Bila dah workout tak berhenti, badan jadi penat. Ada yang 7 hari seminggu straight, memang lunyai lah badan.
Ubat yang paling mujarab dah tentu rehat. Tapi kalau nak proses pemulihan tu lagi cepat, kena dapatkan sport massage.
Tujuan urutan sukan ni untuk melancarkan darah, cepatkan proses pemulihan dan melegakan sakit badan.
Biasanya yang buat urutan sukan ni ahli fisioterapi, individu yang ambil jurusan sains sukan, pengamal urutan tradisional.
Ada ramai lagi yang buat, kebiasaannya daripada latar belakang dunia kecergasan.
Sebelum urut sukan ni, mesti buat penilaian postur badan dulu. Baru dapat tau apa yang tak seimbang dalam badan.
Bila dapat selesaikan masalah ketidakseimbangan dalam badan, barulah prestasi latihan meningkat.
Servis urutan sukan ni servis mampu milik dan disyorkan buat sebulan sekali.
Kelebihan lain bila buat urusan sukan ni, bentuk otot jadi lebih jelas sebab tak tegang lagi.
Urutan sukan membantu memisahkan setiap gentian otot dan buatkan otot jadi lebih jelas.
Sebab tu atlet profesional antarabangsa mendapatkan servis urutan sukan lebih kerap bila tiba musim bertanding.
So apa lagi guys ? Cuba lah sekali baru anda rasa betapa leganya badan anda selepas urutan sukan 😬
#togetherwearefitter

Tips kekal natural dalam membina badan
Apa tu status natural dan latihan yang patut dilakukan untuk anda kekal natural?
Sebab ada yang kata tak perlu main berat-berat. Sebelum apa-apa, kena faham berat ni subjektif.
Berat bagi seseorang mungkin ringan bagi orang lain. Jadi main ikut bebanan yang berat bagi anda.
Sebagai seorang natural, latihan berpaksi banyak kepada latihan kekuatan untuk menjadi makin besar dan besar.
Tak boleh kekal dengan main ringan je untuk bina badan secara natural.
Bukan saja lambat, tapi anda juga menghadkan kebolehan untuk membesar.
Yang pakai steroid boleh main berat juga, tapi main ringan pun akan membesar.
Sebab ianya memang berkesan dan ajaib. Jaga makan dan workout memang jadi, tapi boleh jadi ada kesan sampingan.
Natural kena berlatih untuk jadi makin kuat. Makin lama angkat makin berat dan buatkan otot jadi makin besar.
Sebenarnya nak besar tak susah, yang susah nak kekalkan otot yang besar semasa cutting.
Sebab tu ramai yang pakai barang untuk cutting supaya jisim otot kekal. Terpulang.
Nak besar secara natural kena makan banyak dan berlatih berat-berat supaya jadi kuat. Besar sambil cutting, tu lain cerita.

Pernah dengar ambil protein casien sebelum tidur? Casien adalah protein yang lambat hadam.
Bermakna ambil casien sebelum tidur supaya protein dapat diserap perlahan-lahan sepanjang malam.
Tapi perlu ke untuk membina badan? Macam mana kalau taknak guna casein, nak guna protein whey biasa je?
Sebenarnya protein sebelum tidur tak berikan impak yang besar dan guna casein bukanlah wajib.
Tapi adakah berkesan dan boleh bawa kelebihan walaupun sikit? Ya, masih boleh diamalkan kalau ada bajet lebih.
Kalau taknak guna casein, still masih boleh gunakan whey, lagi mudah sebab tak payah beli 2-3 jenis protein.
Paling penting dapatkan keperluan makronutrisi yang secukupnya dalam sehari.
Masa anda makan, masa ambil protein, semuanya tak berikan impak yang besar.
Selagi anda dapatkan keperluan mencukupi, protein, lemak, karbohidrat dan kalori, anda berada dalam landasan betul.

Apa perlu buat sebelum workout?
Masa workout adalah masa latihan. Anda perlu berikan fokus sepenuhnya. Kalau minda ke lain, tak dapatlah manfaat latihan sepenuhnya.
So, letak tepi dulu telefon masa training. Tapi tu masa dalam latihan. Percaya atau tak, apa yang kita buat sebelum pergi gym, boleh berikan impak pada latihan.
Ya, kalau tak prepare diri sebelum latihan, minda juga takkan bersedia. Pernah tak rasa ada time pergi bersemangat.
Badan kuat, senaman semua terbaik, tak penat dan rasa macam champion kat gym tu. Tapi hari lain terbalik.
Minda nak workout tapi badan macam tak bagi. Lembik je rasa. Ini berkaitan apa yang dibuat sebelum pergi gym.
Kalau main-main sebelum pergi gym, semangat tak datang. Fokus lari. Apa nak buat supaya rasa semangat?
Paling senang menonton video motivasi di YouTube. Ada banyak jenis video, type je. Boleh jugak dengar lagu semangat.
Masa tengah training pun boleh dengar. So kalau badan rasa taknak training, kena naikkan semangat dulu.
Lagi satu jangan training masa perut kosong tapi jangan terlampau penuh pula. Makan 2 jam sebelum workout.

Maksud plateau ni anda tak dapat hasil lagi daripada latihan yang dibuat. Berat badan tak naik atau bebanan yang digunakan tak dapat naik.
Bila jadi macam ni anda kena berikan satu rangsangan baru kepada badan supaya boleh keluar daripada situasi ni.
Badan kita akan adapt dengan rangsangan yang diberikan. Kena ubah suai rangsangan ni supaya plateau dapat dipecahkan.
Kira macam pecah rekod lah. Masalah ni juga jadi bila kita over training. Badan letih rehat tak cukup, susah nak dapatkan hasil baru.
Kena ubah sikit latihan supaya masih boleh progress walaupun buat sikit je. Less is more.
Sebab ada yang rasa bila badan tak naik, lagi di hentam kaw-kaw. Jadi lunyai lah badan, tak cukup rehat lagi.
Buat sejenis latihan ataupun set semasa bersenam atau dipanggil challenge set. Warm up macam biasa sebelum start.
Lepas tu gunakan bebanan yang biasa buat lebih kurang 10 ulangan. Dengan satu set ni je guna bebanan ni, buat sebanyak ulangan yang boleh.
Biasa buat 10 kan? Dalam set tunggal ni kena buat lebih daripada tu. Sebabkan buat satu set je, secara tak langsung minda ditetapkan dalam mode balls out.
Maksudnya anda berikan 101% usaha untuk buat sebanyak rep yang boleh. Habis je set ni, beralih ke latihan lain.
Buat macam ni dan cuba konsisten at least 3-4 minggu. Setiap minggu anda cabar diri untuk buat lebih banyak daripada minggu sebelumnya.

Otot akan stop guna beban yang sama
Kenaikan otot akan berhenti bila guna beban yang sama. Kena selang seli kan dengan bebanan rendah atau tinggi untuk aktifkan kesemua gentian otot.
Ada 2 jenis gentian otot iaitu gentian slow-twitch dan fast-twitch. Yang bagi ketahanan adalah slow-twitch manakala saiz datang daripada latihan gentian fast-twitch.
Gabungan latihan yang berbeza beban dan rep akan mensasarkan kedua-dua jenis otot ni.
Yang penting untuk membina otot adalah menggunakan sebanyak serat otot yang boleh masa bersenam.
Nak bina otot, fokus pada strategi bina otot. Jangan tukar-tukar dengan lain contoh strategi bakar lemak sebab cara tak sama.
3 perkara penting. Pertama frekuensi, berapa kali berlatih seminggu. Kedua intensiti, kesusahan dan beban yang digunakan.
Ketiga isipadu, berapa jumlah rep dan set keseluruhan. Jangan lupa dapatkan kalori yang cukup untuk bina otot.
40-44 kcal per kilogram berat badan dah memadai. Cuba guna whey protein untuk naikkan otot dengan kenaikan lemak minima.

keperluan protein bergantung kepada individu . untuk orang yang normal tidak bersukan mungkin keperluan protein dia rendah, lain pula dengan individu yang selalu bersenam dan yang pergi gym untuk bulking. hari ni coach akan ajar anda semua untuk kira keperluan protein mengikut berat badan masing 👇🏼👇🏼
Cara kira keperluan protein harian anda
Dalam dunia bina otot, protein dipandang sebagai nutrisi kunci kepada perkembangan otot dan kekuatan.
Protein juga penting untuk kesihatan. Ia adalah blok-blok binaan utama tisu-tisu dalam badan.
Untuk membina otot, anda kena pastikan protein yang anda makan lebih tinggi daripada yang terbakar.
Kalau kurang protein, anda boleh bakar otot. Kalau makan protein sama banyak dengan yang terbakar, anda kekalkan jisim otot saja.
Jadi untuk bina otot anda kena ambil lebih tinggi daripada keperluan harian.
Anda perlukan 2-3 gram protein bagi setiap kilogram berat badan.
Contohnya, kalau berat badan anda 70kg, anda perlukan dalam 140-210 gram protein.
Satu scoop whey protein biasanya ada 20-25g protein. Seketul dada ayam yang besar juga lebih kurang 20-25g protein.
Seekor ikan kembung ada 15g protein. Untuk pastikan dapat cukup protein gunakan formula ni.
Makan ayam, daging atau ikan sebesar genggaman setiap kali makan 3-5 kali sehari.
Ambil whey protein setiap kali makan 2-3 kali sehari dan minum bcaa sepanjang hari 1-3 scoop sehari.

Bancuh protein guna blender ada kelebihannya
Kelebihan bancuh protein guna blender, ia dapat membantu anda mengawal selera makan sekaligus bakar lemak dengan lebih baik.
Apa yang menyebabkan tips ni berkesan?
Kalau kita bancuh protein guna blender dan hidupkan blender sedikit lama, maka lebih banyak udara yang bercampur dengan protein menyebabkan isipadu protein meningkat.
Dengan percampuran udara ini, isipadu meningkat, minum protein buatkan kita rasa lebih kenyang.
Bila dah kenyang, tentu kita kurang makan. Jadi bila diet, senang jaga kalori dan senang bakar lemak.
Memang ada yang buat kajian tentang teori ni.
Hasil kajian, kumpulan yang membancuh protein guna blender berjaya turunkan berat badan lebih banyak daripada yang hanya menggoncang protein sahaja.
Tak pasti ia betul-betul ada kaitan dengan proses metabolisma badan atau sekadar kesan plasebo saja.
Jika sedang diet, tak salah cuba. Tak rugi apa-apa

Bersukan atau bersenam berisiko untuk mendapat kecederaan jika kita tidak berhati-hati atau kita mengabaikan peraturan yang patut kita patuhi. Jangan anggap kecederaan ini sesuatu yang kecil kerana ia mampu menamatkan
karier anda sebagai atlet mahupun seorang yang aktif bersukan. coach akan kongsikan tips mudah yang mampu anda ikut untuk elakkan kecederaan 👇🏼👇🏼

Cara elakkan kecederaan semasa bersukan
1. Pakai pakaian yang sesuai
Tak semua pakaian kita boleh gunakan untuk bersukan. Pakai lah pakaian yang betul-betul digunakan semasa bersukan.
Selain daripada selesa, pakaian yang betul juga boleh mengelakkan kita tercedera semasa bersukan.
2. Patuhi peraturan
Bila pergi gym, kebiasaannya memang ada peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik gym berkenaan.
Ikut lah peraturan tersebut, supaya kita tak menyusahkan orang lain andai berlaku kejadian tak di ingini disebabkan kita melanggar peraturan.
3. Panaskan badan terlebih dahulu.
Jangan sekali-kali skip warming up. Rata-rata ramai yang dah berpengalaman tercedera bila terus mulakan aktiviti bersukan secara mengejut.
Jangan buat kesilapan yang sama berulang kali.
4. Tahu menggunakan peralatan sukan
Jangan suka memandai-mandai. Kalau tak tahu nak guna, tanya dengan petugas yang berada di dalam gym.
Ada sesetengah peralatan perlukan penerangan terlebih dahulu cara menggunakannya dengan betul.
Ini boleh mengelakkan supaya dapat malu bila tercedera menggunakan alatan disebabkan salah cara guna.

Kenapa kita kena pergi fisio?
Bila bersenam atau bersukan mesti ada risiko. Bila teknik atau program tak seimbang, badan yang kena tempias.
Takde satu program yang dicipta sempurna dan senaman tak semestinya beri kesan yang baik.
Sebab tu kena dapatkan khidmat fisioterapi untuk berikan konsultasi. Apa yang akan dilihat?
1. Postur badan
2. Julat pergerakan
3. Ketegangan otot
4. Teknik senaman
5. Program latihan.
Daripada kelima-lima ni nanti kita dapat tahu apa kurang, apa yang perlu diperbaiki.
Coach akan kongsikan dengan lebih terperinci 3 perkara penting yang ahli fisioterapi selalu beri perhatian esok hari tau ! stay tuned 💪🏼