BIJAK MASUK U denganCIKGU KD
590 subscribers
146 photos
5 files
239 links
Download Telegram
PENGUMUMAN PENTING
.
HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM ASASI, DIPLOMA & CFAP243 LEPASAN SPM SESI 1 2024/2025 (PERMOHONAN MELALUI UPUONLINE)

Semakan surat tawaran Program Asasi, Diploma & CFAP243 Lepasan SPM Sesi 1 2024/2025 boleh dibuat mulai 07 Ogos 2024 (Selasa) jam 12.00 tengah hari bagi kemasukan Julai 2024 (Asasi) & September 2024 (Diploma)
.
Panduan bagi menyemak surat tawaran dan pendaftaran dalam talian boleh ditonton di saluran Youtube Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar seperti di bawah:
https://drive.google.com/file/d/1Lr1GsSu1-r3e3ho8vaLdSaX9oY90d9vI/view?pli=1
.
Sekian, dimaklumkan.

.
Semakan Surat Tawaran : https://online.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
.
Unit Diploma & Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3194/ 3196/ 3166
Emel Unit Diploma & Pra Diploma:
pengambilan.diploma@uitm.edu.my

#CikguKD
Permohonan Pinjaman Pelajaran YAKIN Diploma IPTA Sepenuh Masa dilanjutkan bermula 7 Ogos 2024 sehingga 14 Ogos 2024.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke pejabat YAKIN sebelum atau pada 15 Ogos 2024 jam 3.00 petang.

#CikguKD
Info lengkap Program PDPP IPG KPM 2024
BIJAK MASUK U denganCIKGU KD
Photo
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI JOHOR SESI 2025/2026
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

https://daftar-smanj.net/t1/2025

Semua murid Tahun 6 sesi 2023/24 adalah dipelawa bagi menyambung pengajian di...

1⃣ Maahad Johor (MJ), Johor Bahru Johor
072232710 / 32
📚 Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM
📚 Menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
📚 Turut menawarkan pengajian di peringkat STAM
👳‍♀️ Khas untuk murid lelaki sahaja
***
2⃣ Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Johor Bahru Johor
072232710 / 32
📚 Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
👳‍♀️ Khas untuk murid lelaki sahaja
***
3️⃣ Maahad Johor Lil Banat (MJLB), Johor Bahru, Johor
072232710 / 32
📚 Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini Agama
📚 Turut menawarkan hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
🧕 Merupakan cawangan Maahad Johor khas untuk murid perempuan sahaja
***
4️⃣ SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
077715482
📚 Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
📚 Turut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
***
5️⃣ Maahad Pontian, Pontian (MP)
076874470
📚 Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
📚 Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
***
6️⃣ SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
074545710
📚 Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM
📚 Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
***
7️⃣ SMA Bugisiah, Tampok Pontian (SMABG)
074241901
📚 Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM
📚 Menawarkan Program hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih
📚 Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada

🟢 RABU - 28 OGOS 2024 🟢

dan akan ditutup pada

🔴 RABU - 02 Oktober 2024 (05.00 petang)🔴

💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠

SYARAT ASAS PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.
2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
3. Terhad kepada calon lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

1. Keputusan Peperiksaan UPKK
2. Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)/Setara
3. Keputusan j-Qaf
4. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 SAKJ
5. Angka Giliran Peperiksaan SDEA 2024
6. Keputusan PAJSK Tahun 5 Sesi 2023/2024

💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠

🌐 Untuk maklumat lanjut, sila layari

https://daftar-smanj.net/t1/2025

Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN yang dijadualkan akan dijalankan pada...

19 hingga 26 OKTOBER 2024

Sila ambil perhatian kepada...

TARIKH-TARIKH PENTING sepanjang tempoh permohonan:

1. 28 Ogos 2024 - 2 Oktober 2024 (Permohonan secara dalam talian)
2. 09 Oktober 2024 - 18 Oktober 2024 (Semakan panggilan ke Ujian Kelayakan)
3. 19 - 26 Oktober 2024 (Ujian Kelayakan)
4. 13 November 2024 - 22 Januari 2025 (Semakan dan pengesahan calon berjaya ke sekolah pilihan dan rayuan)
5. 29 Januari 2025 - 12 Februari 2025 (Semakan dan pengesahan calon rayuan)

🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰

MAKLUMAT BERKAITAN UJIAN KELAYAKAN
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

1. Ujian Secara Dalam Talian
- dijalankan selama 1 jam.
- merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.

2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.

3. Ujian Lisan
- Bacaan surah al Fatihah
- Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
- Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.

#CikguKD
BIJAK MASUK U denganCIKGU KD
Photo
𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗣𝗔𝗦𝗖𝗔-𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗜 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗦𝗛𝗘𝗜𝗞𝗛 𝗢𝗧𝗛𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞, 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

Urusetia Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak, UKM menawarkan biasiswa pasca-siswazah bagi 𝗦𝗘𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 (𝟭) 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗼𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗙𝗮𝗹𝘀𝗮𝗳𝗮𝗵 (𝗣𝗵.𝗗) yang akan mengikuti pengajian di UKM pada Semester 1, Sesi 2024/2025. Tempoh tajaan biasiswa adalah selama 𝟯 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡/𝟲 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗦𝗧𝗘𝗥 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 mencakupi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM 2,200.00 sebulan.

Antara bidang penyelidikan yang ditaja adalah seperti berikut:
𝗶. 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻;
𝗶𝗶. 𝗘𝗸𝗼-𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻;
𝗶𝗶𝗶. 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝘂𝗿𝘂𝗶;
𝗶𝘃. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗳;
𝘃. 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 & 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻; ATAU
𝘃𝗶. 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 & 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗱𝘂𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Permohonan biasiswa boleh diisi melalui Google Form seperti di pautan berikut: https://forms.gle/7a7xGKxqcfhRG46x9

Segala syarat permohonan dan maklumat lanjut, boleh layari laman web www.ukm.my/kursisos dan hubungi Pejabat Urus Setia Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak di talian 03-89214609 atau emel kursisos@ukm.edu.my.

Tarikh tutup permohonan biasiswa ialah pada 𝟯𝟭 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟰.

#CikguKD