Abstrakim๐Ÿ‘พ
10.2K subscribers
404 photos
1 video
60 links
Download Telegram
Hikayat ialah buku pertama yang aku tulis. Bukan bergenre seram tapi islamik fantasi.

Walaupun aku banyak tulis cerita seram tapi aku pilih untuk buku pertama aku dikeluarkan dengan genre berbeza.
Aku kurang promote buku ini sebab ini bukan buku yang dikeluarkan sendiri oleh aku. Ini dari publisher whitecoat.

Banyak benda yang aku disappointed mengenai buku ni, rasa macam salah percaturan๐Ÿ˜…

Antaranya ialah tajuk buku ni. Aku pilih Hikayat. Awal-awal aku rasa macam okay je tajuk tu tapi bila dah publish rasa menyesal pula sebab orang akan ingat tu cerita lagenda melayu ka? Tapi bukan.

Idea cerita ni bagus dan dapat banyak pujian. Tapi penulisan agak menghampakan, Masa ni aku masih newbie. Editor kata okay, semua kata okay. Aku pun ingat okay. Sekarang bila baca balik aku rasa tak puas.

Aku ambil masa seminggu ja untuk tulis cerita ni.
Banyak lagi aku tak puas hati, tapi aku simpan je la.

Tapi buku ni ialah antara top 10 buku melayu fiksyen di kedai buku tahun 2020.

Aku juga dapat banyak DM dari yang dah membaca buku ini, ada yang bermotivasi, ada yang terselamat dari suicide selepas membaca buku ini. Banyak perkara yang buat aku tersentuh sebab mesej tu sampai.

Aku dah ada idea untuk 8 buah lagi buku untuk sambungan hikayat ni tapi sebab aku dan whitecoat pun dah lain arah. Jadi terpaksa lupakan semua tu.

Tapi aku masih ada rancangan untuk tulis semula dan publish sendiri di masa akan datang cerita Hikayat ni. Tapi tunggulah di masa akan datang.
Malam itu malam jumaat.

Anuar memakir keretanya di sebuah stesyen minyak untuk membeli panadol kerana kepalanya pusing.

Tunangnya iaitu Farah menunggu di dalam kereta seorang diri.

Keadaan sekeliling tidak begitu terang hanya ditemani dengan lampu yang agak malap.

Farah mula bosan menunggu melihat sekeliling, dia terperasan sesuatu di sudut yang agak jauh.

Kelihatan ada seorang budak perempuan berpakaian agak kotor berdiri di tepi jalan sambil memegang bekas ingin meminta derma.

Dia menyapa. "Eh adik buat apa sorang-sorang malam-malam ni? Mana mak ayah?"

Tiada jawapan, budak perempuan itu membisu.

Farah berfikir mungkin budak perempuan itu malu, dia menghalakan tangannya ingin memasukkan wang ringgit ke dalam bekas.

Tapi budak perempuan itu menghalang. Farah sedikit tersentak. "Adik, kenapa ni? Akak nak derma je. Jangan takut."

"Akak tahu tak?"

Dahi Farah berkerut. "Tahu apa?"

"Tahu tak kubur kat mana?"
Mata Farah membulat, dia terkejut dengan soalan yang dilontarkan. Bulu romanya naik serta merta. Dia mula perasan sisi-sisi menyeramkan di balik riak wajah budak perempuan itu.

Dia menelan air liur, lalu mula membalas. "Kenapa adik tanya soalan macam tu?"

"Sebab saya nak tanam diri saya." Jawab budak perempuan itu dengan nada mendatar.

Farah sudah tidak tenang, dia tahu ada sesuatu yang aneh.
Belum sempat dia ingin membalas kata, ada suara yang memanggilnya. "Akak!"

Farah menoleh, terlihat seorang budak lelaki yang turut memegang bekas.

"Akak sini kak." Panggil budak lelaki itu yang berdiri agak jauh.

Farah mula mendekatinya. "Ada apa ni dik?"

Peluh membasahi wajah budak lelaki itu bersuara dalam keadaan terketar-ketar. "Akak jangan berbual dengan dia."

"Eh kenapa pula?"

"Hurm sebab."

"Sebab apa?"

"Sebab dia dah mati."

Farah mengerutkan dahi. "Biar betul budak ni."

Dia menoleh ke arah budak perempuan tadi, dia tersentak melihat tubuh budak perempuan itu yang penuh dengan luka tidak menghadapnya.
Dia memandang budak lelaki itu semula dalam keadaan menggigil. "Adik pun boleh nampak dia? Apa dia nak?"

"Dia dulu kawan saya, kami selalu mintak derma sama-sama. Tapi dia dah mati kena langgar. Sekarang dia selalu datang ganggu orang kat sini. Saya selalu nampak dia."

Farah rasa simpati dengan kisah seram yang menyayat hati itu. Namanya dipanggil lagi. Kali ini dipanggil oleh tunangnya yang berada di hadapan pintu kedai stesyen minyak.

Farah hadir. Anuar bertanya dengan hairan. "Awak buat apa kat situ?"

"Owh saya berbual dengan budak minta derma tu?"

Kening Anuar terangkat. Dia melihat ke arah asal Farah tadi. "Mana ada orang."

Farah tersentak dengan penyataan Anuar. Dia menoleh melihat. Ternyata kosong dan sepi. "Eh tadi ada budak lelaki kat situ."

"Awak ni biar betul?"

"Betul saya nampak tadi."

Tidak jauh dari mereka berdua, duduk lelaki tua pengawal keselamatan mendengar perbualan mereka.

Lelaki tua itu menegur. "Tak yah pelik sangat, dua budak tu bukan manusia."

Farah yang tertanya-tanya mula menyoal. "Eh pak cik tahu?"

"Tahu la, dah bertahun aku kerja sini."

"Apa yang jadi pada mereka?"

"Lama bertahun dulu, ada kereta terbabas langgar dua budak tu sampai mati kat depan jalan ni. Mayat budak perempuan tu berkecai, tak semua bahagian yang berjaya dijumpai."
Farah bersuara di dalam hati. "Sebablah, budak perempuan tu nak diri dia di tanam, ada lagi bahagian yang masih belum dijumpai."

Anuar rasa sangsi dengan kisah lelaki tua itu. Masih belum ada rasa percaya, dia membawa tunangnya ingin berlalu pergi.

Dalam perjalan, Anuar berhujah. "Jangan percaya lah pak cik tu, muka macam kaki sembang je."

"Tapi saya memang nampak dua budak tu." Ujar Farah rasa hiba.

"Ah tiada apa-apa la."

Mereka sampai di tempat parkir dan terkejut. Mata Anuar melihat sekeliling. "Mana kereta?"

"Eh bukan awak parking kat sini ke tadi?"

"Tu la."

Lelaki tua itu muncul dengan ketawa sinis dari arah belakang. "Mana nak jumpa cari kat situ, kereta kau kat sana."

Jari telunjuk lelaki tua itu menunjukkan ke satu arah. Mata Anuar dan Farah mengekori jari itu.

Mata mereka berdua terbeliak melihat kereta sudah terbabas di hujung jalan.

"Apa jadi dengan kereta aku?!"

Lelaki tua itu menyambung tawa. "Hahaha, masih tak tahu lagi ke? Korang berdua yang langgar dua budak tu sampai mati. Korang pun mati kat tempat kejadian."

Anuar dan Farah terkejut. Anuar membantah. "Biar betul pak cik ni, mustahil."

"Apa yang mustahilnya, habis macammana kereta kau boleh terbabas ke sana?"

Anuar tidak menjumpai jawapan, Farah mula bertanya soalan. "Kalau kami dah mati, macammana pak cik boleh nampak kami?"

Lelaki tua itu tersengih. "Sebab aku pun dah mati."
Mereka berdua tersentak dan lelaki tua itu menyambung.

"Aku saksi malam kejadian tu, korang berdua mati di tempat kejadian jadi korang tak sedar yang korang dah mati. Roh korang tak tenang. Semalam aku dah mati, jadi malam ini aku boleh bagitahu perkara sebenar."

Mendengar kata-kata itu, wajah Farah dan Anuar perlahan-lahan berubah menjadi sangat hodoh seperti sudah tidak bernyawa.

Lelaki tua itu ketawa terbahak-bahak tanpa segan dan silu.

Muncul suara menegur lelaki tua itu. "Dah-dah lah cakap sorang-sorang tu pak cik."

Lelaki tua itu terkejut mendengar, dia menoleh ada seorang pengawal keselamatan lelaki muda. "Kau boleh nampak aku?"

"Memang lah nampak, dah setiap malam pak cik Anuar duduk kat sini."

Dahi lelaki tua itu berkerut. "Kenapa kau panggil aku Anuar?"

"Dah tu nama pak cik."

Lelaki tua itu melihat tubuhnya yang berpakaian kotor. "Aku Anuar!"

Beberapa puluh tahun yang lalu, Anuar dan tunangnya bergaduh di dalam kereta.

Akhirnya dia tidak berjaya mengawal pemanduan, keretanya terbabas melanggar dua orang kanak-kanak peminta sedekah yang berdiri di tepi jalan.

Hanya Anuar yang berjaya hidup kerana itu trauma kejadian masih menghinggap di benak.

Perkara ini menyebabkan mentalnya mengalami gangguan yang teruk dan dia masih tidak dapat menerima kenyataan.

Oleh itu, dia menjadi orang lain untuk meneutralkan apa yang terjadi.

Mencipta realitinya sendiri bahawa kejadian yang bermain di mindanya bukan sebagai Anuar tapi sebagai seorang pengawal keselamatan yang menjadi saksi kejadian tersebut.

Sejak itu, Anuar sering duduk di sekitar stesyen minyak berkelakuan tidak waras dan berimiginasi yang dia ialah saksi kejadian.

Tapi apabila dia sedar yang dia ialah Anuar. Akan kelihatan dua kanak-kanak dan tunangnya dalam keadaan menyeramkan muncul tersenyum berdiri di tempat kejadian.

Saat itu, Anuar tidak mengetahui..

yang itu roh mereka atau imaginasinya.

Tamat.
Malaysia kekurangan movie macam ni dalam industri filem kita.

Movie adaptasi dari kisah benar yang dah difiksyenkan.
Kebanyakan filem di Malaysia nak ikut betul-betul fakta sejarah dan perkara betul sehingga cerita jadi kurang menarik dan tak dapat sambutan.
Contoh movie Hikayat Merong Mahawangsa. Bajet 8 juta tapi dapat pulangan 6 juta je sedangkan tayangkan lebih 72 negara.

Jalan cerita yang agak membosankan. Orang akan tengok sekali je. Kutipan mael totey lagi tinggi dari movie ni, tayang kat astro je. Bukan aku kata tapi kutipan yang berkata.
Contoh lagi 2 filem ni yang bergenre sama. Leftenan adnan bajet 2 juta. Tapi kutipan 1 juta je masa ianya dikeluarkan.

Kalau keluar tv orang lebih prefer layan sarjan Hassan yang jalan ceritanya lebih menarik.
Korea banyak hasilkan filem adaptasi dari kisah benar tapi difiksyenkan.

Tengok korea sekarang, sampai ada filem dah menang Oscar.
Cerita sejarah diaorang yang dah difiksyenkan pun banyak dan dapat sambutan.
Malaysia kebanyakannya takut nak buat sebab nanti kena kecam. Filem dukun tu pun lepas bertahun baru lepas keluar. Filem Hang Tuah dikritik hebat sampai sekarang sebab tak accurate dengan sejarah.

Tapi persamaan kedua-dua filem ni sama iaitu dapat sambutan.

Bila buat filem sejarah tak tepat kena kecam, tapi bila ikut sejarah tak dapat sambutan. Last-last semua penerbit takut buat filem sejarah.
Buat filem sejarah yang difiksyenkan tak menjadikan korea tak patriotik. Mereka lagi Patriotik dari kita.

Masa jepun jajah Korea. Jepun musnahkan istana, semua yang berkaitan kebudayaan korea dan bina macam-macam bangunan jepun di sana.

Tapi lepas merdeka, ada bajet, diaorang bina balik istana dan semua yang dimusnahkan jepun.

Bangunan jepun yang dibina dimusnahkan.

Sanggup habis berjuta-juta just untuk kembalikan budaya mereka.

Kita? A famosa. hehe
Kalau hong kong ada filem tentang Ipman dan wong fei hung yang telah difiksyenkan.

Bila tengok movie tu kita rasa macam betul, kita rasa macam hebat pahlawan cina ni.

Bayangkan ada filem pahlawan melayu yang menarik jalan ceritanya dan ditonton oleh orang luar dengan rasa kagum. Kan best?
Hollywood tak yah cerita lah, memang berlambak cerita kisah benar yang difiksyenkan.

Ini contoh filem lakonan Leornado Dicaprio yang adaptasi dari kisah benar tapi difiksyenkan.
Conjuring 1 pun adaptasi dari kisah benar. Tapi conjuring 1 paling bosan sebab 60-70% memang dari kisah sebenar.

Tapi selepas tu conjuring universe ni jadi menarik sebab dah 90% fiksyen. Kalau follow betul-betul kisah sebenar, rasa conjuring universe ni tak boleh pergi jauh.

Aku sebagai penulis buku genre seram pun guna formula yang sama. Aku guna pengalaman aku dan pengalaman kenalan. Aku fiksyenkan untuk jadi lebih menarik.

Sebab kebanyakan cerita seram yang sebenar ni terlalu banyak persoalan dan tergantung. Sebab itu, kalau orang tanya aku cerita yang aku tulis ni dapat idea dari mana.

Aku jawab dari kisah benar tapi yang dah diubah untuk jadi lebih menarik.

Pada pendapat aku kalau filem dan buku, lebih sesuai ianya fiksyen dari fakta sebab semua ni ialah medium untuk kita terhibur. Kalau nak baca fakta, ada banyak medium lain.

Fakta selalunya membosankan.

Sebab itu orang lebih suka baca teori konspirasi dari benda betul. Sebab teori konspirasi dah ditambah perisa.