"Buatlah macam mana pun, tok dukun," ujar Mizah memberikan kebenaran apa sahaja yang diperlukan oleh Mat Tauhid untuk melakukannya.
"Kena buat berturut-turut malam, makcik," lantas Mat Tauhid memberi pengakuan akan mencubanya.
Mizah tidak peduli. Biarlah berturut-turut malam mereka anak beranak datang ke Bidor, asal sahaja penyakit suaminya boleh diubati. Tidak tergamak lagi dia membiarkan Derih Bauk menderita menahan kesakitan sejak berbulan-bulan.
Sampai lebih seminggu Mizah datang ke Bidor membawa suaminya menemui Mat Tauhid. Setiap kali Mat Tauhid melakukan cara pengubatannya, memang Derih Bauk mengerang-erang tidak menentu. Kalaulah badannya boleh digerakkan mungkin Derih Bauk akan bangun melompat.
Tetapi Mat Tauhid tetap bersabar apabila memerangkap gangguan syaitan yang merasuk dalam diri Derih Bauk masuk ke dalam botol yang disediakannya. Puas juga Mat Tauhid menunggu dengan meletakkan botol di hujung ibu jari kaki Derih Bauk sambil amalkan petuanya hingga Mizah nampak seolah-olah asap kuning masuk ke dalam botol.
Selama empat belas hari Mat Tauhid mencuba, dia mengeluh pendek kerana dapat mengeluarkan penyakit mengikut petuanya hanya lima botol sahaja. Dia bagaikan kecewa kerana tidak dapat membantu Mizah memulihkan suaminya.
"Banyak harimau yang dibelanya, makcik," keluh Mat Tauhid mendedahkan rahsia sebenar amalan Derih Bauk selama ini. "Saya hanya dapat tangkap lima sahaja," jelasnya menetap muka Mizah dalam kehampaan.
"His, banyaknya," Mizah juga hairan bagaimana suaminya sanggup amalkan ilmu yang tidak memberi manfaat demikian. "Jadi, kita nak buat macam mana sekarang?" katanya memang tidak tahu apa yang perlu dilakukan kalau Mat Tauhid sudah mengalah.
"Beginilah, makcik...' beritahu Mat Tauhid macam menasihatkan perempuan itu. "Kita serahkan kepada ketentuan Allah, kalau nak diubati pun keadaannya dah teruk sangat, tuturnya lembut untuk menyabarkan Mizah.
Tetapi Mizah tidak bimbang apa. Kalau ajal suaminya sudah tiba waktu, siapa pun tidak boleh menghalang ketentuan Allah. Lagi pun biarlah suaminya menemui ajal kalau dibiarkan menanggung beban derita yang berpanjangan. Dia sendiri tidak menduga terlalu jauh suaminya beramal hingga terpengaruh dengan gangguan syaitan yang mahu memusnahkan manusia.
Setelah dia membawa suaminya balik, memang anak-anaknya mendesak juga supaya dimasukkan semula ke hospital. Setidak-tidaknya masih boleh diberi bantuan kalau keadaan ayahnya dalam keadaan terdesak. Tetapi Mizah berkeras tidak mahu lagi berubat, setelah mendengar nasihat Mat Tauhid.
"Mak tak boleh putus asa," Lamiah ingatkan dia supaya tidak percaya sangat dengan pendapat Mat Tauhid. Lagi pun Mat Tauhid sekadar memberi pendapat bukannya keputusan yang mesti dipatuhi.
"Penyakit ayah kamu bukannya boleh diubat di hospital," Tegas Mizah kerana memahami keadaan sebenar yang menyelubungi diri suaminya.
Manalah anak-anaknya tahu mengenai ayah mereka yang sanggup bertapa sampai ke gua semata-mata mahu amalkan ilmu kebatinan. Sewaktu Derih Bauk berkhidmat di Sabah, anak-anak mereka masih kecil lagi. Memang anak-anaknya tidak tahu mengenai amalan mereka selama ini.
Sebab itu kalau anak-anaknya sakit, Derih Bauk tidak perlu minta dukun ubatkan. Dia sendiri akan jampikan sampai anaknya sembuh betul. Biarlah kawan-kawannya dalam kern tuduh dia kolot kerana percayakan amalan demikian.
"Kalau di hospital, ayah dapat dirawat," Lamiah terus mendesak, "Di rumah ni mak nak jaga macam mana, mak pun sakit," ujarnya kerana kasihan dengan keadaan emaknya yang semput termengah-mengah.
Anak-anak yang lain juga bersetuju supaya Derih Bauk dimasukkan sahaja ke hospital. Tetapi Mizah tidak berganjak dengan keputusannya. Derih Bauk tidak perlu lagi dibawa ke hospital, setelah dugaannya memang mempunyai alasan.
Kalaulah Mat Tauhid tidak memberitahu mengenai tujuh belas ekor harimau menjadi pendamping Derih Bauk, memang Mizah tidak syak apa-apa mengenai penyakit suaminya. Tetapi dia dapat mengagak kalau sekadar diserang angin ahmar, tentu suaminya masih boleh dipulihkan.

Dia juga tahu mengenai angin ahmar yang dikatakan stroke kalau dibawa ke hospital. Guru agamanya sendiri seringkali ingatkan mengenai angin ahmar yang memang dihembuskan oleh syaitan yang dikenali dengan nama ahmar juga. Syaitan ahmar itulah yang menjadi punca kepada penyakit ahmar.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

#KoleksiTokAwangNgahBab136
HARIMAU JADI PENJAGA DIRI
(Bab 136 bahagian 2)
Sebab itu guru agamanya akan doakan mereka yang mengidap ahmar dengan doa bagi menghalau syaitan ahmar itu. Ramai juga orang yang mengidap angin ahmar itu sembuh setelah didoakan oleh guru agamanya. Tetapi guru agamanya di Taiping itu sudah meninggal dunia tatkala Derih Bauk terkejang tidak bermaya.
"Kita bacakan Yassin sahaja ayah kamu ni," tegas Mizah setelah seminggu Derih Bauk dibawa balik ke rumah.
Lamiah dan adik-adiknya terpaksa mematuhi keputusan emaknya. Dia tidak mahu emaknya terkilan sekiranya didesak juga untuk membawa ayahnya ke hospital. Hati emaknya perlu juga dijaga dalam saat keadaan ayahnya semakin membimbangkan.
Sewaktu malamnya bersiap-siap untuk bacakan Yassin itulah Derih Bauk merungut dadanya panas bagaikan terganggang ke api. Dalam keadaan kelam kabut itu Mizah tetap dengan keputusannya untuk menjemput orang-orang surau bacakan Yassin.
Biarlah suaminya mengerang-erang sakit tidak mahu dibacakan Yassin, dia tidak mengalah lagi dengan keputusannya. Belum pun sempat orang-orang surau datang membacakan Yassin beramai-ramai, Derih Bauk sudah meninggal dunia. Dalam keadaan mengerang sakit dada akibat panas bagaikan di ganggang ke api itulah dia menghembuskan nafas.
"Macam itulah tuan haji kisah suami saya tu," beritah Mizah apabila kenangkan penderitaan arwah suaminya Derih Bauk. Memang hairan juga dia ketika itu, asal sahaja suaminya bertambah teruk, penyakit dia juga ikut pasang sama.
Kadangkala terasa juga pada Mizah seolah-olah ajalnya hampir tiba bagaikan berlawan-lawan dengan suaminya. Kalau tidak suaminya akan menemui ajal tentu dia pula yang menerima padah.
Selepas Derih Bauk meninggal dunia, penyakitnya mula beransur sembuh. Berulang kali juga dia menemui Mat Tauhid di Bidor. Tetapi setelah Mat Tauhid belajar ke luar negeri, tidak tahu lagi Mizah mahu menghubunginya.
"Tak apalah lepas isya nanti, kita tengok macam mana nak buat,β jelas Haji Kawa.
Ketika Mizah meninggalkan rumah, merungut juga Haji Kawa kerana masih ada tetamu datang. Sebuah motosikal berhenti dengan seorang lelaki bersama isterinya turun di tengah halaman. Tetapi isteri Haji Kawa tidak berapa senang dengan kedatangan lelaki itu, kerana sudah beberapa kali mereka datang ke situ lelaki berkenaan semacam tidak gembira.
Kalau tidak disebabkan isterinya berkeras mahu berubat memang lelaki berkenaan tidak akan jejak kaki ke situ. Isterinya yang mendesak asal sahaja dia tahu Haji Kawa balik ke rumah isteri mudanya itu.
Tetapi dia tidak dapat mengelak apabila perempuan itu datang juga. Tersinggung juga Haji Kawa dengan sikap lelaki tersebut, namun dia terpaksa pendamkan di hati. Biarlah lelaki itu merungut marahkan isterinya mahu datang ke situ, Haji Kawa tidak peduli apa. Dia pun tidak akan mengambil sesen pun duit pengeras kalau dihulur oleh perempuan berkenaan.
"Petang ni saya tak berapa sihat," ujar Haji Kawa sebaik sahaja perempuan itu masuk, sementara suaminya masih tercegat di tengah halaman. "Lepas isya baru saya nak mulakan," sengaja Haji Kawa berdalih kerana tidak mahu mendoakan perempuan itu kalau suaminya sendiri tidak izinkan.
"Saya datang jauh ni, tuan haji," perempuan itu dapat menangkap perasaan Haji Kawa disebabkan tingkah laku suaminya.
Haji Kawa tersengih-sengih sahaja. Dia tidak menyahut apa-apa kerana tidak mahu menyinggung perasaan tetamunya. Tentu tetamunya menuduh dia sengaja menghalau, kalau menyuruh balik ketika itu juga. Kenapa pula ditetapkan masa untuk berubat, sedangkan Haji Kawa sering ingatkan syaitan datang tidak tentu waktunya.
"Kenapa suami awak tak masuk sama?" lantas saya bertanya apabila lelaki itu tidak berganjak di tengah halaman.
"Dia tak mahu saya berubat di sini," beritahu perempuan itu mendengus perlahan.
"Kalau suami awak tak izinkan, tak bolehlah," sahut saya memujuknya supaya mengajak suaminya masuk sama ke dalam rumah.
Terpaksa juga perempuan itu mara ke pintu menggamit suaminya masuk. Dalam keadaan serba salah lelaki berkenaan masuk juga, tetapi matanya melingas-lingas macam tidak puas hati.

"Hah, saya yang sakit, bukannya awak!" gerutu perempuan itu mencuit bahu suaminya suruh duduk. "Awak tak suka tak apa, biar saya berubat dengan tuan haji ni," keras suara perempuan itu membentak menyebabkan suaminya terkebil-kebil mata.
"Kalau awak tak izinkan, kenapa awak hantar isteri awak ke sini," sengaja saya mencelah disebabkan Haji Kawa tidak bercakap apa-apa.
Lelaki itu juga tidak menyahut. Tetapi dia semakin resah duduk di kerusi sambil tangannya menggenggam erat tepi kerusi. Belum sempat Haji Kawa mempelawanya minum kopi yang dihidangkan, tiba-tiba sahaja lelaki itu terbatuk-batuk kuat.
Matanya berubah menjadi merah dengan mulut berbuih-buih. Ketika ini saya nampak dia menelungkup dengan punggung diangkat ke atas. Terkejut juga perempuan itu apabila melihat keadaan suaminya tidak semena-mena jadi demikian.
Segera dia menepuk-nepuk bahu suaminya menyuruh duduk, tetapi lelaki itu terus juga menelungkup di lantai. Haji Kawa juga bingkas bangun mahu membantu setelah lelaki itu tertonggeng dengan mulutnya berbuih-buih.
"Hah, dengan ustaz bukankah dah kena!" Haji Kawa mengejeknya terus mengusap kepala lelaki itu. Tetapi Haji Kawa tersentak selepas mengusap kepala lelaki berkenaan lantas dia berdiri tegak menggamit saya.
Saya sekadar mengangguk sahaja. Memadai saya memberi isyarat kepada Haji Kawa supaya tidak perlu tergesa-gesa. Biarlah saya perhatikan dulu keadaan yang menimpa lelaki berkenaan ketika itu. Perempuan itu juga hanya melihat suaminya sekadar menelungkup dengan punggung terangkat.
Dia tidak menyedari saat ini lelaki itu sedang meneran ekor menjulur panjang sampai terjongket melibas-libas angin. Ketika menggoyang-goyang badan memang saya melihat kuku tangan lelaki itu memanjang. Kulitnya juga berubah sedikit demi sedikit berbelang menjadi harimau tua terkial-kial mengangkat kepala.
"Kenapa ustaz?" bisik Haji Kawa menepuk bahu saya. "Apa yang ustaz nampak sekarang ni?" tersengih-sengih Haji Kawa apabila disedarinya saya merenung lelaki berkenaan tidak berkedip mata.
"Kakak macam mana rasanya?" Wahati isteri muda Haji Kawa merapati perempuan berkenaan. Biasanya memang Wahati yang membantu apabila Haji Kawa mengubati perempuan itu.
"Entah seram sejuk aje rasa badan," beritahu perempuan itu sampai nampak badannya berpeluh menahan debaran yang menggoncang di dada.
"Kalau ustaz ni ada, ringanlah sikit kerja saya," ujar Haji Kawa tesengih-sengih mengerling saya.
Tetapi saya tidak menyahut apa-apa. Mata saya tidak berkedip melihat tubuh lelaki itu bertukar menjadi harimau belang hingga tercangkung di sisi isterinya. Tubuh harimau itu tidak mampu bergerak kuat, dengan sebahagian kulit belakangnya terpokah macam pisang diselak.
"Aku dah cakap jangan datang, kamu degil juga!" gerutu harimau yang tercangkung itu mendongak memerhati perempuan di sisinya.
"Bukankah aku yang sakit, terpulanglah pada aku di mana nak berubat," tegas perempuan itu mencebek bibir.
"Awak mana tahu, Naesah," terangguk-angguk harimau yang tercangkung di depan saya itu. Tetapi Naesah sekadar melihat suaminya sahaja keluh kesah tidak menentu.
"Apa pula aku tak tahu, awak tak suka akan ke sini," merungut panjang Naesah membantah sikap suaminya.
"Cukuplah Naesah," lantas saya ingatkan perempuan itu supaya tidak melayani lelaki itu. Kalaulah Naesah dapat melihat suaminya sudah bertukar menjadi harimau ketika itu, tentu di melompat menjauhkan diri.
Harimau itu tercangkung sisi Naesah tidak dapat bergerak. Kulit belakangnya yang tersiat memang bahana didoakan oleh Haji Kawa tatkala mengubat Naesah. Saya dapat mengagak setiap kali Naesah datang ke situ nescaya kulit harimau itu sentiasa tersiat hingga terpokah daging.
Dia menderita kesakitan kalau Naesah berubat di situ. Tetapi Naesah tidak boleh bertahan akibat sakit-sakit seluruh badan, kalau suaminya Abu Sunoh demam sampai sesak nafas. Sebaik sahaja Abu Sunoh sembuh nescaya Naesah pula yang menderita disebabkan tulang belakangnya bagaikan reput kesakitan.

Lama dia menanggung sakit sampai berminggu-minggu terasa seluruh badan macam di tusuk duri. Kalau sembuh pun buat sementara sahaja. Dia akan sakit-sakit lagi sekiranya Abu Sunoh demam beberapa hari. Kadangkala sampai berak darah Naesah menahan kesakitan tidak terhingga.
"Sebenarnya yang sakit, Abu Sunoh," tutur saya berpaling pada Naesah. Ketika ini harimau di sisinya hanya menggeleng-geleng kepala dengan lelehan air mata.
Tercengang Naesah apakala saya menuduh demikian. Terasa juga saya terlanjur menuturkannya kerana tidak diminta oleh Naesah mengubati dirinya. Tetapi saya kenangkan Haji Kawa yang sengaja menyembunyikan keadaan sebenar daripada Naesah kerana tidak mahu menyinggung perasaan suami isteri berkenaan.
"Ustaz ni tahu keadaan suami awak tu," lantas Haji Kawa menjelaskan perlahan.
Kalau tidak disebabkan Haji Kawa memang saya juga tidak akan campur tangan. Lagi pun terharu juga saya melihat keadaan Abu Sunoh yang berubah menjadi harimau tercangkung di tengah rumah. Ketika ini memang Naesah tidak tahu apa yang berlaku ke atas suaminya yang terangguk-angguk mendongak di sisinya.
"Teruk sangat Abu Sunoh selama ni," bisik saya mengerling Haji Kawa yang tersengih-sengih.
"Susah nak pisahkan dia dengan Naesah," beritahu Haji Kawa menyebabkan Naesah semakin tidak faham. Tentu dia merasakan Haji Kawa sengaja mahu memisahkan dia dengan Abu Sunoh.
Tentulah sukar mahu menerangkan kepada Naesah bagaimana gangguan yang merasuk Abu Sunoh itu tidak mahu berenggang daripada Naesah. Ke mana sahaja Abu Sunoh pergi, gangguan tersebut akan tetap mendampinginya. Sebab itulah Naesah menjadi mangsa apabila Abu Sunoh cuba menjauhkan diri daripada syaitan yang menyerupai harimau itu.
Apalagi Naesah sekadar melihat suaminya tercangkung dengan mengerang-erang di sisinya. Manalah dia tahu saat ini Abu Sunoh sudah tercangkung menjadi harimau yang luka parah. Dia cuba menggerakkan tubuhnya, tetapi keadaannya bertambah lemah.
Memang harimau yang terconggok di depan saya itu tidak melawan apa-apa. Dia hanya terkebil-kebil mata sahaja mendongak saya. Tahu sangat saya dia semacam meminta belas kesihan supaya tidak diserang bertalu-talu.
Setiap kali Haji Kawa membacakan:
Wa-in yamsaskallahhu bidhurin fala kasyifa lahu illha huwa wa-in yurridka bikhairin falaradda lifadlihi Yusibu bihi maiyasya-u min 'ibadihi wahuwal ghafurrur rahim,
dan dihembuskan ke ubun-ubun Naesah, terpaksa Abu Sunoh melarikan diri. Dia terpaksa jauhkan harimau yang sentiasa mendampingi dirinya daripada terjahan api yang bertalu-talu.
Puas juga Abu Sunoh mahu memisahkan dirinya dari harimau berkenaan, tetapi asal sahaja dia menghalaunya nescaya harimau berkenaan akan mendampingi Naesah pula. Manalah Naesah tahu mengenai harimau tersebut kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Abu Sunoh sendiri tidak tahu mengenai harimau berkenaan. Hanya sekali sekala menjelma dalam mimpinya apabila harimau tersebut menyuruh bertunggang di atas belakangnya. Kadangkala kalau Abu Sunoh bermimpi diperangkap musuh, sekonyong-konyong harimau itu menjelma menyelamatkannya. Memang dia tidak berupaya menghindarkan harimau berkenaan dari mimpinya. Apalagi setiap kali diganggu demam atau sesak nafas, Abu Sunoh merasa seolah-olah harimau itu menjelma laksana bayang-bayang menjilat seluruh tubuhnya.
Setelah dijilat oleh bayang-bayang harimau itu Abu Sunoh kembali segar. Tetapi dia hairan isterinya Naesah pula mengidap sakit-sakit seluruh badan. Apabila Naesah berubat menemui Haji Kawa, entah kenapa Abu Sunoh pula merasa panas miang. Dia tidak dapat lama bertahan di rumah Haji Kawa menyebabkan tergesa-gesa balik ke rumah.
Sebab itu Wahati isteri muda Haji Kawa menuduhnya tidak suka Naesah berubat ke situ. Asal sahaja dia terserempak Haji Kawa memang terasa bulu tengkuknya mengembang. Sekaligus pula hatinya tiba-tiba marah tidak menentu apakala menatap muka Haji Kawa.
"Kalau tak kita jaga anak ucu, siapa lagi nak jaga?" mulut harimau mendongak saya sambil tercangkung tidak bergerak langsung.

Mengeluh perlahan Naesah setelah mendengar rungutan suaminya dalam keadaan mengerang-erang. Baru dia menyedari suaminya benar-benar dirasuk, hingga suaranya terketar-ketar bagaikan orang tua. Perlahan-lahan Naesah bangun meninggalkan suaminya yang tercangkung mengerang-erang. Bimbang juga dia kalau-kalau Abu Sunoh menerkam tidak menentu apabila terdesak.
"Abu Sunoh bencikan aku, Naesah pun bencikan aku!" tutur Abu Sunoh tergeleng-geleng kepala tetapi saya melihat harimau yang menjelma di depan saya itu terngaga-nganga mulut menyeringai nampakkan taring.
"Kalau orang dah benci, buat apa tunggu?" ujar saya mengejeknya lantas membacakan:
Rabbuka ilal-malaikati inni maβakum pathabbitul lazina amanu sa-ulqi fi qulubillazina ru'ba fadribu fauqol aβnaqi wadribu minhum kulla bananin.
Habis saya bacakan doa itu dia menggeletar sampai terkapai-kapai tangan meminta belas kasihan. Luka di kulit tengah belakangnya kembali berdarah seperti kena sebatan cemati yang keras. Kesan birat di tengah belakangnya timbul melintang hingga memercik darah.
"Aku nak jaga anak cucu aku, apa salahnya!" harimau itu ternganga-nganga mulut bagaikan merayu. Memang dia tidak mahu menggerakkan tubuh untuk menerkam ke arah saya. Dia sekadar menunduk dengan mulutnya berbuih-buih dengan lendir.
"Buat apa kamu jaga Abu Sunoh, bukankah Allah lebih sempurna menjaganya," lantas Haji Kawa membentak keras.
Harimau itu mendengus-dengus tidak menentu. Matanya melingas-lingas mencari Naesah. Tetapi Naesah sudah berlindung di belakang Wahati setelah menyedari suaminya dirasuk. Tatkala Haji Kawa azan tujuh kali di telinga Abu Sunoh dan diikuti dengan membaca surah at-Tariq sebelas kali, harimau itu menekup dada terus tersungkur menggelepar. Saat ini Naesah melihat suaminya tertiarap dalam keadaan termengah-mengah.
Apabila Abu Sunoh terkejang di lantai tidak bergerak-gerak laksana tengah nyenyak tidur, tiba-tiba Naesah menangis tersengguk-sengguk. Dia menggeliat-geliat seolah-olah kesakitan di tengah belakang.
"Janganlah halau aku Naesah," sayu suara Naesah menangis seperti mahu berpisah.
"Kamu tak berhak pada Naesah," ejek Haji Kawa terus membacakan:
Wamai yabtaghi ghairal Islami dinan falan yuqbala minhu wahuwa fil akhirati minal khosirin.
Hampir setengah jam barulah Abu Sunoh sedar semula. Dia bingkas bangun terpisat-pisat seperti bangun dari tidur. Keadaannya moyok akibat keletihan semasa tubuhnya bertukar sedikit demi sedikit menjadi harimau. Sebelum balik sempat juga Abu Sunoh memberitahu mengenai datuk saudaranya yang menjadi bomoh pernah memberikan dia keris usang tidak berhulu. Mata keris itu berkarat seolah-olah besi reput tidak berguna. Memang datuk saudaranya yang dipanggil Tok Ulung itu ingatkan dia supaya asapkan keris usangnya berkenaan dengan kemenyan setiap petang Jumaat.
Tetapi Abu Sunoh tidak peduli sangat pesanan Tok Ulungnya. Malah keris usang itu pun diletakkan merata-rata sahaja tidak dijaga baik-baik. Dia sendiri tidak tahu mengenai hubungan keris usang berkenaan dengan bayangan harimau yang sering menjelma dalam mimpi nya.
Lama baru Abu Sunoh menuturkan mengenai Tok Ulungnya, yang beberapa ditemui orang kampung menjelma menjadi harimau. Tetapi dia semacam tidak percaya, kerana tidak pernah melihat Tok Ulungnya itu menjelma menjadi harimau.
Tamat bab 136.

#KoleksiTokAwangNgahBab137
PADAH POLONG TURUN TEMURUN
(Bab 137 bahagian 1)
RUMAH papan yang disewa tidaklah mahal sangat apabila Derih Bauk berpindah ke Kluang di Johor. Manalah ada pilihan lain mahu menyewa rumah, melainkan berdekatan dengan kem. Mudahlah berulang alik ke tempat kerja sekalipun ditugaskan sebelah malam.
Apalagi masa perintah orang putih, memang selalu masuk ke hutan hingga jarang balik ke rumah. Kalau ikutkan hatinya Derih Bauk tidak mahu membawa keluarga ke Kluang, biarlah mereka semua di kampung sahaja. Dia boleh balik ke kampung apabila bercuti panjang selepas dikerah masuk ke hutan.
Masuk ke hutan berbulan-bulan manalah ada masa mahu bermesra dengan anak dan isteri. Mizah pula hanya tinggal bersama anak kecil apabila Derih Bauk masuk ke hutan. Tetapi Mizah sendiri yang mahu ikut dia berpindah ke Kluang.
Kalau masuk ke hutan pun bukannya Derih Bauk sepanjang waktu. Mereka bergilir-gilir masuk ke hutan sekiranya mendapat laporan dari orang-orang kampung mereka ternampak gerombolan komunis. Apabila Derih Bauk tidak masuk ke hutan, dia akan bertugas di dalam kem sahaja. Tentu Derih Bauk memerlukan dia untuk memasak nasi atau mencuci pakaian sekiranya tidak masuk ke hutan.
Sebab itu Mizah berkeras juga mahu ikut ke Kluang. Lagipun dia tidak percaya sangat dengan suaminya setelah kerap-kali mendengar perangai askar yang mudah berkahwin lain setiap kali berpindah kem. Bimbang juga Mizah kalau-kalau Derih Bauk juga tidak melepaskan peluang memikat gadis lain setelah berpindah ke Kluang itu.
"Abang balik makan tengah hari ni," beritahu Derih Bauk sewaktu meninggalkan rumah di belah pagi.
Lebih baik dia balik makan tengah hari daripada beratur bersama budak-budak bujang menunggu nasi di dalam kem. Sewaktu sibuk memasak di dapur inilah Kak Jiyah jiran di sebelah rumah mengajaknya menjengah Hajah Besah tuan rumah yang sudah seminggu terkejang sakit. Memang Mizah tahu mengenai Hajah Besah sudah seminggu sakit sampai tidak dapat keluar rumah. Tetap tidak tidak ada masa mahu menjengah disebabkan sibuk menguruskan rumah.
"Kalau kamu nak pergi, biarlah kakak tengokkan anak kamu," ujar Kak Jiyah menawarkan diri. Apalah salahnya dia tengokkan anak kecil itu sementara Mizah menjengah Hajah Besah yang terkejang sakit. Lagi pun dia sudah berulang kali menjengah disebabkan anak-anaknya sudah besar belaka.
Memang suami Kak Jiya juga sama-sama bertugas di kem sekalipun waktu mereka bertugas tidak sama. Kadangkala suami Kak Jiyah masih di kem, Deri Bauk sudah balik ke rumah. Ada masanya suami Kak Jiyah balik Derih Bauk baru mahu pergi ke kem.
"Kalau Kak Jiyah nak tengok pun apa salahnya," lega juga hati Mizah disebabkan Kak Jiyah sanggup menawarkan diri. Bila lagi dia mahu menjengah tuan rumah yang terkejang sakit, kalau mahu menunggu Derih Bauk balik.
Lagipun dia sudah siapkan nasi gulai di dapur. Tidaklah terburu-buru sangat dia mahu menghidangkan apakala Derih Bauk balik makan tengah hari. Menjengah Hajah Besah pun bukanlah lama sangat sampai berjam-jam, memadai dia jengahkan muka sahaja sebagai budi bahasa orang datang merantau ke tempat orang.
Apa pula kata Haji Yusar Hajah suami Besah kalau dia tidak mahu jengahkan muka tatkala isterinya terkejang sakit. Memang dalam seminggu itulah Besah tidak keluar rumah. Biasanya mereka sama-sama menunggu Ah Seng mengayuh basikal membawa raga berisi sayur-sayur dan ikan ke situ. Itu sahajalah yang membekalkan sayur-sayur kerana mereka tidak ada masa mahu ke pasar.
Kalau Ah Seng tidak menjengah muka, memang tidak bersayurlah rumah mereka untuk memasak gulai. Biarlah Ah Seng jual dengan harga mahal, mereka terpaksa juga berlanggan.
"Ah, sekejap kamu nak ke sana, apa salahnya," Kak Jiyah semakin menggalakkan.
"Kalau Derih balik, kakak tolong beritahu ye," Mizah mengingatkan setelah dia tinggalkan anak kecilnya kepada Kak Jiyah.

Sebaik sahaja Mizah masuk ke rumah Hajah Besah terkejut benar dia apakala dilihatnya perempuan itu terlalu kurus hingga mukanya cengkung. Masakan dalam tempoh seminggu sahaja tubuh Hajah Besah boleh susut demikian. Tetapi Hajah Besah masih mampu tersenyum sebaik sahaja melihat dia duduk di sisi. Hanya tenaga Hajah Besah sahaja lemah tidak boleh bergerak kuat. Apabila berbual dia masih rancak bercerita dengan tangannya rancak mengibas-ngibas macam mahu bingkas bangun.
"Baru seminggu sakit, dah susut benar badannya," beritahu Haji Yusar macam tidak percaya dengan perubahan diri isterinya.
"Kenapa tak bawa mak aji ni ke hospital," lantas sahaja Mizah mengesyurkan disebabkan tidak tergamak melihat keadaan Hajah Besah yang terlalu kurus.
"Dia tak mahu ke hospital,β sahut Haji Yusar serba salah juga kerana isterinya terlalu marah jika disebut mahu bawa ke hospital.
"Sikit, sikit hospital, bolehkah hospital tu beri nyawa," merungut benar Hajah Besah bagaikan tersinggung dengan cadangan Mizah.
"Hanya ikhtiar kita, mak aji," sengaja Mizah memujuk dengan harapan orang tua itu bersetuju.
"Pantang tuk nenek aku berubat di hospital!" gerutu Hajah Besah benar-benar marah dengan sikap Mizah. Cepat-cepat Haji Yusar memberi isyarat supaya tidak ulangi lagi fasal mendesak lagi berubat ke hospital itu.
Belum sampai Mizah mahu mengangguk bersetuju dengan isyarat Haji Yusar, tiba-tiba Badin anak Kak Jiyah memanggilnya. Cepat-cepat pula Mizan minta diri daripada Haji Yusar kerana menyangka Derih Bauk sudah balik.Tentu suaminya mahu segera makan untuk balik semula ke kem meneruskan tugas di sebelah petang.
Tatkala sampai di rumah memang Derih Bauk belum balik ke rumah. Belum pun jam 12.30 tengah hari masakan suaminya sudah jejak kaki ke rumah kalau tidak bersebab. Tetapi berdebar benar hati Mizah kerana anak kecilnya menangis kuat sampai serak suara.
Puas dipujuk Kak Jiyah tangisan anak kecilnya kian melangsing bagaikan lapar susu sepanjang hari. Sebaik sahaja Mizah memeluk anak kecilnya, tangisan anak kecil itu masih juga tidak boleh dipujuk. Tidak bertangguh Jiyah meminta Mizah panggilkan sahaja dukun ke situ dengan tidak perlu menunggu Bauk balik.
"Terpulanglah pada kakak, saya ikut aje," bisik Mizah dalam keadaan terdesak. Biarlah Kak Jiyah uruskan segalanya kerana perempuan itu lebih berpengalaman daripada dia, disebabkan sudah lama Kak Jiyah di Kluang.
"Kita jemput tok aji, mak," Badin memberitahu emaknya supaya menjemput Haji Yusar terlebih dahulu. Tentu orang tua itu tahu siapa dukun yang perlu dijemput.
"Hah, betul juga," sahut Kak Jiyah kerana penduduk-penduduk di situ seringkali menjemput tuan rumah itu sekiranya keluarga mereka diganggu sakit.
Kadangkala dirasuk pelesit juga mereka akan jemput Haji Yusar. Tetapi Haji Yusar bukanlah mahu sangat kalau dijemput mengubati orang. Lainlah jiran-jiran dalam keadaan terdesak sementara menunggu dukun datang, atau menanti ambulan menyerbu ke situ untuk dibawa ke hospital. Memang Haji Yusar tidak sanggup mengubati sesiapa pun.
Kalau dijemput pun dia sekadar membacakan doa sahaja. Selepas itu terserahlah segala-nya kepada ketentuan Allah belaka.
Sebaik sahaja emaknya menyuruh jemputkan Haji Yusar, tidak bertangguh Badin melompat ke tanah. Dia berlari semula ke rumah Haji Yusar memberitahu kejadian yang berlaku ke atas anak kecil Mizah. Disebabkan tidak ada siapa lagi boleh diharapkan, terpaksa juga Haji Yusar datang menjengah.
"Sakit perut agaknya ni," ujar Haji Yusar sebaik sahaja mengusap-usap perut anak kecil itu dengan tapak tangan.
"Budak kalau terlampau menangis pun, memang kembung perutnya, tuan haji," jelas Kak Jiyah semacam mengingatkan Haji Yusar. Tahu benar dia fasal anak kecil yang galak menangis akan menyebabkan kembung perut sampai bunyi rebana apabila ditepuk perlahan.
"Tak tahulah aku macam mana nak buat ni," keluh Haji Yusar serba salah apabila didesak minta doakan sahaja anak kecil yang melangsing menangis tidak mahu dipujuk.

Setelah meraba-raba seluruh tubuh anak kecil itu, lantas Haji Yusar minta sediakan air sejuk segelas. Biarlah dia cuba doakan pada air sejuk supaya dimakbulkan Allah. Lagi pun dia tahu asal syaitan adalah daripada api yang menyala, sudah tentulah musuh-nya air sejuk yang mampu memadamkan api yang bergejolak. Kak Jiyah sendiri ambilkan air segelas di dapur, lantas dihulurkan kepada Haji Yusar. Sebaik sahaja dia memegang gelas berisi air sejuk itu, terus sahaja Haji Yusar membacakan doa:
Walaqad ja'alna fis sama-i burujau wazaiyannaha linnazirin, wahafiznaha min kulli syaitanir rajim, illa manistaraqos sam-'a faatba'ahu syihabum mubin.
Setelah dibacakan tujuh kali dia hembuskan perlahan dalam air sejuk di dalam gelas. Ketika ini tiba-tiba sahaja Haji Yusar terkejut apabila dilihatnya bayang-bayang isterinya tersengih-sengih di dalam gelas.
"Huh, kamu rupanya, balik!" perintah Haji Yusar keras bagaikan membentak isterinya Hajah Besah.
Serta merta pula anak kecil Mizah terdiam. Dia tidak lagi menangis sekalipun tesengguk-sengguk sedu tangisnya yang galak sebelum itu. Haji Yusar menyuruh berikan anak kecil itu meneguk air sejuk berkenaan, di samping sapukan ke mukanya sama seperti mengambil wuduk. Setelah menyerahkan gelas tersebut kepada Kak Jiyah, cepat -cepat Haji Yusar keluar. Malu benar dia sekiranya Kak Jiyah menyedari apa yang dilihatnya tatkala bacakan doa.
Manalah tahu Kak Jiyah juga ternampak bayangan Hajah Besah di dalam air gelas. Tentulah Kak Jiyah menuduhnya amalkan ilmu syaitan untuk mengganggu jiran. Malu benar dia kalau dituduh jiran-jiran mengenai dirinya amalkan ilmu syaitan.
Dia sendiri tidak tahu kalaulah isterinya yang amalkan. Sejak berkahwin dengan Hajah Besah tidak pernah pula dia menyedari isterinya itu amalkan ilmu syaitan. Kalau isterinya menyembunyikan dari pengetahuan dia, memang Haji Yusar tidak dapat mendesak apa-apa.
Ketika balik ke rumah, Haji Yusar melihat isterinya menggeliat-geliat mengerang kesakitan tidak menentu. Hajah Besah merungut-rungut kecil menyalah kan suaminya Haji Yusar kerana menjengah anak kecil Mizah.
"Awak lebih mementingkan orang, isteri sendiri sakit, awak tak peduli!" marah benar Hajah Besah kerana suaminya meninggalkan dia dalam keadaan terkejang sakit.
"Nampaknya, awak ni amalkan ilmu syaitan,β lantas sahaja Haji Yusar menuduh apabila kenangkan bayangan yang menjelma di dalam gelas ketika doakan anak kecil itu. Kalau tidak ada sebab musabab masakan isterinya mengerang-erang kesakitan setelah anak kecil itu sembuh serta merta.
"Ilmu syatian apa pula ni?" gerutu Hajah Besah tidak berani menatap muka suaminya.
"Aku tahu, tak payah awak nak berlindung!" jerkah Haji Yusar setelah menyedari gangguan anak kecil Mizah itu memang berpunca dari isterinya sendiri.
Sebab itu dia menyuruh Derih Bauk menemui Ulung Kubil apabila anak kecilnya menangis lagi pada tengah malam. Dia sendiri tidak mampu membantu kecuali boleh berdoa sahaja untuk menghindarkan gangguan syaitan. Tentu gangguan itu akan berulang lagi sekiranya tidak diubati terus.
Lainlah Ulung Kubil apabila anak kecilnya menangis tengah malam sampai terbalik mata, lantas Ulung Kubil menggenggam tanah di tengah halaman. Dia menyerakkan tanah yang digenggam itu ke atas atap rumah sebelum masuk menjengah anak kecil yang galak menangis.
Tiba-tiba sahaja anak kecil itu berhenti menangis sebaik sahaja Ulung Kubil mendekatinya. Ketika Ulung Kubil meletakkan hujung telunjuk ke pusat anak kecil itu dia membacakan:
Bismillahhi wallahhu ghaliun 'ala amri.
Seratus kali dia bacakan doa itu, serentak dengan itu mereka terdengar jeritan langsing dari rumah Hajah Besah.
Sekaligus pula mereka mendengar Haji Yusar memarahi isterinya sampai terdengar dia azan tujuh kali, kemudian diikuti dengan membaca surah at-Tariq. Disebabkan tidak tergamak mendengar jeritan di rumah Hajah Besah, sengaja Derih Bauk mengajak Ulung Kubil sama pergi menjengah.

Tidak patutlah mereka biarkan jiran menanggung pen-deritaan. Semasa dia memberi salam di tengah halaman, Haji Yusar segera membukakan pintu. Sarjan Mihat suami Kak Jiyah juga ikut sama setelah mendengar jerit Hajah Besah bertambah galak.
βElok sangatlah Ulung Kubil datang ni," tersenyum lebar Haji Yusar menyambut tetamunya. Memang dia mahu menyembunyikan juga rahsia isterinya itu, tetapi terpaksa juga menerima tetamu yang cuba datang membantu. Apalah salahnya dia benarkan Ulung Kubil membantu, kerana lambat laun diketahui orang juga sekiranya dia cuba menyembunyikan rahsia isterinya.
Apabila Ulung Kubil duduk di sisinya, tidak bertangguh Hajah Besah mengibas tangan mahu menyerang. Tetapi tenaganya yang lemah tidak meninggahi Ulung Kubil. Dia terus merungut-rungut tidak menentu memaki hamun Ulung Kubil kerana datang menjengah.
Lama Ulung Kubil membacakan jampi serapah, tersipu-sipu Hajah Besah seolah-olah mengaku dia berkuasa di kawasan itu. Siapapun jangan cuba tunjukkan berani mahu menjadi bomoh kalau mahu berhadapan dengannya.
"Kau jangan cuba tunjuk pandai, Kubil!" gerutu Hajah Besah dengan suara garau. "Dah lama aku jaga Besah ni, tanah ni aku yang punya," katanya terlenggok-lenggok kepala laksana orang tua yang uzur.
"Aku bukan nak tunjuk pandai," sahut Ulung Kubil tersengih-sengih macam merendah. "Tapi, kamu yang nak tunjuk pandai!" lantas dia menghunus badik usang yang sentiasa dipegangnya.
Badik itu dicacakkan oleh Ulung Kubil ke lantai dengan membacakan:
Assalam mualai-kum nenek petala langit, setinggi-tinggi kau sampai ke langit, aku minta kau datang tak boleh tidak, datang nak minta bantu anak cucu, kau tengokkan siapa yang ganggu Hajah Besah.
Lama Ulung Kubil terconggok tidak bergerak, tiba-tiba sahaja badik usang yang tercancang di lantai rebah bagaikan dicabut. Ketika ini angin kencang bertiup kuat hingga derunya menggegar. Terasa juga gerun Derih Bauk dengan suasana yang tidak pernah dirasanya demikian.
Dalam masa angin bertiup kencang itu, lampu di dalam rumah Hajah Besah sekaligus padam bagaikan pelita dihembus kuat. Hairan juga mereka kerana lampu elektrik boleh padam tidak semena-mena di tengah tiupan angin kencang itu.
Ketika ini Hajah Besah mengerang-erang menghempas badan, di sambut dengan keadaan di keliling rumah seperti tapak kaki berkejaran tidak menentu.
"Oh, kamu bawa orang tinggi datang ye!" keluh Hajah Besah termengah-mengah bagaikan berlari simpang-perinang dikejar musuh.
"Kau yang nak berlawan sangat, bukannya aku!" sahut Ulung Kubil membentak keras.
"Buat apa kita berlawan, bukankah lebih baik berkawan," lembut sahaja suara Hajah Besah memujuk.
"Sekarang aku nak berlawan!" jerkah Ulung Kubil memberi amaran tidak menghiraukan rayuan Hajah Besah.
"Sebab apa pula nak berlawan, kita bukan bermusuh," tersengih-sengih Hajah Besah mengerling Ulung Kubil.
"Aku nak bermusuh dengan kamu!" sahut Ulung Kubil terus mencabar lawan.
Apabila Ulung Kubil mengukuhkan duduk sambil mengisar dua tapak tangannya, sekaligus Hajah Besah menggeliat lantas memekik kuat. Dia mengaku dikuasai polong dari keturunan neneknya yang mempusakai tanah tempat tinggalnya.
Sama ada Hajah Besah rela atau pun tidak, polong peninggalan nenek moyangnya tetap bersamanya. Selagi dia mewarisi tanah pusaka nenek moyangnya memang Hajah Besah tidak dapat mengelak. Asal sahaja dia menerima tanah pusaka itu samalah macam dia menerima polong peliharaan nenek moyang-nya sejak turun temurun.
Seminggu selepas berubat dengan Ulung Kubil barulah Hajah Besah beransur pulih. Tidak bertangguh dia datang meminta maaf pada Mizah mengenai kejadian yang menimpa anak kecilnya. Hajah Besah sendiri mengaku dia tidak tahu menahu mengenai polong yang merasuk dalam dirinya.
Setelah beransur pulih tenaganya, Hajah Besah nasihatkan supaya Mizah membawa anaknya berubat di kampung kalau diganggu terus menerus. Sekalipun anak kecil itu tidak langsung menangis setelah Hajah Besah sembuh, tetapi Mizah bawa juga anaknya berubat balik ke kampung di Taiping.

Tiga hari dia minta Dukun Meon ubatkan anak kecilnya, tidak ada pula kejadian yang merunsingkan hatinya. Anak kecilnya riang bermain dengan anak-anak kakaknya semasa di kampung. Disebabkan anaknya tidak diganggu rasukan, Mizah tidak perlu lama di kampungnya.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
#KoleksiTokAwangNgahBab137
PADAH POLONG TURUN TEMURUN
(Bab 137 bahagian 2)
Memang Dukun Meon juga sudah memberi jaminan anak kecilnya itu tidak diganggu apa-apa rasukan. Sebab itu Mizah perlu balik ke Kluang. Memang tidak tergamak dia mahu meninggalkan suaminya lama hingga tidak terjaga makan minum dan pakaiannya.
Dua hari selepas balik ke Kluang Mizah menerima surat dari kakaknya Enon memberitahu mengenai anak gadisnya Saerah berumur 10 tahun menjerit ketakutan tidak menentu. Apabila dijemput Dukun Mean, lantas sahaja Saerah menuduh polong peliharaan Mizah merasuknya.
"Astaghfirullahul azim!" keluh Mizah sebaik sahaja menerima surat dari kakaknya. Manalah dia tahu mengenai polong sampai Saerah yang merasuk menuduh dia demikian.
βAh, setan memang pandai kelirukan orang," suaminya Derih Bauk menjelaskan. Sedikit sebanyak Derih Bauk memang sudah mempelajari fasal cara berdukun. Sebab itu dia tahu apa yang dituturkan oleh orang kena rasuk bukanlah boleh dipercayai sangat, kerana yang bertutur ketika itu memanglah syaitan.
"Kenapa dia tuduh saya pelihara polong!" gerutu Mizah kerana bimbang kakaknya akan percaya dengan tuduhan Saerah berumur 10 tahun itu.
"Emmm, bela polong bukan macam bela ayam itik," Derih Bauk mententeramkan isterinya. Memelihara ayam itik pun bukan mudah membiak, kadangkala sampai lima enam bulan baru boleh menjadi.
Masakan Enon mudah sangat percaya mengenai adiknya Mizah menyimpan polong. Tentu ada amalan yang diamalkan sebelum polong menjelma dalam hidupnya. Kadangkala sampai bertahun-tahun beramal barulah polong sebati dengan diri. Ketika inilah baru polong itu boleh digunakan mencari mangsa.
Tidak pernah pula Mizah mengamalkan ilmu syaitan. Takat menghafal jampi mentera sampai bila pun tidak akan sebati dengan amalan. Setidak-tidaknya Mizah perlu bertapa berhari-hari sampai tidak boleh mendengar suara manusia di mana-mana. Mizah juga perlu menggali kubur tatkala tengah malam sebagai ujian sama ada mampu atau tidak memelihara polong.
Lagipun manalah Mizah ada harta memerlukan polong menjaga sepanjang waktu. Sesiapa sahaja memelihara polong bukannya untuk mencari mangsa, tetapi mengawal harta bendanya supaya tidak dimusnahkan orang. Apalagi kalau pencuri berkeliaran mahu merampas ternakan atau tanamannya.
Ketika inilah siapa sahaja mencuri harta bendanya akan dirasuk polong sampai terkejang sakit dengan mata terbeliak macam lembu disembelih leher. Derih Bauk percaya isterinya tidak pernah amalkan ilmu syaitan sampai memelihara polong.
Disebabkan tidak mahu Mizah dituduh orang-orang kampungnya memelihara polong, Derih Bauk terpaksa juga mengajak Ulung Kubil ke Taiping. Biarlah dia berbelanja semata-mata membawa Ulung Kubil ke kampungnya untuk mengubati Saerah.
Memang enggan juga Ulung Kubil mahu ke Taiping, setelah Saerah diubati Dukun Meon. Apa pula kata Dukun Meon sekiranya dia datang ke Taiping. Tentulah dia dituduh menceroboh kawasan Dukun Meon kalau sengaja mahu tunjukkan kebolehan.
Tetapi Dukun Meon tidak membantah apa-apa, semasa Ulung Kubil datang bersama Derih Bauk. Malah Enon juga tidak menaruh syak wasangka terhadap Mizah, sekalipun anak gadisnya berusia 10 tahun merepek menuduh polong peliharaan Mizah yang merasuknya. Memang Saerah masih lemah tidak bermaya sewaktu Ulung Kubil naik ke rumah. Dia terkejang dengan mata terkebil-kebil. Mukanya pucat lesi disebabkan tidak menjamah nasi sejak seminggu.
Setelah meminta dibuatkan bertih dua piring dan mayang pinang belum keluar seludang, Ulung Kubil membakar kemenyan terlebih dahulu. Perlahan-lahan dia membacakan jampi serapahnya:
Tebu jentang tebu jenting, mari condong melompat, melompat tiga penjuru, melompat engkau ke batu putih, kain putih baju kau putih, melompat engkau ke batu hitam, kain putih baju kau putih, melompat kau ke batu merah, kain merah baju kau merah, aku menangkal seku ketegur dah ku tawar, seku mati terbunuh sudah ku tawar, seku hujan panas sudah ku tawar, hu Allah....

Kemudian dia mengangkat tempat kemenyan dan mengasapkan bahagian kepala Saerah. Ketika Saerah bingkas duduk meludah ke muka Ulung Kubil cepat-cepat ditolak oleh emaknya Enon. Tetapi Ulung Kubil ingatkan dia supaya tidak herkasar dengan gadis kecil itu.
Ulung Kubil juga meminta Dukun Meon ikut sama membantu semasa Saerah duduk melenggok-lenggok kepala seperti sedang beratib.
"Beratib nak buat apa?" sengaja Dukun Meon mengejek sambil merenung tepat ke muka Saerah.
"Bodoh punya dukun, aku bukannya beratib!" sahut Saerah tersengih-sengih mahu menyakiti hati Dukun Meon.
"Kalau bukan beratib kamu buat apa?" jerkah Ulung Kubil keras seolah-olah tidak mahu langsung bertolak ansur.
"Aku pun tahu berjampi serapah," tegas Saerah mula berubah suaranya menjadi garau menggerunkan.
"Kenapa kau nak berlindung di sebalik Mizah?" Ulung Kubil mengirai mayang pinang belum keluar seludang itu sampai terurai lepas.
"Awak jangan nak memandai-mandai Kubil, tempat ni Meon punya!" ujar Saerah ketawa memanjang seolah-olah mahu melaga-lagakan Ulung Kubil dengan Dukun Meon.
"Semua tempat dalam dunia ni, Allah Taala punya," segera Dukun Meon membalas biar syaitan yang merasuk itu tidak dapat memperdayakan dia.
Memang Saerah cuba juga bingkas melawan, tetapi tenaganya tidak mampu mengancam. Sekalipun dia bertambah kuat, namun syaitan yang merasuknya tidak dapat menggunakan dirinya. Tenaga anak kecil sepertinya mudah sahaja ditewaskan oleh Ulung Kubil hanya dengan meletakkan jari telunjuk ke dahi sambil membacakan:
Bismillahhi wallahhu ghalibun 'ala amri, bismillahhi amana billahhi waman yaumin billahhi lahaufu 'alaihi, bismillahhi inna naj'aluka fi nuhurihim wa na'uzubika min syururihim.
Setelah diulangi tujuh kali dia hembuskan ke muka Saerah, sekaligus sahaja muka gadis kecil itu berubah menjadi hitam laksana disapu arang. Tiba-tiba sahaja Saerah menangis lantas menekup mukanya mahu menyembunyikan diri.
Sampai santak tengah malam baru Ulung Kubil dapat berehat setelah Saerah semakin lemah hingga tertidur nyenyak. Dukun Meon juga keletihan disebabkan lama sangat berdepan dengan keadaan yang menyelubungi Saerah. Memang dia mengaku bukan Mizah yang mengirimkan polong merasuknya, tetapi sengaja mengikut anak kecil Mizah mahu mencari tempat perlindungan.
Memang Dukun Meon tahu rasukan yang mengganggu Saerah mahu mengelirukan mereka apabila sengaja menuduh Mizah menghantarnya. Dukun Meon dapat melihat bayangan perempuan tua berdiri di sisi Saerah cuba menghalau dia supaya jauhkan diri. Tetapi Dukun Meon tidak berundur selagi perempuan tua itu terus tercegat di situ.
Hinggalah Ulung Kubil dibawa datang Derih Bauk, dia juga melihat bayangan Dukun Meon bertolak-tolakan dengan perempuan tua itu mahu menarik Saerah. Sebab itulah Ulung Kubil meminta bantuan Dukun Meon semasa mula mengubati gadis kecil itu. Apakala mayang pinang dikibaskan ke muka Saerah, sekali gus terasa bayangan mayang itu memukul kepala perempuan tua itu laksana besi pencakar mencengkam. Setiap kali perempuan tua itu cuba melawan, Dukun Meon sudah bersiap sedia mencemat belakangnya dengan cemati hingga berbirat tidak bersisa.
"Tipu daya syaitan, mesti dilawan dengan tipu daya juga,β tutur Ulung Kubil perlahan sambil menepuk-nepuk bahu Dukun meon. Sekalipun Dukun Meon tidak dapat mengagak angkara siapa yang mengganggu Saerah, Ulung Kubil tahu bayangan sama dengan jelmaan dia mengubati anak kecil Derih Bauk.
Apabila Derih Bauk balik semula ke Kluang bersama Ulung Kubil dia diberitahu mengenai kematian Hajah Besah. Ketika menghembuskan nafasnya Haji Yusar sendiri terkejut kerana melihat muka isterinya menjadi hitam seperti dilumur arang. Belakangnya berbirat merah laksana dicemat dengan cemati.
"Semua sudah ditentukan Allah,β keluh Haji Yusar tabah menerima takdir yang menimpa dirinya itu.

Tetapi Derih Bauk tidak tergamak memberitahu keadaan Saerah sewaktu diubati oleh Ulung Kubil dan Dukun Meon. Biarlah semuanya menjadi rahsia dirinya. Disebabkan bimbang anak kecilnya akan dirasuk gangguan, tidak teragak-agak Derih Bauk mengekor ke mana sahaja Ulung Kubil dijemput orang. Dia sanggup balik jauh-jauh malam kalau mengikut Ulung Kubil sekalipun sampai ke Pontian atau ke Endau.
Kadangkala merungut juga Mizah dengan perubahan suaminya yang gilakan amalan ke-batinan. Bukan takat mengikut Ulung Kubil sahaja, malah barang-barang keperluan harian di rumah orang tua itu dia akan hantar. Sampaikan bell ikan pun, seekor untuk dibawa balik ke rumah seekor lagi akan dihantar ke rumah Ulung Kubil.
"Macam itulah perangai arwah suami saya dulu, tuan haji," jelas Mizah memberitahu kawan saya Haji Kawar apabila kenangkan Derih Bauk.
Kalau tidak disebabkan hujan sampai santak maghrib, memang saya bercadang untuk balik juga. Tetapi hujan yang turun mencurah menyebabkan saya mengambil keputusan untuk solat maghrib sahaja di rumah Haji Kawar. Lagipun sekali sekala datang ke rumah isteri mudanya itu, apalah salah berbual panjang.
Isteri saya pun ingin sangat mahu bertemu dengan isteri muda Haji Kawar. Semenjak dia berkahwin seorang lagi, tidak pernah lagi kami bertemu muka. Haji Kawar pula seolah-olah sengaja mahu mengelak untuk temukan kami dengan isteri mudanya. Mungkin juga dia tidak sampai hati mahu perkenalkan disebabkan hubungan isteri saya dengan isteri tuanya amat akrab.
"Dia bersungguh-sungguh menuntut," Mizah semakin sebak menerangkan keadaan yang menyelubungi suaminya. "Masa bertugas di Sabah pun dia menuntut sampai masuk ke hulu-hulu kampung," ujarnya sayu dengan sikap suaminya setelah anak kecilnya diganggu rasukan syaitan.
Memang Derih Batik bertekad mahu menghadapi gangguan syaitan sendirian dengan tidak bergantung kepada orang lain. Marah benar dia apabila anak kecilnya yang tidak berdosa dirasuk polong sampai menangis langsing. Biarlah dia habiskan masa mengekor Ulung Kubil asal sahaja orang tua itu curahkan segala isi dada kepada-nya.
Ulung Kubil menyuruh dia bertapa di tiga cabang anak air di tengah hutan pun, Derih Bauk sanggup lakukan. Biarlah dia duduk terconggok seorang diri sampai seminggu dengan ber-bekalkan segenggam bertih sahaja. Dia hanya dibenarkan makan bertih tujuh butir sahaja dengan meneguk air embun sekiranya hujan tidak turun dalam masa seminggu di situ.
Sebelum jatuh sakit terkejang sampai lumpuh seluruh badan memang Derih Bauk beritahu isterinya mengenai dia bertapa di atas batu tengah cabang tiga anak air. Sewaktu dia bacakan amalan yang diturunkan oleh Ulung Kubil beberapa kali dilihatnya gerombolan komunis melintas di depannya, tetapi mereka semua seolah-olah tidak nampak dia terconggok di atas batu.
Tiga malam berturut-turut pula angin kencang turun tetapi hujan tidak turun setitik pun. Malam ketiga angin kencang bertiup, Derih Bauk nampak pokok leban enam pemeluk menimpa ke arahnya. Dia tidak berganjak dari atas batu cabang tiga anak air itu tatkala pokok berkenaan menimpanya. Memang dia terserungkup di bawah rimbunan daun pokok leban yang tumbang itu menyebabkan di sekelilingnya menjadi gelap gelita tidak kelihatan apa-apa lagi.
Ketika ini dia merasa bahagian kepalanya berdarah akibat ditusuk dahan pokok sebesar paha. Derih Bauk tetap tabahkan hati tidak hiraukan sama ada darah mengalir di kepalanya atau pun lukanya menyebabkan cedera parah.
Tetapi dia tetap ingatkan bertih dalam genggamannya tidak boleh dilepaskan. Habis sahaja selepas amalan jampinya 40,000 kali menjadi seperti zikir, dia akan memakan bertih tersebut tujuh butir. Derih Bauk akan ulangi sehingga genap tujuh malam dia terconggok di atas batu tengah cabang tiga anak air itu.
Masuk malam yang ketujuh baru Derih Bauk terasa hujan turun mencurah. Dalam hujan turun mencurah-curah itulah dia mendengar ranting dan dahan kayu leban yang menyerungkupnya bagaikan dipatahkan orang. Apabila hujan menyimbah masuk ke tengah rimbunan menimpa tubuhnya Derih Bauk terasa bagaikan dia dimandikan dengan berlangir limau.

Kemudian dia melihat rimbunan pokok lebam yang menimpanya diheret jauh. Dia nampak bayangan Ulung Kubil mengheret pokok leban sebesar enam pemeluk itu.
Apabila dia memberi salam kepada Ulung Kubil, orang tua itu sekadar mengangguk sahaja. Kemudian dia menepuk tangan memberi isyarat, tiba-tiba sahaja menjelma seekor harimau belang sebesar bapak lembu dengan tergeleng-geleng kepala.
Tidak bertangguh Ulung Kubil perintahkan harimau itu meniarap biar Derih Bauk melompat ke atas belakangnya. Setelah bertunggang di atas tengkuk harimau itu, sekelip mata sahaja binatang itu melompat ke udara hingga terasa sayup melayang ke awan.
Tiba-tiba sahaja harimau berkenaan tercegat di tengah halaman rumahnya seolah-olah menghantar Derih Bauk balik ke rumah. Apabila dia beritahu pengalamannya itu kepada Ulung Kubil, orang tua itu sekadar tersengih-sengih sahaja. Memang dia berbangga disebabkan Derih Bauk mampu melepasi ujian tersebut sepanjang dia amalkan amalan yang diturunkan olehnya.
Bukan dengan Ulung Kubil sahaja dia berguru, di mana sahaja dia dihantar bertugas memang Derih Bauk sentiasa mencari guru. Asal sahaja dia mendapat tahu guru amalkan kebatinan, tidak bertangguh Derih Bauk jejak kaki ke rumahnya.
Sewaktu di Sarawak pun Derih Bauk sanggup mudik hulu sungai mencari Tuai di rumah panjang. Kalau disuruh masuk celah rahang buaya tengah menganga pun Derih Bauk akan lakukan. Dia tidak bimbang apa-apa duduk di tengah rahang buaya yang menghulurkan kepala ke tebing.
Biarlah buaya berkenaan membawanya merendap ke dasar lubuk apabila mulut dikatupkan. Kalau ujian demikian diperintahkan oleh gurunya, Derih Bauk bersedia tempuhi. Sudah adat mahu dapatkan ilmu kebatinan perlu melalui ujian demikian getir untuk menentukan ketabahan seseorang.
Apa lagi tatkala ditukarkan ke Sabah, Derih Bauk terpaksa membantu rakan-rakannya yang mengalami gangguan sampaikan kemaluannya ditukarkan ke dahi. Berminggu-minggu kawannya tidak berani keluar dari kem setelah kemaluannya yang hilang tiba-tiba sahaja menjelma di dahi bagaikan belalai.
"Hah, ini permainan orang tak mengenal Allah!" gerutu Derih Bauk apabila diberitahu malang yang menimpa kawannya. Tetapi dia memang tahu kawannya terlalu kerap mengusik gadis-gadis di kawasan hulu yang masih kuat dengan amalan ilmu kebatinan.
Setelah berhenti kerja pun Derih Bauk masih diuji orang. Anak gadisnya dilarikan orang hingga tidak menghubungi dia langsung. Marah benar Derih Bauk apabila lelaki cuba menguji kebolehan dia. Larikan anak gadisnya samalah macam mengajak dia berdepan di tengah gelanggang.
Tidak sampai tiga hari lelaki yang melarikan anak gadisnya datang melutut di depan Derih Bauk. Masakan dia berani menentang Derih Bauk kalau harimau sebesar bapak lembu terconggok di tepi katil. Bagaimana harimau berkenaan boleh melompat masuk ke bilik rumah flat di tengah bandar Kuala Lumpur?
Sebab itu lelaki berkenaan terpaksa juga menghantar anak Derih Bauk balik ke rumahnya. Berkeras mahu melawan Derih Bauk bermakna sengaja menempah geruh. Kalau harimau belang sudah terconggok di tengah bilik mengawasi dirinya, ke mana lagi mahu bersembunyi sekiranya berkeras mahu tunjuk berani dengan Derih Bauk.
"Memang dia beritahu saya, fasal dia sentiasa menjaga keselamatan saya," Mizah terus menerangkan keadaan sebenar yang menimpa suaminya sebelum dibawa berubat ke Bidor.
"Kita cubalah dulu doakan awak," Haji Kawar memerhati jam di dinding, kerana bimbang saya semakin resah mahu balik ke rumah. Hujan di luar bukanlah musibah yang boleh menghalang, kerana saya boleh gunakan payung untuk berkejar ke kereta. "Ustaz, marilah sama membantu," lantas sahaja Haji Kawar menggamit saya supaya tidak tergesa-gesa balik selepas habis isya.
"Kalau tak salah, ustaz ni pernah ke Taiping," agak lama baru Mizah dapat camkan saya.

Ketika dia balik ke rumah anaknya di sebelah petang, sebelum datang semula selepas isya seperti dijanjikan oleh Haji Kawar, memang Mizah sudah ingatkan di mana dia pernah terserempak saya.
Saya mengangguk perlahan. Apabila dia sebut mengenai ayahnya arwah Haji Joni, barulah dapat saya ingat sudah beberapa kali ke sana. Tetapi saya berkawan dengan Haji Joni bukanlah di Taiping, kerana sebelum itu dia lama menetap di Kelantan.
Tamat bab 137.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Saya mengangguk perlahan. Apabila dia sebut mengenai ayahnya arwah Haji Joni, barulah dapat saya ingat sudah beberapa kali ke sana. Tetapi saya berkawan dengan Haji Joni bukanlah di Taiping, kerana sebelum itu dia lama menetap di Kelantan.
Tamat bab 137.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
#KoleksiTokAwangNgahBab138
BAYANG PENUNGGU DI RUMAH TINGGAL
(Bab 138 bahagian 1)
BEBERAPA kali jiran berhampiran mendengar tangisan halus di tengah malam dari arah rumah limas besar peninggalan Anjang Kiman. Tidak siapa pun mendiami rumah limas berkenaan selepas kematian Anjang Kiman disebabkan anak-anak tidak menetap di kampung. Utih Bedah isterinya juga tidak menetap di kampung setelah kematian Anjang Kiman hampir dua tahun sebelumnya.
Memang Utih Bedah balik juga ke kampung menjengah rumahnya. Tetapi tidak lama dia mahu bermalam. Paling lama pun tiga malam sahaja Utih Bedah di kampung, anaknya Bahari akan segera menjemputnya. Kadangkala tidak sempat dia mahu berkemas-kemas sampai bersih keliling kelalang rumah disebabkan anaknya tergesa-gesa mengajak balik ke Kuala Lumpur.
Bimbang benar Bahari membiarkan emaknya lama di kampung kerana tidak ada siapa pun mahu menguruskan orang tua itu. Kalau tidak Bahari adiknya Saemah pula akan membawa emaknya ke Johor Bharu. Memang mereka tidak mahu emaknya tinggal sendirian di kampung setelah kematiannya ayahnya Anjang Kiman itu.
Semenjak dua tahun Utih Bedah dibawa tinggal bersama oleh anak-anaknya, jiran-jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah limas berkenaan mendengar suara perempuan menangis teresak-esak. Kadangkala mereka nampak lampu terpasang di bilik rumah. Tetapi mereka tidak pula berani mengendap mahu memastikan siapa memasang lampu di rumah berkenaan.
"Sudah beritahu kejadian itu pada Utih Bedah?" Mat Cebek bertanya pada bapa saudaranya Malim Kecik yang tinggal berdekatan dengan rumah tersebut.
"Serba salah nak beritahu dia," jelas Malim Kecik kerana tidak mahu kejadian itu menyinggung perasaan Utih Bedah. Manalah tahu orang tua itu akan berkecil hati sekiranya dituduh rumah limas peninggalan suaminya berhantu.
"Boleh jadi Utih Bedah yang balik," ujar Mat Cebek menuduh suara perempuan menangis itu memang perempuan berkenaan.
"Kalau dia balik, Utih Bedah datang ke rumah ni," cepat-cepat Alang Limah menyampuk kerana tidak mahu dia suami isteri dituduh sengaja mengada-adakan cerita mengenai suara perempuan menangis di rumah limas tersergam.
"Limah pun dengar," beritahu Malim Kecik setelah didesak oleh sepupunya itu.
Memang Mat Cebek tidak percaya sangat mengenai kejadian di rumah arwah bapa saudaranya Anjang Kimin itu. Masakan rumah peninggalan itu berhantu kalau arwah Anjang Kimin tidak pernah amalkan ilmu salah. Tahu benar Mat Cebek sikap bapa saudaranya yang tidak pernah ambil peduli masalah jiran-jiran.
Sepanjang masa dia habiskan waktunya di kebun sampai santak senja. Tidak ada waktu kalau dia mahu amalkan ilmu salah atau mengumpat jiran-jiran. Tetapi dia tidak pernah menolak sekiranya dijemput hadir kenduri kendara atau nikah kahwin dalam masyarakat kampung.
Jiran-jiran juga tahu mengenai arwah Anjang Kimin yang tidak pernah menyakiti hati mereka. Lagipun Anjang Kimin bukan suka sangat berbual-bual kalau tidak berkenaan di hatinya. Apabila menghadiri majlis kenduri atau kahwin jiran-jiran, dia sekadar mendengar orang berbual sahaja. Mahu mencelah cakap orang pun Anjang Kimin tidak gemar hingga memburuk-burukkan orang lain. Sebab itu Mat Cebek tidak percaya suara perempuan menangis di rumah peninggalan bapa saudaranya itu berpunca daripada amalan salah yang diamalkan semasa hayatnya.
Setelah diberitahu oleh Malim Kecik dan Alang Limah mengenai kejadian di rumah limas itulah, Mat Cebek sengaja mahu memastikan. Dia sendiri akan mengendap ke situ kalau mereka nampak lampu terpasang di bilik tidur.
Hingga seminggu Mat Cebek di kampung puas dia menunggu di rumah Malim Kecik, tetapi tidak ada pun lampu terpasang. Apabila tidak ada lampu masakan ada suara perempuan menangis sayup-sayup di tengah malam. Kecewa benar Mat Cebek kerana habiskan masa di kampung samata-mata mahu mengendap di rumah limas arwah Anjang Kimin.
"Agaknya penunggu tu takutkan kamu, Mat," usik Alang Limah yang sama-sama hampa tidak dapat membuktikan dakwaannya.

Sudah ramai orang-orang kampung yang tahu mengenai kejadian di rumah Anjang Kimin itu. Memang Alang Limah sendiri yang beritahu kerana dia bimbang ada anak-anak muda sengaja mahu menakut-nakutkan dia. Tetapi bukan Alang Limah Malim Kecik sahaja yang terdengar suara perempuan menangis di rumah limas berkenaan, Abang Dusak juga mendengar. Sekalipun rumahnya jauh sedikit ke darat. Ngah Saenah juga dengar tangisan mendayu-dayu tengah malam itu bagaikan merintih tidak menentu.
Mulanya Ngah Saenah menyangka Alang Limah yang merintih akibat sakit kepala berdenyut-denyut. Pernah juga Alang Limah pitam tatkala menabur benih padi di tapak semaikan disebabkan sakit kepala menyerang tiba-tiba, terpaksa pula Ngah Saenah memapah cari tempat berlindung di bawah rumpun buluh merendang.
Bukan mereka sahaja terdengar, malah ramai orang-orang kampung yang mendengar suara perempuan merintih di tengah malam itu. Setelah diamati-amati memang sah datangnya dari rumah limas tersergam. Mereka tidak ambil peduli sangat tangisan tersebut. Tengah malam mungkin elusan angin menerobos ke celah dinding hingga kedengaran seperti rintihan orang menangis. Terkekeh-kekeh juga mereka tertawa apabila Cikgu Sidik beritahu mengenai elusan angin memukul atap kuarters sekolah dia mengajar masa perintah orang putih, kedengaran seperti orang berjalan.
Tidak siapa pun berani tinggal di kuarters sekolah berkenaan disebabkan gangguan demikian. Siapa sahaja mendiami kuarters berkenaan tidak boleh bertahan lama. Paling lama pun tiga minggu sahaja mereka bertahan, pasti akan mengambil keputusan berpindah. Mereka lebih rela menyewa rumah ditepi kampung asal sahaja tidak diganggu puaka di kuarters berkenaan.
Cuma Cikgu Sidik satu-satunya yang memberanikan hati mendiami kuarters tersebut. Biarlah puaka yang bertunggu-tangga di situ menguji dia setiap malam.
Memang isterinya juga tidak sanggup terus mendiami kuarters tersebut setelah diganggu bunyi tapak orang berjalan di tengah malam. Kemudian diikuti dengan rungutan kecil bagaikan orang berbisik-bisik. Setelah disuluh keliling kawasan sekolah dengan lampu sambung ubat enam, tidak ada bayang apa pun melintas.
Puas memikirkan cara mahu memerangkap gangguan berkenaan, Cikgu Sidik memadamkan semua lampu hingga kelilingnya menjadi gelap gelita. Biarlah isterinya ketakutan tinggal di dalam gelap demikian, asalkan gangguan yang ditakuti orang itu menjelma juga.
Masa perintah orang putih memang kuarters sekolah diperbuat dari rumah papan beratap dua lapis. Di sebelah atasnya atap rembia dan di bawahnya atap zink. Silingnya diperbuat daripada papan seperti lantai juga.
Setelah lampu semua padam hingga keliling sekolah bergelap, Cikgu Sidik sengaja duduk di tangga batu yang tinggi. Memang tiang rumah kuarters itu juga tinggi hingga boleh letakkan kereta di bawah rumah pun. Lama duduk di atas tangga Cikgu Sidik nampak bayangan melintas seperti burung dengan kapak melebar. Dia sengaja tidak menyuluh dengan lampu di tangan sekalipun dadanya berdebar juga. Bayangan melintas seperti burung terbang itu memang keluar di celah atap di antara zink dan rembia itu. Setelah lama memerhatikan bayangan melintas itu semakin banyak, lantas Cikgu Sidik menyuluh tidak bertangguh.
Tersengih-sengih dia apakala ternampak bayangan kelawar di dalam gelap itu yang banyak berkeliaran. Kepak kelawar itu berbunyi seperti tapak kaki orang berjalan di tengah halaman sewaktu menyusup ke bawah celah lapisan atap.
Serentak dengan itu pula bunyi rungutan orang berbisik-bisik itu kedengaran di celah alang rumah kuarters di kepala tiang yang berlubang-lubang dikorek oleh kumbang. Tahulah Cikgu Sidik bunyi berkenaan menjadi lebih seram tatkala angin malam mengelus memukul rimbunan pokok-pokok kayu di sekeliling sekolah.
"Hah, tengah malam bunyi kumbang dalam lubang pun macam orang merintih," ujar Cikgu Sidik apakala orang-orang kampung heboh dengan kejadian dirumah Anjang Kimin.
"Tapi, macam mana dengan Iampu terpasang di bilik tidur-nya tu, cikgu?" Malim Kecik yakin dengan kejadian yang dialaminya sekalipun Cikgu Sidik berkeras tidak mempercayainya.

Manalah Cikgu Sidik yang lama merantau itu tahu dengan suasana dalam kampung. Lagi pun semenjak bersara Cikgu Sidik mudah sahaja tidur sebaik habis isya, disebabkan tidak banyak masalah mengganggu fikiran.
Manalah Cikgu Sidik tahu fasal keadaan yang menyelubungi rumah peninggalan Anjang Kimin. Perkara gangguan yang ditakuti orang untuk tinggal di kuarters sekolah tempat Cikgu Sidik berkhidmat tentulah tidak sama dengan rumah peninggalan Anjang Kimin itu.
"Kalau takut, tunggul pun kita sangka hantu," Cikgu Sidik mengusik jirannya yang percaya sangat dengan kejadian di rumah Iimas tersergam itu tatkala malam menjelang.
"Saya dah seminggu menunggu tak ada dengar apa-apa pun," ujar Mat Cebek disebabkan hampa untuk melihat sendiri kejadian yang berlaku. Sewaktu mereka berkumpul di tangga surau selepas solat zohor berjemaah, Melah Becok termengah-mengah memberitahu anaknya Mat Cebek mengenai bunyi orang bertukang rumah dari arah rumah limas tersergam itu. Mat Cebek tidaklah tergesa-gesa mahu menjengah kerana bunyi orang bertukang rumah di siang hari hanya perkara biasa sahaja.
Tetapi Melah Becok mengakui bunyi orang bertukang itu datang dari rumah limas berkenaan. Sampaikan anak gadisnya Mayah pun gementar tidak menentu sebaik sahaja mendengar bunyi orang bertukang. Terketar-ketar Mayah memberitahu emaknya dia nampak Anjang Kimin memanjat tangga betulkan dinding dapur rumah limas itu yang tergajai jatuh.
Disebabkan mereka diberitahu mengenai Mayah ketakutan hingga pucat bibir, segeralah Mat Cebek mengajak jemaah lain ke rumah emaknya. Dia sendiri di antara percaya dengan tidak sahaja dakwaan emaknya mengenai bunyi orang bertukang di rumah Anjang Kimin.
Kalau adiknya Mayah menuding ke arah rumah itu memberitahu nampak Anjang Kimin memanjat tangga, tentulah perkara lain pula. Dia mesti desak adiknya beritahu apa sebenarnya yang dilihat. Setelah dua tahun Anjang Kimin meninggal dunia kenapa tiba-tiba sahaja jelmaannya muncul di siang hari?
Ketika mereka sampai di rumah Melah Becok, tidak siapa pun mendengar bunyi orang bertukang rumah. Alang Limah yang datang ke situ juga tidak mendengar apa-apa. Kalaulah benar bunyi bertukang itu datang nya dari rumah Anjang Kimin, tentulah dia lebih jelas mendengar disebabkan kedudukan rumahnya lebih dekat.
"Eh, Anjang Kimin jatuh tangga," terjengket-jengket Mayah mahu melompat terjun tingkap seolah-olah mahu membantu Anjang Kimin. "Cepatlah tolong Anjang Kimin jatuh tu, kesian dia!" rintih Mayah setelah ditegah oleh jiran-jiran supaya tidak terjun ikut tingkap.
"Mana ada Anjang Kimin!" jerkah Mat Cebek memarahi adiknya yang meronta-ronta mahu melepaskan diri.
"Adik kamu ni sakit, Mat " lantas Malim Kecik mengingatkan. "Kena diubati, bukannya diherdik-herdik macam ni," tegasnya macam memarahi anak muda itu yang terburu-buru bertindak.
"Kamu tak tahu ke bezakan orang sakit dengan tidak?" Alang Limah juga tidak senang dengan sikap Mat Cebek demikian.
Terdiam Mat Cebek. MenyesaI juga dia apabila memarahi adiknya tidak bersebab. Dia menyangka Mayah sengaja berpura-pura menuduh Anjang Kimin jatuh memanjat tangga disebabkan terlalu ketakutan. Mungkin juga Mayah terkejut setelah seisi kampung gempar dengan cerita mengenai rumah Anjang Kimin ada penunggu.
Tetapi Mayah benar-benar dirasuk. Mulutnya mula berbuih dengan mata terbalik. Kalaulah jiran-jiran lambat sampai apabila Melah Becok berkejar ke surau menjemput Mat Cebek, belum tahu apa akan terjadi. Boleh jadi Mayah akan terkejang menggelepar dengan tidak dibantu apa-apa.
"Nak buat apa sekarang ni?" Melah Becok tidak keruan dengan keadaan anak gadisnya resah mahu melarikan diri. Dia mahu segera menyerbu ke rumah limas tersergam untuk membantu Anjang Kimin. Berkali-kali dia memberitahu Anjang Kimin jatuh tangga memanjat untuk betulkan dinding rumah yang tergajai.
"Macam mana cikgu?" segera Mat Cebek berpaling memandang Cikgu Sidik yang terkebil-kebil mata. Hairan juga dia kejadian yang menimpa Mayah sekalipun jauh di sudut hatinya tidak percaya sangat mengenai bayangan Anjang Kimin.

Kenapa seisi kampung tidak melihat Anjang Kimin jatuh tangga untuk betulkan dinding rumah yang tergajai? Dia sendiri tidak melihat siapa pun di situ, apatah lagi bunyi orang bertukang rumah mengetuk martol memaku ke dinding.
Tetapi memang dia nampak tangga reput tersandar di bahagian dapur rumah, sedangkan dinding dapurnya tidaklah tergajai. Semua dinding masih kukuh sekalipun sudah dua tahun terbiar disebabkan tidak berpenghuni. Dua kali hari raya berlangsung pun, Utih Bedah tidak balik ke kampung. Dia berhari raya bersama anak-anak sahaja dengan tidak menjengah ke rumah peninggalan.
Bukanlah Utih Bedah mahu melupakan kampung halaman. Sayu juga dia beritahu Alang Limah mengenai sikap anak-anaknya yang tidak mahu balik ke kampung. Mereka semua tidak perlu lagi balik ke kampung setelah membawa emaknya tinggal bersama.
Utih Bedah tidak boleh berkeras sekiranya anak-anaknya tidak mahu menghantar dia balik ke kampung. Lagi pun tentu dia berseorangan sahaja di kampung kalau anak-anak tidak balik menjengah. Bahari tidak benarkan dia balik ke kampung kalau sekadar mahu berhari raya sehari dua.
Bukan Bahari sahaja tidak rela emaknya balik ke kampung berhari raya, malah Semah juga mendesaknya supaya ke Johor Bharu. Dia sendiri akan menjemput emaknya supaya berhari raya ke Johor Bharu. Tentu abangnya Bahari juga akan ke Johor Bharu kalau mahu berhari raya dengan emaknya.
Tidak ada apa-apa diharapkan di kampung setelah ayahnya Anjang Kimin meninggal dunia. Keluarga emaknya tidak ada di kampung, kecuali saudara jauh sahaja. Biarlah emaknya dibawa tinggal bersama mereka daripada terbiar di kampung tidak ada sesiapa menjengah.
"Tak tahu saya nak buat macam mana," beritahu Cikgu Sidik setelah keadaan Mayah semakin pasang. "Kalau tak ada jalan lain, kita hantar sahaja ke hospital," desaknya agar mereka tidak membuang masa menghadap Mayah dalam keadaan gelisah tidak menentu itu.
"Hah, penyakit ni tak sesuai dihantar ke hospital," cepat sahaja Ngah Saenah membantah. Masakan keadaan Mayah meracau tidak menentu itu boleh dihantar ke hospital. Kalau berkeras dihantar ke hospital tentu Mayah dituduh demam panas.
Tahu sangat Ngah Saenah kalau sakit meracau-racau demikian tentu dituduh diganggu demam panas. Doktor sendiri yang ingatkan apabila seseorang itu suhu panasnya tinggi, tentu akan meracau-racau disebabkan hilang ingatan.
Tetapi Ngah Saenah tidak percaya Mayah diganggu demam panas. Hujung kaki Mayah juga sejuk macam ketul ais apabila dia meramas-ramas perlahan. Mayah juga terus menuding ke rumah Iimas tidak jauh dari situ memberitahu mengenai Anjang Kimin masih terjelepoh di tanah tidak dapat bangun setelah jatuh tangga.
"Kesian Anjang Kimin, dia jatuh!" tegasnya mengeluh pendek sambil mata liar melingas ke kiri ke kanan. Kalau tidak dipaut beramai-ramai memang Mayah akan menyerbu ke rumah Iimas itu kerana mahu membantu Anjang Kimin.
"Mana Anjang Kimin?" sengaja Ngah Saenah memujuknya supaya memberi tahu apa yang berlaku ke atas dirinya.
"Tak nampak ke Anjang Kimin jatuh tangga tu?" ujar Mayah menuding kasau atap seolah-olah menunjukkan ke arah rumah limas tersergam.
"Ngah tak nampak pun," tersengih-sengih Ngah Saenah mengusiknya kerana dia memang tidak nampak siapa pun di kasau atap. Sepanjang malam juga Mayah meracau mengenai Anjang Kimin jatuh tangga kerana membaiki dinding rumah tergajai. Sudah dijemput Itam Sidin di Pelangai pun keadaan Mayah tidak juga berubah. Dia ketakutan hingga pucat bibir setiap kali menuding kasau atap memanggil-manggil Anjang Kimin. Merintih sayu Mayah kerana tidak dapat membantu Anjang Kimin yang dikatakanya terkial-kial merangkak mahu naik ke rumah.
Menggeleng kepala Itam Sidin dengan keadaan yang berlaku ke atas diri Mayah. Kalau mahu dituduh dirasuk polong atau pelesit peliharaan Anjang Kimin masakan dia belas kesihan terhadap nasib yang menimpa orang tua itu. Lagi pun jiran-jiran percaya memang Anjang Kimin tidak memelihara polong atau pelesit.