Together We Are Fitter
1.09K subscribers
89 photos
12 videos
1 file
93 links
Dapatkan tips dan informasi dari Coach yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam Fitness & Stength Conditioning. Coach Azmir Zed & Coach Adalah Atlit Negara Dalam Sukan Ragbi.

www.warriorsfitcamp.my
www.azfitness.my
Download Telegram
Bancuh protein guna blender ada kelebihannya

Kelebihan bancuh protein guna blender, ia dapat membantu anda mengawal selera makan sekaligus bakar lemak dengan lebih baik.

Apa yang menyebabkan tips ni berkesan?

Kalau kita bancuh protein guna blender dan hidupkan blender sedikit lama, maka lebih banyak udara yang bercampur dengan protein menyebabkan isipadu protein meningkat.

Dengan percampuran udara ini, isipadu meningkat, minum protein buatkan kita rasa lebih kenyang.

Bila dah kenyang, tentu kita kurang makan. Jadi bila diet, senang jaga kalori dan senang bakar lemak.

Memang ada yang buat kajian tentang teori ni.

Hasil kajian, kumpulan yang membancuh protein guna blender berjaya turunkan berat badan lebih banyak daripada yang hanya menggoncang protein sahaja.

Tak pasti ia betul-betul ada kaitan dengan proses metabolisma badan atau sekadar kesan plasebo saja.

Jika sedang diet, tak salah cuba. Tak rugi apa-apa

#togetherwearefitter
Bersukan atau bersenam berisiko untuk mendapat kecederaan jika kita tidak berhati-hati atau kita mengabaikan peraturan yang patut kita patuhi. Jangan anggap kecederaan ini sesuatu yang kecil kerana ia mampu menamatkan
karier anda sebagai atlet mahupun seorang yang aktif bersukan. coach akan kongsikan tips mudah yang mampu anda ikut untuk elakkan kecederaan πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
Cara elakkan kecederaan semasa bersukan

1. Pakai pakaian yang sesuai

Tak semua pakaian kita boleh gunakan untuk bersukan. Pakai lah pakaian yang betul-betul digunakan semasa bersukan.

Selain daripada selesa, pakaian yang betul juga boleh mengelakkan kita tercedera semasa bersukan.

2. Patuhi peraturan

Bila pergi gym, kebiasaannya memang ada peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik gym berkenaan.

Ikut lah peraturan tersebut, supaya kita tak menyusahkan orang lain andai berlaku kejadian tak di ingini disebabkan kita melanggar peraturan.

3. Panaskan badan terlebih dahulu.

Jangan sekali-kali skip warming up. Rata-rata ramai yang dah berpengalaman tercedera bila terus mulakan aktiviti bersukan secara mengejut.

Jangan buat kesilapan yang sama berulang kali.

4. Tahu menggunakan peralatan sukan

Jangan suka memandai-mandai. Kalau tak tahu nak guna, tanya dengan petugas yang berada di dalam gym.

Ada sesetengah peralatan perlukan penerangan terlebih dahulu cara menggunakannya dengan betul.

Ini boleh mengelakkan supaya dapat malu bila tercedera menggunakan alatan disebabkan salah cara guna.

#togetherwearefitter
kalau kita seseorang yang aktif bersukan ataupun suka melakukan aktiviti yang lasak, badan kita akan selalu doms ataupun tegang. selain dari melakukan recovery dirumah kita juga boleh dapatkan khidmat fisioterapi. jom baca dibawah coach akan kongsikan beberapa perkara yang fisio akan lakukan πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
Kenapa kita kena pergi fisio?

Bila bersenam atau bersukan mesti ada risiko. Bila teknik atau program tak seimbang, badan yang kena tempias.

Takde satu program yang dicipta sempurna dan senaman tak semestinya beri kesan yang baik.

Sebab tu kena dapatkan khidmat fisioterapi untuk berikan konsultasi. Apa yang akan dilihat?

1. Postur badan
2. Julat pergerakan
3. Ketegangan otot
4. Teknik senaman
5. Program latihan.

Daripada kelima-lima ni nanti kita dapat tahu apa kurang, apa yang perlu diperbaiki.

Coach akan kongsikan dengan lebih terperinci 3 perkara penting yang ahli fisioterapi selalu beri perhatian esok hari tau ! stay tuned πŸ’ͺ🏼

#togetherwearefitter
okay ini antara 3 komponen penting yang ahli fisioterapi akan check apabila kita menjalani sesi fisio. tengok di bawah ya πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
3 komponen utama yang kerap jadi perhatian ahli fisioterapi

1. Postur badan

Postur kita terjejas kerana gaya hidup seharian daripada tempat kerja hingga ke cara kita tidur.

Postur yang tidak betul menghadkan pergerakan anda.

2. Julat pergerakan

Bila postur anda menyekat julat pergerakan sendi, badan anda tidak dapat menggunakan fungsi sendi tersebut secara menyeluruh.

Pernah tengok orang bermasalah nak garu belakang? Ini salah satu contohnya.

3. Ketegangan otot

Postur dan julat pergerakan terhad membawa kepada ketegangan otot disebabkan otot terpaksa bekerja lebih untuk memegang badan dalam posisi tidak natural.

Ketegangan otot buatkan kita tak selesa dan menyakitkan.

So ini lah 3 perkara atau komponen penting yang kerap terjadi pada tubuh kita. jangan abaikan jika anda mengalami kesakitan atau ketegangan, segeralah berjumpa dengan fisio mahupun doktor πŸ’ͺ🏼

#togetherwearefitter
Banyak aktiviti yang kita boleh lakukan untuk kekal aktif, yang penting diri kita sendiri jangan malas. Melakukan aktiviti tak semestinya kena penat. Coach dah listkan 3 peringkat intensiti yang anda boleh lakukan mengikut kemampuan anda
Lihat dibawah πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
Pilihan aktiviti mengikut kemampuan anda

Setiap individu mempunyai kemampuan yang berlainan. Begitu juga dalam melakukan aktiviti fizikal.

Pilih aktiviti mengikut kemampuan anda.

1. Intensiti rendah (60 minit)

Mengemas rumah, berjalan santai, mencuci kereta, tai chi atau yoga

2. Intensiti sederhana (30-60 minit)

Senamrobik, berjalan pantas, berbasikal, mendaki bukit, berenang, menari

3. Intensiti tinggi (20-30 minit)

Bola sepak, futsal, badminton, hoki

Golongan dewasa disaran lakukan intensiti sederhana 30 minit 5 hari seminggu

#togetherwearefitter
30 HARI FIT CHALLENGE KINI KEMBALI!!

Hi semua! Hopefully semua dalam keadaan sihat sejahtera..

Setelah lama menyepi, kini 30 Hari Fit Challenge kembali dengan pelbagai UPGRADE yang lebih PADUU!

Anda dah bersedia?! 🀩
.

Kali ini kami bawakan bukan sahaja Head Coach Azmir Zed, tapi 2 lagi insan hebat untuk sama-sama membantu anda dapatkan badan yang fit dan sihat.

Untuk edisi 30HFC Reloaded 2.0 ini, Coach Ese seorang pemain ragbi negara akan turut serta membantu dan guide anda untuk capai fitness goals anda!

Yang paling best, program ini juga akan di pantau oleh Nutritionist Megat yang berpengalaman luas membantu atlit-atlit negara dengan diet plan dan nutrition program yang mantap untuk mereka kekal fit sepanjang masa!

Sertai sekarang 30 Hari Fit Challenge Reloaded 2.0. Kami buka untuk yang komited nak fit dan sihat dengan cara yang betul, selamat dan terbukti berkesan.
.

Untuk edisi 30 Hari Fit Challenge yang lepas, ramai yang dah berjaya hasilkan results yang positive dan telah mengubah mindset mereka untuk amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Anda bila lagi?
.

Follow sahaja semua maklumat dan syarat pada blueprint yang telah kami kongsikan untuk anda, sepanjang Fit Challenge ini.
.

Kami serious nak guide anda sampai jadi untuk 30 Hari ini seperti mereka yang telah berjaya!
.

APA ANDA DAPAT BILA JOIN PROGRAM INI?

βœ” BLUEPRINT YANG TERSUSUN​ (RM99)

βœ” PELAN PEMAKANAN SIHAT​ (RM49)

βœ” PELAN SENAMAN YANG LENGKAP (RM99)

βœ” GROUP SUPPORT YANG POWER​ (RM199)

βœ” LIVE WORKOUT DENGAN COACH X 4 (RM119)

βœ” PELAN SENAMAN YANG LENGKAP (RM99)

βœ” HADIAH MENARIK BERNILAI RM500

Bukan itu sahaja kami ade bukan 1 BONUS untuk anda, tapi 4 BONUS bernilai lebih RM200 untuk anda!!!

Kalau ikut nilai program ini sahaja, kesemuanya bernilai lebih RM500++, tapi untuk anda yang serious ingin dapatkan badan yang FIT & SIHAT!

Harga kasih sayang kami hanyalah RM69 sahaja!! (untuk masa terhad!)

Ini lah masa terbaik untuk anda kembali fit! ✊🏻
.

So tunggu apa lagi?

JOM DAFTAR SEKARANG MELALUI LINK DI BAWAH!


https://bit.ly/30hfcr

https://bit.ly/30hfcr

https://bit.ly/30hfcr
Kami hadirkan anda dengan 2 coach yang telah lama bertapak dalam bidang kejurulatihan dan telah banyak membantu ramai orang untuk kurus, fit dan kuat.

Bersama mereka, akan turut membantu anda seorang dietitian yang pernah menjadi nutritionist di Institute Sukan Negara, mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang pemakananan untuk atlet dan juga pemakanan yang sihat untuk semua peringkat umur.

Sertai mereka dalam program 30 HARI FIT CHALLENGE yang akan bermula 1 Feb sehingga 1 March 2024

#togetherwearefitter #30HFC