Khairul Hakimin Muhammad
35.7K subscribers
1.33K photos
27 videos
8 files
1.67K links
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;

Whatsapp: 0122117994
Download Telegram
Kita takkan dapat terus apa kita nak. Setiap apa kita buat, itulah yang dinamakan sebagai proses.

1. Setiap kali kita siram pokok, bukan waktu yang sama pokok terus berbuah. Jika kita fikir pokok akan terus berbuah pada waktu kita siram, maka kita sendiri akan berpenat nak siram pada setiap masa.

2. Kalau kita fikir pokok tak beri manfaat pada waktu kita siram, kita baja, kita akan rasa pokok tak berguna. Sebab kita nak time-time tu juga pokok keluarkan buah. Mindset kita nak cepat, maka kita akan menyesal.

3. Percaya kepada proses. Siram sahaja, baja sahaja, jaga sahaja.

4. Waktu ia mula berbunga, jaga lebih rapi. Waktu dah berputik, mula balut. Semuanya adalah proses.

5. Sama dengan kehidupan kita. Kita takkan dapat terus apa kita nak dan usaha. Ia sebuah perjalanan. Kalau waktu kita berbuat dan berusaha kita dah putus asa, maka kita yang rugi. Kita yang akan menyesal.

Alami proses tersebut. Kadang-kadang pokok dipijak babi. Kadang-kadang dihenyak segala ulat. Semuanya kena bertahan dengan berbagai ubat dan pagar sana sini.

Terus tabah kawan-kawan, kita jadi lebih kuat selepas lalui semua proses ini.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad.
Bismillah.
Okey je gais. Mana yang kita pernah bantu, pernah letak dia di sebelah kita sebagai orang paling rapat, pernah duduk sebelahnya waktu dia berada di titik paling rendah, sentiasa menghormati keluarganya, ibunya, bapanya, membantu ahli keluarganya, kemudian apabila dia sudah berjaya dia gigit kita semula dan mahu menunjuk-nunjuk dia boleh jadi seperti kita atau melawan kejayaan kita, siap mencuri itu ini dan berbuat jahat di belakang kita, itu semua normal.

Itulah kehidupan. Lalui sahaja. Senyum sahaja. Sebut alhamdulillah. Tak ada apa nak disesalkan, semua yang kita pernah berbuat dahulu adalah kebaikan dan pahala.

Semua dicatat dan semua diangkat. Okey sahaja. Buat baik dibalas baik itu syurga. Buat baik dibalas jahat itu pahala. Bersyukur.

😘😘😘
#KHM
Menjawab sesetengah kalian yang mengatakan saya "drama" sahaja tentang surat waran tangkap 4 hari lepas. Beberapa orang peguam buat semakan dalam EFS Mahkamah, memang ada kes kami.

Komen ini ada dalam dalam posting tersebut namun mungkin terlalu banyak orang komen, maka tak perasan dengan komen ini.

Semalam, saya dapat lagi kisah akan ada tuntutan sivil. Kali ini melibatkan RM84,000. Lagi banyak dari ini.

Ini kerana jadual pembayaran ada tertunggak total dalam RM320,000, dah bayar dalam RM224,000 namun bakinya saya masih tak berjaya kumpulkan duit. Jika tak dibayar sehingga hujung julai ini, kena lagi sekali ke mahkamah.

Ini sisi dunia bisnes yang kalian kena tahu. Serba serbi kena membaca. Sejak saya dapat waran tangkap, barulah saya cari buku tentang undang-undang ini. Baca sana sini setiap hari.

Hutang tetap kena bayar. Hutang bisnes ke hutang peribadi ke, wajib. Cuma nak mencari jalan membayar itu sahaja kita kena berpijak di bumi nyata. Orang nak mengata, itu hal orang. Kita kena berusaha ikut kapasiti dan limitasi yang kita ada.

Saya menulis dan penulis, saya ada ebook-ebook yang bermanfaat untuk kalian miliki. Jadi saya jual ini dahulu.

Saya perlukan dana untuk membayar apa sahaja yang datang bulan ini. Walau masih bayar sana sini ikut kemampuan, kena juga dikejar dan mula nak dimasukkan dalam kes-kes mahkamah.

Setakat ini hari ini saya masih teruskan menjual ebook-ebook saya dengan harga yang kalian letaklah sendiri.


*

Jika kalian beli ebook ini, kalian akan dapat 12 lagi ebook. Total dapat 13 ebook. Ebook yang kalian akan beli ini adalah tentang kegagalan saya. Kemudian kalian akan terima lagi ebook lain tentang pembangunan media sosial dan juga ebook-ebook inspirasi.

Klik sini ya kawan-kawan:

https://bykhm.onpay.my/order/form/249

Mana nak transfer kemudian isi borang dan isi bukti pembelian, boleh juga.

Maybank KHM Foodies
562263564754.

Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi team saya di talian: https://linktr.ee/khmcustomerservice


Terima kasih yaaaa!
Ada beberapa kata-kata khas buat kalian yang berniaga:

1. Setiap dari siapa yang kalian nampak dia sudah berjaya, ada berpuluh tahun dia pernah gagal dan bangkit kembali tanpa pernah putus asa.

2. Apabila hati kalian hancur, waktu itulah otak kalian cergas, cerdas dan hebat bekerja.

3. Hargai pasangan yang sentiasa penat menanti di rumah, sabar memberi secawan kopi apabila kita pulang dengan penuh gagal, orang ini adalah orang yang sama akan melihat kita senyum apabila kita berjaya nanti. Peluk dan hargailah sampai bila-bila.

4. Jika Allah buat kamu ternanti-nanti jawapan mengapa masih gagal, siap sedialah untuk terima hadiah besar apabila berjaya nanti. Tawakkal, reda dan berusaha habis daya tanpa pernah putus asa.

5. Setiap hari, rancang untuk pergi makan bersama dengan orang yang pernah berlapar semasa kita susah dahulu.

6. Akui sahaja yang kita pernah tumbang, gagal, hancur dengan ramainya hilang kawan, putus persahabatan kerana kita masih orang sama yang lambatnya berjaya. Dan apabila sudah berjaya, layan baik-baik orang ini, itu adalah kebaikan yang dituntut. Dendam hanya bawa aura negatif dan banyaknya keburukan.

7. Kematangan itu bukannya datang dari kita bersembang benda-benda besar dan kita mahu menang mempersoal itu dan ini, ia adalah kefahaman terhadap apa yang dibincang dan menghormati setiap apa yang orang sedang utarakan.

8. Sampai satu tahap, diam adalah aktiviti terbaik dalam hidup. Melihat, memandang dan mendengar adalah proses paling bijak dalam berjaya dan terus fokus nak dapat apa yang kita tuju.

9. Satu benih itu diam-diam sahaja dia tumbuh membesar, namun pokok yang mega akan buat bunyi yang kuat semasa tumbang. Ingat, nak berjaya, tak perlu pumpang-pumpang beritahu orang itu orang ini, diam-diam sahaja, ia adalah kuasa paling hebat untuk bina apa sahaja empayar.

10. Kejayaan yang perlahan akan bina sikap baik, merendah diri dan banyaknya pelajaran, manakala jika ia terlalu laju, menang itu menang ini, boleh jadi ia akan banyak ego dan sombong. Hati-hati.

Begitulah.

Semoga bermanfaat kawan-kawan.
Esok kita menjual lagi!

Khairul Hakimin Muhammad,
Motivasi peniaga sampai tidur pun masih berfikir.
Beberapa jenis buku wajib dibaca untuk kalian mula menulis #content di media sosial:

1. Buku berkaitan dengan topik yang telah dipilih untuk ditulis. Ia akan membantu kalian mendapatkan idea dan meluaskan pandangan tentang apa yang kalian nak tulis.

Contoh:

Suka memasak, buku resipi.
Suka travel, travelog.
Suka berkebun, buku tentang pokok dan sebagainya.
Suka bersukan, buku tentang kesihatan badan dan sebagainya.

2. Novel. Ia akan membantu kalian menulis ayat yang ada emosi terhadap satu-satu hal. Hanya novel sahaja mempunyai kisah keluarga, cinta, kehidupan dan masyarakat.

Contoh novel yang bagus dijadikan rujukan:

Padang Bulan, Andrea Hirata.
Kunang Pesisir Morten, Raiha Bahaudin.
Merantau Ke Deli, Buya Hamka.
Maryam, Okky Madasari.
Bahalut, Faisal Tehrani.
Dentang, Saharil Hasrin Sanin.
Bidadari Bermata Bening, Habiburrahman El-Shirazy.
Surat Kecil Untuk Tuhan, Agnes Davonar.
Perjudian, S. Othman Kelantan.
Dan banyak lagi.

3. Buku rujukan agama tentang kisah nabi / kisah-kisah di dalam Al-Quran / tafsir Al-Quran. Ini untuk kalian mudah faham bagaimana satu-satu perkara yang kita nampak, kita lihat, kita dengar ada batas-batas agama yang kita kena ikut untuk fikir sama ada wajar atau tidak disebarkan. Yang saya sering rujuk ialah:

Surah Yusuf - Tafsir Al-Quran.
Menggapai Bintang - Kisah di dalam Al-Quran, Ustaz Syaari Abdul Rahman,
Kisah-Kisah di Dalam Al-Quran, Dr. Hamid Ahmad Ath Thahir.
When The Moon Split - Saifur Rahman Mubarakpuri
Dan banyak lagi.

***

Jadikan teman rapat buku-buku begini untuk kalian baca. Kalian akan dapat momentum untuk mula menulis.

Kebiasaannya ia akan memberi kalian banyaknya idea, dan apabila ia berlaku, mudahnya kalian nak menulis.

Buku-buku ini bukan untuk dicopy-paste isinya, ia adalah untuk rujukan sahaja. Kita baca, perkataan akan masuk dalam kepala, dan itulah yang kita akan hamburkannya keluar nanti.

Tak membaca, tiada perkataan dalam kepala, dan kita akan tersangkut kerana mencari-cari ayat sesuai.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Baca lagi dan lagi.
Saya bersyukur ramai yang terus support alhamdulillah. Ikutkan hari ini hari ke-6 jualan ebook "Kenapa Saya Gagal" ini dibuat dan kalian akan terima total 13 buah ebook saya. Bayarlah berapa pun, kalian akan terima semuanya.

Hari jumaat ini, saya kempen lagi mana tahu masih ada yang tak tahu dan nak dapatkan semua akses ebook saya ini. Silakan ya.

Terima kasih sangat-sangat yang terus support, saya hargai sangat-sangat.

*

Saya jual semua ebook saya dengan harga yang kalian boleh bayar berapa sahaja. Saya terima ja berapa-berapa pun.

Harap benar esok atau lusa boleh bayar semua terus semua hal perundangan dan saman-saman ini. Doakan ya.

Beli Ebook ini, dapat 12 lagi ebook.

Klik sini:

https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249

Mana nak transfer kemudian isi borang dan isi bukti pembelian, boleh juga.

Maybank KHM Foodies
562263564754.

Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi team saya di talian: https://linktr.ee/khmcustomerservice

Mohon sangat bantuan semua dapatkan ebook ini ya. Kalian bantu saya, kalian juga dapat ebook dan ilmu.

Terima kasih yaaaa! Kot boleh tag sesiapa dan share, juga amat saya hargainya.
Sekiranya kalian sedang down dengan berbagai hal, buat ini:

1. Tak perlu tunggu sesiapa untuk teman minum kopi atau makan. Beli sahaja, makan. Beli sahaja, minum. On tv atau Netflix, layan. Hanya kita kawal diri kita untuk terus happy. Bersendirian tanpa teman tak bermakna tak boleh happy okeh.

2. Sekiranya kita dikritik, tenang. Telan sahaja dan letak dalam kepala "kita kenal diri kita, kita takkan boleh kawal apa orang lain fikir tentang kita." Biarkan sahaja ia berlalu.

3. Tak semua orang memahami dan nak memahami perjalanan hidup kita. Ada yang akan persoal, ada juga akan pertikai, ada juga yang cakap ya di depan dan di belakang akan bantai. Tenang, diamkan sahaja. Hanya jawab apabila ditanya. Waktu belum berjaya semua tak peduli, tunggu kau dah berjaya dan kaya, semua nak dengar cerita kau.

4. Mindset adalah 90% kekuatan. Bukan badan kau, bukan hati kau, bukan fikiran kau, tapi kekentalan kau meletakkan mindset.

Mindset akan ada tujuan. Dengan ada matlamat tersebut akan timbul fokus. Apabila dah ada fokus, kita akan berdisiplin untuk berusaha dan berjaya, akan ada rutin, akan ada semangat dan motivasi. Jadi letak mindset betul-betul. Jangan tersalah.

Letak terus;

Umur 25 nak kahwin.
Umur 35 nak beli rumah.
Umur 40 nak belikan emak abah rumah, kereta
Nak sedekah 10 orang sehari.
Nak bantu 10,000 orang setahun.

Letak itu sebagai mindset dan kita akan mula boleh capai!

Gais, kita jauh lebih kuat dari apa yang orang kata. Kita kenal diri kita. Bangkit dan perjuangkan nasib kita sendiri okeh!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah!
Salam semua. Boleh tak minta bantuan untuk semua ke akaun Tiktok kami yang terbaru ini. Kami perlu 1,000 follower untuk kami letak link CTA.

Bantu kami bolehhh.

Klik sini

https://www.tiktok.com/@omminakshare?_t=8eBmewhJOS1&_r=1

Terima kasih semuaaaa
Dendam terbaik ialah tiada dendam. Jalan terus, bahagia, gembira dan bantu orang lain. Hidup aman, mati tenang.
Hangpa dah follow saya di Threads?

Ha content sana berbeza dengan FB dan Tiktok tau. Hihi.

Contohnya: https://www.threads.net/t/CvC0LsfSFZ_/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Hari ke-9 alhamdulillah. Macam-macam pm tepi, mesej, whatsapp, dm sana sini serta komen baik-baik saya terima. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

Saya masih teruskan jual Ebook "Kenapa Saya Gagal" dan saya beri 12 lagi ebook secara percuma.

Harganya kalian letak sendiri ya, RM10 boleh, RM100 boleh, RM1,000, RM10,000 semua boleh. Terpulang nak bayar berapa. Silakan ya.

*

Klik sini:

https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249

Mana nak transfer kemudian isi borang dan isi bukti pembelian, boleh juga.

Maybank KHM Foodies
562263564754.

Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi team saya di talian: https://linktr.ee/khmcustomerservice

Mohon sangat bantuan semua dapatkan ebook ini ya. Kalian bantu saya, kalian juga dapat ebook dan ilmu.

Terima kasih yaaaa! Kot boleh tag sesiapa dan share, juga amat saya hargainya.
Ingat tak saya ada sebut tentang bagaimana nak jana pendapatan dengan demo masakan?

Ha kami dah bermula tau.

Baca di sini ya https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid0JbKgPX9CZANAcyz7VpKEL4JLjB6KCknqNhS1JpZdbvSXFZYqhvC94mVuECfDqgDZl/?mibextid=K8Wfd2
Allah maha kaya. Tersangat kaya sehingga kita tak dapat bayang banyaknya kekayaan Allah. Jadi minta, mohon, harap, doa dan usaha sebanyak-banyaknya. Minta kekayaan Allah supaya kita jadi manusia bermanfaat kepada diri dan orang lain. Bismillah.
Kawan-kawan,

1. Jika kita tahu sesuatu ilmu, ia takkan jadi hebat sekiranya kita tak mula gunakannya.

Ramai orang kata "saya tahu je benda tu, tapi malas lagi nak buat." "Ala tahu je, nantilah baru buat." "Ala senang je menda tu, esok-esok sahajala."

Hati-hati dengan ayat begini, ini tanda kita tidak bersyukur dengan ilmu yang kita ada. Kita sombong dengan Allah. Allah beri untuk kita buat supaya rezeki boleh masuk tanpa sekat.

2. Jika kita tak mahu paksa diri untuk berubah, ia takkan berubah.

Ramai orang kata "sorry saya susah bangun pagi. Itu memang masalah saya." "Ah, kau tak kenal aku, aku memang macam tu, kau siapa nak ubah aku?" "Aku kenal diri aku, aku ok je, tak payah nak sibuk hal aku, aku tak ada duit pun, aku susah ke aku tak minta dari kau."

Hati-hati dengan kesombongan semasa susah. Jika waktu sukar pun kita masih nak mendabik dada, bagaimana Allah ingin beri kita senang?

Kawan-kawan,

Waktu sukar, waktu susah, waktu hidup banyak masalah, itulah waktu terbaik untuk mulakan rutin baru. Untuk ubah diri kepada hal yang jauh lebih baik.

Masa untuk rendahkan diri belajar benda baru. Masa untuk buang ego dan duduk mengadap perkara baru.

Lantakkan semua sombong dan ego. Buang apa orang fikir. Kita nak berjaya, kita kawal diri kita.

Ada orang sindir, diam.
Ada orang perli, diam.
Ada orang sinis, diam dan belajarlah.

Kawan-kawan,

Kita takkan berjaya jika 2 perkara ini kita tak jaga, kita akan dapat mindset baru apabila kita teliti baik-baik untuk berubah.

Dari mindset tersebut kita akan dapat fokus baru. Kemudian secara tak sedar, kita ada disiplin baru.

Percayalah, kalian akan berubah bermula dari bulan pertama hingga 5-10 tahun akan datang. Duit mudah masuk ke rumah. Zakat senang dibayar, sedekah hujung jari sahaja. Bantu keluarga macam beli karipap, semua jadi senang gais. Sangat mudah jadinya.

Kita berubah sama-sama ya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
Cikgu saya ajar mudah sahaja tentang maksud kemampuan.

1. Pastikan kita boleh bayar 2 kali barang yang kita beli, baru kita beli.

2. Contohnya:

Iphone 11 berharga RM5,000. Kita hanya ada RM5,500. Maka kita hanya mampu beli 1. Jadi sebenarnya kita tak mampu. Jangan beli.

Yang kita mampu ialah telefon yang berharga kurang RM2,500.

3. Contoh benda besar pula. Kita ambil rumah. Kalau kita rasa kita mampu bayar RM2,000/bulan. Kita kena cek balik boleh dak kalau kita bayar RM4,000 sebulan. Kalau tak boleh, maka sebenarnya kita tak mampu.

Yang kita mampu sebenarnya rumah yang bayaran bulannya RM1,000 sahaja.

Cikgu saya pesan “barang yang kita beli itu tanda kita mampu. Maksud mampu ialah apabila kita beli barang, kita masih ada wang.”

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mari belajar sama-sama gais.
Bentuk #content yang disukai dan senang dibaca oleh audien selain dari bercerita:

1. List post.
- Bersifat numbering.
- Tidak ada emosi, hanya terus sahaja kepada fakta.
- Ditutup dengan impak positif.
- Biasanya posting “to educate”.

2. Posting How-To.
- Bersifat step by step.
- Ada emosi berselang seli dengan fakta.
- Posting DIY, resipi, tips serta apa sahaja perkara yang boleh diletakkan dalam bentuk langkah demi langkah.
- Menggunakan gambar atau video yang lengkap.
- Impak positif = boleh buat orang baca, terus faham dan buat sendiri di rumah.
- Biasanya posting “to educate”.

3. Posting Infografik.
- Bersifat fokus kepada satu-satu topik.
- Mempunyai grafik dan penunjuk yang bagus serta mudah difahami.
- Gambar grafik sebagai aksesori dan caption menerangkan semuanya dengan lengkap.
- Biasanya posting “to educate.”

***

Untuk “to inform” dan “to inspire” biasanya ditulis dalam bentuk story telling. Ia juga sangat bagus untuk dijadikan posting.

Namun ia bukan posting yang mudah untuk dibina kerana ia perlu ada Teknik bercerita yang kuat. Apapun, 3 jenis posting di atas boleh digunakan untuk kalian membina posting awal dan mendapatkan crowd kalian sendiri.

Cubalah ya. Pilih topik, tentukan matlamat dan up!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Suka nombo 2, tulis resipi!
Zaman ramai dah pandai buat content dan jadi influencer ini, saya betul-betul nak pesan kepada semua. Jangan jadi seperti saya:

- ambil tahu tentang LHDN. Walau ada tax ejen, tetap kena ambil tahu. Ambil tahu apa kena bayar, apa kena submit dan sebagainya.

- jika dah mula buat produk, wajib tahu costing. Jangan kasi orang lain buat. Belajar sendiri dan pastikan sendiri tahu serba serbi.

- jika dah mula nak ambil barang / produk dari orang lain kemudian jual semula (trading), pastikan sendiri yang berurusan. Jangan sesekali tak ambil tahu dari mana, berapa harga sekian sekian suruh sesiapa deal. Deal mesti kita sendiri.

3 hal ini yang buat saya tumbang. Orang tahu saya sibuk. Orang tahu saya ke sana ke mari. Orang tahu saya akan sign sahaja sebab saya percaya orang sana percaya orang sini.

Hasilnya, saya terkena. Saya tak boleh finger pointing orang itu salah, orang ini salah. Saya yang salah. Saya yang tak ambil tahu. Saya yang pergi suruh orang buat akhirnya orang khianat.

Semua saya yang salah.

Kawan-kawan,

Pastikan tahu. Jangan jadi seperti saya. Nasihat sungguh ini.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kita bangkit jadi lebih pandai okeh. Bismillah. Telan. Hadap.
Soalan: Saya dah cuba tulis, tak viral, tak jadi apa, saya rasa macam nak putus asa dah tuan. Penatlah.

Jawapan: Oh. Saya cuba menulis di media sosial dari 2013. Tak menjadi juga. Namun permulaan itu ialah pada 2015. Dan yang viral sampai berbelas ribu share ialah pada 2016. Jauh masanya, bertahun.

Cuba baca ini, inilah yang buat saya sentiasa rasa ada semangat.

Ada sebuah syarikat yang dibina oleh 3 sahabat. Mereka membina aps untuk 51 buat game dan tidak mendapat sambutan langsung. Ini menyebabkan ke tiga-tiga mereka diistihar muflis kerana terlalu banyak melaburkan duit.

Mereka kemudiannya duduk kembali di satu meja dan ingin membina 1 game terakhir. Ia adalah do or die.

Lalu mereka rancang dengan setiap seorang memberi 10 idea. Lalu mereka mendapat 30 idea dan bangunkan game tersebut.

Ia adalah Angry Bird yang mana mendapat tawaran jualan dari Zynga berjumlah USD2.25 Billion (RM10.8B) lalu terus menjualnya. Hari ini ke tiga-tiga mereka masih membangunkan game dan menjadi orang kaya yang masih mengejar sales.

***

Kawan-kawan,

Kita memang sibuk, namun kita tetap kena rancang. Kena bersembang (networking) kena dapatkan idea (survey dan observe).

Kalau kita duduk setempat, #content kita boleh jadi kita sahaja yang faham.

Nak tulis, tulislah perkara yang orang suka. Yang banyak titik persamaan dengan orang lain. Ia mesti dirancang, disusun dan kita sendiri hadam tentang hal tersebut. Jika tidak, kita akan gagal berkali-kali.

Bangkit, rancang dan buat lagi sampai jadi.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Cuba sampai jadi.