BILAKAH NABI BERHIJRAH & BAGAIMANA PENYUSUNAN KALENDAR ISLAM?
Di dalam kitab al-Rahiq al-Makhtum karangan Syeikh Mubarakfuri, ada menyatakan fakta-fakta tarikh peristiwa besar hijrah Nabi ke Madinah. Ia bermula dari konspirasi musyrikin Quraisy yang cuba membunuh Nabi.
⚫ Kronologi.
• 26 Safar bersamaan 12 September 622: Persidangan pembesar-pembesar Quraisy yang mencapai kata sepakat untuk memburu & membunuh Nabi.
• 27 Safar: Setelah Nabi dimaklumkan oleh Jibril, lalu baginda bersama Abu Bakar keluar dari Makkah menuju ke gua Thur yang terletak 5 batu dari kota Makkah. Mereka bermalam di situ selama 3 malam, iaitu dari malam Jumaat hingga ke malam Sabtu.
• 8 Rabiul Awal: Nabi tiba di Quba' & bermalam di situ selama 4 hari, iaitu dari hari Isnin hingga hari Khamis. Baginda mengasaskan masjid Quba dalam persinggahan tersebut.
• 12 Rabiul Awal bersamaan 27 September 622: Nabi masuk ke Madinah dengan sambutan yang gilang gemilang.
⚫ Hijrah: Safar - Rabiul Awal.
Jika kita mengamati perbahasan para ulama', sememangnya kita akan mendapati terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan mereka berkenaan hal ini. Namun mereka tetap menyatakan perjalanan hijrah Nabi adalah dari bulan Safar hingga bulan Rabiul Awal.
Ternyata dari fakta sejarah ini, Nabi tidak berhijrah pada bulan Muharram. Cuma jika kita mahu membicarakan soal pengajaran hijrah pada bulan Muharram, tidaklah salah sebagaimana bulan-bulan yang lainnya.
⚫ Jasa Saidina Umar.
Ketika era perluasan wilayah di zaman Saidina Umar, pentadbiran kerajaan Islam saat itu memerlukan sistem perkiraan tarikh yang tersendiri. Maka Saidina Umar mengemukakan cadangan tersebut kepada sahabat-sahabatnya. Ia dikuatkan dengan riwayat Ibnu Sirin yang menyatakan seorang lelaki telah bertemu dengan Saidina Umar lalu menggesanya agar dibuat kalendar bagi umat Islam.
Sebelum itu ada cadangan-cadangan dari para sahabat agar mereka menggunakan kalendar Rom atau Parsi sahaja. Lantas Saidina Umar menolak pandangan tersebut.
⚫ Menentukan Tahun Pertama.
Setelah keputusan untuk menyusun kalendar bagi umat Islam dicapai, maka para sahabat Saidina Umar berbincang untuk memilih perkiraan bagi tahun pertama. Terdapat beberapa pandangan yang dibincangkan. Antaranya tahun bermula kalendar bermula dari peristiwa:
• Kelahiran Nabi
• Penurunan wahyu pertama
• Peristiwa Isra' & Mi'raj
• Hijrah Nabi
Akhirnya Saidina Umar mengambil keputusan agar kalendar Islam dimulakan tahunnya bermula dari peristiwa hijrah Nabi. Ketika itu adalah tahun ke 17 hijrah Nabi, bermaksud kalendar Islam mula dihitung sejak tahun ke 17.
⚫ Menentukan Bulan Pertama.
Nama bulan-bulan dalam kalendar Hijrah yang digunapakai hari ini, sebenarnya telah pun digunakan sejak dari era jahiliyah lagi. Cuma sistem perkiraan mereka ketika itu tidak menetapkan angka tahun & bulan pertama yang menjadi pemula kitaran bagi kalendar.
Maka berlangsung perbincangan antara Saidina Umar & para sahabat berkenaan bulan apakah yang boleh dipilih untuk menjadi bulan pertama dalam kalendar Islam. Ada yang memilih bulan Sya'ban & ada juga yang mencadangkan bulan Ramadan.
Akhirnya Saidina Umar memilih bulan Muharram sebagai bulan pertama. Ada pendapat menyatakan keputusan tersebut dibuat setelah beliau berbincang dengan Saidina Uthman.
Bulan Muharram dipilih atas pertimbangan ia adalah bulan umat Islam baru selesai menunaikan haji. Bulan Zulhijjah sebelumnya bukan sekadar bulan haji, bahkan ia juga adalah bulan turunnya ayat kesyumulan Islam. Maka relevanlah Muharram dijadikan sebagai bulan permulaan bagi kalendar umat Islam.
⚫ Tahun Baharu.
Walaupun perkara ini selalunya dianggap tidak berapa signifikan, namun mengetahuinya adalah mustahak agar kita tidak tersilap waktu dalam merayakan sesuatu. Bahkan dengan mengetahui perkara seperti ini, kita dapat membayangkan bagaimana perkembangan tamadun Islam itu mula terbina.
Bagi kita umat Islam, kesedaran menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, sangat perlu sentiasa tersemat dalam diri kita. Sekalipun ia tersangat sukar untuk direalisasikan, namun itulah keazaman yang patut berterusan & di

perbaharui setiap hari.
* Gambar peta perjalanan hijrah Nabi. Garisan oren menunjukkan laluan utama dari Makkah ke Madinah. Sementara garisan merah pula adalah laluan yang digunakan oleh Nabi & Abu Bakar. Kelihatan strategi Nabi memintas laluan utama.
Abdul Mu'izz Muhammad
20 Januari 2020
1 Muharram 1442.

"Sesungguhnya diam dari menyatakan kesalahan yang telah berlaku & cuba menyembunyikannya adalah pendirian yang salah. Apatah lagi jika cuba menutup masalah sebenar dengan mengalih perhatian kepada perkara lain. Ia merupakan sebuah kesesatan sikap yang tidak diredhai oleh Allah"
"Wahai pejuang Islam yang mulia! Bukalah minda manusia dengan kunci pemikiran Islam. Bukalah hati mereka dengan rangsangan iman & keyakinan. Bukalah jiwa mereka dengan tarikan rahmat, ehsan serta pergaulan Islami yang adil, murni & rasa persaudaraan Islam"
"Hindarilah dari perilaku yang tidak beretika, riuh tidak bermoral & kempen propaganda semata-mata hanya ingin meraih kemuliaan diri yang sebenarnya kosong. Usah hanyut dengan gelombang keangkuhan yang kelak akan membuntukan. Bahkan ia sangat membunuh"
Semoga Allah merahmati tokoh ilmuwan & pemikir umat, Syeikh Abdul Rahman Hasan Habannakah al-Maidani.
Abdul Mu'izz Muhammad
20 Ogos 2020.

BARAH FANATISME YANG MEREPUTKAN NILAI KELUHURAN BERAGAMA.
Gejala fanatisme atau asabiyyah merupakan penyakit masyarakat sepanjang zaman. Ia amat akrab dengan kejahilan, samada dari aspek kejahilan ilmu atau aspek kejahilan hati. Justeru al-Quran menyenaraikannya sebagai salah satu dari bentuk jahiliyyah.
Mewarisi sifat manusia yang tidak sunyi dari kekurangan, ada kalanya gerakan Islam turut terpalit dengan gejala fanatisme. Terdapat beberapa kitab yang menyentuh akan permasalahan ini. Bahkan ia turut ditulis oleh tokoh-tokoh gerakan Islam sendiri sebagai muhasabah yang jujur.
Ilmuwan & pemikir Islam, iaitu Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Maidani tidak ketinggalan menyuarakan berkenaan gejala fanatisme yang dihidapi oleh kumpulan-kumpulan Islam. Kitab Basair Lil Muslim al-Mu'asir yang bermaksud Pencerahan Bagi Muslim Masakini sarat membahaskan pelbagai permasalahan. Antaranya soal fanatisme yang dihidapi oleh segelintir Islamis.
⚫ Mengapa Ia Ditulis?
Isteri Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Maidani, A'idah Raghib al-Jarrah menceritakan di dalam bukunya, bahawa kitab Basair Lil Muslim ditulis oleh suaminya sebagai reaksi kecelaruan yang berlarutan dalam usaha da'wah ketika itu. Fitnah yang berlaku adalah apabila ramai yang terlibat dalam perjuangan Islam, tanpa benar-benar memahami Islam yang sebenar.
Terkadang berlaku kesalahan dari sudut pendalilan, gagal memahami prinsip keadilan Islam & bahkan turut berlaku praktis-praktis yang tidak bertepatan dengan syara'. Lalu semata-mata dengan beralasankan niat yang baik, maka segala kesalahan yang berlaku cuba diwajarkan.
Senario itulah yang cukup meresahkan kerana dari kecelaruan sedemikian, Islam menjadi bahan fitnah orang ramai akibat tingkah laku pejuangnya. Maka kitab Basair Lil Muslim ditulis oleh Syeikh Abdul Rahman Habannakah & ia mula dicetak pada 1984.
⚫ Definisi.
Pernah suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada Nabi, apakah maksud asabiyyah itu adalah sekadar apabila seseorang menyayangi kaumnya? Lantas Nabi menjawab:
لَا وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ
"Tidak, tetapi dari penyakit asabiyyah itu menyebabkan seseorang menolong kaumnya dalam perkara yang zalim" - hr Abu Daud.
Dalam hadith ini secara jelas Nabi mendefinisikan apakah itu asabiyyah. Ia bersifat sokongan membuta tuli sehingga terkadang menzahirkan perilaku sanggup menegakkan benang yang basah.
Penghidap penyakit asabiyyah juga kerap bersikap diskriminatif. Jika sesuatu kesalahan dilakukan oleh pihak lain, mereka akan tentang habis-habisan. Namun jika perkara yang sama dilakukan oleh pihak sendiri, mereka cuba sembunyikan & bahkan cuba mewajarkannya pula.
⚫ Sejarah Asabiyyah Yang Digantikan Dengan Wala'.
Dalam sebuah syarahan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkenaan wala', beliau menceritakan bagaimana doktrin politik jahiliyyah masyarakat Arab yang telah merosakkan keluhuran masyarakat mereka. Antara faktor utamanya adalah kerana penyakit asabiyyah.
Asalnya masyarakat jahiliyyah menganut cara hidup asabiyyah. Asabiyyah yang menyebabkan mereka terikat mesti bersama qabilah masing-masing, walau dalam kondisi apa pun. Samada benar atau salah, adil atau zalim, mereka mesti setia mendukung secara membuta tuli kerana mereka menganggap qabilah mereka sebagai parameter kebenaran.
Hingga terbudaya dalam kalangan mereka, jika apa-apa keputusan yang datang dari qabilah mereka, maka mereka dilarang sama sekali untuk bertanya justifikasi dan bukti sandaran. Hal ini digambarkan oleh syair-syair jahiliyyah yang menyuruh ikut sahaja apa yang diputuskan oleh ketua mereka tanpa soal bicara.
Lantas datangnya Islam, menghapuskan projek pembodohan tersebut. Islam merombak dasar berfikir manusia agar kembali menjadikan Allah, Rasul dan hujah orang beriman sebagai penentu kebenaran. Kebergantungan itulah yang dipanggil sebagai wala'.
Bermakna sikap mahu bersekutu atau mahu bermusuh, mahu menerima atau mahu menolak, semuanya ditentukan oleh nas Allah dan Rasul dengan pendalilan yang benar. Dari dua sumber yang maksum ini, merasionalkan daya berfikir umat agar sen

tiasa konsisten dengan keadilan.
Faktor yang mempengaruhi pemilihan keputusan, mestilah berdasarkan kepentingan Allah dan Rasul. Bukan bertitik tolak dari kepentingan selainnya seperti pertimbangan kebendaan, pengaruh orang tertentu atau dorongan oportunis ikut-ikutan secara pragmatik.
⚫ Maksud Wala'.
Wala' merupakan hubungan kesetiaan orang-orang beriman dengan Allah & RasulNya. Sementara hubungan wala' sesama manusia dalam konteks organisasi, ia berlangsung secara dua hala.
Bermaksud, orang bawahan perlu wala' dengan pimpinan & pimpinan turut perlu meletakkan keutamaan kepada orang bawahan. Di dalam nas-nas agama, bukan semata-mata ada suruhan agar para sahabat mentaati Nabi. Bahkan turut kelihatan ada teguran dari Allah, agar Nabi mengutamakan para sahabatnya ketika baginda mula disua dengan peluang-peluang politik yang ditawarkan oleh Quraisy.
Secara ringkas, wala' turut merangkumi maksud saling mendukung, saling menasihati & saling mengemukakan kritikan yang jujur. Ternyata wala' bukanlah seperti konsep asabiyyah, yang bermaksud perlu menuruti segala perkara tanpa boleh menyoal apatah lagi mengkritik.
⚫ Fanatisme Yang Disangka Kononnya Wala'.
Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Maidani menjelaskan terkadang berlaku sikap melampau atas nama wala'. Hingga melewati sempadan prinsip kebenaran ketika mendukung & menyokong. Malah wujud perilaku batil yang dangkal seperti pembohongan, kezaliman & pengkhianatan.
Sedangkan Islam merupakan agama murni yang sama sekali tidak memerlukan cara yang batil, untuk mencapai kemenangan. Hanya cita-cita batil yang memerlukan cara yang batil untuk menang.
Dari fanatisme tersebut, menyebabkan seseorang akan menyolek tokoh atau kumpulannya secara palsu, agar sentiasa dilihat serba sempurna. Sekalipun memang ada kesilapan dan kesalahan yang dilakukan, tetap wajib bela kononnya atas alasan demi menjaga imej Islam yang menjadi dasar perjuangannya.
Begitu juga dari fanatisme, membuatkan seseorang buta dalam menilai. Walaupun telah ternyata orang dari kumpulannya melakukan kesalahan, penipuan atau korup, namun dia tetap meletakkan kepercayaan secara membuta tuli.
Pada masa yang sama, fokus orang yang menghidapi penyakit fanatisme hanya ingin menghentam pihak yang tidak sehaluan dengan aspirasinya. Hal ini termasuklah sentiasa membesarkan kekurangan, menghalang potensi-potensi kebaikan yang boleh menyainginya & melebarkan fitnah bagi memburukkan saingannya.
Segala kebatilan-kebatilan itu cuba dijustifikasikan melalui dalil yang pendalilannya salah, bahawa peperangan itu adalah tipu daya. Gejala-gejala seperti ini telah menimpa umat terdahulu. Bahkan mereka telah ditimpa bala disebabkan fanatisme.
⚫ Mengampu Itu Menghancurkan.
Dalam muqaddimah kitab Basair Lil Muslim, Syeikh memulakannya dengan seruan yang beliau sifatkan dari lubuk hati penuh kesedihan:
"Janganlah kamu menganggap semua orang yang menyanggahimu kerana ingin memusuhimu. Dan jangan pula kamu anggap semua yang bersetuju denganmu kononnya sebagai teman setiamu.
Ada kala yang menyanggahimu adalah insan yang paling menyayangimu, yang cuba memeliharamu dari bahaya, yang sangat bersungguh memastikan misi kebaikan tercapai. Ada kalanya juga yang sentiasa bersetuju denganmu & yang mengampu bertepuk tangan tanpa sebarang teguran adalah musuh yang sangat teringin melihat kamu hanyut.
Penyokong seperti itu sebenarnya amat ternanti-nanti kamu ditimpa akibat yang menghancurkan. Yang demikian itu menyebabkan kamu rugi mengejar cita-cita yang tidak kesampaian"
⚫ Islam Memerangi Diskriminasi.
Sememangnya fitrah manusia sentiasa terdedah kepada kesilapan & kealpaan. Ia adalah normal. Disebabkan itu Islam mengagendakan budaya tegur menegur sebagai dasar beragama.
Ternyata fanatisme adalah penyakit yang menghinakan akal & mengkorupkan moral. Terdapat banyak nas-nas yang menegaskan betapa agama Islam melestarikan prinsip keadilan. Bahkan dengannya, menyebabkan ramai yang memeluk Islam.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ

"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu sebagai golongan penegak keadilan kerana Allah. Walaupun terhadap dirimu sendiri, atau ibu bapamu & kaum terdekatmu" - al-Nisa' 135.
Abdul Mu'izz Muhammad
22 Ogos 2020.
Abdul Mu'izz Muhammad
22 Ogos 2020.
DI SEBALIK TENGGELAMNYA FIRAUN.
Firaun merupakan watak yang cukup popular di dalam al-Quran. Nama gelaran bagi raja Mesir itu diulang sebanyak 74 kali di dalam kitab suci tersebut. Kisah Firaun sarat dengan pengajaran-pengajaran politik yang tegar mendahulukan kuasa lebih daripada kepentingan iman.
10 Muharram adalah tarikh tenggelamnya Firaun bersama dengan bala tenteranya. Ia adalah lambang kemenangan iman ke atas keangkuhan kuasa. Di dalam Bible, peristiwa tersebut dinamakan sebagai Exodus.
⚫ Selepas 40 Tahun.
Setelah puluhan tahun Nabi Musa telah mengambil pelbagai usaha untuk menyedarkan Firaun, ternyata penguasa tersebut tetap degil.
Malah tindakannya menyekat da'wah Nabi Musa semakin mengakibatkan ramai yang semakin jauh dari pedoman. Lalu Nabi Musa berdoa:
وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَن سَبِيلِكَ ۖ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَىٰ أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ
"Dan berkata Musa: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah berikan kepada Firaun & pembesar-pembesarnya kemewahan harta benda dalam kehidupan dunia. Wahai Tuhan kami, disebabkan itu mereka menyesatkan manusia dari jalanMu. Wahai Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, kunci matilah hati-hati mereka. Maka mereka tidak beriman sehinggalah mereka melihat azab yang pedih" - Yunus 88.
Lantas Allah membalas permintaan Nabi Musa itu dengan suruhan agar baginda bersama Nabi Harun sentiasa konsisten menentang Firaun. Sekalipun Firaun itu tiada harapan untuk beriman, namun pembesar & rakyatnya masih lagi berpotensi untuk mengikuti da'wah Nabi Musa di kemudian hari.
قَالَ قَدْ أُجِيبَت دَّعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
"Allah berkata: "Sesungguhnya telah dijawab permintaan kamu berdua (Nabi Musa & Nabi Harun), maka kamu berdua perlu istiqamah. Jangan terikut-ikut dengan jalan golongan yang tidak mengerti" - Yunus 89.
Para ulama tafsir menukilkan riwayat dari Ibnu Juraij, bahawa tempoh antara doa itu dilafazkan & peristiwa tenggelamnya Firaun adalah selama 40 tahun. Bermakna selama waktu tersebut, Nabi Musa menumpukan da'wah kepada orang keliling Firaun & ternyata ia membuahkan hasil yang signifikan.
⚫ Setelah 2/3 Jentera Firaun Lumpuh.
Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi menjelaskan, kisah bagaimana Firaun mengoperasikan kekuasaannya sama sahaja dengan kaedah politik moden hari ini. Allah menceritakan Firaun memiliki 3 jentera politiknya yang berkesan:
• Haman: Badan pemikir yang menguruskan strategi Firaun.
• Qarun: Hartawan yang membiayai politik Firaun & saling bertukar kepentingan dengan penguasa tersebut. Akhirnya Allah tenggelamkan Qarun.
• Ahli Sihir: Ibnu Kathir meriwayatkan jumlahnya seramai 80 ribu orang. Fungsinya sebagai jentera media propaganda yang boleh mengolah persepsi orang ramai. Setelah tewas menentang Nabi Musa, akhirnya mereka beramai-ramai memeluk Islam lalu syahid dibunuh Firaun.
2 jentera utama Firaun iaitu Qarun & kumpulan ahli sihir telah ditarik oleh Allah. Situasi tersebut menyebabkan Firaun berada dalam keadaan amat terdesak bagi mengekalkan kuasanya. Lalu Firaun melancarkan tindakan terburu-buru hingga membawa kepada kehancuran ke atas dirinya sendiri.
⚫ Tindakan Yang Merugikan Perbendaharaan.
Sikap Firaun yang kuat menindas Bani Israel, hakikatnya hanya merugikan Mesir. Hal ini kerana, kemajuan Mesir ketika itu sangat bergantung dengan pertanian yang diusahakan oleh Bani Israel.
Bahkan Allah timpakan bala ke atas Mesir akibat keangkuhan Firaun, kesemuanya bersangkutan dengan pertanian. Bala berupa taufan, belalang, kutu, katak & air sungai berubah menjadi darah, semua itu memusnahkan kekayaan Mesir yang bersumberkan pertanian.
Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi menjelaskan apabila Bani Israel keluar dari Mesir, hakikatnya ia membawa kerugian ke atas orang-orang Mesir kerana selama ini Bani Israel dipergunakan untuk bekerja. Malah ia juga merugikan politik Firaun.
⚫ Hijrah & Diburu.
Setelah t

ekanan ke atas da'wah Islam memuncak, Allah memerintahkan agar Nabi Musa membawa pengikutnya keluar dari Mesir pada waktu malam. Ia sebagai langkah strategi agar pergerakan mereka tidak pantas dikesan.
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ
"Dan Kami wahyukan kepada Musa agar bawalah hamba-hamba Kami pada waktu malam. Sesungguhnya pasti kamu semua akan dikejar" - al-Syu'ara' 52.
Setelah perkara itu sampai ke pengetahuan Firaun, ia merangsang Firaun untuk melancarkan operasi besar-besaran dengan sepenuh kekuatan tenteranya. Amukan tersebut menghilangkan daya rasional Firaun.
Pada pertimbangannya ketika itu, dia akan kelihatan kalah secara moral jika Nabi Musa & pengikutnya dilepaskan begitu sahaja. Maka Firaun bersama bala tenteranya menjejaki Nabi Musa & mendapati musuhnya itu sedang menuju ke arah matahari terbit, iaitu Laut Merah.
⚫ Kemuncak Tawakkal.
Allah menceritakan bagaimana cuaknya Bani Israel apabila terkepung. Di hadapan mereka laut, sementara di belakang mereka debu pasir tinggi melangit yang terhasil dari derapan kaki tentera Firaun.
فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَىٰ إِنَّا لَمُدْرَكُونَ • قَالَ كَلَّا ۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ
"Maka tatkala dua golongan itu bertentang mata, berkatalah pengikut-pengikut Musa: "Kita pasti akan tertangkap". Dia (Musa) lalu menjawab: "Tidak sama sekali berlaku demikian. Sesungguhnya Tuhanku pasti bersamaku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku" - al-Syu'ara' 61-62.
Dalam situasi tersebut, kita memahami bahawa Allah Maha Berkuasa menunjukkan kuasaNya. Selagi hambaNya boleh berusaha, maka Allah berikan ruang itu secukupnya. Namun setelah hilang segala kesempatan untuk berusaha & keadaan yang terlalu mendesak, maka ketika itulah keajaiban akan berlaku.
Manusia akan kuat pergantungannya dengan Allah ketika dalam keadaan terdesak. Justeru, para Nabi serta orang-orang beriman ditakdirkan untuk selalu ditimpa kesusahan kerana dengan cara itulah kebergantungan mereka dengan Allah semakin erat.
⚫ Islam Agama Usaha.
Peristiwa terbelahnya Laut Merah berlaku pada waktu pagi. Sekalipun kejadian tersebut menzahirkan keabsahan kuasa Allah secara mutlak, namun Allah tetap menyuruh Nabi Musa agar memukul tongkatnya. Ia sebagai simbolik, betapa di sebalik keajaiban bantuan Allah itu, tetap ada usaha dari hambanya yang soleh. Demikianlah sunnatullah.
فَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْبَحْرَ ۖ فَانفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ
"Lalu Kami wahyukan kepada Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". Maka terbelahlah laut itu & setiap belahan menjadi seperti gunung yang besar" - al-Syu'ara' 63.
⚫ Firaun Buat Kerja Gila.
Jika difikirkan, keputusan Firaun bersama bala tenteranya ikut masuk ke dalam laut itu adalah tindakan yang bodoh. Hal ini kerana mereka sedar bahawa 'kunci' laut yang sedang terbelah itu berada di tangan Nabi Musa. Bermaksud setelah Nabi Musa bersama pengikutnya selamat ke seberang, laut pasti akan kembali seperti sediakala & mereka akan lemas.
Al-Quran menggambarkan kejadian tenggelamnya Firaun adalah kerana dirinya sedang dikuasai dendam yang meluap-luap. Ia menghilangkan pertimbangan rasionalnya.
وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ
"Dan Kami selamatkan Bani Israel melintasi laut. Maka mereka diikuti oleh Firaun & bala tenteranya dengan penuh hasrat untuk menindas & permusuhan" - Yunus 90.
Tiada siapa yang dapat merasionalkan Firaun saat itu. Sebaliknya dia telah sekian lama menternak pengampu-pengampu yang tidak akan merasionalkan dirinya, melainkan mereka akan sentiasa mengiyakan segala pendapat & tindakan Firaun sekalipun dangkal.
⚫ Hanya Sedar Setelah Hilang Segalanya.
Allah memerintahkan Nabi Musa agar baginda tunggu sehingga kesemua bala tentera Firaun memasuki laut yang sedang terbelah itu. Setelah semuanya masuk, barulah Nabi Musa diperintahkan untuk mengetuk tongkatnya agar laut kembali seperti sediakala & menenggelamkan seluruh bala tentera Firaun.
Dalam sekelip mata, Firaun hilang

segala-galanya. Kuasa, pengaruh, harta & pengikut semuanya lesap. Saat itulah baru Firaun menyatakan kesediaannya untuk beriman, namun telah terlambat.
حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Sehingga apabila Firaun hampir tenggelam, dia berkata: "Aku beriman bahawa tiada tuhan melainkan dia yang diimani oleh Bani Israel, & aku dalam kalangan orang-orang Islam" - al-Syu'ara' 90.
Ketika Firaun tercungap-cungap, Allah tidak menerima pengakuan Islamnya. Sesungguhnya taubat seseorang yang ingkar tidak diterima oleh Allah ketika bala yang bertujuan membinasakannya sedang dilancarkan. Firaun sudah cukup terlambat.
Dari sudut yang lain, pengakuan Firaun itu membuktikan bahawa dia menolak Islam selama ini bukan kerana Nabi Musa tidak cukup mengemukakan hujah. Apatah lagi bukan kerana da'wah Nabi Musa itu tidak cukup bukti. Malah Firaun faham apa yang diseru oleh Nabi Musa.
Sebaliknya Firaun menolak kerana kepentingan dunia yang diutamakanya. Setelah kuasa, harta, pengikut & pengaruh hilang dari diri Firaun, barulah dia menyatakan kesediaan menuruti ajaran Islam. Banyak kisah-kisah lain yang turut menggambarkan bahawa manusia tidak bersama kebenaran Islam kerana kepentingan kuasanya, bukan kerana tidak cukup hujah atau bukti.
⚫ Firaun Ramsis II & Firaun Merneptah.
Seorang pengkaji dari Perancis, Maurice Bucaille mengemukakan pandangan bahawa Firaun yang dihadapi oleh Nabi Musa adalah seramai 2 orang:
• Firaun Ramsis II: Raja Mesir yang mengeluarkan arahan untuk bunuh bayi-bayi lelaki Bani Israel. Di bawah jagaanya juga, Nabi Musa membesar. Ramsis II memerintah selama 67 tahun.
• Firaun Merneptah: Anak kepada Ramsis II yang akhirnya mati lemas dalam peristiwa terbelahnya laut setelah memerintah selama 10 tahun.
Maurice Bucaille merumuskan hal tersebut setelah membuat kajian perbandingan saintifik berkenaan Firaun bersumberkan Bible & al-Quran. Akhirnya Maurice Bucaille memeluk Islam. Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi mengulas bahawa kajiannya boleh diambil & tidaklah sampai membabitkan kepercayaan secara tetap.
⚫ Kekalnya Mumia Untuk Pengajaran.
فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ
"Maka hari ini 'selamatkan' jasadmu, untuk kamu menjadi bukti pengajaran bagi manusia setelahmu. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia lalai akan tanda-tanda kekuasaan Kami" - Yunus 92.
Mumia bagi firaun-firaun yang telah diceritakan ini, mula terbongkar dijumpai pada 1898. Allah telah mengilhamkan para pengkaji untuk menzahirkan janjiNya. Walau apa sekalipun motif para pengkaji itu, penemuan mereka hakikatnya membenarkan janji al-Quran.
Kita menjadi sebahagian dari generasi yang telah dijanjikan untuk melihat rupa sebenar Firaun yang menindas Nabi Musa & pengikutnya yang beriman. Allah mengingatkan, sekalipun kisah Firaun itu nyata & jelas mayatnya kekal menjadi tatapan umum, namun sedikit sahaja yang mengambil pengajaran dari kisahnya.
⚫ Pasca Abad ke 20.
Selepas abad ke 20, iaitu setelah mayat Firaun ditemui, dunia menyaksikan praktis kekuasaan gaya Firaunisme semakin berleluasa. Terbongkarnya mayat Firaun sepatutnya menyedarkan manusia agar jangan meniru sikap-sikap Firaun. Namun ternyata seperti yang telah diingatkan oleh al-Quran, manusia tetap tidak mengambil pengajaran.
Abdul Mu'izz Muhammad
29 Ogos 2020.

MOTIVASI LUAR BIASA DARI NABI.
Antara hikmah Nabi diutuskan dalam kalangan manusia adalah, baginda dapat membawa ajaran Islam sesuai dengan naluri manusia. Pesanan-pesanannya cukup inspiratif. Memberi harapan kepada kehidupan, mencerdaskan akal & meluaskan wawasan hidup manusia.
⚫ Berlakunya Kerosakan Demi Kerosakan.
Terdapat sebuah hadith, Nabi berpesan akan fenomena di zaman fitnah berkenaan keburukan-keburukan yang melanda.
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ ، لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُخَوَّنَ الْأَمِينُ ، وَيُؤْتَمَنَ الْخَائِنُ ، حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَحُّشُ ، وَقَطِيعَةُ الْأَرْحَامِ ، وَسُوءُ الْجِوَارِ
"Demi diriku yang berada di dalam genggamanNya, tidak berlaku kiamat sehingga:
• Orang yang amanah dikhianati & pengkhianat pula diberikan kepercayaan,
• Munculnya di tengah masyarakat akan kekejian & cercaan menjadi tabiat kebiasaan,
• Terputusnya tali persaudaraan,
• Hubungan jiran tetangga menjadi buruk"
⚫ Kita Perlu Jadi Bagaimana.
Kemudian baginda menyentuh soal jatidiri yang perlu ada pada diri orang-orang beriman. Perumpaan yang dibuat oleh Nabi sangat mempesona, menunjukkan bahawa orang-orang beriman itu perlu ada nilainya sendiri.
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ ، إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ الْقِطْعَةِ مِنَ الذَّهَبِ ، نَفَخَ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا فَلَمْ تَغَيَّرْ ، وَلَمْ تَنْقُصْ ، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ ، إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ النَّحْلَةِ ، أَكَلَتْ طَيِّبًا ، وَوَضَعَتْ طَيِّبًا ، وَوَقَعَتْ فَلَمْ تُكْسَرْ وَلَمْ تَفْسُدْ
• "Demi diriku yang berada dalam genggamanNya, sesungguhnya perumpamaan orang-orang beriman itu bagaikan sepotong emas. Ditempa menjadi apa pun, emas itu nilainya tidak pernah berkurang.
• Demi diriku yang berada dalam genggamanNya, sesungguhnya perumpamaan orang-orang beriman itu bagaikan lebah. Makanannya baik & menghasilkan hasil yang baik. Ia tidak merosakkan bunganya & tidak mematahkan rantingnya" - hr Ahmad.
⚫ Jadilah Umpama Emas & Lebah.
Nabi berpesan bahawa orang beriman itu sepatutnya memiliki nilainya yang tersendiri. Samada dirinya memang dipandang sebagai hiasan, atau dibakar hingga cair, atau tidak diperbuat apa-apa pun seperti rupa asalnya, ia tetap bernilai. Emas tetap emas. Ia tidak memerlukan sokongan bahan lain untuk membuatkannya berharga.
Selanjutnya Nabi mengibaratkan orang-orang beriman seperti lebah. Bersatu padu memilih makanan yang baik & mengeluarkan hasil yang terbaik. Sengatnya hanya digunakan untuk pertahanan, bukan untuk merosakkan.
Pendek kata, orang-orang beriman bukanlah golongan perosak. Sebaliknya mereka adalah golongan yang memiliki jatidiri tersendiri. Tidak bergantung dengan penilaian orang ramai. Apatah lagi di zaman fitnah, paradigma manusia sudah pincang.
Abdul Mu'izz Muhammad
8 September 2020.

GELORA POP ISLAMISME.
Pop Islamisme adalah antara topik fenomena budaya beragama yang dikesan muncul dari negara-negara Barat seawal kira-kira 20 tahun yang lalu. Ia merupakan reaksi masyarakat muslim di sana yang menjadi mangsa diskriminasi akibat kempen Islamofobia.
Lalu dengan tekanan yang sedia ada, mereka cuba mengolah imej beragama dengan menerima elemen-elemen budaya pop agar mereka dapat diterima oleh masyarakat setempat. Demikian senario Islam di beberapa negara Barat seawal tahun 2000.
⚫ Sejak Pertengahan 2000.
Manakala di Malaysia, Pop Islamisme menjadi sebahagian dari eksperimen 'strategi' politik bagi kumpulan Islam agar mereka dilihat sebati dengan arus budaya semasa anak muda. Evolusi yang berlangsung ini menyaksikan perubahan fokus dari wacana ideologi perjuangan yang ingin dibawa, berpindah kepada mengikuti arus budaya pop semasa.
Ada kalanya ia dilihat menumpang populariti pihak lain untuk meraih sokongan orang ramai. Adakalanya pula ia dilihat tidak fokus dalam mengketengahkan isu rakyat & umat secara serius. Bahkan terkadang ia kelihatan provokatif kerana tidak sesuai dengan suasana setempat yang umatnya sudah sedia diterapkan dengan nilai-nilai Islam, tidak seperti di negara-negara Barat.
Sekalipun pendukung Pop Islamisme cuba menafikan wujudnya kecenderungan hedonisme dalam pendekatan mereka, namun reaksi-reaksi mereka ketika diminta penjelasan jelas membenarkan kebimbangan tersebut. Reaksi-reaksi defensif seperti mengejek & tergesa-gesa meremehkan nasihat adalah hakikatnya antara gejala bawaan hedonisme.
⚫ Bukan Sekadar Soal Hukum.
Apabila dikatakan bahawa sekarang kita berdepan dengan krisis pemikiran, bermakna permasalahan-permasalahan semasa perlu dibahas dari sudut ideologi terlebih dahulu. Realitinya ramai yang tidak sabar untuk meneliti sudut pandang ini.
Setiap fenomena pasti mempunyai akar pemikirannya yang tersendiri. Cukup silap jika kita terus membicarakan soal hukum feqh terlebih dahulu, kerana berapa banyak permasalahan budaya & gaya hidup masyarakat yang akhir sekali merosakkan itu bermula dari perkara-perkara yang hukum asalnya kelihatan harus.
Bahkan bukan semua perkara harus itu wajar dibuat. Di sinilah kita temui pedoman dari sabda Nabi, bahawa perkara-perkara kabur yang boleh mendatangkan implikasi buruk itu, hanya sedikit orang yang mencermatinya.
⚫ Punca Perbezaan Cara Pandang.
Setelah merenung panjang akan sejarah polemik 'uslub' dalam membawa halatuju da'wah, bolehlah kita rumuskan bahawa ia berpunca dari cara berfikir yang berbeza. Kita memahami bahawa da'wah itu berorientasikan pendidikan.
Ia mesti membina akal budi, menaiktaraf tahap kefahaman & menginspirasikan umat samada dari sudut akhlak, pemikiran & perilaku moral. Ia dinamik. Pada masa yang sama da'wah sifatnya mandiri & perlu dibawa dengan ilmu agar Islam yang dibawa itu boleh diikuti dengan kesedaran.
Sementara golongan yang mendukung pendekatan Pop Islamisme pula cuba mengqiaskan kononnya da'wah itu ibarat perniagaan. Sememangnya tabiat berniaga mempunyai kecenderungan ke arah sikap pragmatik.
Bahkan terkadang ia dirasakan sesuai dengan cara 'bad publicity', asalkan dapat menarik perhatian orang ramai. Untuk melangsungkan idea seperti itu, cukup dengan gaya & semangat. Ternyata ia memang kelihatan meriah, namun tanpa sedar lupa akan tujuan asal da'wah.
⚫ Menginsafi Realiti Umat.
Sebenarnya jika kita selaku penda'wah benar-benar bergaul dengan masyarakat awam, kita akan dapati mereka sangat memerlukan panduan. Bergaul yang dimaksudkan di sini bukan dengan berprogram, atau mengenakan baju entiti kita. Tidak.
Sebaliknya secara 'natural', tidak perlu 'selfie' atau perilaku-perilaku gopoh yang hanya akan menggambarkan siapa yang dijadikan sebagai objek. Umat di luar sana tidak meminta kita jadi macam mereka.
Kita pun tidak perlu memandang rendah terhadap daya penilaian mereka dengan mencuba-cuba gaya yang kelihatan 'cool', kononnya sebagai helah da'wah. Mereka ada otak untuk membezakan antara interaksi yang jujur & interaksi yang palsu dibuat-buat.
Cubalah keluar sejenak dari kelompok sendiri,

banyak realiti kehidupan yang boleh kita pelajari. Santai bukan maksudnya hanyut.
Abdul Mu'izz Muhammad
9 September 2020.
Abdul Mu'izz Muhammad
9 September 2020.
MEMAHAMI, APAKAH ITU DA'WAH?
Berikut beberapa pautan tulisan-tulisan yang diharapkan dapat mencerahkan minda kita di sekitar permasalahan-permasalahan da'wah semasa. Kefahaman yang tuntas amat mustahak, apatah lagi sekarang kita bergelut dengan pelbagai fahaman yang sedang terbentang di lapangan umat. Hari ini, ramai yang memikirkan soal instrumen-instrumen baharu da'wah hingga terlupa akan nadi utama da'wah, iaitu ilmu.
⚫ Memurnikan Feqh Da'wah.
Konsep-konsep asas yang perlu difahami oleh para penda'wah. Ia bersifat mendidik, menginspirasikan umat & memiliki jatidiri yang kukuh.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1682565781774191&id=100000623571778
⚫ Tips Penulisan Da'wah.
Pena & da'wah tidak dapat dipisahkan. Ia adalah pendekatan yang efektif sejak zaman berzaman. Kini, kita berpeluang menulis mesej-mesej da'wah di media sosial.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3113303645367057&id=100000623571778
⚫ Tips Pengucapan Da'wah.
Kefasihan berkata-kata bukan dengan retorik-retorik indah tanpa pertimbangan ilmu & integriti terhadap nilai da'wah. Sebaliknya ia sarat dengan sifat kebertanggungjawaban.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2757012970996128&id=100000623571778
⚫ Menilai Semula Sinisme Dalam Berda'wah.
Mengulas berkenaan budaya interaksi secara keji yang turut mempengaruhi segmen da'wah. Gagasan-gagasan da'wah yang murni berpotensi menjadi rosak, kerana sikap jahil segelintir golongan jahil yang ingin berda'wah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2135998273097604&id=100000623571778
⚫ Gelora Pop Islamisme.
Pasca 2001, pendekatan politik serba longgar Post Islamism kelihatan bergandingan dengan pendekatan da'wah serba longgar Pop Islamism. Kedua-dua doktrin ini berdiri di atas asas yang sama, iaitu mengutamakan sokongan manusia secara pragmatik.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3524305777600173&id=100000623571778
⚫ Ketulenan Da'wah Kreatif Sunan Kalijaga.
Ramai yang menggunakan sejarah Sunan Kalijaga bagi menjustifikasikan idea Pop Islamisme, tanpa pemahaman mendasar terhadap falsafah da'wah secara tulen yang digagaskan oleh Sunan Kalijaga. Ternyata da'wah itu sifatnya mandiri, bukan menumpang nilai pihak lain secara pragmatik.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3378311122199640&id=100000623571778
⚫ Istiqamah Dengan Objektif Da'wah.
Istiqamah tidak boleh dipisahkan dengan ilmu. Implikasi dari cuba berda'wah tanpa persediaan ilmu yang cukup, menyebabkan seseorang itu hanyut dengan arus massa.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3373496279347791&id=100000623571778
Mungkin jika timbul persoalan-persoalan baharu yang menuntut kepada respon semasa, senarai tulisan ini akan dikemaskinikan. Semoga bermanfaat & mencerahkan semua.
Abdul Mu'izz Muhammad
14 September 2020.

"Mana mungkin, anda dapat melihat diri anda di permukaan air yang menggelegak. Demikianlah juga, anda tidak akan dapat melihat realiti ketika anda sedang marah. Ambillah masa bertenang terlebih dahulu. Kemudian barulah tentukan tindakan, agar anda tidak menyesal kelak"
Berfikir panjang itu ibadat. Bertindak atas dorongan emosi itu dungu. Kerap mempamerkan kemarahan itu menghilangkan wibawa.
Abdul Mu'izz Muhammad
24 Sepember 2020.

PERATURAN & KEWIBAWAAN.
Keberkesanan sesebuah peraturan bergantung kepada wibawa yang dimiliki oleh si pelaksana peraturan. Dalam konteks negara, pihak pemerintah mesti menunjukkan komitmen yang serius bagi mempertegaskan peraturannya.
Sikap double standard hanya akan menghilangkan wibawa pihak pemerintah & menyebabkan sesebuah peraturan sukar diikuti oleh rakyat secara rela. Malah perilaku melanggar peraturan yang membabitkan pembesar-pembesar kerajaan, hanya akan memakan diri mereka sendiri.
Saat kewibawaan mula diragui, maka peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh mereka akan mula menjadi bahan mainan rakyat. Kecuaian tersebut pasti akan dimanfaatkan oleh pihak pembangkang & sememangnya ia amat dinantikan.
Apabila membicarakan soal kemaslahatan semua, maka pertimbangan moral amat mustahak untuk difahami. Ia adalah nilai universal, merentasi sempadan kepercayaan rakyat yang pelbagai ragam.
Oleh kerana itu topik kewibawaan di dalam Islam, terkait dengan qudwah. Sementara adil tanpa mengamalkan double standard pula, amat akrab dengan taqwa. Semoga barisan hadapan KKM terus diberikan kekuatan & diganjari pahala yang berganda.
Abdul Mu'izz Muhammad
7 Oktober 2020.

NABI SURUH MINIMAKAN PERGERAKAN SAAT DILANDA BENCANA.
Nabi berpesan:
سَتَكُوْنَ فِتَنٌ القاعِدُ فِيْها خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ والقائمُ فيها خيرٌ من المَاشِي والماشِي فيها خير من السَّاعِي. مَنْ تَشَرَّفَ لَها تَسْتَشْرِفْهُ وَمَنْ وَجَدَ مَلْجَأً أَوْ مَعَاذاً فَلْيَعِذْ بِهِ
"Akan berlakunya fitnah, orang yang duduk lebih baik dari orang yang berdiri. Orang yang berdiri ketika itu lebih baik dari orang yang berjalan. Orang yang berjalan ketika itu lebih baik dari orang yang berlari. Barangsiapa yang berdepan dengan fitnah tersebut, maka hendaklah dia menghindarinya. Dan barangsiapa yang mendapati tempat kembali atau tempat berlindung darinya, maka hendaklah dia berlindung" - hr Bukhari & Muslim.
• Kalimah fitnah di dalam hadith memiliki pelbagai maksud, termasuklah merujuk kepada bencana penyakit yang merebak.
• Nabi menyuruh kita agar pasif, minimakan pergerakan. Dalam konteks wabak Covid-19 hari ini, ternyata ia adalah satu kaedah pencegahan yang berkesan agar ia tidak cepat merebak.
• Kesedaran ini bergantung kepada sikap ketelusan masing-masing terhadap kepentingan bersama.
• Perlu bersedia mengorbankan kepentingan diri sendiri. Sekarang bukan waktu untuk berjalan-jalan, bergerak merentasi negeri & bersosial dengan skala yang besar.
• Ternyata Islam bukan sekadar mengajar doa berlindung dari bencana. Bahkan Islam turut mengajar praktis hidup secara sejahtera yang dapat menyelamatkan semua manusia.
Inilah penyelesaian dari Islam.
Abdul Mu'izz Muhammad
6 Oktober 2020.

PENCERITAAN SURAH KUDA PERANG YANG PENUH SENSASI.
Senario kehidupan masyarakat jahiliyyah gemar bercerita seputar topik kepentingan harta, peperangan, kuda perang & status sosial. Allah menurunkan surah al-'Adiyat bagi menarik perhatian masyarakat ketika itu agar terpanggil mendengar mesej dari wahyu.
⚫ Haiwan Yang Luar Biasa.
Al-'Adiyat bermaksud kuda perang yang gagah ditunggangi oleh para pahlawan dalam peperangan. Said Qutb menjelaskan betapa surah al-'Adiyat sarat dengan elemen penceritaan yang amat sensasi.
وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا • فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا • فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا • فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا • فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا
"Demi kuda perang yang berlari kencang termengah-mengah. Dan kuda yang memercikkan api dari derapan kakinya. Dan kuda yang menyerbu pada waktu pagi. Lalu menerbangkan debu-debu. Maka menyerang ke tengah-tengah kumpulan musuh" - al-'Adiyat 1-5.
Surah ini menggambarkan suasana kuda-kuda yang berlari pantas dengan dengusan nafasnya yang kencang. Derapan kakinya mengeluarkan percikan api ketika melancarkan serangan di awal pagi. Aksi tersebut menaikkan debu yang berkepul-kepul.
Laras bahasa yang digunakan dalam surah ini agak keras, berdentam-dentum sesuai dengan senario peperangan. Lantas Allah mengaitkan pula plot perihal kuda dengan tabiat keingkaran manusia yang kufur terhadap nikmat Allah.
⚫ Cerita Dunia Untuk Berfikir Soal Akhirat.
إِنَّ الإِنسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ • وَإِنَّهُ عَلَى ذَلِكَ لَشَهِيدٌ • وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ • أَفَلا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ • وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ • إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّخَبِيرٌ
"Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar kepada Tuhannya. Dan sungguh dia (manusia) sendiri menyaksikannya. Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar melampau. Maka tidaklah dia mengetahui realiti sebenar apabila kubur dibongkarkan nanti. Dan apa yang tersimpan di dalam dada akan didedahkan. Sesungguhnya Tuhan mereka ketika itu Maha Teliti terhadap perhitungan ke atas mereka" - al-'Adiyat 6-11.
Setelah menarik minat orang ramai agar mendengar perihal kuda yang bersifat keduniaan, Allah membawa mereka agar berfikir pula soal akhirat. Dari kuda sebagai simbol status sosial, kepada pertimbangan nasib di kubur.
Allah mengingatkan bahawa manusia menolak kebenaran bukan kerana mereka tidak dapat melihat hakikat kebenaran. Sebaliknya mereka berpaling dari kebenaran kerana sangat terikat dengan kepentingan dunia.
Disebabkan itu Allah mulakan surah ini dengan menceritakan perihal dunia yang digemari oleh semua orang. Di sebalik kepentingan-kepentingan dunia itu, Allah menyuruh manusia agar berfikir panjang kerana kehidupan masing-masing akan dihitung oleh Allah di akhirat.
* Hingga kini manusia mengangkat simbol kuda sebagai lambang kegagahan & ketangkasan. Logo Ferrari & Ford Mustang adalah kuda. Bunyi enjin Harley Davidson jenis Shovelhead pula mirip seperti bunyi derapan kaki kuda.
Abdul Mu'izz Muhammad
12 Oktober 2020.

MUDAHANAH.
لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ
"Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka" - al-Anfal 63.
Al-Quran telah mengingatkan, bahawa wang ringgit tidak akan menyatukan hati manusia. Sebaliknya jika disoroti dari sejarah, kerana dunialah manusia berkonflik sampai bila-bila. Bahkan perebutan sedemikian semakin meruncing ketika zaman fitnah melanda.
Justeru jika ingin membicarakan soal penyatuan ummah, selamatkanlah jiwa umat dari anutan faham kebendaan. Ia barah yang menghinakan umat. Jujurlah dengan agenda melestarikan Islam, bukan demi perut masing-masing.
Jika persepakatan itu bermula dari pertimbangan untung rugi kebendaan, penipuan & penganiayaan sesama sendiri, maka ia tidak akan dapat meraih redha & berkat dari Allah. Malah itu bukanlah tabiat kemenangan Islam, walau apa pun slogan-slogan murni yang diangkat.
Kita selalu mengingatkan bahana strategi musuh, iaitu pecah & perintah. Tetapi jika benar-benar jujur menyelak sejarah, strategi lapuk seperti itu tidak akan berjaya melainkan dengan adanya sikap lapuk manusia yang berpanjangan gilakan dunia.
Abdul Mu'izz Muhammad
15 Oktober 2020.

KEMPEN ISRAEL MENENTANG SYRIA.
Pada Mac 2019, AS mengisytiharkan tanah tinggi Golan sebagai milik Israel. Golan merupakan lokasi strategik serta menjadi perebutan panjang antara Israel & Syria sejak 1949. Pengisytiharan tersebut rentetan dari lemahnya keadaan Syria, akibat perang proksi yang menghancurkan semua pihak.
Hari ini Golan menjadi akses utama bagi Israel menyerang Syria. Dalam propaganda-propaganda Zionis, mereka menggambarkan kebimbangan mereka terhadap pakatan Syria-Iran & Hamas-Hezbollah yang kini sedang berpengkalan di Syria.
Lalu Israel membingkaikan plot supaya Syria dijadikan sebagai medan perang mereka secara langsung, atas alasan menyekat pengaruh Iran di rantau tersebut. Agenda memangsakan Syria dirangka, setelah Zionis berjaya mengukuhkan pakatan "Sunni-Israel" yang telah dimulakan momentumnya sejak 2016. Ia adalah lanjutan dari momokan "Shia Crescent" sejak 2004. Projek normalisasi Israel adalah hasilnya.
Ini antara senario yang perlu difahami. Ia sebagai 'clue' di sebalik tragedi pembunuhan mufti Damsyik, Syeikh Adnan al-Afyuni yang memiliki hubungan dengan Basyar al-Asad. Dengan mencerap senario yang telah dijelaskan, kita akan dapat memahami siapakah sebenarnya yang berkepentingan dalam tragedi tersebut. Bukan kumpulan-kumpulan Islam, sebaliknya Israel.
Malangnya seperti biasa, sesama umat Islam bertikam lidah dengan terus melangsungkan sentimen antara mazhab. Sentimen tersebut masih laris dilanggan. Dalam situasi serumit ini, adalah tidak patut kita bermain serkap jarang. Sebahagian besarnya berpunca dari tidak terdedah dengan situasi sebenar terhadap apa yang telah & sedang diplotkan oleh Israel.
Abdul Mu'izz Muhammad
23 Oktober 2020.

"ANDAINYA KAMI SEMPAT BERSAMA NABI"
Ungkapan-ungkapan penuh kerinduan yang menyatakan harapan agar dapat bertemu Nabi, bukanlah suatu fenomena yang baharu. Bahkan ia telah menjadi cakap-cakap dalam kalangan generasi terkemudian selepas para sahabat.
⚫ Ikrar Ingin Menunjung Nabi.
Imam Ibnu Hisyam yang terkenal dengan kitab sirahnya, ada menceritakan dialog Huzaifah bin al-Yaman dengan penduduk Kufah. Ia juga turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad & Imam Muslim.
Ceritanya, terdapat seorang lelaki meluahkan angan-angan, alangkah bahagianya jika mereka sempat sezaman dengan Nabi.
يا أبا عبدِ اللهِ رَأيتُم رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وصَحِبتُموهُ؟ قال: نَعَمْ يا ابنَ أخي قال: فكيف كُنتُم تَصنَعونَ؟ قال: واللهِ لقد كُنَّا نَجهَدُ قال: واللهِ لو أدْرَكْناهُ ما تَرَكْناهُ يَمْشي على الأرضِ، ولَجَعَلْناهُ على أعْناقِنا
"Wahai Abu Abdullah (gelaran bagi Huzaifah), adakah kalian pernah melihat Rasullah & sempat mendampinginya?". Huzaifah menjawab: "Ya wahai anak saudaraku". Lelaki itu bertanya lagi: "Maka bagaimana pengalaman kalian?". Huzaifah menjawab: "Demi Allah, kami berjuang bersama baginda". Lelaki itu berkata: "Demi Allah, andainya kami sempat bersama baginda, kami tidak akan biarkan baginda berjalan kaki di atas tanah. Sebaliknya kami pasti akan menjunjung baginda di atas leher-leher kami"
Ungkapan lelaki itu persis seperti yang dibayangkan-bayangkan oleh umat Islam hari ini. Rasa teringin menyambut Nabi & melunasi keperluan-keperluan hidup baginda.
⚫ Tidak Semudah Itu.
Setelah mendengar hajat penuh kerinduan lelaki tersebut, Huzaifah mula menceritakan berkenaan situasi getirnya bersama Nabi. Kita boleh membayangkan Huzaifah sebagai 'orang lama' yang menggambarkan pengalaman sebenarnya.
Huzaifah menceritakan pada suatu malam ketika peperangan Ahzab sedang berlangsung, Nabi meminta kesanggupan kepada para sahabat untuk menjalankan misi bahaya. Nabi bertanya:
مَن رَجُلٌ يَقومُ فيَنظُرَ لنا ما فَعَلَ القَومُ يَشرُطُ له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّه يَرجِعُ أدخَلَه اللهُ الجَنَّةَ. فما قام رَجُلٌ
"Siapa sanggup menjalankan tugas mengintip untuk mengetahui apa yang sedang dibuat oleh kaum (tentera Ahzab)?" Nabi mensyaratkan pelaksana tugas tersebut agar menyelinap & pulang dengan selamat. "Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang itu ke dalam syurga (dalam riwayat yang lain, orang itu akan menemaniku di dalam syurga)"
Setelah mendengar permintaan Nabi itu, tiada siapa yang bangun menyatakan kesanggupan. Huzaifah menceritakan, sememangnya ketika itu mereka dalam keadaan yang sangat takut. Ditambah lagi dengan suasana yang terlalu sejuk & kondisi mereka yang tersangat lapar.
Setelah Nabi mengulangi permintaan itu, tetap tidak ada seorang pun yang berani menyahut. Lantas Nabi mengarahkan Huzaifah agar menjalankan tugas tersebut. Huzaifah berkata:
فلمَّا لم يَقُمْ أحَدٌ دَعاني رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فلم يكُنْ لي بُدٌّ مِن القيامِ حين دَعاني
"Tatkala tiada siapa yang bangun menyatakan kesanggupan, Rasulullah pun menyuruh aku menjalankannya. Maka ketika itu tiada sebarang alasan, melainkan aku perlu bangun menyahut seperti yang diminta oleh Nabi"
Dengan penuh berkat, Huzaifah menjalankan tugas tersebut dengan jayanya. Jika kita membaca hadith ini selanjutnya, kita akan dapat melihat kelicikan Huzaifah mengintip & sememangnya itulah antara bakat Huzaifah yang cukup dihargai oleh Nabi.
⚫ Kesimpulan.
Hadith yang telah diceritakan oleh Huzaifah di atas, menggambarkan kepada kita beberapa realiti:
• Bersama dengan Nabi bukan bermaksud hidup kita sentiasa kondusif. Sebaliknya seringkali teruji & ujian-ujian tersebut hanya boleh dilepasi dengan iman. Betapa dahsyatnya ujian ketika mendampingi Nabi, hingga ke satu tahap para sahabat memilih untuk diam dari menyahut permintaan Nabi.
• Huzaifah menggambarkan pengalaman generasinya mendampingi Nabi dengan penuh komitmen. Bukan dengan gimik & slogan yang indah semata-mata. Sekaligus Huzaifah mengajar kita bahawa rujukan yang paling tepat untuk menyayangi Nabi, adalah dengan menjadikan para sahabat sebagai contoh utama.
Abdul Mu'izz Muhamma