Asrama SMK Meru
48 subscribers
41 photos
1 link
Download Telegram
Share
Assalamualaikum.
Makluman untuk ibu bapa/penjaga/waris.

Merujuk surat makluman di atas, pelajar dibenarkan balik bersama ibu bapa selepas selesai mengambil kad laporan.

Sekiranya tuan/puan tidak dapat hadir, pelajar hanya dibenarkan balik mengikut waktu persekolahan iaitu pada pukul 12.20 tengah hari.

Sekian, harap maklum.
Asskamualaikum
Makluman kepada semua ibu bapa/ penjaga

Semua pelajar asrama pada minggu ni diberi kebenaran balik. Terdapat gangguan tekanan air yang memberi kesan kepada sekolah Dan asrama.

Pelajar perlu melapor diri semula ke asrama pada Hari ahad 5 /8 sebelum 6.30 petang. Kegagalan ibu bapa/ penjaga menghantar anak tanpa makluman kepada pengurusan asrama sebagaimana arahan akan memberi kesan kepada mata penalti pelajar .

Kerjasama ibu bapa /penjaga amatlah diharapkan .

Sekian terima kasih .
Pada minggu lepas, didapati ada pelajar yang tidak berada di asrama sejak hari Khamis (pulang tanpa kebenaran) walaupun telah diedarkan surat makluman tentang Hari Permuafakatan yang perlu dihadiri oleh ibu bapa pada hari Jumaat, 27/7/2018 (pelajar hanya dibenarkan pulang selepas majlis tersebut).

Kegagalan ibu bapa memberi kerjasama terhadap arahan pihak pentadbiran sekolah dan pengurusan asrama akan memberi kesan penempatan 2019.

Mohon ibu bapa / penjaga akur dengan arahan. Sila rujuk dahulu dengan pihak pengurusan asrama atau warden sebelum datang ke asrama atas apa jua alasan yang digunakan anak-anak.

Selain itu, pihak pengurusan asrama telah mengesan beberapa kes anak pulang diambil ibu bapa/penjaga tanpa makluman atau anak tidak dihantar masuk (lewat) tanpa makluman.

Mohon kerjasama untuk menghormati dan mematuhi peraturan dan ketetapan asrama untuk kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.
Assalamualikum...
semua pelajar asrama balik ke asrama pada hari ini sblm jam 6.30 ptg, kegagalan mematuhi peraturan yg telah ditetapkan akan dimasukkan dlm sistem SSDM dan akan menjejaskan kemasukan semula ke asrama bagi tahun hadapan, terima kasih & harap maklum
Asaalamualaikum ..
Makluman kepada ibu bapa Dan penjaga ..

Baki yuran makan Dan sumbangan tuisyen pt3 Dan spm perlu lah diselesaikan sebelum bulan 11. Bayaran boleh dibuat melalui anak2 atau hadir ke pejabat asrama. Semoga anak2 yang menduduki pepriksaan akan dipermudahkan.
Sekian ,terima kasih.
Assalamualikum...
Makluman kepada semua ibu bapa Dan penjaga
Anak anak pelajar di asrama dibenarkan balik minggu ini...disebabkan tekanan air rendah sepanjang minggu ni. Akibatnya tidak dapat menampung keperluan pelajar disekolah Dan di asrama...mohon maaf atas segala kesulitan...terima kasih.
Makluman tambahan ..
Anak anak asrama balik ke rumah dgn kiriman borang permohonan asrama 2019. Mohon isi Dan lengkapkan. Serahkan semula pada Hari ahad sebaik masuk ke asrama untuk prosedur seterusnya dan tapisan disiplin .. harap maklum .kerjasama semua ini bapa penjaga didahului ribuan terima kasih .
Asaalamualaikum
Makluman kepada ibu bapa Dan penjaga

Sepanjang minggu ni sesi persekolahan berjalan seperti biasa walaupun terdapat penggiliran kelas.

Pelajar perlu berada d asrama Dan mematuhi jadual penggiliran.

Tiada arahan/ kebebaran balik sebelum Hari jumaat pada minggu ini daripada pihak sekolah . Pelajar yang gagal mematuhi ketetapan tersebut Dan tidak berada d asrama sehingga Hari jumaat dianggap tidak berminat berada diasrama disesi 2019. Pihak pengurusan akan menggugurkan nama yang terlibat walaupun borang permohonan asrama telah dihantar .

Sekian harap maklum.
Assalamualaikum.

Tuan/Puan,

*KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE ASRAMA SMKM & PENDAFTARAN SESI 2019*

Dengan segala hormatnya perkara di atas kami rujuki.

2. Pihak pengurusan asrama telah bermesyuarat dan mengeluarkan senarai keputusan permohonan kemasukan ke asrama.

3. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah dan melalui sebaran media sosial. Pemohon juga boleh merujuk senarai nama di pejabat asrama mulai 3/12/2018.

4. Sehubungan itu, semua pemohon yang berjaya dikehendaki menghadiri pendaftaran mengikut ketetapan berikut:

*Tarikh : 28 Disember 2018*
*Tempat : Dewan Makan Asrama*
*Masa : 7.45 pagi*

5. Pendaftaran khas pada 6 Januari 2019 akan diadakan untuk kumpulan yang terlibat sahaja. *Sila rujuk senarai keputusan yang dipaparkan di pejabat asrama.*

*SILA DAPATKAN BOOKLET PROFIL PELAJAR DI PEJABAT ASRAMA MULAI ISNIN (3/12/2018) YANG PERLU DILENGKAPKAN DAN DIBAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN*

Kegagalan melengkapkan booklet profil pelajar akan menyebabkan pendaftaran ditangguhkan.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
📍 *MAKLUMAN TAMBAHAN*

Pelajar perlu memakai pakaian sekolah atau batik asrama pada Hari Pendaftaran, 28/12/2018.

Pada hari tersebut akan diadakan taklimat, sesi pembayaran yuran serta menandatangani Aku Janji.

Keperluan asrama hanya dibawa pada 1/1/2019.
Tarikh Dan Masa pengambilan profile pelajar
3/12 (isnin) sehingga 14/12 jumaat.....

Waktu pejabat 8.30 am - 4.30 pm
Waktu rehat pkul 1-2 pm
Assalamualaikum.

🚨🚨🚨
Semua PELAJAR YANG BELUM mengambil BOOKLET PROFILE KEMASUKAN ASRAMA 2019,(KULIT HIJAU) anda diminta berbuat demikian seperti ketetapan yang berikut:

Hari : Isnin dan Rabu
Tarikh : 17/12 dan 19/12
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tgh hari
2.30-4.30 petang

Borang boleh didapatkan di Pejabat Pengurusan Asrama SMK Meru.
Kegagalan mematuhi ketetapan ini Akan menyebabkan kelulusan kemasukan asrama pelajar yang terlibat dibatalkan .

Sekian, harap maklum.
Assalamualaikum
Makluman kpd semua parent .
Didapati masih Ada parent yang belum mengambil booklet pendaftaran (kulit hijau) sila ambik segera .. esok ( Hari akhir)
Selepas esok kelayakan pendaftaran anak akam dibatalkan secara mandatori tanpa kompromi ...
Sila ambil maklum dengan arahan n makluman pihak pengurusan asrama smk meru Dan bertindak segera mengikut ketetapan Dan budi bicara yang telah diberi.Pihak asrama berhak.membatalkan kelayakan pelajar tanpa sebarang kompromi akibat ketidakakuran tersebut.
Makluman kepada ibu BAPA penjaga ..pendaftaran n taklimat asrama smk meru ..ibu wajib penjaga Dan pelajar wajib hadir .