dari bulan pertama hingga 5-10 tahun akan datang. Duit mudah masuk ke rumah. Zakat senang dibayar, sedekah hujung jari sahaja. Bantu keluarga macam beli karipap, semua jadi senang gais. Sangat mudah jadinya.

Kita berubah sama-sama ya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Cikgu saya ajar mudah sahaja tentang maksud kemampuan.

1. Pastikan kita boleh bayar 2 kali barang yang kita beli, baru kita beli.

2. Contohnya:

Iphone 11 berharga RM5,000. Kita hanya ada RM5,500. Maka kita hanya mampu beli 1. Jadi sebenarnya kita tak mampu. Jangan beli.

Yang kita mampu ialah telefon yang berharga kurang RM2,500.

3. Contoh benda besar pula. Kita ambil rumah. Kalau kita rasa kita mampu bayar RM2,000/bulan. Kita kena cek balik boleh dak kalau kita bayar RM4,000 sebulan. Kalau tak boleh, maka sebenarnya kita tak mampu.

Yang kita mampu sebenarnya rumah yang bayaran bulannya RM1,000 sahaja.

Cikgu saya pesan “barang yang kita beli itu tanda kita mampu. Maksud mampu ialah apabila kita beli barang, kita masih ada wang.”

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mari belajar sama-sama gais.
Bentuk #content yang disukai dan senang dibaca oleh audien selain dari bercerita:

1. List post.
- Bersifat numbering.
- Tidak ada emosi, hanya terus sahaja kepada fakta.
- Ditutup dengan impak positif.
- Biasanya posting “to educate”.

2. Posting How-To.
- Bersifat step by step.
- Ada emosi berselang seli dengan fakta.
- Posting DIY, resipi, tips serta apa sahaja perkara yang boleh diletakkan dalam bentuk langkah demi langkah.
- Menggunakan gambar atau video yang lengkap.
- Impak positif = boleh buat orang baca, terus faham dan buat sendiri di rumah.
- Biasanya posting “to educate”.

3. Posting Infografik.
- Bersifat fokus kepada satu-satu topik.
- Mempunyai grafik dan penunjuk yang bagus serta mudah difahami.
- Gambar grafik sebagai aksesori dan caption menerangkan semuanya dengan lengkap.
- Biasanya posting “to educate.”

***

Untuk “to inform” dan “to inspire” biasanya ditulis dalam bentuk story telling. Ia juga sangat bagus untuk dijadikan posting.

Namun ia bukan posting yang mudah untuk dibina kerana ia perlu ada Teknik bercerita yang kuat. Apapun, 3 jenis posting di atas boleh digunakan untuk kalian membina posting awal dan mendapatkan crowd kalian sendiri.

Cubalah ya. Pilih topik, tentukan matlamat dan up!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Suka nombo 2, tulis resipi!
Zaman ramai dah pandai buat content dan jadi influencer ini, saya betul-betul nak pesan kepada semua. Jangan jadi seperti saya:

- ambil tahu tentang LHDN. Walau ada tax ejen, tetap kena ambil tahu. Ambil tahu apa kena bayar, apa kena submit dan sebagainya.

- jika dah mula buat produk, wajib tahu costing. Jangan kasi orang lain buat. Belajar sendiri dan pastikan sendiri tahu serba serbi.

- jika dah mula nak ambil barang / produk dari orang lain kemudian jual semula (trading), pastikan sendiri yang berurusan. Jangan sesekali tak ambil tahu dari mana, berapa harga sekian sekian suruh sesiapa deal. Deal mesti kita sendiri.

3 hal ini yang buat saya tumbang. Orang tahu saya sibuk. Orang tahu saya ke sana ke mari. Orang tahu saya akan sign sahaja sebab saya percaya orang sana percaya orang sini.

Hasilnya, saya terkena. Saya tak boleh finger pointing orang itu salah, orang ini salah. Saya yang salah. Saya yang tak ambil tahu. Saya yang pergi suruh orang buat akhirnya orang khianat.

Semua saya yang salah.

Kawan-kawan,

Pastikan tahu. Jangan jadi seperti saya. Nasihat sungguh ini.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kita bangkit jadi lebih pandai okeh. Bismillah. Telan. Hadap.
Soalan: Saya dah cuba tulis, tak viral, tak jadi apa, saya rasa macam nak putus asa dah tuan. Penatlah.

Jawapan: Oh. Saya cuba menulis di media sosial dari 2013. Tak menjadi juga. Namun permulaan itu ialah pada 2015. Dan yang viral sampai berbelas ribu share ialah pada 2016. Jauh masanya, bertahun.

Cuba baca ini, inilah yang buat saya sentiasa rasa ada semangat.

Ada sebuah syarikat yang dibina oleh 3 sahabat. Mereka membina aps untuk 51 buat game dan tidak mendapat sambutan langsung. Ini menyebabkan ke tiga-tiga mereka diistihar muflis kerana terlalu banyak melaburkan duit.

Mereka kemudiannya duduk kembali di satu meja dan ingin membina 1 game terakhir. Ia adalah do or die.

Lalu mereka rancang dengan setiap seorang memberi 10 idea. Lalu mereka mendapat 30 idea dan bangunkan game tersebut.

Ia adalah Angry Bird yang mana mendapat tawaran jualan dari Zynga berjumlah USD2.25 Billion (RM10.8B) lalu terus menjualnya. Hari ini ke tiga-tiga mereka masih membangunkan game dan menjadi orang kaya yang masih mengejar sales.

***

Kawan-kawan,

Kita memang sibuk, namun kita tetap kena rancang. Kena bersembang (networking) kena dapatkan idea (survey dan observe).

Kalau kita duduk setempat, #content kita boleh jadi kita sahaja yang faham.

Nak tulis, tulislah perkara yang orang suka. Yang banyak titik persamaan dengan orang lain. Ia mesti dirancang, disusun dan kita sendiri hadam tentang hal tersebut. Jika tidak, kita akan gagal berkali-kali.

Bangkit, rancang dan buat lagi sampai jadi.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Cuba sampai jadi.
Ajar dan paksa diri fikir 7 perkara setiap pagi:

1. Fikir ketenangan.
2. Fikir nak bantu orang.
3. Fikir nak kemajuan dalam hidup.
4. Fikir kebahagiaan keluarga.
5. Fikir kesenangan team.
6. Fikir kejayaan hari ini dan esok.
7. Fikir kejayaan akhirat.

Setiap hari, setiap pagi, paksa diri untuk pasak dalam minda untuk berfikir hal begini. Jika termasuk juga perkara tak best, lekas-lekas istighfar dan cari jalan nak selesaikan hal tersebut.

Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Semoga Ogos ini:

- diampuni semua dosa.
- dipenuhi doa kebaikan.
- dilimpahi sebanyak-banyak rezeki
- disirami dengan berbagai keindahan.
- disulami dengan banyaknya bahagia.
- disusuli dengan sekuat-kuat hubungan baik.
- disinari dengan tercapainya impian.
- dikerumuni seramai-ramai orang baik dan yang memberi kebaikan.

Amin, amin, amin.

Khairul Hakimin Muhammad,
❤️❤️❤️
5 langkah bagaimana nak susun niche dalam penulisan #content di media sosial.

1. Senaraikan apa yang anda minat, mahir dan suka. Sebanyak mana yang ada.

2. Kemudian, susun tahap pengetahuan di senarai tersebut. Buat tahap 1 (paling rendah) tahap 10 (paling tinggi)

3. Alihkan yang punya tahap 6 ke atas ke helaian baru. Ia akan jadi senarai yang baru.

4. Susun mana yang paling orang lain suka atau yang punya titik persamaan paling besar dengan orang lain.

Contoh, senarainya: memancing, bersukan, makanan.

Susunannya akan jadi: makanan, bersukan dan memancing.

5. Ambil 3 yang teratas sahaja untuk dibuat posting di media sosial, kemudian start enjin pergi kedai buku, beli buku yang ada kaitan dengan topik tersebut, jadikan ia sebagai rujukan. Rujukan okey, bukan copy-paste dari buku!

Senang kan? Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak saya bantu kalian jadi leader dan pandai menjual di socmed. Ayuh jadi leader Ommi Thermal Blender. Beli di sini dan daftar affiliate terus ya! https://ommi.my/khm
Buat ini hari ini:

Minum 9 cawan air.
Kerja 8 jam sehari.
Tidur 7 jam malam ini.
Bantu 6 orang hari ini.
Jangan tinggal solat 5 waktu ya.
Siapkan 4 posting bermanfaat di media sosial.
Bantu 3 kerja isteri / suami di rumah.
Baca 2 helai mana-mana buku.
Bersenam 1 jam hari ini.
Pastikan 0 stress okeh!

Ha gituh. Nak manfaatkan 86,400 saat sehari, kena rancang untuk sentiasa beri manfaat kepada diri sendiri dan orang lain ya!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah. Posting bergambar di sini
https://www.instagram.com/p/CvZR6gVy-Hh/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Esok saya nak demo memasak guna Ommi Thermal Blender di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

10 orang ja. Tak mau ramai-ramai. 10am-11am pun sama tak mau lama-lama kang merepek bersembang tak tentu hala haha.

Jadinya sesiapa nak datang, klik sini. Pastikan datang. Jangan daftar lepas itu esok kata suami tak kasilah, bangun lambatlah, kereta parking jauhlah, anak meragamlah, jangan mengada, boleh datang, daftar okehhh. Haha garang tak ai.

Free ja! Daftar di sini ya, https://bykhm.onpay.my/order/form/253