BM UPSR PT3 SPM
563 subscribers
1 video
388 files
16 links
Bahan Bahasa UPSR, PT3 & SPM
Download Telegram
INFORMASI BAHASA
14.6.2019
KATA KOMPLEMEN DALAM BAHASA MELAYU

Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu "untuk" dan "bahawa". Kata komplemen "untuk" hanya hadir dalam subjek manakala kata komplemen "bahawa" boleh hadir dalam subjek dan predikat.

Lihat ayat di bawah.

(a) Dia mengetahui bahawa Azizi telah bersara.
(b) Bahawa ekonomi negara kita pada masa ini merosot adalah kurang tepat.
(c) Untuk Arrifin melakukannya amatlah sukar.
(d) Untuk Sharifah lulus ujian itu sangatlah senang.
(e) Penduduk di Kota Kemuning menyedari bahawa nasib mereka terancam.

Walau bagaimanapun, pengguna bahasa banyak membuat kesilapan atau kesalahan penggunaan kata hubung dengan cara yang berikutnya.

(f)*Dia mengetahui yang Azizi telah bersara. (salah)
(g) *Penduduk di Kota Kemuning menyedari yang nasib mereka terancam. (salah)

Ayat-ayat di atas (ayat (f) dan ayat (g)) tidak boleh diterima sebagai bahasa persuratan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat induk dan ayat komplemen yang dipancangkan.

Lihat sampel di bawah ini:
(a) Dia mengetahui bahawa Azizi telah bersara.
Ayat 1: Dia mengetahui (sesuatu).
Ayat 2: Azizi telah bersara.

(b) Bahawa ekonomi negara kita pada masa ini merosot adalah kurang tepat.
Ayat 1: Sesuatu itu adalah kurang tepat.
Ayat 2: Ekonomi negara kita pada masa ini merosot.

Nota: "Sesuatu itu" mesti ditulis untuk membentuk subjek ayat 1 supaya ayatnya tidak tergantung tanpa subjek.

(c) Untuk Arrifin melakukannya amatlah sukar.
Ayat 1: Arrifin melakukannya.
Ayat 2: Perkara itu amatlah sukar.
Nota: "Perkara itu" mesti ditulis untuk membentuk subjek ayat 2 supaya ayatnya tidak tergantung tanpa subjek.

(d) Untuk Sharifah lulus ujian itu sangatlah senang.
Ayat 1: Perkara itu sangatlah senang.
Ayat 2: Sharifah lulus ujian itu.
Nota: "Perkara itu" mesti ditulis untuk membentuk subjek ayat 1 supaya ayatnya tidak tergantung tanpa subjek.

(e) Penduduk di Kota Kemuning menyedari bahawa nasib mereka terancam.
Ayat 1: Penduduk di Kota Kemuning menyedari (sesuatu).
Ayat 2: Nasib mereka terancam.
Nota: "sesuatu" mesti ditulis untuk membentuk objek pada bahagian predikat ayat 1 supaya kata kerja transitif "menyedari" tidak tergantung tanpa objek.

Bagi ayat yang mengandungi kata hubung komplemen "bahawa" pada kedudukan objek dalam predikat, kadangkala pengguguran kata komplemen tersebut dibenarkan jika tidak menjejaskan makna ayat tersebut. Walau bagaimanapun, pada kedudukan dalam subjek, kata komplemen "bahawa" dan "untuk" tidak boleh digugurkan.

Lihat contoh di bawah ini untuk mengetahui pengguran kata komplemen yang tidak menjejaskan makna ayat.
Ayat (a) Dia mengetahui bahawa Azizi telah bersara.

Ayat (a) boleh menjadi seperti yang berikutnya.
Dia mengetahui Ahmad telah bersara.

Lihat contoh di bawah ini untuk mengetahui pengguran kata komplemen "bahawa" yang menjejaskan kegramatisan ayat dan penulisan ayat begini tidak dibenarkan.

Ayat (b) Bahawa ekonomi negara kita pada masa ini merosot adalah kurang tepat.

Ayat (b) tidak boleh ditulis seperti di bawah dengan menggugurkan kata komplemen "bahawa".

*Ekonomi negara kita pada masa ini merosot adalah kurang tepat.

Ayat (c) Untuk Arrifin melakukannya amatlah sukar.
Ayat (c) tidak boleh ditulis seperti di bawah dengan menggugurkan kata komplemen "untuk".

*Arrifin melakukannya amatlah sukar.

Kesimpulannya, ayat-ayat komplemen di atas perlu diketahui oleh calon-calon peperiksaan dan guru-guru subjek Bahasa Melayu. Dengan berbuat begitu, kita dapat menjawab soalan pelbagai aras yang digubal. Saya berharap agar perkongsian ilmu ini dapat memanfaatkan kalian.

Ingatlah bahawa:
(a) Bahawa --> sesuatu (jika letaknya kata hubung komplemen "bahawa" pada predikat)

(b) Bahawa --> Sesuatu itu (jika letaknya kata hubung komplemen "bahawa" pada subjek)

(c) Untuk --> Perkara itu (jika letaknya kata hubung komplemen "untuk" pada subjek)

Selamat menimba ilmu.
Forwarded from Sistem Guru Online (MSI)
33 Slaid Powerpoint Interaktif bagi PdPc Bahasa Melayu Tahap 2 yang Menarik

Kenapa menarik? kerana slaid powerpoint ini merupakan inovasi yang dihasilkan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Di samping itu, ia memuatkan nota-nota tatabahasa yang terbaik. Ia juga kerana slaid powerpoint ini berbentuk interaktif yang mana ia berbentuk permainan bahasa yang menyeronokkan lagi bermakna buat murid-murid dalam mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih baik.

33 slaid powerpoint yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

AYAT SAMA MAKSUD
KATA GANDA
KATA PEMERI
KATA GANDA
KATA KERJA
TANDA BACA
KATA ADJEKTIF
KATA NAFI
ANTONIM
SINONIM
SIMPULAN BAHASA
KATA BANTU
PENGGUNAAN BAHASA
KATA BILANGAN
KATA YANG TEPAT
KATA HUBUNG
PENANDA WACANA
KATA SENDI
PENJODOH BILANGAN 2
KATA GANTI NAMA
PENJODOH BILANGAN
KATA NAMA KHAS
KATA BERIMBUHAN
AYAT GRAMATIS
AYAT GRAMATIS
KATA BANYAK MAKNA 2
KATA BANYAK MAKNA
MENENTUKAN SOALAN
MEMBINA JAWAPAN
BANDING SEMACAM
KATA PENGUAT
AYAT SAMA MAKSUD
KATA PENEGAS

Muat turun di sini: https://www.sistemguruonline.my/2019/07/33-slaid-powerpoint-interaktif-bagi-pdpc-bahasa-melayu-tahap-2-yang-menarik.html

http://t.me/sistemguruonline
Forwarded from Latifah Abd Rahman
Pendahuluan Karangan Umum.docx
14.7 KB
Forwarded from Mohamad Izzat Hakim
314218343-koleksi-karangan-spm.doc
309 KB
Koleksi Karangan Cemerlang SPM
Forwarded from Mohamad Izzat Hakim
150422516-CONTOH-KARANGAN-SPM.docx
55.5 KB
Contoh Karangan SPM
Forwarded from Mohamad Izzat Hakim
ASAS PENULISAN KARANGAN SPM.docx
59.1 KB
Forwarded from Mohamad Izzat Hakim
KOLEKSI KARANGAN CEMERLANG SPM 2018.doc
309 KB
Forwarded from NOTA BM SPM
NOTA KOMSAS T4.pdf
486.4 KB
Forwarded from NOTA BM SPM
NOTA KOMSAS T5.docx
306.7 KB
Forwarded from Deleted Account
BM SPM KERTAS 1.ppt
2.1 MB
Forwarded from Sistem Guru Online (MSI)
BANK SOALAN PERCUBAAN UPSR 2018

Soalan-soalan yang terdapat dalam post ini masih sesuai digunakan sebagai salah satu alat pentaksiran kerana masih berformatkan KSSR. Insya-Allah dapat membantu guru, murid dan ibu bapa.

Jom muat turun di sini:

BAHASA MELAYU
1. Kelantan: https://goo.gl/8RDuKa
2. Kedah: https://goo.gl/mcDZbe
3. Terengganu: https://goo.gl/KTodCR
4. Selangor: https://goo.gl/QoBSCK

BAHASA INGGERIS
1. Kelantan: https://goo.gl/o8EUcH
2. Terengganu: https://goo.gl/35wjYV
3. Melaka: https://goo.gl/b9qXUc
4. Selangor: https://goo.gl/uuFQ5R
5. Kedah: https://goo.gl/Pu95Z1

SAINS
1. Terengganu: https://goo.gl/r64hXo
2. Selangor: https://goo.gl/Yejq6P
3. Kedah: https://goo.gl/fcXcfc
4. Sarawak: https://goo.gl/izQPMZ

MATEMATIK
1. Terengganu: https://goo.gl/Nx3ap1
2. Negeri Sembilan: https://goo.gl/uhB7MN
3. Kelantan: https://goo.gl/fKAVVw
4. Kedah: https://goo.gl/3pK8bM
5. Selangor: https://goo.gl/PBGRF2
6. Melaka: https://goo.gl/CrGd9m

Silakan share dan semoga bermanfaat.

"SGO Web Pendidkan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibubapa"

Join Telegram : https://telegram.me/sistemguruonline

Like Facebook : https://facebook.com/sistemguruonline/
Forwarded from Pendidik2u
KOLEKSI RPH BAHASA MELAYU TAHUN 1-6 LENGKAP SETAHUN

Tahun 1: http://bit.ly/rphbmt1
Tahun 2: http://bit.ly/rphbmt2
Tahun 3: http://bit.ly/rphbmt3
Tahun 4: http://bit.ly/rphbmt4
Tahun 5: http://bit.ly/rphbmt5
Tahun 6: http://bit.ly/rphbmt6

Koleksi RPH Lengkap Setahun Pendidikan Islam Tahun 1-6

Tahun 1: http://bit.ly/rphpit1
Tahun 2: http://bit.ly/rphpit2
Tahun 3: http://bit.ly/rphpit3
Tahun 4: http://bit.ly/rphpit4
Tahun 5: http://bit.ly/rphpit5
Tahun 6: http://bit.ly/rphpit6

KOLEKSI RPH LENGKAP MATEMATIK TAHUN 1-6

RPH MATEMATIK TAHUN 1 KSSR SEMAKAN
http://bit.ly/rphmate1

RPH MATEMATIK TAHUN 2 KSSR SEMAKAN
http://bit.ly/rphmate2

RPH MATEMATIK TAHUN 3 KSSR SEMAKAN
http://bit.ly/rphmate3

RPH MATEMATIK TAHUN 4 KSSR
http://bit.ly/rphmate4

RPH MATEMATIK TAHUN 5 KSSR
http://bit.ly/rphmate5

RPH MATEMATIK TAHUN 6 KSSR
http://bit.ly/rphmate6

KOLEKSI RPH SAINS TAHUN 1-6

SAINS TAHUN 1
http://bit.ly/rphsains1

SAINS TAHUN 2
http://bit.ly/rphsains2

SAINS TAHUN 3
http://bit.ly/rphsains3

SAINS TAHUN 4
http://bit.ly/rphsains4

SAINS TAHUN 5
http://bit.ly/rphsains5

SAINS TAHUN 6
http://bit.ly/rphsains6

πŸ”–Via: @Pendidik2u
πŸ”–Telegram: t.me/pendidik2u