Pasukan Promosi HRMIS JPA
2.57K subscribers
2.09K photos
2 videos
4 files
194 links
Channel rasmi berkaitan info terkini HRMIS
Download Telegram
Aplikasi MyHRMIS Profil membolehkan penjawat awam membuat semakan terhadap maklumat peribadi seperti yang telah dikunci masuk ke dalam Aplikasi HRMIS. Pengguna yang telah mendaftar dengan MyHRMIS Cuti tidak perlu mendaftar semula untuk aplikasi ini.
Fungsi dalam Aplikasi MyHRMIS Profil:
1. Maklumat Peribadi
2. Maklumat Pendidikan
3. Maklumat Keluarga
4. Maklumat Anugerah
5. Maklumat Sejarah Perkhidmatan
6. Maklumat Profil Perkhidmatan
7. Maklumat Latihan http://bit.ly/MyHRMISProfil
Aplikasi MyHRMIS Self Check memberi kemudahan kepada penjawat awam menyemak dan mengetahui status terkini data-data pegawai. Fungsi aplikasi mudah alih ini hanya paparan.

Kemas kini perlu dilakukan dalam aplikasi HRMIS. Data yang terpapar adalah yang dimasukkan oleh Pengurus Sumber Manusia. http://bit.ly/MyHRMISSelfcheck
FAQ : PANDUAN PENGGUNA UNTUK PENTADBIR CUTI MELAKSANAKAN PERMOHOHAN GCR DAN CUTI DIBAWA KE HADAPAN DALAM HRMIS.

#submodulpengurusancuti
FAQ : PANDUAN PENGGUNA UNTUK PEMILIK KOMPENTENSI MELAKSANAKAN PERMOHOHAN GCR DAN CUTI DIBAWA KE HADAPAN DALAM HRMIS.

#PemilikKompetensi
#submodulpengurusancuti
Channel photo updated
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,
PERMOHONAN SUMBANGAN ARTIKEL UNTUK BULETIN iHRMIS EDISI JANUARI HINGGA DISEMBER 2019

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.


2. Untuk makluman tuan/puan JPA sedang dalam proses menyediakan Buletin iHRMIS edisi Januari hingga Disember 2019. Buletin iHRMIS adalah satu penerbitan yang mengandungi informasi-informasi dan aktiviti-aktiviti berkaitan HRMIS. Bagi menjayakan penerbitan Buletin iHRMIS edisi Januari hingga Disember 2019, Jabatan ini memohon kerjasama daripada pihak tuan/ puan untuk menyumbangkan artikel mengenai HRMIS mengikut pandangan, pendapat dan idea tuan/puan. Tuan/Puan boleh mengemukakan gambar-gambar yang bersesuaian agar dapat memberi tambah nilai kepada semua pembaca.

3. Panjang karya atau artikel yang disyorkan adalah lebih kurang 500 patah perkataan berserta gambar-gambar dan dikemukakan ke jabatan ini pada atau sebelum 17 Januari 2019 (Jumaat). Artikel dan gambar-gambar tersebut bolehlah dikemukakan dalam bentuk softcopy ke alamat e-mel promoHRMIS@jpa.gov.my.

4. Sokongan dan kerjasama daripada tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
PEMAKLUMAN URUSAN HRMIS SEPANJANG TEMPOH PELAKSANAAN ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PENUTUPAN PREMIS KERAJAAN

Sukacita dimaklumkan bahawa dalam tempoh Arahan Kawalan Pergerakan Dan Penutupan Premis Kerajaan bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020, operasi HRMIS akan berjalan seperti biasa. Tiada penutupan pada HRMIS. Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui SPMB dan talian Helpdesk di 03-83211400 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat. Harap maklum.
Dalam masa WFH dan MCO ni, mari la kita luangkan masa 5 minit untuk semak maklumat HRMIS kita.

#DataKitaTanggungjawabKita
PEMAKLUMAN AWAL PENAMATAN PERKHIDMATAN HRMIS 1.0

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melaksanakan migrasi fungsi-fungsi di persekitaran HRMIS 1.0 kepada HRMIS 2.0. Setelah kerja-kerja migrasi dan pengujian selesai dilaksanakan, pengguna-pengguna HRMIS adalah dipohon untuk menggunakan HRMIS 2.0 sahaja kerana HRMIS 1.0 akan ditamatkan perkhidmatannya. Tarikh sebenar penamatan HRMIS 1.0 akan dimaklumkan kemudian.

#DataKitaTanggungjawabKita
PEMAKLUMAN AWAL - INTEGRASI PEMBAYARAN TERUS PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI MELALUI iGFMAS

Untuk makluman, JPA dengan kerjasama JANM sedang dalam melaksanakan penambahbaikan terhadap Submodul Tuntutan Dan Pendahuluan Diri. Setelah aktiviti penambahbaikan dan pengujian siap, setiap permohonan Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri melalui HRMIS akan dibayar terus melalui iGFMAS. Harap maklum.

#DataKitaTanggungjawabKita
SET SEMULA KATA LALUAN HRMIS MELALUI E-MEL

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pasukan Helpdesk JPA telah menerima banyak aduan dan pertanyaan berkaitan kata laluan HRMIS seperti Terlupa Kata Laluan dan Kata Laluan Disekat.

HRMIS mempunyai fungsi bagi membolehkan Penjawat Awam (Pemilik Kompetensi) untuk set semula kata laluan yang baharu dengan lebih cepat dan mudah. Sila klik di pautan https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/RecoveryRoot.aspx untuk set semula kata laluan melalui e-mel.

Harap maklum.

#DataKitaTanggungjawabKita
LATIHAN HRMIS SECARA ATAS TALIAN

Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, Unit Latihan HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam akan menjalankan latihan HRMIS secara atas talian.

2. Modul yang terlibat adalah Modul Perisytiharan Harta dan sasaran peserta adalah pemilik kompetensi (CO)/pengguna HRMIS.

3. Latihan SHARE-HRMIS atas talian ini akan diadakan pada 21 April 2020 (Selasa) dan peserta yang berminat boleh mendaftar melalui pautan di bawah:

i. Program SHARE-HRMIS Atas Talian Siri 1/2020
Tarikh : 21 April 2020 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Klik pautan bit.ly/PendaftaranSHARE-HRMIS-Online1_2020 untuk mendaftar.

ii. Program SHARE-HRMIS Atas Talian Siri 2/2020
Tarikh : 21 April 2020 (Selasa)
Masa : 2.30 petang – 3.30 petang
Klik pautan bit.ly/PendaftaranSHARE-HRMIS-Online2_2020 untuk mendaftar.

Tarikh tutup pendaftaran pada 19 April 2020 (Ahad).

#DataKitaTanggungjawabKita
Dimaklumkan bahawa permohonan Latihan Secara Atas Talian bagi Modul Perisytiharan Harta Siri 1/2020 dan 2/2020 telah ditutup.
Dalam masa WFH dan MCO ni, mari la kita luangkan masa 5 minit untuk semak maklumat HRMIS kita.

#DataKitaTanggungjawabKita