π’‚π’Œπ’‚π’Œπ’π’Šπ’π’‹π’‚_π’•π’Šπ’†π’š πŸ‡΅πŸ‡Έ
632 subscribers
2.2K photos
336 videos
20 files
796 links
Channel Created : 27.02.2016

πŸ₯·πŸΌ Newbie - Writer (Random Quotes)
πŸ’š Halal - Share/repost/screenshot
⬇️ TikTok/Instagram/Facebook AkakNinja - Follow
πŸ‡΅πŸ‡Έ I Stand With Palestine
Download Telegram
‏Ψ­Ψ³Ψ¨Ω†Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΩ†ΨΉΩ… Ψ§Ω„ΩˆΩƒΩŠΩ„ .Β» πŸ‰Β«
Mak, Ibu, Umi, Mama, Mamy, Bunda
Apa pun panggilan itu TERIMA KASIH MAK untuk segalanya.
S M S ❀️
Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.
.
Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.
.
Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedarΒ² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.
.
Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahuΒ² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.
.
Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.
.
Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.
.
Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anakΒ²nya.
.
Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.
.
Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.
.
Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.
.
Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anakΒ²nya.
.
Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.
.
Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.
.
Mak tu,
Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.
.
Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.
.
Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Berbakti Kepada Ibu Bapa

Kredit : Zana Izana
Terima Kasih atas kesabaran, kebaikan dan dedikasi anda yang tiada henti..
Selamat Hari Guru ✨