π’‚π’Œπ’‚π’Œπ’π’Šπ’π’‹π’‚_π’•π’Šπ’†π’š πŸ‡΅πŸ‡Έ
632 subscribers
2.2K photos
336 videos
20 files
796 links
Channel Created : 27.02.2016

πŸ₯·πŸΌ Newbie - Writer (Random Quotes)
πŸ’š Halal - Share/repost/screenshot
⬇️ TikTok/Instagram/Facebook AkakNinja - Follow
πŸ‡΅πŸ‡Έ I Stand With Palestine
Download Telegram
بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…

ΫžΨ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΫž

-tulisan hamba Ψ§Ω„Ω„Ω‘Ω°Ω‡
Doa memohon kekuatan untuk bersabar
DUNIA tempat meninggal.

AKHIRAT tempat tinggal.

HIDUP tempat beramal.

KUBUR tempat disoal.

SYURGA tempat asal.

NERAKA tempat menyesal.

BERUSAHALAH ATAS IMAN
& AMAL SEBELUM AJAL
MENDATANG KELAK TIADA
PENYESALAN!!

-tulisan hamba Ψ§Ω„Ω„Ω‘Ω°Ω‡
بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…

ΫžΨ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΫž
ΫžΨ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΫž
ΫžΨ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΫž

-tulisan hamba Ψ§Ω„Ω„Ω‘Ω°Ω‡
Dari Ummu Salamah, Isteri Nabi ο·Ί katanya: bahawa Nabi ο·Ί selepas solat Subuh, sebaik sahaja memberi salam akan mengucapkan:

Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩΩŠΩ’ Ψ£ΩŽΨ³Ω’Ψ£ΩŽΩ„ΩΩƒΩŽ عِلْمًا Ω†ΩŽΨ§ΩΩΨΉΩ‹Ψ§ΨŒ ΩˆΩŽΨ±ΩΨ²Ω’Ω‚Ω‹Ψ§ Ψ·ΩŽΩŠΩ‘ΩΨ¨Ω‹Ψ§ΨŒ ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ…ΩŽΩ„Ω‹Ψ§ مُΨͺΩŽΩ‚ΩŽΨ¨Ω‘ΩŽΩ„Ω‹Ψ§

Mafhumnya: β€œYa Allah daku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(HR Ibnu Majah)
AkakNinja mau share something.. Rajin-rajin membaca ya semua.. Membaca kan amalan mulia 🀭☺️
Ramai suami isteri di dunia ini hidupnya sengsara kerana sering mengharapkan bahagia itu datang dari pasangan. Sedangkan Allah tak pernah menjanjikan setiap jodoh itu datang dengan pakej bahagia. Allah bagi kita jodoh kerana suami dan isteri adalah ladang amal, untuk kita cari pahala, bukan untuk mencari bahagia. Manusia takkan dapat bagi apa-apa tanpa izinNya.
.
Kalau dengan berkahwin kita boleh nikmati extra bahagia, maka Allah itu tak adil lah kepada mereka yang tak berjodoh. Sedangkan kita tahu Allah tak pernah menzalimi hambaNya.
.
Kita saja yang menzalimi diri sendiri dengan menganiaya jiwa bila mengharapkan macam-macam benda dari pasangan. Bila tak dapat seperti yang kita harapkan, stress.
.
Up status perli suami atau isteri sendiri kat FB. Boleh settle ke masalah?
.
Ada juga pasangan yang membawa diri sampai ke tanah suci. Dengan alasan untuk mencari ketenangan, nak baiki hubungan malah ada yang jenis nak bercerai dah pun tapi sebelum bercerai buat dulu umrah mana tahu kot ada harapan nak jadi baik. Malangnya lepas balik si suami masih teruskan niat untuk bercerai.
.
Abang dah jumpa bermacam jenis pasangan semenjak menjadi mutawif. Pelbagai luahan perasan dan hati dah dicurahkan, baik si suami mahupun isteri. Masing-masing ada kelemahan dan kesilapan, yang penting berlapang dada untuk terima seadanya walaupun dah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga, masalah tetap sama.
.
Dalam Kembara Wahyu KW279 kali ini Abang ditemani pasangan baru bernikah dari Singapura, isterinya warganegara Indonesia. Dua-dua masih muda dan sedang mencari arah tuju dalam pembinaan masjid mereka. Menariknya dalam Kembara Wahyu ni, kupasan ayat-ayat Al-Quran yang disampaikan wajib menyentuh perihal pembinaan keluarga, dari sample Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail. Itulah rumah yang Allah rakamkan di dalam kitab sebagai BAITUL ATIQ atau β€˜rumah lama’ yang dijadikan contoh pembinaan rumahtangga umat Islam yang sebenar.
.
Hari ini ia diperintahkan menjadi kiblat seluruh umat Islam. Bukan sekadar sebuah rumah biasa, tapi contoh bagaimana rumah yang dibina atas dasar taqwa mampu untuk mengubah dunia. Baitullah yang di dalamnya adanya peraturan Allah sebagai ketetapan dan ikutan bagi seluruh manusia.
.
Ramai pasangan yang datang menunaikan umrah, tapi tidak semua mendapat kefahaman kenapa kita mesti buat umrah mengikut sunnah Nabi Muhammad menjadikan rumah Nabi Ibrahim sebagai ikutan.
.
Kenapa adanya selawat Ibrahimiyyah dalam tahiyat setiap kali solat? Kenapa keluarga Ibrahim dan keluarga Ali Imran yang disebutkan sebagai contoh di dalam kitab? Semua itu adalah satu persoalan yang hanya boleh dijawab bila kita membuka lembaran ayat-ayat yang menjelaskan fungsi sebuah RUMAH sebagaimana mengikut kehendak Allah.
.
Al-Quran menjelaskan sejarah dan fungsi keluarga para nabi dan rasul. Malang kalau kita dah sampai Baitullah, dah sampai Mekah, dah buat umrah siap tawaf, saie dan tahalul lengkap tapi sampai balik kita tidak faham kenapa kita buat semua tu.
.
Kenapa tawaf tujuh pusingan?
Kenapa lawan jam?
Kenapa saie?
Dan banyak lagi..
.
Sedangkan falsafah pendidikan baiti jannati itu di depan mata ketika kita sedang tawaf melihat sebuah rumah contoh hasil binaan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Hasilnya telah diduplikasi oleh Nabi Muhammad ketika membina rumah baginda di Madinah yang hari ini telah ditukar menjadi Masjid Nabawi.
.
Sebab itu setiap kali membawa jemaah Kembara Wahyu, wajib dibuka dan dilapah mesej dari surah Al-Baqarah dari ayat 125 hingga 134. Kerana di dalamnya terkandung falsafah penting pembangunan sebuah rumah untuk kita ikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim.
.
Malangnya hari ini, umat Islam hanya menjadikan maqam Ibrahim sebagai tempat untuk selfie dan bergambar tanpa memahami apa sebenarnya maksud di sebalik simbolik tapak kaki baginda.
.
Abang pun kesian pada jemaah yang hanya datang dan pulang tanpa kefahaman. Lebih malang bila nak cari ketenangan di depan Kaabah, bila ditanya β€œrumah sendiri di tanah air macam mana, tenang tak?”
Jawapannya β€œtiada.”
.
Sayangnya.. kita hanya mencari
ketenangan yang kita dambakan. Tapi langsung tidak berusaha mencipta ketenangan di dalam rumahtangga sendiri. Bahagia hanya angan-angan. Bila pulang suami dan isteri langsung hidup mengikut fahaman sendiri.
.
Acuan keluarga Islam mengikut sistem Allah melalui pendidikan umrah, HILANG BEGITU SAHAJA. Kita hanya fokus beribadah tapi tidak memahami maksud umrah. Hadir dengan jasad tapi hati dan jiwa tiada kerana ilmunya tidak difahami melainkan ibadah dalam angan-angan.
Mana mungkin terbitnya tenang kalau semuanya dibuat dalam persangkaan semata-mata. Rugilah. Sejauh ini kita datang tapi hanya beroleh ketenangan yang sekejap.
.
Ketenangan sesuatu yang WAJIB KITA CIPTA DAN BINA DENGAN TANGAN KITA SENDIRI. Nabi Muhammad bina rumah baginda dengan raudah di dalamnya sebagai tempat mustajab, tempat untuk menjawab segala persoalan umat dan laluan ilmu memandaikan masyarakat.
.
Kita pula bagaimana?
Adakah raudah dalam rumah kita?
TAMAN ILMU untuk memberikan ketenangan dan menjawab segala persoalan anak dan isteri?
.
Kerana foundation (dasar) sebuah rumahtangga (masjid) wajib didasari dengan ILMU DAN TAQWA. Semoga kita beroleh syurga di dunia bermula dari dalam rumahtangga.
.
.
Kredit : FB Shauqi Hasan
بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…

ΫžΨ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΫž
ΫžΨ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΫž
ΫžΨ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΫž

-tulisan hamba Ψ§Ω„Ω„Ω‘Ω°Ω‡
بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…

ΫžΨ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΫž
ΫžΨ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΫž
ΫžΨ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩΫž

-tulisan hamba Ψ§Ω„Ω„Ω‘Ω°Ω‡
Ψ£Ω‡Ω„Ψ§ ΩˆΨ³Ω‡Ω„Ψ§ يا Ψ±Ω…ΨΆΨ§Ω† πŸŒ™